Kencing Hantu Raya

Thursday 17 August 2017

Dah pernah up cerita ni dulu tapi up balik. Siapa bosan, tekan pangkah. 

Dalam entri ni tak ada gambar hantu so jangan risau sebab yang tulis ni pun ngeri nak upload. 

Back in 2013, kerja dekat Parkson Subang Jaya sebagai cashier. Being a staff there, so the company provide a house for all of us. Dalam rumah ada dalam 10 orang lebih kurang lah, ada 4 bilik, 2 bilik 2 orang, 2 bilik 3 orang. 

Even rumah ni macam hostel, tapi tak pulak buat perangai hostel, malam-malam sembang pasal hantu. Takde pun yang kena kacau so Idk this hantu raya datang dari mana. Entah siapa bawak masuk rumah. Mungkin dari tempat kerja sebab situ pun ada jugak hantu. Tapi tak kacau teruk sangat pun setakat berdiri satu tempat or lintas tu biasa lah. 

Ada jugak akak housemate bising-bising ada lembaga hitam tapi as a cashier kerja 10 jam keluar rumah gelap, balik rumah gelap, kau rasa kitorang ada masa untuk ambik port pasal lembaga hitam? Tak ada. 


Masa tu ingatkan dia nak prank je sebab dia pernah buat gila pasang audio pontianak mengilai. Tak ketaq lutut pulak tengah mandi menggeletar tangan nak bukak pintu. Tak terkencing pulak kau kalau pontianak depan mata? Dengar suara pun dah seram. 

Nak dijadikan cerita, subuh tu nak keluar awal sebab nak pergi temankan Ain hantar kakak dia dekat KLIA sana. Awal pagi dah bangun mandi bersiap semua. Tengah pakai pin tudung tiba-tiba ternampak ada benda hitam atas katil double decker tingkat atas. At first ingatkan teddy bear besar atas tu tapi ternampak rambut terbang kena kipas. Pastu nampak teddy bear tersandar dekat dinding. Teddy tu dah besar dah, dia lagi besar. 

Jangan tanya muka macam mana sebab dia pandang budak katil depan dia. Entah apa dia khusyuk sangat tenung entah. Nasib dia tak pandang Iolls masa tu. Mata tak berkelip tengok dia, satu badan lock tak boleh nak gerak. Tangan tengah pakai pin tudung pun stuck. Entahlah berapa lama pandang dia. 5 minit? 10 minit? Entah. Yang pastinya, tersentak sendiri lepas pintu bilik tu slow2 tertutup. Macam dalam movie tu, macam tu la gayanya. 

Lepastu sambung pakai tudung bersiap cepat sebab Ain dah nak sampai. Masuk je kereta terus bagitahu Ain rasa macam ada nampak hantu tadi tapi dia malas nak layan. So buat bodoh je lah. Rasa takut tak ada tapi rasa bingung. 

Us heading to KLIA
All went well that day. Balik rumah pun teruskan kehidupan macam biasa. Tapi entah bila mula gatal dekat pelipat tangan. At first ingatkan hama, ruam ataupun effect kulit sensitif so ignore je lah. Letak ubat macam biasa.  Tapi dia punya gatal miang is unbearable. 

Siang dia naik ruam, malam dia miang. Hampir sebulan jugak lah tahan sebab kerja cashier kau ingat senang nak dapat cuti? Ada hari boleh tahan, tahan lah. Masuk hari yang period tu memang menangis lah garu sampai berdarah. Taknak fikir sangat gatal ni, busykan diri buat kerja tapi kalau kau dapat kaunter yang lengang, memang sendu lah. Tidur pun tak lena sangat sebab miang dia ya tuhannnnn.

Dapat cuti terus ajak mak pergi jumpa makcik yang boleh ubatkan. Katanya ruam ni hidup. Sebagai manusia biasa, hidup ke mati ke nak benda tu hilang je. Tak mampu dah nak tanggung. So dia bagi air penawar lepastu suruh cari daun pisang muda bergulung. Potong & masukkan dalam air mandi, baca selawat dengan ayat tahaiha. 

Image result for daun pisang muda bergulung
gambar google, credit to owner
Balik rumah terus mandi wei, tak cakap banyak dah. Lepas mandi terus tidur sebab dah lewat malam dah. Esok pagi bangun tengok ruam tu dah takde. Sujud syukur terus. K tipu. 

Alhamdulillah dah lega. Makcik tu kata kena kencing dengan hantu raya sebab nampak dia. Dia yang tayang diri dia, kita pulak kena kencing haihhhh. Life is so unfair tau. 

Adik pun ada kena jugak benda ni sebab kawasan kampung ni memang bersepah lah hantu raya nak pulak dia selalu balik kerja malam. So redho je lah hewhewhew. 

Even benda ni dah lama tapi bila terkenangkan balik masa tu haruslah scary. Bukan selalu nampak hantu raya tapi taknak lah nampak lagi nanti kena kencing lagi. Mintak simpang. Kalau kena kencing tu pergi lah berubat cepat. Gatal dia bukan gatal kena hama tu, gatal miang macam miang buluh & start gatal start senja sampai subuh esoknya. Siang dia chill je. Kalau kena macamni, pergi lah berubat. No need to buy expensive cream or jumpa doctor because adik already spent hundred ringgit tapi tak hilang jugak. 

