Showing posts with label drama review. Show all posts
Showing posts with label drama review. Show all posts

Drama Review | Blind (2022)

Saturday 12 November 2022


Director : Shin Yong-hwi, Jang Jeong-do
Writer : Kwon Ki-kyung 
Cast : Ok Taec-yeon, Ha Seok-jin, Jeong Eun-ji 
Production Companies: Fantagio, Studio Dragon
Distributor : Netflix
Genre : Mystery / Thriller / Crime
Running Episodes : 16 episodes ( 60 minutes per episode)
Release Date : 16 September 2022 – 5 November 2022  
Trailer :


Studio Dragon tampil dengan drama terbaru bertemakan pembunuh bersiri dengan pembunuhan yang digelar ‘The Joker’ di mana mulut mangsa akan dikelar seperti Joker. Modus operandi yang sama iaitu dengan abuse mangsa semasa diculik dan mati kerana sesak nafas. 

Ryu Sung-joon (TaecYeon) ditugaskan untuk menangkap pembunuh tersebut namun dituduh sebagai pembunuh bila Jung Man-chun (Jeon Jin-woo) dakwa dia nampak Inspektor Ryu dalam kereta bersama mangsa. Perbicaraan yang dikendalikan oleh Hakim Ryu Sung-Hoon (Ha Seok-jin) memutuskan Mang-chun adalah pembunuh sebenar. 


Kes tidak berhenti di situ kerana barisan juri awam yang menghadiri perbicaraan tersebut pula diserang bermula dengan Jo Eun-ki (Jung Eun-ji) yang berkhidmat sebagai kaunselor dan aktivis. Nasib dia baik selepas diselamatkan oleh Sung-joon tapi serangan tersebut berterusan kepada juri yang lain. 

Inspektor Ryu masuk dalam perangkap Baek Moon-Kang (Kim Pub-lae) bila dapat tahu Inspektor Ryu adalah anak angkat dan pernah dihantar ke Hope Welfare Centre. Di situ lah di mana bermulanya semua permasalahan dan tragedi dalam naskhah crime thriller arahan Shin Yong-hwi dan Jang Jeong-do. 


Pengarah menggunakan dua latar masa yang berbeza di mana penceritaan 20 tahun lepas yang berlatarkan Hope Welfare Centre bersilih ganti dengan penceritaan sekarang ketika pembunuhan The Joker berlaku. Setiap kali ada sesuatu yang berlaku baik pada watak utama mahupun watak sampingan, pengarah akan singkap sedikit demi sedikit tentang rumah kebajikan yang menjadi tempat kebobrokan wang dan penindasan kanak-kanak berlaku. 

Tak boleh nak bayangkan macam mana perasaan semua kanak-kanak dan remaja yang terperangkap di situ. Tak hairanlah semua mangsa yang berjaya keluar mengalami trauma, kemurungan dan ketakutan yang melampau. 


"Even when the kids were starving to death they didnt look at them even when they himself were parents and families on their own" – Ryu Sung Hoon

Walaupun ada banyak hint yang diberikan oleh pengarah tapi mengelirukan juga sebab setiap kali dapat teka siapa pembunuh misteri tu mesti ada sesuatu yang divert attention sampai patah balik ke titik awal. Bila pengarah putuskan untuk bagitahu siapa pembunuhnya baru lah tahu jawapannya siapa. Boleh tahan hebat jugak lah penulis ni. Level misteri dia sama macam drama Big Mouth (2022). 

Rasanya pertama kali tengok lakonan Taecyeon so tak expect tinggi sangat lah. Sesuai lah fizikal dia sebagai detektif walaupun family dia selalu marah sebab belajar tak tinggi mana. Okay lah tu dia bijak selesaikan misteri daripada detektif dalam drama Chimera tu. Dekat awal lagi penulis dah tekankan yang dia cuma fit tapi tak bijak sangat jadi tak la baran sangat kalau dia tak boleh solve. 


Berbeza pula dengan watak Ryu Sung-hoon yang mencuri perhatian dari awal cerita lagi. Nampak menjadi lah Ha Seok-jin lakonkan watak anak sulung kebanggaan keluarga dan hakim yang dipandang tinggi oleh semua orang. Dekat episod pertama pun dah nampak sesuatu sangat dia tu dan boleh teka status dia dalam keluarga. Comel masa Inspector Ryu dengan Jung In-sung (Park Ji-bin) bergaduh berebut perhatian Ryu Sung-hoon. 

