Showing posts with label movie Bollywood. Show all posts
Showing posts with label movie Bollywood. Show all posts

Movie Review | Thank God (2022)

Saturday 7 January 2023


Director : Indra Kumar 
Writer : Aakash Kaushik, Madhur Sharma
Cast : Ajay Devgn, Sidharth Malhotra, Rakul Preet Singh  
Production Companies : T-Series Films, Maruti International, Soham Rockstar, Anand Pandit Motion Pictures 
Distributors : AA Films & Ptributor Digital Service 
Genre : Fantasy / Comdey / Drama
Running Time : 121 minutes
Release Date : 25 October 2022 
Trailer :


Kisah bermula dengan kehidupan Ayaan Kapoor (Sidharth Malhotra) yang mengalami kerugian akibat aktiviti rasuah selepas Kerajaan India menghentikan pengeluaran not Rs5,000 dan juga Rs1,000. Kerana masalah kewangannya, Ayaan mencari pembeli untuk rumah mewahnya namun sering gagal kerana sikapnya yang baran. 

Sementara menunggu pembeli, Ayaan berpindah ke rumah isterinya, Ruhi Kapoor (Rakul Preet Singh) yang merupakan seorang pegawai polis. Ayaan mempunyai impian untuk menjadi pegawai polis namun gagal dalam ujian kelayakan sebaliknya isterinya pula yang terpilih. Bukan saja kecewa kerana impiannya tak tercapai malah tak pernah ambil peduli dengan tugas Ruhi. Selagi nama Ruhi tak terpampang di dada akhbar, selagi itulah kerjaya Ruhi tak membawa makna kepada Ayaan. 


Satu hari Ayaan kemalangan dan disahkan koma namun roh Ayaan dibawa berjumpa C.G (Ajay Devgan) yang akan menentukan sama ada Ayaan boleh pulang ke dunia kerana amalan baiknya ataupun dicampak ke neraka akibat sikap buruk sepanjang dia hidup sebagai lelaki, anak, suami dan juga ayah kepada Pihu (Kiara Khanna). 

Filem komedi yang diadaptasikan dari filem Denmark, what Goes Around (2009) arahan Anders Matthesen mendapat sentuhan yang sesuai dengan budaya masyarakat India di bandar Mumbai oleh Indra Kumar yang terkenal dengan naskhah komedi di Bollywood. 


Boleh kata Indra Kumar memang selesa bekerja dengan Ajay Devgn sejak filem Ishq (1997), Masti (2004) dan Total Dhamaal (2019) dan tepat juga keputusan tu sebab filem ni tarik ramai penonton ke panggung wayang pada perayaan Diwali. Pertama kali juga tengok Sid Malhotra bekerja dengan pengarah dan juga Ajay Devgn. Dinamik antara dua pelakon pun menyerlah setiap kali mereka bahaskan tentang isu kehidupan yang dijalani oleh Ayaan Kapoor sebagai broker rumah. 

Filem Thank God juga menjadi tumpuan bila menampilkan Nora Fatehi sebagai cameo dalam lagu Manike yang menggunakan konsep sexy dan menggoda. Terpukau teruk tengok chemistry Sid dengan Nora, sama cantik sama padan walaupun cuma untuk lagu berdurasi 4 minit tapi meninggalkan impak yang kuat. Lagu Haaniya Ve pun romantik juga dengan fokus kisah cinta Ayaan dengan Ruhi. 



Memandangkan naskhah Thank God menggunakan genre komedi jadi tak letak expectation tinggi pun bila layan. Saja layan sebab ada Sid lepas stress balik kerja. Hidup Ayaan agak kelakar lah sebab nasib malang bertimpa tapi lebih kepada masalah yang dicari sendiri. Macam masalah rasuah dengan kedekut. 

Babak dekat kuil tu tak logik betul nak salahkan Ayaan seorang bila dia habiskan duit kepada Dewa Hanuman sedangkan ada nenek yang kebuluran sebab 4 hari tak makan. Nak letak salah tu dekat Ayaan tak boleh juga sebab orang lain pun tak sedekah, kenapa dia pula yang dapat karma? Punya lah ramai orang dekat kuil tu tapi Ayaan juga yang kena musibah. 


Sama juga dengan babak dalam lif bila Ayaan kena bersabar dengan lelaki yang buang masa dengan tahan pintu lif. Benda boleh settle cepat tapi kena tunggu lama sebab dia bergayut dengan wife. Siapa tak marah? Patutnya lelaki tu lah yang salah sebab tak hormat masa orang lain. 

Tak logik juga bila CG tunjuk akibat Ayaan jual soalan dekat pelajar bodoh masa sekolah rendah dulu akibatkan India ada doktor bodoh. Ayaan jumpa budak tu masa sekolah rendah je pun tapi dia punya bodoh membawak sampai ke besar, sudahnya Ayaan yang kena tanggung. 


Bila plot Thank God berlatarkan kehidupan alam barzakh, maka banyaklah penggunaan CGI dalam filem ni. Ada masa okay lah, ada masa nampak betul CGI tu. Props yang digunakan pun ada masanya merepek juga macam babak Ruhi selamatkan lelaki terdesak tu, ramai bagi duit keras. Nampak sangat print sebelum start shooting. Rumah pusaka Ayaan pun nampak sangat set dekat studio. Background music pula terlampau dramatis sedangkan babak tu tak dramatik pun. 

Banyak pula kelemahan dalam Thank God ni tapi okay lah nak layan santai ataupun nak tengok Sid Malhotra yang handsome. Anak dia Pihu tu pun comel kemain. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.2 = 5.5/10

Movie Review | Mili (2022)

Tuesday 3 January 2023


Director : Mathukutty Xavier 
Writer :  Alfred Kurian Joseph, Noble Babu Thomas, Mathukutty Xavier,Riteish Shah 
Cast : Janhvi Kapoor, Sunny Kaushal, Manoj Pahwa  
Production Companies :  Bayview Projects, Zee Studios
Distributors : Zee Studios, Netflix  
Genre : Thriller / Drama
Running Time : 127 minutes
Release Date : 4 November 2022 
Trailer :


Official remake dari filem Malayalam, Helen (2019), arahan Mathukutty Xavier mengisahkan tentang Mili Naudiyal (Janhvi Kapoor) yang bekerja di Doon’s Kitchen separuh masa dan bergilir dengan kelas TESL sebelum bekerja di Canada sebagai jururawat. Mili tinggal bersama ayahnya (Manoj Pahwa) dan sentiasa menjaga kesihatan orang tua tersebut untuk elakkan tekanan darah tinggi. 

