Resipi : Smoothies Mangga Epal

Thursday 8 June 2017

Sejak badan makin lama makin mengembang ni, sedih betul rasa bila baju dah tak muat. Makan jangan cakap lah. Dalam sehari tu amboi sangat makan macam bela saka.

Disebabkan dah nak raya ni, berbekalkan semangat dan azam nak turun berat supaya muat pakai baju raya nanti. Kawan pun dah start jadi vegan untuk bulan puasa ni.

Masa sahur minum susu kurma. Bila berbuka minum smoothies ni. Nak buat pun senang je. Minum satu gelas pun kenyang sampai tidur. Nak terawih pun tak ada masalah. Beza tau bila minum smoothies dengan makan nasi. Bila makan nasi, terawih baru rakaat pertama dah mengantuk kemain. Kalau minum smoothies, sampai 20 rakaat pun mampu.

Bergantung kepada imam jugak. Hewhewhew

Okay, cara nak buat smoothies ni toksah serabut kepala sangat. Ada buah, ada air, ada blender so you're ready to go.

I love Mangga Epal sebab manis manis masam.

Bahan :

- 1 biji mangga
- 1 ataupun 2 biji epal
- air setengah cawan


Dah settle bab bahan, kupas kulit semua tapi kalau tak nak pun takpe. Nanti kalau tersedak tepuk sendiri la sampai okay. Hewhewhew

Potong kecik-kecik pastu blend. Setengah orang guna susu nak bagi pekat and kenyang. Tapi boleh jadi muak jugak. Masa buat ni susu habis so we go for mineral water instead. 


Okay, dah siap dah pun our smoothies. 



Sometimes letak ais bagi sejuk baru nyum nyum. Kadang lepas blend terus minum je sebab lapar zahabedah sangat uolls. Buat cenggini cepat lah sikit turun berat. Seminggu dah boleh parking 5kg. Tapi kalau consistent lah. Kalau hari ni smoothies esok nasi memang bye bye lah baju raya. T.T


Feedback Projek MRL

Wednesday 7 June 2017

 Ramai yang tahu kerajaan nak tambah lagi satu projek pengangkutan awam, Malaysian Rail Link (MRL) yang menelan belanja sebanyak RM55billion bersama kontraktor dari negara China.

Pagi ni bila Zoologi MY bagitahu tentang projek ni & effect kepada hutan & binatang, kucar-kacir bagi feedback dekat website MRL-Have Your Say ni.



 
Actually dah tahu keburukan projek ni tapi baca dari aspek ekonomi, efisiensi & kontraktor yang terlibat. & some of you guys maybe dah ada pandangan & bantahan terhadap projek ni sebab dah banyak keluar di media tentang tanah rizab yang bakal terkorban, kontraktor yang disenaraihitamkan oleh Bank Dunia & tambang tiket yang mahal untuk melunaskan hutang.

Jadi bila pagi ni baca even natural habitat pun akan terancam & supposedly I say bakal pupus disebabkan projek ni, terus pergi bagi feedback. Tak ambil masa yang lama pun untuk isi personal details & bagi feedback dekat site ni sebab ringan & kurang dari 5 minit you are done!  



 




You guys patut buat benda yang sama jugak isi borang feedback ni terhadap projek ni. Untuk membantah atau untuk setuju, itu hak & pilihan masing-masing but I prefer if you guys pilih untuk tidak bersetuju sebab terlampau banyak keburukan dari kebaikan yang dibawa. Thanks :)
 

Download Movie

Sunday 4 June 2017

Sebenarnya nak start taip dengan dah lama tak masuk sini tapi mesti orang dah bosan baca ayat tu kan?

Sekarang dah Ramadhan ke9, so Happy Ramadhan to all of you guys. Not having the chance to greet at 1st Ramadhan but who cares, yang pentingnya selamat berpuasa & selamat beribadah to the fullest your body can do. But for those yang sakit, we're on the same boat. Semoga cepat sembuh ye :)

Okay, back to my intention of this post. Lately ni ramai betul yang tanya where to download movie, esp movie Hindustan. I am here nak bagitahu tips nak cari movie Hindustan lah sebab susah kan kan kan?

Ni tips ni dah lama guna. Sangat senang & berkesan. Guna tips ni sebab kita dah tak boleh nak stick kepada satu site je. Hari ni site tu ada, esoknya dah kena tutup/buang. Sedih okay. Dah la nak tengok movie Hindustan susah sebab tak semua panggung ada tayang. CD pun nak kena order dari India. Aduhhhh.


So, cara terbaik nak layan nustang dengan cara ni lah. Okay lemme tell you guys how :


Macam contoh gambar dekat atas tu,

1. Garis merah : Nama movie

2. Box hijau : Saiz skrin. Ada 280p, 480p, 720p, 1080p. Pilih la yang mana korang nak. Bigger the better. Tapi ada jugak lappy yang tak mampu nak carry 1080p

3. Box purple : Kualiti video. Idk lah kenapa orang suka sangat camrip walhal tak cantik. You guys boleh je nak letak either webrip, dvdrip ataupun blu-ray. Ni yang cantik mata memandang la. Kalau tak sabar sangat camrip pun boleh nokkss

4. Garis kuning : Uploader. Indishare antara yang senang nak guna. Boleh je guna Uptobox, Userclouds, Zippyshare, Mediafire, Uploadbaaz dan lain-lain yang mana korang suka guna ataupun selesa. :)

Okay dah, senang je kan? Lepasni kalau nak layan movie, guna je cara ni. Tak payah dah nak kesah kalau site tu kena removed or closed down. Lagi best tak payah dah nak bookmark site sampai berguni site untuk download movie.

Enjoy your movie and happy watching guys :)