Nasib baik lah penulis tak buat love angle antara Inspector Ryu dengan Jo Eun-ki walaupun Eun-ki percaya sepenuhnya dengan Inspector Ryu padahal baru saja kenal. Lakonan Jung Eun-ji agak lemah walhal watak dia bawa masuk elemen drama pada sub-plot kisah dia dan Yuna (Kang Na-eon). Masa dia bagitahu juri lain yang dia rasa Jung Man-chun tak bersalah pun macam tak convincing lansung. Tak pasti lah penulis sengaja pay tribute untuk filem Juror 8 (2019) melalui watak Eun-ji ni bila dia juri no. 8 yang cuba berfikir jauh walaupun ada bukti kes. 


Selain dari penceritaan yang menarik dan mesej sosial yang disampaikan dengan kemas dan menusuk, kreatifnya team production bila wujudkan beberapa parallel dalam drama Blind antaranya babak prologue dengan epilog yang berkisarkan 5 orang kanak-kanak di Hope Welfare Centre. Kalau di prologue mereka berlima lari dari Crazy Dog, di penghujung mereka lari ke arah cahaya. Sama juga dengan watak No. 13 (Kim Geon-U) bila mulut dia penuh dengan darah di awal dan penuh darah juga di penghujung cerita. These parallels add volumes. 

Sedih bila tengok sampai hujung sebab semua mangsa dekat situ tak dapat permohonan maaf ataupun rasa bersalah langsung dengan dosa diorang. Dunia perlukan lebih ramai Jo Eun-ki sebab dah makin ramai Crazy Dog. Tak faham macam mana Crazy Dog tergamak nak seksa semua budak dekat situ padahal bila anak dia mati, dia punya meroyan tak ingat dunia. 


Drama Blind ni bukan setakat serlahkan bakat Ha Seok-jin, malah buka mata kepada bakat lakonan Park Ji-bin yang comel dan Kim Geon-U. Bila tengok No. 13 tu mencerun mata dia pandang orang, rasa seram sejuk. Bila dia buka mulut pun pandai sangat menghasut orang padahal muka innocent je. 

Nak kata Blind ni naskhah perfect serba-serbi tu tak juga lah sebab ada kekurangan juga pada beberapa babak dan sub-plot tapi tak lah sampai mencacatkan penceritaan. Dekat hujung nanti macam okay lah, boleh dimaafkan lah scene tu. Recommended untuk yang suka crime thriller tapi tak disarankan tengok lah kalau lemah semangat sebab cara dia bunuh tu kejam. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.3/10

Drama Review | Rampas Cintaku (2022)



Pengarah : Ejump Mohd
Penulis Skrip : Puteri Jacaranda
Pelakon : Fasha Sandha, Afieq Shazwan, Zarul Husin
Syarikat Produksi : MIG Productions 
Penyiaran : iQIYI
Genre : Drama
Jumlah Episod : 14 Episod (60 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan : 23 September 2022


Drama Kerjasama iQIYI Originals dan Grab Malaysia mengisahkan tentang Rizal (Afieq Shazwan) yang mencari jalan untuk selesaikan hutang Mak Ngah Ila (Zarynn Min) sebanyak RM30 ribu. Sementara adiknya Rina (Puteri Balqis) memerlukan duit untuk tampung pembelajaran tambahan menghadapi peperiksaan SPM. 

Bukan amaun kecil yang Rizal perlu cari sebab gaji dia tak pernah cukup pun untuk buat simpanan. Nasib baik Ashraf (Ady Mohammad), kawan baiknya yang bekerja di Kuala Lumpur datang menjenguk. Ashraf ajak Rizal bekerja di KL untuk langsaikan hutang tersebut. Kerana kerja yang dimaksudkan Ashraf tu lah, Rizal berjumpa dengan Datin Safieya (Fasha Sandha) yang patah hati kerana kecurangan Dato Jeffri (Zarul Husin). 