Mili bercinta dengan Sameer Kumar (Sunny Kaushal) yang menganggur dan mencari kerja di pejabat kerajaan. Disebabkan status Sameer, Mili rahsiakan hubungannya dan tukar nama Sameer kepada Sameera supaya rahsianya selamat. 


Setiap hari Mili pergi ke kelas TESL pada waktu pagi selepas prepare ubat dan makanan untuk ayahnya kemudian masuk syif sehingga jam 12 malam. Habis kerja Mili akan pergi ke kuil sebelum pulang ke rumah. 

Tapi rutin harian tersebut berubah apabila Mili terpaksa tolong kawan sekerja masukkan bahan mentah ke dalam freezer di ruang belakang restoran sedangkan dia sudah punch out. Manager (Vikram Kochhar) yang tak perasan Mili masih di dalam freezer, kunci freezer tersebut dan pulang ke rumah seperti biasa. Handphone Mili pula tertinggal di luar freezer bila dia perlukan kedua-dua tangannya untuk mengangkat kotak besar. 


Review ni memang akan sembang sepenuhnya tentang filem Mili tanpa bandingkan yang mana bagus atau tidak sebab I tak pernah tengok lagi filem Helen. Memandangkan naskhah survival thriller ni dibikin oleh pengarah yang sama, jadi tak ada masalah pun tengok yang mana satu kerana ideanya masih lagi mengikut kerativiti orang yang sama. 

Penceritaan Mili bermula dengan kisah hidup dia yang menjalani rutin biasa orang kebiasaan di tengah kota. Tak susah pun untuk Janhvi lakonkan watak orang kebanyakan atau middle class people sebab Mili adalah naskhah keempat dengan watak dari golongan tersebut selepas filem Gunjan Saxena (2020), Ghost Stories (2020, Roohi (2021) dan terbaru, Good Luck Jerry (2022). 


Menariknya dalam filem Mili, Janhvi digandingkan bersama Sunny Kaushal buat pertama kali. Menyerlah betul chemistry mereka berdua sebagai pasangan muda yang hangat bercinta. Walaupun tak dapat tengok banyak babak mereka bersama tapi bila muncul, memang sweet sangat. Masa Mili dengan Sameer bergurau di kuil tu nampak comel. 

Masuk part Mili terperangkap dalam freezer tu memang ada banyak momen yang buatkan rasa sebak sebab tak boleh bayang perasaan duduk dalam ruang yang sejuk sehingga mencecah -17 darjah celcius. Nak pula cuaca negara India lebih kurang sama macam kita jadi dia tak biasa dengan perubahan cuaca yang mendadak dengan pakaian yang nipis juga tanpa lengan. 


Bukan saja Mili yang perlukan haba malah si tikus yang jadi punca manager mengamuk akibat rugi juga perlu bertarung untuk hidup. Awwwdorable moment bila tengok Mili peluk si tikus, sekurangnya dia tak berseorangan. Masa Mili tarik lengan dia yang melekat dekat lantai beku tu rasa perit sangat. Make up effects hidupkan lagi screenplay dalam freezer tu. Seram!

“I remember it (film) taking a genuine toll on my mental health because I would come back home after wrapping up shoot and I would go to sleep and dream that I was still in the freezer. I fell ill and I was on severe painkillers for two-three days and even the director was unwell.” – Janhvi Kapoor

Music score dari A.R. Rahman tak ada celanya dengan menampilkan lagu yang sesuai dengan situasi terutamanya lagu Jeena Hoga. Selagi ada kudrat, selagi tu lah berusaha sehingga ke hujung nyawa macam Mili yang sampai ke hujung ada saja ikhtiar dia sementara tunggu bantuan sampai walaupun entah bila. 



Sementara Mili bertarung di dalam freezer, ayahnya dan Sameer juga bertarung di luar untuk menjejak Mili. Tak ada masalah dengan babak Mili di dalam tapi timbul persoalan untuk yang berada di luar. Masa ayah dia pergi ke Pacific Mall kenapa tak check betul-betul ataupun tanya guard yang jaga kawasan? Lakonan Manoj Pahwa agak lemah sebagai ayah yang risaukan si anak, Sameer yang muncul sekejap pun lagi function dari dia. 

Part dia merajuk dengan Mili tu pun macam mengada sebab anak dia bercinta je pun, dia punya dosa tu elok je Mili maafkan sambil tergelak dengan permintaan merepek dia. I labelkan dosa sebab tabiat buruk dia punca isteri dia meninggal sampai Mili perlu berkorban banyak benda untuk pastikan si ayah sihat. 


Dekat hujung cerita ada babak cameo dari Jaggu Dada tapi Mathukutty Xavier tak pandai olah sampai rosak babak tu. Kalau dia buat badan bagi refleks dengan situasi helpless constable polis tu mungkin lebih logik. Masa Mili cuba buka panel dinding tu pun macam tiba-tiba. Kalau penulis buat Mili teringat pasal panel tu ataupun terdengar perbualan manager, mungkin lebih menarik sebab kita sama-sama berdoa untuk dia. You know that moment when we watched this type of genre? 

Walaupun ada kekurangan tapi Mili masih lagi menarik untuk ditonton dan lakonan Janhvi semakin bagus juga salah satu kekuatan utama naskhah Mili. Recommended! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.8, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.3/10

Movie Review | Blurr (2022)

Saturday 24 December 2022


Director : Ajay Bahl
Writer : Ajay Bahl, Pawan Soni 
Cast : Taapsee Pannu, Gulshan Devaiah, Kruttika Desai Khan, Sorabh Chauhan, Nitya Mathur, Sumit Nijhawan, Abhilash Thapliyal
Production Companies : Zee Studios, Outsiders Films, Echelon Productions 
Distributors : ZEE5  
Genre : Horror / Thriller
Running Time : 126 minutes
Release Date : 9 December 2022 
Trailer :


Official remake dari filem Spain, Julia's Eyes (2010) arahan Guillem Morales mengisahkan tentang Gayatri (Taapsee Pannu) mencari punca kematian adik kembarnya Gautami. Inspektor Chandel (Sumit Nijhawan) sahkan Gautami meninggal kerana bunuh diri akibat kemurungan walaupun tiada nota yang ditinggalkan. 

