Showing posts with label office. Show all posts
Showing posts with label office. Show all posts

Gula Batu

Friday 9 December 2022

Me : Mengantuk lah lepas lunch ni, I nak pergi 7E lah, siapa nak ikut? 

Wani : I nak ikut lah, I nak cari gula batu. Tekak I berkahak lepas makan tadi. 

Me : Wani, you sakit ke? Kenapa tekak you jadi macam tu lepas makan? 

Wani: Entahlah Ana, lepas makan je jadi macam tu, it's nothing serious pun cuma tak selesa lah. Lepas makan gula batu okay dah. 

Dalam kepala masa tu, sejak bila 7Eleven jual gula batu? I tak pernah nampak sepanjang kerja dekat sini. Macam rare wei ada gula batu dekat 7Eleven. 

Me : Wani, you sure ke dekat 7E jual gula batu? You memang selalu beli dekat situ ke? 

Wani: Eh sure! I memang selalu beli dekat 7E pun. I turun lepas makan tengahari sebab nak pergi beli gula batu lah bila stock gula batu I habis. 

Conversation pasal gula batu ni dari office membawak sampai ke 7Eleven sebab I tak puas hati 7E selama ni ada jual gula batu. Bila masuk 7E terus Wani tunjuk gula batu dia selalu beli. Lahhhhh gula batu ni rupanya....



Dekat Sarawak, gula-gula diorang panggil gula batu

Gula batu ni dalam fikiran I sebab tu I pelik kenapa 7Eleven ada jual gula jenis ni rupanya orang Sarawak panggil gula batu ni, gula kristal ðŸ˜©ðŸ˜©ðŸ˜©

Pintu Rezeki

Sunday 23 October 2022


Satu petang, masa tengah kunci pintu, En. Fendy tanya kenapa kotak dekat tepi tu terbalik macam tu. I cakap mungkin ada orang terbalikkan. Lebih kepada tak tahu sebenarnya tapi malas nak jawab tak tahu sebab tak ramai orang suka jawapan tak tahu. 

Bila lif sampai tingkat 7 kitorang masih lagi menyembang tentang kotak kemudian tentang pintu pejabat. Tak ramai orang tahu trick untuk buka pintu kecil tu sebab ada kunci dia tersendiri. Dan disebabkan ramai tak tahu maka tak ramai lah yang buka dan kalau dah buka pun lepastu tertutupkan, dah orang tu tak reti buka balik, dibiarkan je lah tertutup macam dalam gambar tu. 

Me : You know, boss selalu tegur I jangan biar pintu kecil ni tertutup. Mesti kena selalu buka juga sebab dia kata nanti rezeki masuk separuh je. Tapi kan En. Fendy... pintu utama kan dah ambil 3/4 ruang jadi kenapa rezeki masuk separuh je? Patutnya 1/4 je lah lagi kan tak boleh masuk? Kan? 

En. Fendy : Ya Allah iyekan je sudah lahhhhh.... Dia nak main matematik pulak aduhhhhhhhh 

When September Ends, So Does the Internship | All The Best Adzran!

Sunday 2 October 2022

Terkejut masa HR bagitahu awal bulan September nanti ada intern student nak masuk. Terkejut sebab kali terakhir RRM Oasis ada intern student masa pertengahan tahun 2019. Itupun tak ada apa sangat task yang dia buat sebab internship period bukannya lama pun, sebulan lebih je. Nak ajar beria pun dapat catch up apa lah sangat dalam masa sebulan. Boleh kata internship sebulan ni ibarat nak ken suasano jahhhh. 


Internship student kali ni bukan calang-calang orang lah sebab anak kepada top clients untuk department Corporate. Kalau sebut semua orang macam 'oh ye ke?!' haa so kita biar yang tahu je tahu. Disebabkan Adzran intern dekat RRM untuk penuhi keinginan papa dia dan dia anak yang menurut kata and everytime bercerita pasal decision mesti menyebut papa so I panggil dia 'anak papa'. 

Not a slur, not an insult or whatsoever... it just macam comel lah. Everytime dia sembang pasal family dia, kitorang terbayang Mustapha Kamal, papa suka minum fresh orange, kerja dekat Megah Holdings dalam drama maghrib tivitiga. 