Kontrak sugar baby dari Datin Safieya mudah saja bila Rizal perlu temankan Datin seorang saja tanpa cinta atau tanpa hubungan intim. Semua keperluan Rizal akan ditanggung sepenuhnya oleh Datin Safieya termasuklah yuran pengajiannya di universiti. Setiap bulan Rizal akan masukkan duit kepada Mak Ngah Ila untuk perbelanjaan rumah dan adiknya. 

Hubungan Datin Safieya dengan Dato Jeffri mula rengga hingga menimbulkan kerisauan kerana Dato Jeffri bersubahat dengan Hajah Salmi (Datin Fadhilah Mansor) untuk bolot semua harta Datin Safieya. Dalam masa yang sama, Sharul (Aidil Aziz) rasa cemburu dengan Rizal kerana berjaya dapatkan Datin Safieya. 

Tertarik untuk tengok drama arahan Ejump Mohd sebab fresh pairing – Afieq Shazwan dengan Fasha Sandha yang berbeza jarak umur. Tema yang dibawakan juga menarik sebab tak pernah ada lagi drama yang berkisar dunia kehidupan sugar baby untuk datin. Selalu nampak sugar baby untuk Dato’ sahaja. I memang minat kalau Fasha berlakon jadi tak ambil masa yang lama lah untuk tekan play dekat iQIYI tu nak pula bila episod dia tak sebanyak drama Melayu yang lain. Standard web series drama. 

Kalau bukan sebab tengok masa drama tengah running, rasanya boleh habis drama ni dalam satu hari sebab jalan cerita dia best jugak walaupun ada beberapa part yang perlu dikembangkan lagi. Watak antagonis dalam drama ni semuanya dari keluarga sendiri jadi konflik dan drama dia tu lagi terasa lah. 

Chemistry antara Afieq dengan Fasha pun sweet jugak walaupun nampak perbezaan umur tu. Mungkin sebab Rizal sejenis yang dominan jadi tak nampak hubungan diorang tu lemah. Masa Rizal bertentang mata dengan Dato Jeffri tu boleh nampak dia yang conquer suasana dekat situ. Kenapa pengarah tak masuk scene Rizal tumbuk muka Dato Jeffri sebab sakitkan hati Datin entah. Geram je tengok perangai Dato tak sedar diri hidup dengan duit isteri. 

Selain barisan watak utama, suka dengan watak Ashraf sebab sejenis yang cool je. Dah lah segak orangnya, lakonan pun tampak bersahaja. Kalau dapat banyak offer boleh jadi top actor saing Zul Ariffin. Berdekah masa tengok dia kena tampar dengan Mak Ngah Ila tak memasal tu. Muka terkejut dia memang tak buat-buat. 

Drama Rampas cintaku berlatarkan Kuala Lumpur dan daerah Sabak Bernam. Tak pasti rumah Mak Ngah Ila tu dekat area mana tapi memang cantik lah rumahnya. Yang nampak merepeknya, orang kampung boleh pulak nampak Rizal keluar dating dengan Datin padahal tak pernah ada scene terserempak pun. Masa Cik Jue tanya pasal Datin mengandung tu pun pelik macam mana dia tahu sedangkan ayah budak tu pun tak tahu. Dekat hujung cerita dah mula nampak lah longgar plotnya. Belum masuk kejutan yang dibawa dekat hujung drama. 

Kelakar masa tengok scene Dato Jeffri berasmaradana dengan Ayuni (Erynn Abdullah) sebab suara dia macam terpaksa betul keluar. Kalau pelakon tak selesa, kenapa lah nak jugak sumbat scene macam tu. Kalau buat Zarul senyum tengok Ayuni atas katil pun dah boleh faham dah apa dia nak. Kalau setakat nak buat scene kantoi dengan Datin, Ayuni memang ada gambar dengan Dato pun so guna je lah bahan tu. 

Dalam drama ni tak berkenan betul dengan pakaian Puteri Balqis sebab seksi kemain. Kata duduk kampung tapi pakaian dia macam orang KL. Terkejut tengok dia pakai skirt atas peha tapi pergi sekolah pakai tudung. Entah, tak faham langsung. Patutlah ramai yang tegur cara dia pakai sebelum ni. 

Walaupun drama terbitan kerjasama Grab Malaysia tapi tak ada pun mana-mana watak yang guna e-hailing Grab. Rizal balik kampung pun naik teksi. Macam eh jugak lah sebab Grab kira dah sinonim dengan kehidupan kita nak pula berlatarkan Kuala Lumpur, lagi banyak lah penggunaan Grab dekat situ. Mungkin CEO Grab humble orangnya. 