Kes akan ditutup kerana tiada langsung tanda pergelutan pada mayat Gautami tapi Gayatri yakin adiknya dibunuh bila dia dapat rasa kehadiran seseorang di rumah tersebut. CD yang dipasang di radio juga bukan lagu kesukaan Gautami seperti yang dia bagitahu pada awal filem. Namun suaminya, Neel (Gulshan Devaiah) minta supaya tutup kes supaya roh dapat bersemadi dengan tenang. 


Neel juga larang Gayatri melakukan perkara yang akan buat dia stress sebab kedua-dua kembar tersebut mempunyai masalah penglihatan yang sama, progressive vision loss dan doktor nasihatkan supaya elakkan stress yang melampau. Tapi Gayatri yakin ada seseorang yang sedang memerhati dan cuba untuk tutup jejak bersama Gautami. Jiran sebelah, Ira (Nitya Mathur) juga sering memerhati tindak-tanduk Gayatri tapi menghindar apabila dia cuba untuk berbual. 

Naskhah Blurr menghidangkan genre thriller dengan misteri yang cuba untuk disembunyikan oleh si pembunuh. Keupayaan watak utama juga bagi kelebihan untuk si pembunuh selangkah di hadapan. Dari awal lagi penulis dah tunjuk kehadiran si pembunuh jadi setiap kali Gayatri panik sebab lelaki tersebut, kita akan tercari-cari siapa. 


Kelebihan Blurr bila pengarah bijak bermain dengan visual yang disetkan kelam untuk menjelaskan lagi keadaan penglihatan Gayatri yang terhad. Hint pun pengarah simpan sampai masanya sampai. 

Walaupun Blurr menarik untuk ditonton namun ada beberapa faktor yang boleh diperbaiki seperti jalan cerita yang kurang logik. Semua sedia maklum bila penglihatan terhad, deria yang lain akan bertambah supaya manusia dapat melindungi dirinya. Kalaupun tak bertambah, sesiapa pun akan terhidu bau Gayatri yang mendengar perbualan sekumpulan wanita buta di pusat pemulihan. Tambah pula bila mereka semua dapat bau lelaki yang bersembunyi di hujung tangga. 


Masa Ira datang berjumpa dengan Gayatri di second half pun menimbulkan tanda tanya juga macam mana dia dapat masuk dan sorok kehadirannya dari pengetahuan si pembunuh. Kuat sangat Gayatri menjerit serupa tak ada hari esok. Cara Gayatri tu macam tak berada dalam situasi tegang pun, masa dia buka bandage pun tak nampak langsung perit buka mata lepas 12 hari tertutup. Smooth je dia buka mata sedangkan ada lampu terang depan dia. Dekat second half juga pengarah terlampau stretch babak Gayatri dengan pembunuh walaupun polis dah sampai. Patutnya cut off je dengan buat polis serbu pembunuh tersebut. 


Kebanyakan watak tak dikembangkan dengan baik sampaikan watak hanya watak dan tak menambahkan impak. Dekat watak Gayatri ada la juga berhubung kait dengan kerjaya dia tapi untuk Gautami, langsung tak nampak gaya seorang pianist terkenal. Plot twist pun tak berjaya mengejutkan, cuma menjawab soalan kenapa watak tersebut bersifat sebegitu di awal cerita. 

Pendek kata Blurr mempunyai idea yang menarik namun lemah pada olahan cerita dan juga skrip yang tak dikembangkan sepenuhnya. Boleh kata cerita tanpa jiwa yang boleh buatkan kita connect dengan konflik masing-masing. Setiap watak ada drama dan konflik tapi tak boleh nak rasa simpati dengan mana-mana pun. Yang penting berjaya habiskan naskhah 126 minit. 


Kalau ada lagu romantik antara Gulshan dengan Taapsee mungkin lebih membuai kot sebab chemistry diorang comel. Masa tengok filem ni perasan juga semua watak sampingan mentioned pasal being invisible. Macam nak simpati tapi macam tak connect dengan cerita.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.4 = 5.4/10

Movie Review | Code Name: Tiranga (2022)


Director :  Ribhu Dasgupta
Writer :  Ribhu Dasgupta
Cast : Parineeti Chopra, Harrdy Sandhu, Sharad Kelkar
Production Companies : T-Series Films, Reliance Entertainment, Film Hangar
Distributors : Reliance Entertainment, Netflix
Genre : Spy / Action / Drama
Running Time : 134 minutes
Release Date : 14 October 2022
Trailer :


‘They say that the tale of life begins before you are born. Life comes to an end but the tale continues. The battle of survival asks for sacrifice. And there are two kinds of warrior in this battle. One who are allowed to survive and the other who challenge death and survive in the end. The wounds received in love and war never heal.’ – Durga Singh 

Bertemu di Afghanistan, Ismat (Parineeti Singh) bertemu dengan Dr. Mirza Ali (Harrdy Sandhu) dalam sebuah teksi. Mereka berdua mempunyai jalan sehala lantas berkenalan di dalam perjalanan tersebut. Kebetulan mereka berdua dari negara yang sama walaupun Dr. Mirza sudah lama menetap di Afghanistan. 

Tak lama kemudian mereka berdua ambil keputusan untuk berkahwin tapi identiti sebenar Ismat terbongkar di sebuah majlis perkahwinan. Isterinya, Ismat adalah Durga Singh, ejen perisik RAW dan ditugaskan untuk memburu pengganas, Omar Khalid (Sharad Kelkar). Kerana misi RAW gagal, Durga dihantar ke tempat lain manakala Dr. Mirza masih dalam terkejut bukan saja kerana isterinya malah kematian sepupu yang paling rapat. 

Takdir pertemukan Durga dan Mirza sekali lagi di tanah Arab tersebut kerana Durga ditugaskan untuk menghapuskan ejen India yang berpaling tadah. Selepas cedera akibat ditembak, Durga diselamatkan oleh bekas suaminya yang kebetulan berada di kawasan tersebut. 

Penceritaan Code Name : Tirangan hasil penulisan dan juga arahan Ribhu Dasgupta adalah naskhah yang berkisarkan ejen perisik tanpa klimaks yang menarik mahupun twist yang mengejutkan. First half diceritakan dengan kemas kerana kisah cinta Ismat dan Mirza. Chemistry antara Parineeti dan Harrdy nampak menarik onscreen walaupun filem ini beri lebih banyak screentime berbanding debut filem dia sebelum ni, 83 (2021). 