Selama sebulan lebih dekat sini, kitorang senang lah ada Adzran sebab dekat office kan tak ramai lelaki. Bila ada lampu berkelip, boleh minta Adzran tukarkan. Kalau nak cari file, Adzran sedia membantu sebab dia tinggi. Ringan tulang pulak tu orangnya. Kalau bagi apa-apa task pun semua dia mampu deliver. Tak kisah lah buat draft agreement, translation, presentation slide, flowchart, adhoc task hatta join meeting dan event pun dia sentiasa bagi yang terbaik. Bab menyembang pun selesa lah tak sombong macam anak papa kayangan sampai kitorang rasa selesa lah nak berborak atau bergurau. 

Last day tu cadangnya nak belanja Adzran Starbucks sebab dia banyak tolong itu ini. Kebetulan masa tu Starbucks launch menu kolaborasi dengan Dato' Fazley Yaakob. Rasa nak cuba Kuih Bakar Burnt Cheesecake sebab kuih bakar is my favorite. Curious nak tahu apa rasa dia bila kuih bakar bergabung dengan cheesecake. 


Sambil order sendiri punya, sambil kutip order untuk yang lain dekat office jugak. Tup tup bila nak bayar, orang sebelah dah tap debit card dia dekat machine. Dia macam aikkk tapi dalam masa yang sama woaaaa jugak. 





Memandangkan Adzran suruh buat review, rasa kuih bakar burnt cheesecake ni macam kuih bakar campur cheese. Sebenarnya rasa dia macam cheesecake tapi dekat bahagian atas tu je rasa sama macam kuih bakar. Tapi kuih bakar nak rasa apa lah sangat, rasa pandan lepastu rasa terbakar dengan cruchy bijan. Cuma cheesecake ni tak fluffy dan moist sangat sebab tak nak lari jauh dari rasa kuih bakar yang guna tepung gandum tu. Kalau tanya sedap ke tak, haruslah sedap sebab orang belanja hshshs


Anyway, terima kasih Adzran sebab sudi sumbangkan masa, tenaga, ilmu dan kerjasama selama buat internship dekat Ram Reza & Muhammad. All the best untuk second internship kalau dah buat keputusan dekat mana nanti. Take care dekat universiti and hopefully dapat keputusan yang cemerlang. Nanti dah decide nak buat chambering dekat RRM, roger roger tau! I nak buat banner gantung depan ruang depan tu sempena menyambut kedatangan anak papa ;)

Sambutan Ulangtahun Ke-24 Tetuan Ram Reza & Muhammad

Friday 2 September 2022

Terkejut bila dapat whatsapp dari HR sebab tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba dapat jemputan untuk Anniversary's Celebration untuk ulangtahun ke-24 Messrs Ram Reza & Muhammad. Bila tengok dress code kena pakai blazer dah tahu dah ada sesi bergambar formal untuk majalah Ram Reza & Muhammad. 

Event bertempat di The Club Bukit Utama, Damansara dari jam 10.45 pagi sampai jam 2 petang. Kalau dah namanya event, kena lah datang setengah jam awal jadi pukul 10 kitorang dah bergerak dari Oasis sebab takut stuck dalam jam. Walaupun pukul 10 pagi, dah lepas peak hour tapi cuaca tak berapa nak okay. 

Tepat jam 11 pagi majlis bermula dengan pantun 4 kerat dari pengerusi majlis, Laila Azwa. Kemudian majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Raden memohon keberkatan dan perlindungan oleh-NYA. 



Disambung dengan ucapan perasmian oleh Managing Partner, En. Nor Hisham Muhammad dengan ucapan terima kasih sebagai tanda penghargaan untuk semua warga RRM yang sudi hadir ke majlis ulangtahun tersebut. Terutamanya setinggi penghargaan kepada RRM Penang dan Terengganu yang berbeza jarak beratus kilometer dari Lembah Klang. 

Dalam ucapan En. Hisham sarat dengan latar belakang Ram Reza & Muhammad, perjalanan dari awal penubuhan, RRM ketika zaman reformasi, kejayaan RRM sebagai firma guaman di Malaysia sehingga lah sekarang. En. Hisham perkenalkan juga barisan partners dalam Ram Reza & Muhammad sebab ada chambering students dan staff baru yang join event RRM buat pertama kali. 

