Drama Review | Black Musim 2 (2021)

Friday, 6 May 2022

Pengarah : Ghaz Abu Bakar & Sein Qudsi

Penulis Skrip : Bernice Low

Pelakon : Kamal Adli, Siti Saleha, Nabila Huda, Khir Rahman, Zoey Rahman, Adlin Aman Ramlie, Pablo Amirul, Nam Ron, Fauzi Nawawi, Azman Hassan, Juzzthin, Josiah Hogan, Riz Amin, Zahim Al-Bakri, Zarynn Min, Luqman Hafidz, Amir Ameeza, Aleza Shadan, Airil Hafiz  Nada Syuhada, Hashim Osman, Rusdi Ramli, Zain Hamid, Derrick, Shekean Waida, Silfeny Osma

Syarikat Produksi : Studios Film Office

Penyiaran : Viu

Genre : Thriller / Aksi / Komedi

Jumlah Episod : 8 Episod (55 minit setiap episod)

Tarikh Tayangan : 10 Jun 2021

Trailer :


Disebabkan drama Black Musim 1 (2019) dapat sambutan memberansangkan dan menang di Anugerah Akademi Kreatif Asia dalam kategori Sinematografi dan Visual FX Terbaik, team production pun terbitkan sekuel yang akan mendedahkan juga menjawab beberapa persoalan utama yang berkaitan dengan insiden runtuhan Seri Setia. Walaupun pengarah bertukar ganti kepada Ghaz Abu Bakar & Sein Qudsi namun penulis masih kekal sama. 

Sekuel drama Black bermula dengan ugutan dari Pak Hassan (Rusdi Ramli) yang ingin dedahkan kelicikan Wong Wai Keong yang berpura mati supaya jejak dia dengan Seri Setia hilang bersama dengan rahsia yang disimpan di dalam tape VHS. Dari siasatan Borhan (Khir Rahman) mengenai pembunuhan misteri yang berlaku sekarang ada banyak pertaliannya dengan Seri Setia dan Bagas (Zahim Al-Bakri). 

Bukan mudah untuk pihak polis detektif nak dapatkan maklumat dari Bagas mahupun orang yang berkait dengan pembunuh kejam tersebut. Rekod Bagas di hospital sakit mental pun tak ada apatah lagi dari sumber lain. Dalam masa yang sama Detektif Malik (Kamal Adli) juga alami masalah teleportasi dan minta dua orang pembantu dia, ejen bunian 007 (Azman Hassan) dan 416 (Juzzthin) untuk cari solusi. 

Sama macam Black 1, sekuel juga banyak plot juga sub-plot yang dimasukkan sepanjang 10 episod bersiaran di Viu. Nampak lah perbezaan arahan pengarah sebelum ni dan pengarah baru tapi satu perkara yang kekal sama ialah lakonan Siti Saleha menjengkelkan. Chemistry dia dengan Kamal Adli pun tak meyakinkan nak dibandingkan Dr Aisya (Nabila Huda) dan Malik. Menangis tengok scene Dr. Aisya redho hati Malik jadi milik orang lain walhal dia sentiasa ada susah senang dari dulu lagi. Dah la trauma dengan rahsia silam, rasa bersalah dengan Detektif Borhan pun tak boleh hilang. 

Masa layan drama ni berhenti agak lama jugak lah dalam sebulan lebih macam tu sebab penat dengar pasukan detektif tak sudah-sudah memaki. Mungkin pengarah rasa tu selling point drama ni sebab masa musim sebelumnya, ada beberapa babak makian yang viral. Personally for me, jalan cerita Black dah cukup kuat dengan misteri Seri Setia dan beberapa watak antagonis yang muncul. Lagi satu punca rasa hambar bila Mimi Lana tak ada dalam sekuel sebab pengarah dah bertukar. Sedih wei sebab I exchange tweet dengan Razaisyam dan Mimi kot masa tu! 

Sub-plot cinta terhalang antara Sofia (Siti Saleha) dengan Malik tu macam tak perlu pun dan lebih baik kalau Detektif Malik berbaik dengan ibu dia. Sebab dalam Black 1 boleh nampak level hati kering dia macam mana tapi berubah sejak kenal Sofia. Malangnya tak berubah pun dengan ibu dia sedangkan sesiapa pun kalau duduk di tempat Dr. Rozana (Aleza Shadan) akan pejam mata dengan undang-undang. 

Sinematografi dengan music score Black Season 2 masih lagi sama dengan musim sebelumnya. Kagum dengan transition dan visual effects yang digunakan dalam sekuel ni terutamanya pada babak yang memerlukan action stunt antara ejen bunian 444 dan 419. 