Masuk second half dah mula merepek bila anak buah Omar Khalid tahu keberadaan Durga sedangkan tiada siapa pun dapat hubungi dia. Bukan juga melalui CCTV bangunan atau intel dari undercover. Tahu-tahu dah muncul untuk bunuh Durga. Unless ada babak Omar mentioned Dr. Mirza sebab kantoi Durga berkahwin dengan doktor tersebut. Malangnya tak ada. 

Watak Durga pun nampak lemah bila dia bagitahu Dr. Mirza dia tak pernah kena tembak padahal best agent kot. Lagi padu kalau dia kata dia selalu kena tembak tapi tak sama feel dia bila suami sendiri yang rawat. Entah pandai-pandai la karang ayat berbunga dah kalau bawak masuk love angle dalam genre spy thriller. 

Geleng kepala tengok babak Dr. Mirza menonong lari keluar dari van sebab nak selamatkan isteri padahal sepanjang dalam van, sepanjang Durga dengan Kabir Ali (Rajit Kapur) fight ISI, sepanjang van bergerak ke kawasan selamat, tak buka mulut pula tentang ancaman tu. Benda boleh settle sepanjang masa tu tapi penulis pilih untuk wujudkan drama dengan harapan penonton boleh rasa simpati dengan nasib Durga. 

Sebelum ni Bollywood ada franchise Commando, Tiger dan Zoya, Force dan banyak lagi filem lain yang paparkan tema RAW tapi tak faham kenapa Code Name : Tiranga tak mampu jadi kreatif untuk sorok penggunaan stunt double. Masa dekat first half okay je, pengarah guna karung guni untuk tutup muka ataupun purdah. Tapi bila masuk second half gigih juga nak tunjuk muka Parineeti sampai nampak jelas penggunaan CGI dekat cermin tu. Spoil teruk!

Patutnya pengarah boleh pendekkan lagi filem Code Name : Tiranga dengan buang babak Maryam dan Omar dalam perjalanan ke hospital tu. Tak perlu untuk layan kisah sedih antagonis, tak perlu juga babak Dr. Mirza tercengang dengan Durga bila isteri dia dah acu pistol dekat Omar. Kalau Durga buat kerja cepat, dah boleh save masa dekat situ. 

Sayang lah Parineeti selalu bazirkan masa pada filem yang mempunyai olahan lemah sedangkan dia ada potential jauh lebih bagus dari tu. Anyway, director boleh cast Parineeti dengan Harrdy dalam rom-com ataupun action comedy. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 5/10

Movie Review | Govinda Naam Mera (2022)

Sunday 18 December 2022


Director : Shashank Khaitan
Writer : Shashank Khaitan
Cast : Vicky Kaushal, Bhumi Pednekar, Kiara Advani, Sayaji Shinde, Renuka Shahane, Dayanand Shetty, Amey Wagh 
Production Companies : Dharma Productions, Viacom18 Studios
Distributors : Disney+ Hotstar
Genre : Comedy / Mystery
Running Time : 131 minutes
Release Date : 16 December 2022
Trailer :


Naskhah komedi terbaru Shashank Khaitan mengisahkan tentang Govinda Waghmare (Vicky Kaushal) yang bekerja sebagai backup dancer untuk filem Bollywood di Mumbai. Govinda tak mempunyai duit kerana gaji harian yang diperoleh namun mempunyai banglo dua tingkat hasil peninggalan pusaka mendiang ayahnya. 

Malangnya keluarga isteri pertama dan anak tunggalnya, Vishnu (Akshay Gunawat) fight di mahkamah untuk dapatkan balik rumah tersebut. Vishnu malah menuduh perkahwinan antara ayahnya dan Asha Wagmare (Renuka Shahane) tidak sah kerana mereka berkahwin di kuil buatan dalam set filem. 


Govinda juga ingin bercerai dengan isterinya, Gauri (Bhumi Pednekar) kerana jatuh cinta dengan Suku (Kiara Advani) yang juga bekerja sebagai backup dancer. Tapi Gauri minta dia bawa Rs2crore sebagai ganti kerana minta hantaran tinggi untuk berkahwin. Dalam masa yang sama, Inspektor Javed (Dayanand Shetty) bagi masa selama 2 minggu untuk lunaskan hutang yang tertangguh lama atau Govinda akan ditembak mati dalam mana-mana raid. 

Govinda ambil keputusan untuk bunuh diri kerana masalah kewangan yang tak ada jalan keluar tapi Sandy (Jeeva Ranjeet) kemalangan di bangunan tersebut. Langkah kanan untuk Govinda sebab dalam kereta Sandy ada beberapa paket dadah bernilai Rs7 crore, cukup untuk dia langsaikan semua hutang dan keluar dari masalah yang ada. Malangnya bila dia pulang, Gauri pula dibunuh dan Govinda mempunyai motif yang kuat sebagai suspek utama. 


Sebelum ni Vicky Kaushal bagitahu yang komedi adalah genre yang dia mungkin tak akan explore sebab dia tak rasa dia mampu deliver. Bila isteri dia, Katrina Kaif suruh dia try, Vicky pilih skrip Govinda Naam Mera terbitan Dharma Productions yang berkisarkan hidup serba daif di Mumbai. Sepanjang masa terhibur dengan konflik hidup Govinda walaupun tema dan komedi yang diketengahkan bukanlah sesuatu yang baru. 

First half disajikan dengan masalah keluarga Govinda sama ada menerusi masalah rumah pusaka ataupun hal perkahwinan dengan Gauri. Masuk second half makin menarik bila Govinda kena fikir macam mana untuk selamatkan diri dari jadi suspek utama pembunuhan Gauri. Masa tu syak Inspektor Javed yang bunuh sebab boleh jadi Gauri minta balik barang kemas dia kemudian Inspektor Javed tak sengaja bunuh. Riak muka dia setiap kali kes tu dibincangkan nampak sesuatu sangat. 


Reunion buat Vicky dan Bhumi berlakon sebagai pasangan suami isteri dalam screentime yang lebih panjang dengan dialog yang lebih banyak. Dalam Bhoot Part 1: The Haunted Ship (2020), kisah cinta Bhmu dan Vicky cuma wujud dalam satu lagu – Channa Ve. Kali ni watak mereka ada lengkungan menarik walaupun tak sebanyak screentime Vicky dan Kiara. 

Pertama kali digandingkan bersama tak jadi masalah langsung buat Vicky dan Kiara. Walaupun banyak scene gedik antara Kusu dengan Govinda but still comel teruk! Especially dalam lagu Pappi Jhappi dan sexy dalam lagu promo - Bana Sharabi. 