Tak lupa juga kegagalan RRM untuk capai misi tapi kalau tak gagal, tak bermula perancangan dan misi baru yang lebih baik. Kita cuma merancang tapi Allah lebih mengetahui perjalanan yang lebih sesuai untuk kita. 


Ikutkan adat resam Ram Reza & Muhammad, warga baru kena buat talent show depan semua tapi disebabkan pandemik covid-19, dah lama ditinggalkan adat tu. Masa I join RRM dulu kira bertuah lah dapat perform berkumpulan. Itupun segan jugak lah sebab perform dekat annual dinner. Tapi perform santai je kan, salah steps pun tak kisah sebab nak enjoy je. 

Lepas ni boleh lah hidupkan balik sebab dah boleh buat office trip dengan annual dinner balik. Sama juga dengan aktiviti beriadah. Sebelum ni setiap minggu ada aktiviti futsal, badminton ataupun beriadah sama-sama tapi terhenti gara-gara covid-19. Sekarang covid-19 dah habis, dah boleh aktifkan balik semua aktiviti riadah. Aktiviti macam ni lah penting untuk eartkan hubungan dengan semua warga RRM. Dari tak kenal jadi kenal, yang tak rapat boleh dekat. 

Alang-alang dah sembang pasal sukan dan riadah ni, Oasis cadangkan untuk adakan pertandingan boling RRM sebab Oasis dah ada wakil boling negeri, pertandingan badminton pun silap-silap kitorang boleh tapau. 

Selesai ucapan, sesi potong kek ulangtahun yang ke-24 ditempah khas dengan warna tema Tetuan Ram Reza & Muhammad, biru dan putih. Kemudian terus bergerak ke luar dewan untuk sesi fotografi rasmi. Untuk majlis ulangtahun dengan sesi fotografi ni HQ panggil dua orang photographer jadi kitorang dah tak perlu risau bab gambar. 

Ram Reza & Muhammad


Partners Ram Reza & Muhammad

Admin Department 

RRM Penang

RRM Terengganu

RRM Petaling Jaya, Corporate Department

RRM Petaling Jaya - Conveyancing Department

RRM HQ - Conveyancing Department

RRM HQ - Litigation & Syariah Department

Lama juga ambil masa untuk sesi bergambar ni sebab ikut giliran partners, setiap department dan branch lepastu individu pula. Sementara tunggu turn tu boleh lah dapat free time untuk menyembang dan bergambar. Yang dah settle pun boleh makan tengahari dulu. 









Special thanks to Ms Aida and team berjaya jumpa katering sedap sebab semua menu yang dihidangkan pun sedap. Nasi putih, sambal ayam, masak lemak daging salai, udang buttermilk oat, lasagna, roti jala, kuih seri muka, kuih koci, puding roti dan buah-buahan. Banyak sampai tak tahu nak makan mana satu, sedap sampai tersandar kenyang. Lepas ni boleh guna khidmat katering ni lagi. 

Lepas habis event ni En. Hisham kata ada office trip tahun depan, sempat lah semua nak menabung untuk personal spending. Nak ke mana tu belum tahu lagi. Last office trip tahun 2020 pergi Desaru, Johor. 

Selamat ulangtahun ke-24 Ram Reza & Muhammad, bukan mudah untuk teguh berdiri tambah pula masa negara dilanda pandemik hingga masuk fasa endemik. Walaupun banyak berita sedih tapi sekarang Ram Reza & Muhammad dah mula dapat banyak berita gembira. Macam yang En. Hisham selalu sebut, victory through unity!

Belajar Sanitize Office Sendiri

Thursday 14 July 2022

Minggu lepas dapat berita ada yang kena Covid-19 jadi kena lah sanitize office tapi nak guna service luar terpaksa tunggu lama sebab kes tengah rancak naik. Nasib baik lah HQ ada sanitize machine untuk kegunaan di pejabat tu. Dulu office kitorang nak beli jugak tapi sold out. Awal pagi sampai office Ain order Grab untuk pergi ambil dekat HQ. Dalam pukul 11 baru sampai dekat tangan sebab kitorang book kereta memandangkan nak bawa fogging machine dengan sanitizer liquid sekali. 