Rasanya dah tak ada musim ketiga sebab misteri Seri Setia dah terjawab dengan baik dan kisah cinta Sofia dengan Malik pun dah selesai. Tapi kalau team production nak teruskan dengan misteri baru pun apa salahnya sebab tema dan konsep franchise drama ni unik dan menarik walaupun heroin jadi kelemahan utama. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 9.4/10

Movie Review | Syif Malam Raya (2020)


Pengarah : Abdul Razak Mohaideen
Penulis Skrip : Abdul Razak Mohaideen, Amiruddin Azizi, Senibayan, Azhari Zain
Pelakon : Atu Zero, Sharif Zero, Syaiful Zero, Reen Rahim, Yoe Parey, Syahmi Sazli, Asif Suhaimi, Ropie, Azlee Jaafar, Danial Zaini, Saiful Apek, Sheila Mambo, Emelda Rosmila, Nadia Brian, Lia Natalia
Syarikat Produksi : Ray Theme Films
Pengedar : United Studios, Astro Shaw, Netflix
Genre : Seram / Komedi
Durasi Tayangan : 95 minit
Tarikh Tayangan : 21 Mei 2020
Trailer :


Syif Malam Raya mengisahkan tentang Zaid (Atu Zero) dan Hisham (Sharif Zero) yang perlu menghantar mayat ke Ipoh pada malam raya atas arahan Bang Khai (Saiful Apek). Kebetulan jiran mereka, Mera (Reen Rahim) yang kehilangan tiket bas dipelawa untuk tumpang sekali van jenazah tersebut untuk pulang ke kampung di Sungai Petani bersama adiknya, Yeoh yang down syndrome. 

Dalam perjalanan ke Ipoh, ada beberapa gangguan yang ditempuhi oleh mereka berempat sehinggalah mereka terpaksa berhenti di Kampung Batu Berapit kerana van jenazah rosak di tengah jalan. Sementara mencari air, Zaid terjumpa pocong dan kerana ketakutan yang amat sangat mereka terlanggar sesuatu. Kerana kemalangan tersebut, keranda yang dibawa terbang dan jenazah juga hilang. 


Terpaksa lah mereka minta pertolongan dengan orang kampung yang diketuai oleh Tok Said (Azlee Jaafar) yang ketika itu juga tengah kecoh dengan kehadiran pocong. Majid (Danial Zaini) bagitahu yang dia ternampak Pak Mid Bomoh (Ropie) membela pocong tersebut tapi disebabkan tiada bukti, tak ada yang percaya bulat-bulat dengan cerita dia. 

Movie Syif Malam Raya yang diadaptasikan dari filem pendek “Mayat Where Are You” arahan amiruddin Azizi ni diolah dengan himpunan idea dari barisan penulis termasuklah pengarah Abdul Razak Mohaideen. Namun jalan penceritaan tak lah kuat mana bila elemen komedi mahupun seram tak ditonjolkan sepenuhnya. 


Pengarah bawa trio Youtuber terkenal - Yoe Parey, Syahmi Sazli, Asif Suhaimi tapi gagal pamerkan bakat mereka dalam dunia komedi. Kebanyakan lawak mereka hanya bertaraf hiburan minima yang dipertontonkan di Youtube channel mereka sahaja. Bukan saja mereka bertiga malah kumpulan Zero juga ada kalanya kelihatan hambar. Lebih kepada syok sendiri. Mungkin peminat untuk kedua-dua kumpulan selebriti ni adalah target audience movie Syif Malam Raya. 


Kalau diikutkan Kampung Batu Berapit antara kawasan berhantu di negeri Perak dan mungkin sebab tu juga watak Zaid dan Hisyam tekankan nama kawasan tersebut dalam movie. Namun malangnya tak lah seram mana kawasan tersebut walaupun team production sebolehnya menghidupkan suasana seram tersebut. Babak seram mungkin pada nenek kebayan dan gangguan pocong di bilik Siti (Lia Natalia).
 
Selain plot yang kurang menyengat, terlalu ramai pelakon juga antara kelemahan Syif Malam Raya bila terlampau banyak sub-plot yang draggy dengan lawak hambar. Tak dikenalkan dengan baik kesemua watak dalam tempoh masa yang terhad juga buatkan terasa lemas dan rimas hingga ke hujung cerita. 


Sinematografi yang terarah pada tona warna kelam mungkin sesuai lah dengan genre movie ni. Props pula kurang sesuai macam hospital tempat Mera bekerja nampak seperti set yang dicipta untuk beberapa babak. Sama juga dengan rumah Tok Said yang tampak kosong dan kelihatan seperti homestay. Rumah Pak Mid Bomoh pun kosong benar tanpa bilik peribadi atau bilik air mahupun props sebagai orang kampung. 


Nasib baik lah dekat hujung cerita ada dua plot twist menarik walaupun geram dan kesian dekat Mera dengan adiknya Yeoh sebab terlibat sekali dalam masalah jenazah hilang ni. Kalau jadi Mera dah reject Zaid dengan Hisham ni sebagai kawan. Dah la mulut biadap asyik mengata kekurangan adik dia. By the way Reen Rahim nampak cantik sangat sebagai Mera dalam movie ni dan lakonan dia menyerlah walaupun cuma menggunakan riak muka dan bahasa tubuh dia. 