Kehadiran Ranbir Kapoor sebagai cameo selama 100 saat antara highlights dalam filem Govinda Naam Mera. Kali kedua juga Ranbir buat cameo dalam filem Vicky lepas Love Per Square Foot (2018) dengan genre yang sama, comedy. Lowkey stan this friendship sebab comel sangat. Jarang nak tengok top actor berkawan baik dan support each other. 

Kelakar juga masa tengok choreographer Ganesh Acharya buat cameo jugak. Tertanya kenapa Shashank tak buat cameo Govinda sebab nama dia famous tapi bila teringat perangai kekwat dia, dah boleh faham sendiri hihu


Anyway, I have fun watching this comedy mystery movie dan Vicky Kaushal dah buktikan yang dia mampu berlakon dalam apa jua genre. My complaints, watak Vishnu tu patut bagi dekat Sunny Kaushal walaupun akan ada yang menjerit isu nepo tapi hanya adik sebenar boleh carry out feel menyampah dekat abang dalam babak nak settle luar court tu. Lagi satu, kenapa tak ada langsung lagu promo untuk Govinda dengan Gauri padahal diorang comel je sebagai pasangan suami isteri? Patutnya bagi lah lagu Kya Baat Hai 2.0 tu dekat diorang sebab Bana Sharabi dah buat untuk Govinda dan Suku. Bhumi deserves better! 


*rating I tinggi sebab filem ni mindless comedy so just enjoy watching 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9/10

Movie Review | Doctor G (2022)

Saturday 17 December 2022


Director : Anubhuti Kashyap
Writer : Sumit Saxena, Saurabh Bharat, Vishal Wagh, Anubhuti Kashyap 
Cast : Ayushmann Khurrana, Rakul Preet Singh, Shefali Shah
Production Company : Junglee Pictures
Distributors : Anand Pandit Motion Pictures, PVR Pictures, Viacom18 Studios, Netflix
Genre : Medical / Comedy / Drama
Running Time : 124 minutes
Release Date : 14 October 2022
Trailer :


Dr. Uday Gupta (Ayushmann Khurrana) baru saja selesai menduduki peperiksaan M.B.B.S (Medical Bachelor, Bachelor of Surgery) dan mencari tempat untuk practice. Malangnya impian dia untuk sambung dalam jabatan ortopedik musnah apabila kuota sudah penuh. Nak minta swap dengan student lain pun tak berjaya. 

Atas saranan abang sepupunya, Dr. Ashok (Indraneil Sengupta), Uday masuk ke bidang Gynaecology di bawah Universiti Bhopal, antara universiti yang bagus di India. Bila tak minat, Uday buat kerja pun ala kadar supaya masa cepat berlalu dan dia boleh ambil ujian untuk Orthopedik. Malang untuk dia kerana dijaga di bawah Dr. Nandini Srivastav yang tegas. Susah untuk dia lulus kalau dari awal lagi kena aim dengan Dr. Nandini. 


Banyak perkara yang berlaku di jabatan gynaecology disebabkan Uday masih baru dan mempunyai pemikiran tipikal mengenai perempuan. Bukan saja masalah pesakit di hospital, di rumah pula kena layan kerenah ibunya (Sheeba Chaddha) yang berangan nak jadi chef, malah hubungan peribadi antara dia dengan Dr. Fatima (Rakul Preet Singh) juga menjadi konflik utama. 

Kelakar masa tengok trailer Doctor G bila Dr. Nandini suruh Uday hilangkan sentuhan lelakinya. Sentuhan lelaki pun susah dia nak figure apa benda, dipaksa untuk hilangkan pula kalau nak lulus dekat jabatan tu. Bukan saja tema yang dibawakan adalah segar dan baru malah komedi bersahaja juga menjadi kekuatan naskhah arahan Anubhuti Kashyap. 


First half memang kelakar dengan kehidupan Uday sebagai doktor sakit puan sebab ramai keluarga tak suka dengan doktor lelaki. Situasi dalam filem ni sama lah dengan situasi sebenar di negara kita yang prefer doktor perempuan semasa melahirkan. Kalau ada masalah kelamin pun susah nak bercerita bila dapat doktor lelaki. Geleng kepala tengok pesakit mengamuk tak dapat anak padahal salah masuk pintu. 

Second half pula pamerkan kelemahan pihak produksi dengan perubahan genre yang mendadak. Kalau dekat first half kita seronok tengok kehidupan Dr. Uday, dekat second half mula merepek bila Dr. Ashok minta tolong cover dosa dia dengan Kavya Sharma (Ayesha Kaduskar) yang masih di bawah umur. 


Masa Uday dapat tahu umur sebenar Kavya tu dia dah tegur Ashok sebab bercinta dengan underage dan cuba selamatkan Kavya dekat hospital tu okay lah. Tapi bila dia biarkan Kavya padahal Dr. Nandini dah tegur risiko nampak macam dia ambil mudah dengan nyawa orang. Sepatutnya dia fight bila Ashok suruh dia bawa Kavya ke rumah. Dia tahu Ashok nak lepaskan tengkuk sendiri tapi dia tetap hantar Kavya ke situ. Bercanggah betul karakter dia dengan first half sekaligus buang pesona hero material dalam hidup middle class. Uday sebagai lelaki chauvinist boleh diterima sebab dia berubah tapi Uday sebagai lelaki tak ada prinsip agak susah nak hadam. Apa yang penulis cuba pamerkan pada second half?


Sama juga dengan kisah cinta mengejut antara Uday dan Fatima bila mereka banyak spend time di summer camp. Argument Uday bila ex dia rapat dengan kawan baik lelaki sampai ketepikan status dia sebagai boyfriend tu betul, sama juga dengan relationship dia dengan Fatima. Bukan kesilapan kalau Fatima selesa dengan Uday sampai boleh putus tunang. Faham dengan dunia kebebasan berkawan tapi tak faham bila terlampau bebas? Mungkin penulis nak paparkan yang lelaki dan perempuan boleh berkawan baik tapi execution lemah sampai tercari apa tujuan wujudkan sub-plot tersebut.