Sebelum nak guna tu kitorang buat Whatsapp video call dengan Kak Ida dulu sebab nak tahu cara pasang dan guna memandangkan dia yang lebih pakar. Sebelum pasang tu kitorang isi sanitizer liquid dekat bahagian tangki di belakang mesin. Tapi tak isi penuh sebab takut berat nak angkat masa sanitize nanti. 

Kak Ida kata kena pasang wayar hitam dekat power line tu dekat plug lepastu tunggu sampai lampu dekat butang merah tu menyala. Bila dia menyala baru tekan button dekat remote dia untuk mesin ni keluarkan asap. wayar button tu kena masuk dekat controller input. Tak susah pun cuma wayar dia agak pendek jadi terpaksa alih bila nak sanitize ruang lain. Lama juga lah spend masa untuk buat fogging ni sebab keadaan wayar dia. 


Yang device ada dua butang merah tu remote control dia. Sama macam sanitize machine juga, kalau button merah dah menyala baru boleh tekan sebab dah dalam ready mode. Tapi tak lama pun boleh sembur asap dia. 5 minit sembur lepastu berhenti kejap sampai lampu dia menyala balik. Renyah kan? Tapi jimat lah duit bila buat sendiri ni. 


Bau asap dia agak busuk macam bau roti hangit dan bau tu kekal lama sebab esoknya tu bila masuk office, bau dia kuat lagi. Bila dah buka tingkap, bagi angin keluar masuk baru lah berkurang. Function lah fogging machine ni sebab saiz dia kecil, senang nak guna dan senang nak simpan. Nak guna dekat rumah boleh, dekat pejabat pun boleh. 

Firma Guaman Ram Reza & Muhammad Dan Industri Seni

Sunday 5 June 2022

Sejak dari tahun 1998 lagi firma Ram Reza & Muhammad membantu anak guam yang bergiat aktif dalam dunia industri hiburan negara sama ada industri perfileman ataupun muzik menerusi spektrum visual juga audio. 

Jikalau masyarakat awam banyak memandang masalah guaman yang melibatkan anak seni hanyalah kerana kontroversi, skandal panas ataupun masalah penyalahgunaan bahan-bahan terlarang, industri hiburan melangkaui lebih dari itu. 

Dalam rutin harian mereka sebenarnya mempunyai banyak dokumen rasmi yang perlu ditandatangani, banyak kontrak yang perlu disaring atau diteliti terlebih dahulu sama ada berpihak secara adil ataupun tidak terhadap anak seni. Ada kes di mana pelakon dibayar harga pelakon pembantu walhal pegang watak utama dan dipaksa bekerja lebih dari tempoh jam yang sepatutnya. Kes bayaran tertunggak juga sudah biasa berlaku baik pelakon di set ataupun teater persembahan. 

Menjadi peguam Dato' Seri Siti Nurhaliza, kebanyakan kontrak atau perjanjian seperti Perjanjian Konsert, Perjanjian Memorandum Persefahaman, Perjanjian Persembahan, Perjanjian Duta Produk, Perjanjian Kolaborasi dan banyak lagi akan dinilai terlebih dahulu sebelum ditandatangani oleh kedua belah pihak yang terlibat. Antara duta produk ternama yang pernah dikendalikan oleh Ram Reza & Muhammad ialah AEON, JUSCO, Maybank, Maxis, Cuckoo, VIVO, Vantage, Jovian dan terbaru, Swarovski. 

Sama juga seperti proses pembikinan lagu di mana setiap karya, harta intelek malah logo akan didaftarkan atau dipatenkan terlebih dahulu di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) kerana Ram Reza & Muhammad mempunyai kepakaran tersebut menerusi MyIPR. Dan kerana kepakaran ini telah memudahkan anak guam untuk berkarya tanpa perlu pening, terkeliru atau teraniaya. 

