Watsons One Utama Dah Ada Self-Checkout Machine!

Wednesday, 4 May 2022

Masa pergi shopping raya minggu lepas dekat One Utama, singgah masuk kejap dekat Watsons sebab nak beli Zentel. Dah settle mencari semua barang yang diperlukan ternampak ada booth baru dekat dalam Watsons ni. Rupanya Self-Checkout machine untuk pelanggan yang nak bayar secara ekspres tanpa perlu beratur. 


Self-Checkout Machine ni tak besar mana pun dan Watson letak dua mesin bayar dengan dua orang pembantu Watsons untuk tolong pelanggan bayar. Tak pasti diorang tolong sebab nak test machine tu smooth ke tak ataupun memang Watsons nak pastikan pelanggan rasa terharu dibantu. Sebab mesin kendiri mesti lah kita buat sendiri A to Z kan? Self-Checkout Machine ni hanya boleh digunakan untuk 5 barang ke bawah sahaja. Masa kitorang beli tu ada 4 jenis barang walaupun kuantiti dia lebih dari 1. 


Self-Checkout Machine Watsons ni tak susah pun nak guna. Scan je semua barang yang kita nak beli dari Watsons dekat bahagian scanner yang besar tu lepastu pilih je lah cara pembayaran sama ada melalui kad debit, kad kredit (Visa, Master), Touch n Go, QRpay, Boost, Grabpay atau lagi satu apps yang I tak familiar dan tak berapa nampak. Dekat bahagian kanan mesin tu ada manual untuk pelanggan rujuk bila nak bayar. 


Masa ni kitorang bayar guna kad debit so touch je lah sebab guna Wave. Dah dapat resit, masukkan barang dalam plastik Watsons dan selesai. Dah boleh keluar dengan tenang. Tak payah beratur lama dah bila nak bayar. Memudahkan dan menjimatkan masa pelanggan. 

Hopefully Watsons perbanyakkan self-checkout machine ni sebab kadang tu masuk Watsons nak beli shampoo dengan conditioner je tapi kena beratur lama. Lagi gedik kalau datang mood nak beli lipstick sebatang. Tak ke penat nak tunggu orang depan bayar barang sampai sebakul tu ye dak? Thank you Watsons! 

Eco Bakery Sungai Besar Cawangan Ke-5

Tuesday, 3 May 2022


Sebaik saja selesai shopping dekat Eco Shop Sungai Besar, terus melangkah laju ke Eco Bakery sebab tak pernah lagi rasa makanan dekat sini. al-maklumlah baru je Eco Shop come up dengan idea ni. Kalau Eco Shop menggunakan warna merah terang sebagai warna tema, Eco Bakery pula menggunakan warna hijau malap. Kontra betul walaupun di bawah satu syarikat. 


Dekat Eco Bakery ni bukan setakat ada bun, roti, muffin dan pastries tapi ada aneka pilihan toast, jam dengan kek juga. Harga makanan dekat dalam bakery ni terikat dengan RM2.90 lah rata-ratanya. Sebelum ni Eco Bakery tawarkan harga RM2.50 tapi mungkin diorang naikkan harga sejak harga barang dah naik. Yang ditawarkan di Eco Bakery ni murah sikit lah berbanding bakery lain. Saiz pun ada perbezaan juga even rupa fizikal pun tak lah fancy macam bakery yang popular. 


Masa pergi Eco Bakery ni dah banyak lah makanan yang dah habis sebab dah petang. Bulan puasa pulak tu, jadi tak banyak lah yang Eco Bakery sediakan sebab tagline diorang ialah Roti Hari Ini. Kang kalau tak habis, membazir pula ye dak? 

I perasan dekat monitor dan poster Eco Bakery ni ada beberapa menu baru jadi Eco Bakery ni mungkin akan tambah lagi pelbagai jenis pastries untuk tarik lebih ramai pelanggan. Mana tahu esok lusa ada sushi pula sebab harga sushi pun lebih kurang harga menu makanan dekat sini je. 



Selain makanan, Eco Bakery pun ada juga menyediakan aneka minuman dan juga pencuci mulut seperti aiskrim tapi disebabkan bulan puasa, tak dapat lah nak cuba. Boleh je nak try sebab tak puasa tapi lecehnya lah nak makan dalam kereta. Takut belum sampai kawasan parkir, aiskrim dah cair macam aiskrim Family Mart. 

Aiskrim dekat Eco Bakery ada perisa La' Chocolate, Salted Caramel Coconut dan Mixed Flavor. Yang Mixed Flavor tu entah ada perisa apa sebab tak ada description in details pun. 