Doctor G ada potential untuk jadi lebih menarik, mempunyai mesej sosial mampan dan ubah persepsi orang awam tentang doktor lelaki dalam bidang sakit puan namun kerana second half yang lemah, peluang tersebut tersasar dari matlamat asal. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.3 = 6.2/10

Movie Review | Qala (2022)

Monday 12 December 2022


Director : Anvita Dutt
Writer : Anvita Dutt
Cast : Triptii Dimri, Babil Khan, Swastika Mukherjee, Amit Sial, Sameer Kochhar, Girija Oak, Varun Grover, Abhishek Banerjee, Anushka Sharma 
Production Company : Clean Slate Filmz
Distributors : Netflix
Genre : Musical / Drama
Running Time : 120 minutes
Release Date : 1 December 2022
Trailer :


Qala (Triptii Dimri) merupakan anak tunggal kepada penyanyi terkenal, Urmila Manjushree (Swastika Mukherjee) dan juga mendiang maestro di Kolkata. Qala sepatutnya mempunyai kembar lelaki namun kerana Qala adalah fetus yang lebih kuat dan menarik semua zat dan nutrian di dalam kandungan maka dia yang berjaya dilahirkan. 

Setiap hari Urmila sakit hati mengenangkan anak lelaki yang tak sempat lahir ke dunia. Walaupun Qala mempunyai kecantikan dan bakat nyanyian sepertinya namun tak pernah dihiraukan. Persembahan pertama Qala menarik perhatian Urmila terhadap Jagan (Babil Khan) yang mempunyai suara lunak dan seorang yatim. 


Urmila bawa Jagan pulang ke rumah untuk berlatih musik klasik sementara rancangan terhadap Qala adalah untuk dikahwinkan kepada anak sahabatnya yang bekerja sebagai jurutebang. Qala semakin sakit hati dengan Jagan kerana Urmila semakin jauh darinya. Dalam satu majlis, Qala menggantikan Jagan yang kehilangan suara dan dipanggil untuk rakam album di bandar bersama produser musik terkenal, Sumant Kumar (Amit Sial) lantas mendapat kejayaan beserta populariti yang diidamkan. 

Naskah musikal drama Qala berlatarkan kawasan pergunungan Himanchal yang bersalji tebal dan juga pada era 30-an hingga 40-an. Menariknya filem Qala mempunyai olahan dan sentuhan yang sama seperti filem Bulbbul (2020), arahan juga penulisan Anvitta Dutt sebelum ini. Mesej mengenai pemerkasaan wanita juga diangkat secara jelas seperti babak Qala tegur mengenai setiausaha perempuannya, babak Urmila yang tegur tentang penyanyi perempuan dalam industri tak ubah seperti pelacur. 


Sama seperti Bulbbul, Qala juga dianiaya oleh ahli keluarganya sendiri sejak lahir kerana elemen ini tampak kuat dan menusuk. Bertambah perit bila kata-kata tersebut dari ibu yang melahirkan. Masa Urmila besarkan Qala tak nampak sangat perbezaan layanan tu tapi bila Jagan tinggal bersama, makin menjadi-jadi rasa benci dia. Kesian tengok Qala tahan sebak bila Urmila tahan Qala daripada nyanyi lagu Shauq supaya bagi laluan pada Jagan. 

Setiap babak yang dipaparkan Anvitta tampak indah dan mengagumkan kerana props yang digunakan serta dibantu oleh penggunaan cahaya yang minimal. Berkenan sangat tengok sari organza kepunyaan Qala sejak dia mula menyanyi sehinggalah menempa nama sebagai penyanyi terkenal. Barang kemas yang digunakan juga ringkas namun menambah seri. Macam mana Deepika pernah tawan hati semua dalam Om Shanti Om (2007) dengan sentuhan klasik, macam tu juga lah Triptii digambarkan dalam filem Qala. 


Naskhah Qala juga merupakan platform debut untuk Babil Khan, anak kepada mendiang Irrfan Khan. Watak Jagan tampak terlalu besar untuk dibawa oleh Babil, ada masa macam tak meyakinkan miming dia sebagai penyanyi. Personally I rasa Avinash Tiwary lebih sesuai memandangkan dia pernah berlakon sebagai Majnu yang mabuk dalam cintanya terhadap Laila. Sakit yang dia rasa tu sampai sekarang terngiang di kepala. Chemistry Avinash dengan Triptii pun kuat sebab ada babak Qala bagitahu nak kahwin dengan Jagan supaya dia tak berjauhan dengan Urmila. Jagan dengan Qala pun selalu spend time sama-sama belajar musik. 

Selain mesej sosial utama, Anvita juga paparkan perbezaan antara Qala dan Jagan bila dibesarkan dalam suasana yang berbeza. Walaupun Jagan yatim, tapi dia dibesarkan di gudrawa yang sentiasa titipkan nilai murni jadi tak hairan kalau Jagan sentiasa motivate Qala dan tenangkan dia sementara Qala terikat dengan rasa benci dan takut oleh ibunya sendiri. Apa saja yang dilakukan tidak pernah dihargai kerana pada Urmila, anaknya itu adalah burung yang suka merampas hak orang lain. 


Selain kekuatan penceritaan dan melankolik kehidupan Qala yang mengejar kasih sayang si ibu, music album gubahan Amit Trivedi dan lirik puitis yang dikarang oleh Amitabh Bhattacharya menjadi tarikan utama. Macam mana orang industri terbuai dengan nyanyian Qala dengan lagu Phero Na Najariya, macam tu lah juga kagum dengan merdunya suara Qala. Tak boleh pilih antara lagu ni ataupun Ghodey Pe Sawaar.



Pendek kata Qala adalah naskhah yang berhantu kerana keindahan musik, visual dan juga kesengsaraan mendalam. Filem ni tak sesuai untuk yang lemah semangat sebab ada beebrapa babak yang boleh trigger mental health atau anxiety. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9/10

Movie Review | Chup: Revenge of the Artist (2022)

Monday 5 December 2022


Director :  R. Balki
Writer : R. Balki, Raja Sen, Rishi Virmani
Cast : Sunny Deol, Dulquer Salmaan, Shreya Dhanwanthary, Pooja Bhatt  
Production Company :  Hope Production
Distributor : Pen Marudhar Cine Entertainment 
Genre : Crime / Thriller  
Running Time :  135 minutes
Release Date : 23 September 2022 
Trailer :


‘But you know, reviews are important. We need critics. Critiquing is a must for society, for progress in any field. Everyone likes to hear praises but true learning happens when we are made aware of our shortcomings when somebody show us the way to become better.’ – Amitabh Bachchan

Naskhah terbaru R.Balki, Chup : Revenge of the Artist mengisahkan tentang pembunuh bersiri yang memburu pengkritik filem di dunia Bollywood. Mangsa akan diikat dengan pembalut plastik bercorak daun emas dan mempunyai ukiran bintang di dahi. Kalau pengkritik tersebut bagi satu bintang, maka ada satu bintang ditoreh di dahinya. Keadaan mayat pula akan dibunuh mengikut ulasan tentang filem tersebut. 