"Ada dalam kalangan penggiat seni sebagai contoh penyanyi dan pemuzik, apabila menandatangani sesuatu kontrak, malangnya dia tidak begitu memahami apa yang ditandatangani dan kemudiannya dia berhadapan dengan masalah hak cipta." - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM),2020



Selain Dato' Seri Siti Nurhaliza, Ram Reza & Muhammad juga pernah berurusan dengan selebriti tanah air yang lain seperti almarhum Pak Ngah, Malique Too Phat, Faizal Tahir, Aubrey Suwito, Aizat Amdan, Fathia Latif, Aiman Hakim Redza, Maria Farida, Fasha Sandha, Dato' Aaron Aziz, Dato' Jalaluddin Hassan, Dato' Hattan, Search, XPDC, Bumiputra Rockers, Ayahanda Rani Kulup, Akim, Black, Tomok, Hazama, Sissy Iman dan ramai lagi. Untuk artis dari negara seberang pula, Wali Band, Oki Setiana Dewi, Kris Dayanti juga Radja. 

Mungkin nama Encik Nor Hisham bin Haji Muhammad tidaklah dikenali ramai kerana beliau lebih selesa bekerja di bawah radar dan lensa kamera. Namun pengalaman dan ilmu pengetahuan dalam profesion undang-undang juga perniagaan membuatkan klien lebih selesa bekerja dan titipkan kepercayaan untuk mengendalikan kes dan dokumen mereka. 

Sesuai dengan jabatan korporat yang dibuka dan dibantu oleh Encik Izharul Effendy untuk memastikan peranan sebagai peguam korporat berjalan dengan lancar, cawangan Ram Reza & Muhammad yang terletak di Ara Damansara memudahkan klien dalam industri seni berurusan dengan selesa. Selebriti yang mempunyai syarikat miliknya menggunakan khidmat Ram Reza & Muhammad sebagai setiausaha syarikat seperti Dato' Aaron Aziz dengan restoran Kidz & Creme.

Selain mempunyai tunjang yang kuat, Encik Nor Hisham juga percaya dengan kekuatan kerjasama dari sesebuah pasukan. Maka penting untuk beliau sentiasa berkongsi ilmu, tips dan pengetahuan melalui training class dan perbincangan santai bersama peguam muda yang mengorak langkah dengan kreativiti atau skills masing-masing untuk menyelesaikan pelbagai jenis masalah dalam profesion guaman walaupun beliau sendiri sibuk sebagai ahli jawatankuasa dalam Advocates and Solicitors Disciplinary Board (“ASDB”), ahli Jawatankuasa Induk Pelaburan Universiti Putra Malaysia, ahli Jawatankuasa Yayasan Pelajaran MARA dan juga sebagai ketua keluarga. 

Memandang industri hiburan sebagai salah satu penjana ekonomi negara, Encik Nor Hisham Hj Muhammad sentiasa berkongsi nasihat dan memujuk supaya lebih ramai anak seni baik yang baru saja menceburi dunia hiburan mahupun yang sudah lama bertapak dengan mempunyai jumlah peminat yang ramai agar sentiasa mencari bantuan guaman sebelum menandatangani sebarang kontrak. 

Buanglah pemikiran skeptikal yang bersifat negatif di mana khidmat guaman mahal dan membebankan kerana kos turun naik mahkamah lebih mahal harganya. Sama juga dengan nasib harta intelek yang masih lagi dipandang enteng untuk dijaga. 

Mungkin jika lebih ramai yang datang untuk dapatkan khidmat nasihat undang-undang akan tercetus idea untuk mencipta rang undang-undang baru untuk menjaga anak seni dan mengurangkan masalah eksploitasi. Sudah masanya sebuah pembaharuan budaya kerja dalam industri seni diangkat ke tahap yang lebih selamat dan beretika. 

Bertandang Ke Rumah Terbuka CTDK Holdings Sdn Bhd

Monday 30 May 2022

 

Minggu lepas dapat undangan ke Rumah Terbuka CTDK Holdings Sdn Bhd memandangkan syarikat kepunyaan Dato K dan Dato Siti Nurhaliza ni adalah top client kepada firma Ram Reza & Muhammad. Sepatutnya Danial yang pergi tapi disebabkan dia MC, terpaksa lah gantikan tempat dia sebab dah RSVP 4 seats. 


Rumah Terbuka CTDK Holdings Sdn Bhd ni diadakan di Glamhall Damansara, Neo Damansara pada hari Jumaat bersamaan 26 Syawal 1443 dari jam 11.30 pagi sehingga jam 5 petang dengan tema Baju Raya. 