Minuman dekat Eco Bakery ada Espresso, Black Coffee, Bamboo Salty Coffee, Mocha, Cafe Latte, Hot Chocolate, Teh Tarik, Soya, Teh Buah Pic, English Breakfast Tea, Iced Black Coffee dengan Iced Eco Coffee. Yang tak bestnya dekat Eco Bakery selain tiada tempat duduk disediakan, Cafe Latte juga cuma ada hidangan panas. 


Sebab nak cuba rasa kopi Eco Bakery, try je lah beli Iced Eco Coffee dengan harga RM2.90 juga. 


'Rasa ini, Saiz ini,, Harga ini, hanya di Eco Bakery' katanya tapi rasa kopi dia macam kopi dekat restoran biasa tu je. Kalau beli kopi yang ada susu pun dia akan pakai susu tin atau susu sejat. Clearly I memang tak akan beli dah la, bukan sebab tak sedap tapi tak kena dengan tekak. Susu pun I prefer susu segar memandangkan susu tin banyak gula. Untuk yang nak enjoy minum kopi dengan harga murah dan bersaiz besar, this is the place. 


Ni antara pastries yang I dah cuba. I suka black sesame bread tu sebab rasa bijan hitam dia sedap dan tak pahit walaupun letak banyak sampai melimpah keluar. Croissant tu a bit keras walaupun dia besar. Yang lain so so je lah rasa dia, sesuai dengan harga. So kalau nak menghilangkan lapar mungkin okay lah tapi kalau nak sedap, beli dekat bakery lain. 

Kedai Eco Shop Sungai Besar Memang Besar!


Sebelum ni kalau balik ke Sabak Bernam memang jadi aktiviti wajib singgah ke Eco Sabak Bernam sebab boleh borong barang murah dekat situ. Paling best kalau boleh borong pasu, tanah ataupun mug seramik sebab saiz dia besar. Sejak Eco shop buka cawangan dia dekat Citta Mall, dekat sebelah Oasis Square Ara Damansara tu memang dah jarang lah ke Eco Sabak sebab dekat je depan mata. 

Masa balik Sabak nak beli baju raya ternampak lah Eco Shop baru buka cawangan baru dekat Sungai Besar. Kemain besar Eco Shop ambil lot kedai dekat situ. Sudahlah besar, dua tingkat pulak tu. Memang puas hati lah kalau shopping barang dekat sini. Parking pun senang sebab luas dan banyak sebab dekat lot belakang tu belum ada kedai masuk lagi. 



Bahagia betul kalau tengok section ni, tak kisah lah dekat mana-mana cawangan Eco pun. 


Baru tahu Eco Shop pun ada jual para tapi para dia pendek lah. Nipis pulak tu. Sesuai untuk letak pasu bunga tiruan ataupun scented candle. 


Tergelak kecil tengok motivational board dalam bahasa Melayu. Kudos Eco Shop!


Things that I don't think I need but I actually need it.....


Murah ye harga kotak makanan kertas ni tapi kenapa peniaga selalu jual makanan mahal benar ek?


Datang menyinggah ke Eco Shop Sungai Besar ni sebab nak tengok storage dia tapi tak banyak pilihan pulak. Mungkin sebab dah ramai yang borong sakan untuk Raya atau mungkin memang habis stok. Nasib baik lah storage kecil yang dicari berjaya jumpa walaupun tinggal sisa saja. Ada yang dah retak bagai tapi okay lah sebab nak beli sikit je, nak letak dekat office. 


Bahagian makanan tak pernah mengecewakan


First time nampak ada sos lemon tapi tu lah, I tak berapa gemar menu yang berkuah lemon ni. Kembang tekak bila makan. 


Antara kelebihan Eco Shop Sungai Besar ni ialah Eco Frozen! Dah lama cari siew mai frozen keluaran Eco ni. Jangan tanya apa rasa dia sebab masa ni beli j tapi tak sempat nak makan. Tapi siew mai dengan dumpling ni tak jauh mana pun lah beza dia. Pusing-pusing cenggitu jugak lah rasa dia ye dak?

Hasil tour Eco Shop Sungai Besar ni dapat lah dua plastik besar memborong sakan dekat sini. Banyak barang dah habis sebab orang dah borong untuk Raya even section bunga tiruan pun serupa disepahkan zomba. Habis berterabur sana-sini. Dah la bulan puasa, kesian dekat staff Eco Shop kena bersihkan. Haihhh sivik masih lemah ye.