Mangsa pertama ialah Nitin Srivastav yang dijumpai mati di tandas rumahnya. Badan penuh dengan kesan kelar dari atas sehingga bawah. Inspector Arvind Mathur (Sunny Deol) ditugaskan untuk menyiasat kes pembunuhan tersebut. Susah untuk dia mengesan siapa pembunuh tersebut kerana bahan yang digunakan agak lama dan pengilang juga tidak lagi mengeluarkan bahan tersebut. 

Yang pastinya pembunuh tersebut memburu pengkritik filem di Mumbai tapi tak mampu lah jabatan dia untuk cari siapa malah satu beban yang besar untuk melindungi 300 pengkritik filem di Mumbai dalam satu masa. Cadangan yang paling mudah ialah minta semua pengkritik bagi rating penuh atau 3 ke atas.

 
Malangnya pembunuh tak termakan dengan idea tersebut kerana dia benci pengkritik yang tidak jujur dan bukan kerana bagi markah sedikit. Dalam masa yang sama, Nila Menon (Shreya Dhanwanthary) turut membantu pihak polis mencari pembunuh bersiri tersebut kerana minat kepada filem dan dunia perfileman. Rasa takut diendahkan kerana dia baru saja jatuh cinta dengan Danny (Dulquer Salman), si penjual bunga yang romantik. 

Pengkritik filem bukan sesuatu yang baru dan di Bollywood sudah ada persatuan yang menjaga kebajikan pengkritik filem namun filem bertemakan pengkritik filem adalah sesuatu yang segar dan belum pernah diterokai oleh mana-mana pembikin filem. Menariknya penulis filem Chup adalah pengkritik filem yang terkenal iaitu Raja Sen. 


Sebelum ni dia mengkritik, kali ni dia masuk sendiri ke dunia penulisan skrip jadi kebanyakan fakta yang dipaparkan adalah benar. Tak ada masalah langsung dekat situ tapi adakah filem ni menarik? Tak semestinya. Betul lah orang kata, mengkritik dan membikin adalah dua perkara yang berbeza walaupun masing-masing memerlukan dan saling melengkapi. 

Kekuatan pada Chup ialah idea yang segar dan lakonan yang mantap terutamanya pada watak Danny yang mempunyai split personality. Kalau orang biasa tengok, mungkin nampak macam bercakap dengan diri sendiri tapi pelik lah kan bila minum teh setiap pagi ada dua cawan dan order makan sampai dua pinggan. Dekat awal lagi pengarah tak berselindung siapa pembunuh yang dicari oleh Arvind. 


Kalau ikutkan hati I lagi suka cerita yang cliché dan bermain dengan hint yang diberikan oleh pengarah daripada berperang dengan hati menidakkan sesuatu yang memang dah kita tahu jawapannya. Siapa tak suka lelaki romantik, hidup dengan bunga dan baik orangnya. Macam mana Nila boleh bagi sepenuh hati pada Danny, macam tu la juga yang tengok filem ni. Chemistry top notch dan kalau ada pengarah yang cari lead pairing, Dulquer dengan Shreya adalah perfect match untuk menceritakan kisah cinta urban dalam dunia generasi muda. 

Geram bila tengok filem ni asyik terbayang macam mana kalau jumpa lelaki idaman tapi dia pembunuh bersiri? Dia mungkin tak bunuh orang yang dia sayang sebab nak zuriat tapi mana sifat keperimanusiaan? Tapi tu lah, mana ada benda yang sempurna dekat dunia ni. Selain geram tengok kisah cinta Nila dengan Danny, geram jugak tengok bunga dekat kedai tu sebab ada yang nampak palsu terutamanya tulip. 


I suka dengan watak Zenobia (Pooja Bhatt), psiychologist yang tangkas dan tajam pemikirannya tapi lambat betul watak dia masuk dalam filem ni. Kalau dia bekerja dari awal dengan Arvind, mungkin seronok tengok cara diorang dapat cari siapa pembunuhnya. Ada beberapa babak macam terlampau laju sampai terkejut dibuatnya. On paper, Chup : Revenge of the Artist mungkin tampak menarik dan padu namun tercalar oleh olahan pengarah. 

By the way happy tengok Dulquer berjaya tempa nama di Bollywood dengan pilihan filem yang serlahkan potential dia sebagai pelakon. He reminds me of Rajkummar Rao at his early days in Bollywood. Bukan senang nak jayakan watak yang kompleks seperti Danny dan buang sepenuhnya persona yang pernah kita lihat sebelum ni. Dulquer hidup dalam dunia Danny yang cintakan seni wayang. 


p/s: Seram nak buat review lepas tengok filem Chup ni tapi nasib baik lah Big B dah kata pengkritik filem adalah penting dalam dunia perfileman. Fuhhhhh

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.7 = 8.6/10

Movie Review | Brahmāstra: Part One – Shiva (2022)

Sunday 4 December 2022


Director : Ayan Mukerji
Writer : Ayan Mukerji
Cast : Amitabh Bachchan, Ranbir Kapoor, Alia Bhatt, Nagarjuna Akkineni, Shah Rukh Khan, Dimple Kapadia, Mouni Roy  
Production Company :  Star Studios, Dharma Productions, Prime Focus, Starlight Pictures
Distributors : Star Studios (India), 20th Century Studios (North America), Walt Disney Studios Motion Pictures (International; except Latin America & Europe), Disney+ Hotstar 
Genre : Fantasy / Action / Adventure
Running Time : 167 minutes
Release Date : 9 September 2022 
Trailer :


Dikatakan pada kurun lampau, terdapat sekumpulan penjaga di gunung Himalaya yang dianugerahkan pelbagai jenis kuasa Brahm-shakti untuk melindungi dunia menggunakan kuasa astra. Antaranya ialah Kuasa Api (Agnyastra), Kuasa Air (Jalastra), Kuasa Angin (Pawanastra) dan banyak lagi kuasa lain yang diambil dari binatang dan juga tumbuhan. 

Tapi di sebalik kekuasaan semua kuasa tersebut, ada kuasa yang besar juga muncul bila mana kekuatannya sama seperti Mata Ketiga Dewa Shiva (Dewa Kemusnahan). Ia boleh mencipta dan juga memusnahkan. Setelah berbulan lamanya para penjaga kuasa mengawal kuasa tersebut, akhirnya muncul lah Brahmastra. 