Kalau ikutkan nak pergi rumah terbuka CTDK ni jam 2 petang sebab Tokti hadir waktu tu tapi disebabkan hari yang sama dan masa yang sama ada Jamuan Raya dekat HQ jadi kena anjak sikit lah masa tu. Lepas selesai solat Jumaat dan bergambar dekat HQ baru bergerak ke Glamhall. 




Nasib baik lah jalan tak jam, sempat la sampai dalam masa 15 minit je. Nak cari parking pun senang sebab staff CTDK dah bagitahu level mana yang kosong. Masa sampai tu Aina Abdul dah bergerak nak balik. Nak bergambar pun tak sempat sebab dia macam rushing nak ke open house yang lain pulak. Meja untuk Ram Reza & Muhammad dekat bahagian depan sekali, meja no. 9 betul-betul depan stage. Semeja juga dengan Lan Solo dan wife dia. 



Masa sampai tu nampak Nabila Razali dekat atas stage bergambar dengan Tokti lepas habis perform. Kemudian ganti pula dengan DOLLA perform lagu Raya, Raya, Raya. Ramai ye dekat depan stage ni sampai terpaksa angkat hp tinggi untuk record atau ambil gambar. Lepastu lenguh tangan. 


Masa pergi open house CTDK Holdings Sdn Bhd ni dah boleh agak dah yang takkan dapat bergambar dengan Tokti sebab busy nau dia ke sana ke sini layan artis yang datang dengan jadi hos untuk performance petang tu. So kita ambil gambar curi macam ni je lah. 



Dato K pun dari meja ke meja melayan tetamu yang datang hari tu. 

Dato K & Managing Partner Ram Reza & Muhammad, En. Nor Hisham

Adib Khalid, Azief Khalid & En. Nor Hisham


Glamhall ni luas lah jugak dengan lantai deko marble hitam putih. Banyak juga meja boleh muat dalam satu majlis. Makanan untuk rumah terbuka ni diletakkan di bahagian belakang tapi untuk meja VIP ada Nasi Beriyani dengan Ayam Masak Merah tak silap. Tak ingat ada makanan apa sebab makan sikit je lepastu pergi bergambar dengan artis. Bukan selalu nak jumpa artis kan hekhek. Semua makanan ni disediakan oleh Ozzie Cafe Malaysia. Nasi beriani dia sedap, totally recommended! 




Habis makan terus bergambar dengan DOLLA itupun hampir tak dapat sebab DOLLA dah nak bergerak ke tempat lain pula. Manager dia dah suruh cepat gerak. Nasib baik lah DOLLA baik jugak melayan sebab dua kali try bergambar tapi tak dapat sebab ramai yang nak bergambar jugak. Tabby comel sangat pakai baju kurung. 


Habis bergambar dengan DOLLA, pergi kacau meja Alif Satar pulak! Happy dapat jumpa Alif sebab sebelum ni Web TV invite ke set penggambaran movie baru Alif tapi tak dapat nak pergi lah sebab kerja. Diorang shooting dekat Langkawi, kalau dekat KL atau Selangor boleh lah singgah kejap. I bagitau Alif nanti kita jumpa lagi dekat movie screening. 


Alif : See you soon, Farhana! 
Me : Okiesssssss :D


Dah hujung acara tu staff CTDK Holdings bergambar sebelum Tokti pergi berjumpa dengan media untuk sesi temubual. Nak menyelit bergambar pun tak sempat sebab media ramai sangat. 



Sebelum balik tu ternampak Amar Baharin dengan Amyra Rosli keluar dari dewan. Terus ajak bergambar sekali. Amyra Rosli dah la cantik, lembut je suara dia bila bercakap. Amar pun sama. 


Terserlah betul kependekan tu ye bila bergambar sebelah Amar Baharin ni. Pakai kasut bertumit pun tak mampu nak jadi tinggi. Habis bergambar kitorang pun berangkat pulang sebab majlis pun dah habis. Tu je lah sedikit sebanyak yang mampu nak simpan sebagai kenangan dekat blog ni. Happy dapat jumpa semua selebriti dekat sini dan happy juga dapat jemputan ke rumah terbuka CTDK Holdings Sdn Bhd ni. Terima kasih Dato K, Tokti dan semua staff yang baik melayan tetamu :)