Kalau ada bilik yang jarang guna tu rajin-rajin lah bukak lampu bila malam sebab hantu raya suka menumpang. Mungkin tu salah satu sebab dia suka duduk rumah kitorang kot. Rumah bukannya ada orang sangat. Kalau cuti pun, keluar lepak. Katil pun banyak jugak yang kosong. Dulu pun pernah kena jugak pocong tidur katil atas tapi nanti lah cerita kang meleret pulak sini. Hahahaha kbai.
Ever wonder how bad Bangladesh as a country? Kenapa makin ramai yang datang sini? Kenapa tak kerja dekat negara sendiri? Kalau imigran, apa yang mendorong berbondong datang ke sini? Jumlah yang datang berjuta sedangkan ekonomi Bangladesh tak la seteruk Pakistan, India ataupun Nepal. 

Klik gambar untuk tengok carta penuh

Bila ada journalist yang buat kajian tentang pekerja Bangladesh yang datang ke Malaysia, baru diorang dapat tahu sebenarnya ada sindiket secara haram. Mostly yang datang ke Malaysia sebenarnya nak sambung pengajian. Sindiket ni cerdik on paper, diorang daftar semua student Bangladesh yang datang ke Malaysia tapi sebenarnya diorang hantar students ni pergi ke tapak pembinaan. Untung? Memang banyak sebab students yang datang labur berpuluh ribu ringgit. Ada yang sampai gadai tanah, buat pinjaman bank ataupun loan sharks. 

Based on their research, bau busuk sindiket ni dah sampai ke hidung pihak Menteri Pendidikan, Idris Jusoh & Jabatan Imigresen. Sejak 2016 hingga 2017 kes ni dah berjaya dikurangkan dari 23,000 orang kepada 16,000 dah pulangkan balik ke Bangladesh tapi duit yang dah hangus tu mana nak cari? Lagi sedih bila students ni terpaksa repeat balik dari awal. Ada yang tak dapat repeat, terus kerja tapi mana nak dapat kerja bagus dekat negara diorang sebab qualification tak tinggi. 


Ada yang menetap dekat sini secara haram sebab nak hantar duit balik ke Bangladesh supaya parents dapat bayar balik hutang ataupun teruskan kehidupan. Niat datang nak belajar je tapi sudahnya jadi penjenayah di negara orang. Tu belum lagi ada yang nak hidup tapi kena terima kecaman berbakul dari masyarakat negara kita. It happens. Pernah juga dapat pekerja Bangladesh yang datang guna visa pelajar so I know this illegal thing is happening in our country.

You guys can watch the video HERE & baca kisah diorang. Mostly semuanya hampir sama je ceritanya. Ditipu oleh ejen dengan ayat datang Malaysia dapat pelajaran lagi bagus dari Bangladesh nanti boleh kerja bagus sudahnya kena paksa jadi buruh binaan. 


Lepas dah baca pasal sindiket ni, bila pergi site rasa kesian je dekat pekerja Bangladesh ni sebab mostly kurus kering muka syahdu je. Macam mana diorang hidup dekat kongsi is unthinkable. Tak boleh imagine masa hidup dengan family pakai baju elok, makan terjaga tapi bila datang sini baju yang diorang pakai pun dah lusuh, comot dengan minyak, simen semua. Kita yang duduk jauh dengan family tak dapat balik raya syahdu drama sebabak, diorang nak balik pun tak mampu. 

Harap authorities mampu hapuskan secara total sindiket ni. It is sad to imagine how they live their life. Tak ada manusia nak hidup macam tu. Human trafficking is cruel.

Undi Printcious Gift & Menang Baucer Bernilai RM50

Wednesday 16 August 2017

Masa blogwalking haritu ternampak ada post tentang baucer percuma dari Printcious Gift ni sebagai tanda penghargaan kepada semua yang undi diorang. Nak dapat pun senang sangat, pergi undi Printcious Gift dekat FB penganjur kemudian emailkan kepada printcious attach sekali bukti undian tu dalam email korang.

Tak lama pun nak tunggu diorang respond, tup tup dah dapat voucher RM50 dah. Ni bukti I already got mine. Lama pulak tu expiry date dia sampai 31 Disember nanti so sempat lah nak fikir nak guna baucar tu untuk barang apa & pilih gambar apa yang sesuai. Korang pun tahu perempuan punya rambang mata macam mana khennnn.


Printcious Gift tu apa? Tak pernah dengar? Printcious ni syarikat yang print gambar yang kita nak dekat any items available macam tote bag, bantal, mug and other stuff. You guys can check their website HERE ataupun boleh terus undi dekat SINI


Tak lama pun nak undi, 5 minit je. Sebarkan benda senang & percuma ni seramai mana yang boleh okay sebab hari ni hari last! :)