Syif Malam Raya mungkin sarat dengan mesej sosial tapi banyak kelemahan yang perlu diperbaiki untuk menjadikan ianya sebuah naskhah yang menarik. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.3, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0 = 4.8/10

Movie Review | Kongsi Raya (2022)


Pengarah : Teddy Chin
Penulis Skrip : Teddy Chin
Pelakon :  Wilson Lee, Qasrina Karim, Harith Iskander, Erra Fazira, Chew Kin Wah, Ong Ai Leng, Teddy Chin, Amerul Affendi
Syarikat Produksi : 555 Film  
Pengedar :  GSC Movies, Netflix
Genre : Drama / Komedi
Durasi Tayangan : 102 minit
Tarikh Tayangan : 3 Februari 2022
Trailer :


Masa nampak poster movie Kongsi Raya dekat panggung wayang macam tertarik nak tengok sebab tak pernah lagi ada movie yang bawa tema Hari Raya dan Tahun Baru Cina. Jalan cerita Kongsi Raya diceritakan menerusi kisah cinta Jack (Wilson Lee) dan Sharifah (Qasrina Karim) yang menempuh beberapa ujian bila bercinta lain agama dan kaum. 

Abang Long (Chew Kin Wah), ayah kepada Jack menentang sekerasnya selepas dapat tahu kisah cinta anak bongsunya. Siapa yang akan meneruskan legasi restoran 3 generasi kalau bukan Jack? Tangan dia tak mampu lagi pegang kuali besar di dapur restoran. Kalau Jack tukar agama, siapa yang akan masak menu di restoran makanan cina tersebut? Macam mana pendapatan keluarga dia dan staff yang lain? Nak harapkan anak sulung dia, dah besar panjang pun masih disara keluarga lagi. 


Concern dia ada betulnya namun malangnya dia dianggap sebagai watak yang jahat dalam movie Kongsi Raya arahan Teddy Chin ni. Teddy tak jelaskan dengan baik apa pro and cons hubungan Jack dan Sharifah selepas berkahwin dan kenapa Abang Long berubah fikiran untuk benarkan mereka berkahwin. Sayang kepada anak mungkin sebab utama tapi siapa yang akan jaga perniagaan mereka? 

Kebanyakan elemen komedi datang dari keluarga Chef Rahim (Harith Iskander) yang kononnya bersifat terbuka menerima perkahwinan berbeza agama. Jack menyamar sebagai Siti dan tinggal di rumah Sharifah. Kalau layan secara santai macam boleh tutup mata lah plot ni sebab Siti adalah lelaki, aurat dia dengan ibu Sharifah, Puan Sarah (Erra Fazira) yang pakai tudung masa tidur tu macam mana?

 
Elemen drama juga macam tak sampai macam babak Sharifah dengan Jack pergi berjumpa dengan keluarga untuk jelaskan kenapa mereka jatuh cinta dan tekad untuk berkahwin. Boleh kata movie Kongsi Raya ni menarik dan kuat hanya kerana chemistry antara Wilson dan Qasrina. Dari awal sampai habis both of them nampak comel je bersama. 

Of course selain chemistry, lakonan barisan pelakon baik yang utama mahupun sampingan deliver watak mereka dengan baik. Bonding Erra dengan Qasrina pun nampak meyakinkan sebagai ibu dan anak. Boleh kata Qasrina did her best lah untuk debut film dia. Bonus point dekat dia bila fluent berbahasa Cina masa menyembang dengan Jack ataupun Abang Long. Kelakar tengok Zhen Jie (Ong Ai Leng) dengan Xiao Long (Teddy Chin) bila diorang berborak sebab tak macam mak dengan anak. 


Sinematografi dalam movie Kongsi Raya mantap dengan close up shots untuk beberapa babak terutamanya yang melibatkan makanan. Props, busana yang digunakan dan shooting location pun cantik walaupun banyak terarah pada restoran Abang Long dengan rumah Sharifah saja. 

Tak gemar sangat dengan konsep futuristik yang dibawa oleh pihak media yang temuramah Jack dan Sharifah. Kenapa tak guna filter dua perayaan sebab lebih sesuai dengan tema movie. Kemeriahan dua perayaan pun tak terasa langsung sedangkan dua perayaan besar di Malaysia.


Personally for me, movie Kongsi Raya ni perlu dikembangkan lagi plot terutamanya kisah cinta Jack dan Sharifah sebab masa mereka berdua bagitahu dalam interview tu pun dah cecah 1st anniversary. Macam tak menjawab soalan pun ye jugak sebab interviewer tanya lain, diorang jawab lain. Kalau ikutkan tagline movie Kongsi Raya – ‘Some call it chaos, we call it Family’ tapi macam tak nampak sangat kekecohan dua keluarga ni. Movie terbitan 555 Film ni sesuai lah tayang dekat streaming platform instead of cinema. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.3 = 6/10