Semakin dunia berevolusi, semakin berkurang lah manusia bergantung harap pada penjaga yang mempunyai kuasa dan kehebatan mereka juga semakin dilupakan. Tapi Dev perlukan Brahmastra untuk keluar dari penjara yang dicipta untuknya dan Junoon (Mouni Roy) telah diberi kuasa untuk mencari 3 kepingan Brahmastra yang dijaga oleh penjaga Astras. 

Shiva (Ranbir Kapoor) mula dapat bayangan jelas tentang bagaimana Junoon, Zor (Saurav Gurjar) dan Raftaar (Rouhallah Gazi) mencari kepingan tersebut. Saintis Mohan Bhargav (Shah Rukh Khan) bagitahu dalam bayangan tersebut yang Anish Shetty (Nagarjuna Akkineni) pegang kepingan kedua. 


Walaupun Shiva tak faham apa yang berlaku dan kenapa dia dapat bayangan tersebut, dia rasa penting untuk dia selamatkan Anish supaya dia dapat jawapan kepada persoalan tersebut. Shiva tahu dia bukan orang biasa kerana dia tak pernah terbakar oleh api sejak bayi dan rahsia itu diceritakan kepada Isha (Alia Bhatt). Dari Anish, Shiva dapat berjumpa dengan Raghu (Amitabh Bachchan), ketua penjaga Astra juga Savitri Devi (Dimple Kapadia). 

Lama betul tunggu Brahmastra keluar ke pawagam sebab filem ni memerlukan khidmat kesan khas yang banyak kerana bertemakan superheroes. Even dah announce tarikh tayangan, filem ditangguhkan beberapa kali sebab Ayan tak berpuas hati dengan final product Brahmastra. Ada beberapa babak yang terpaksa dibikin semula lepas perintah berkurung berakhir. 


Walaupun kuasa yang diceritakan dalam Brahmastra diambil dari kuasa para dewa dalam kisah mythology India tapi tak susah pun untuk faham sebab Ayan explain dengan bahasa mudah. Kuasa yang digunakan pun diambil dari kuasa alam jadi tak ada isu terpesong akidah ataupun seangkatan dengannya bila layan dari awal sampai habis cerita. 

Sebelum ni dah pernah up entry tentang easter eggs yang Ayan letak dalam trailer dan ada yang betul, ada juga yang meleset. Betul bila SRK adalah Dewa Hanuman yang mempunyai Vanarāstra, kuasa monyet dan Deepika pula ialah Dewi Air. Tak betul bila Isha ada kaitan dengan penjaga Astra sebab dia completely stranger dan ditakdirkan menjadi peneman hidup Shiva. 


Masa full movie keluar ada kompilasi video Alia menjerit panggil nama Shiva sebab banyak sangat sampai ramai turn off nak pergi tengok Brahmastra dan alasan tu adalah yang paling bodoh sekali sebab Brahmastra memang selayaknya ditonton di pawagam. Sembang pasal SRK, terpegun tengok lakonan dan fighting scene sebab sebelum ni tak berapa gemar SRK dalam genre action. Tapi dalam Brahmastra nampak kemas dan sharp dengan signature playful dialogues dia. Lepas tengok scene SRK terus semangat nak tengok Pathan nanti sebab SRK berlakon jadi ejen risikan untuk WAR Universe under YRF. 

Sinematografi yang dibikin oleh V. Manikandan, Pankaj Kumar, Sudeep Chatterjee, Vikash Nowlakha dan Patrick Duroux menghasilkan visual luar biasa cantiknya. Belum pernah lagi filem Bollywood atau India menggunakan VFX yang mantap. Filem Ra.One ada tapi bukan pada skala sebesar Brahmastra. Dalam lagu Deva Deva boleh nampak macam mana Shiva bermain dengan kuasa api yang dimilikinya sejak kecil. Ayan guna kuasa api berwarna biru sebab api berwarna biru adalah api yang paling panas sekali dalam kitaran pembakaran. Cantik tapi berbahaya. 



Lighting pun mainkan peranan pada beberapa babak macam masa Shiva bercerita tentang orang tua dia. Masa dia sembang pasal ayah dia yang menghilangkan diri, lighting berwarna merah jadi kita tahu lah Shiva benci dengan ayah dia sementara ibu dia pula berwarna biru, yang banyak tenangkan Shiva. Dan lighting ni juga sebenarnya bagi hint siapa sebenarnya ibu bapa Shiva. 

Kekuatan Brahmastra juga terletak pada music album hasil gubahan Pritam yang menampilkan lagu romantik seperti Rasiya dan lirik yang dikarang oleh Amitabh Bhattacharya. Kalau ada nama Pritam dekat poster, nama Amitabh pada bahagian lirik, suara Arijit yang dendangkan, dah boleh agak macam mana mantap soundtrack filem tu. Walaupun timbul meme dan isu bila Amitabh guna perkataan ‘love storiyan’ dalam lagu Kesariya tapi makin lama perkataan tu makin melekat dalam kepala.



Dalam trailer tak nampak sangat chemistry Ranbir Kapoor dan Alia Bhatt walaupun mereka adalah pasangan kekasih di dunia sebenar tapi bila tengok full movie, chemistry diorang tu slowly build up dan tampak kuat sehingga ke akhir cerita. Alia nampak cantik sangat dalam Brahmastra sebab muka berseri terutamanya bila satu skrin dengan Ranbir. Siapa tak happy dapat berlakon dengan crush, boyfriend dan suami sendiri kan? Cuma tak faham kenapa Isha beria sangat nak teman Shiva padahal baru saja kenal, dekat situ nampak macam forced sikit lah tapi kalau dah namanya cinta kan, apa lagi rasional dan relevan yang diperlukan. 

Plot Brahmastra boleh kata ringkas dan cliché seperti filem superheroes yang lain tapi sesuai lah dengan plan Ayan sebab filem Brahmastra ada 3 part jadi Ayan nak semua orang kenal siapa Shiva dan kebolehan penjaga kuasa yang ada di dunia ni. 


Tak sabar nak tengok Part 2: Dev pula dan mungkin screentime SRK, Deepika dan Nagarjuna lebih panjang sebab berpatah balik pada zaman Raghu waktu muda. Siapa yang akan pegang watak Dev masih lagi dirahsiakan cuma Ayan bagitahu bersedia untuk lihat filem yang penuh dengan barisan pelakon yang ramai. Lama nak tunggu 2025 tapi tak kisah sebab tahu Ayan akan hasilkan yang terbaik. Finger crossed! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10