Overall drama Rampas Cintaku menarik untuk dilayan walaupun ada kekurangannya. Tak sabar nak tengok sekuel nanti. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7 , 7. Themes +0.5 , 8. Editing +0.6 , 9. Social Message +0.4 , 10. Personal Thought +0.6 =  7/10

Drama Review | Sekali Lagi Cinta Kembali (2022)

Friday 4 November 2022

Pengarah : Riza Baharudin

Penulis Skrip : Rehal Nuharis  

Pelakon : Siti Khadijah Halim, Aniq Suhair, Zaki Azeman, Siti Hariesa, Fazlina Ahmad Daud, Kismah Johar

Syarikat Produksi :  A. Aida Production Sdn Bhd

Penyiaran : TV3 & IQIYI

Genre : Drama / Cinta 

Jumlah Episod : 28 Episod (42 minit setiap episod)

Tarikh Tayangan : 13 September 2022 – 20 Oktober 2022

Trailer : N/A

Selalu je nampak drama ni trending dekat Twitter tapi tak rasa nak layan pun sebab panjang sampai 28 episod tapi disebabkan video kompilasi Zafran dekat TikTok terus decide nak tengok dekat iQIYI. Tengok yang trending pun ramai kata syok macam drama Korea so layan je la kan walaupun Zafran (Zaki Azeman) tu watak abang hero. Pasrah je kalau screentime dia tak banyak. 

Drama arahan Riza Baharudin ini mengisahkan tentang Aira (Siti Khadijah) yang terpaksa bekerja sebagai penjaga Nek Som (Kismah Johar) bila dia melulu bagi saranan kepada bekas isteri Zafra, Alisa (Izzendra Ariffin). Nek Som menghidap dementia dan berperangai seperti kanak-kanak. Dah ramai penjaga yang lari sebab tak tahan dengan kerenah Nek Som. 

Awalnya susah juga untuk Aira menjaga Nek Som tapi memikirkan wang pampasan yang terpaksa dibayar akibat perbuatannya terpaksalah dia bertahan di situ. Malang juga untuk dia sebab pernah bergaduh dengan Hayyat (Aniq Suhair), adik Zafran di supermarket. Ada saja yang Aira buat nampak tak kena di mata Hayyat sampai lah mereka berdua jatuh cinta lalu mendirikan rumahtangga. 

Perkahwinan mereka tak direstui oleh ibu aira, Rozita (Kuza) sebab dia berniat untuk jodohkan Aira dengan Imran (Ellyas Abdullah). Sekurangnya tak lah hidup berjauhan dengan Aira dan ada juga yang boleh tolong jaga Imran. 

Kalau ikutkan kisah cinta Aira dengan Hayyat adalah cerita cinta klise drama maghrib TV3 tapi disebabkan ada watak Zafran yang buatkan cerita ni jadi kelakar dan bearable untuk ditonton. Sepanjang masa menyampah dengan watak Hayyat sebab lebih suka berdiam dan mengalah. Kononnya tak suka bergaduh atau lukakan hati orang lain tapi bila Hayyat buat macam tu lagi bertambah teruk masalah yang ada. 

Nasib baik lah watak Aira tak senang dipijak walaupun ada masanya dia pun kalah dengan serangan Tasha (Nina KSC) ataupun Heliza (Che’ Puan Syamim Farid). Walaupun Siti Khadijah baru pertama kali bekerja bersama dan masih baru lagi dalam dunia lakonan namun chemistry bersama Aniq nampak sepadan bersama. Mungkin jadi salah satu sebab kenapa cerita cinta ni mencecah 60 juta tontonan dan cipta fanbase tersendiri. 

28 episod agak panjang untuk ceritakan kisah cinta mereka berdua sebenarnya sebab ada part yang stretchy dan draggy sedangkan penulis boleh masukkan kisah cinta Zafran dengan Amirah (Siti Hariesa) yang lebih kelakar dan comel. Geram je tengok Zafran kacau Amirah masa sebelum kahwin. Bila dah kahwin dah tone down pulak sebab nak bagi laluan dekat Hayyat dengan konflik yang tak sudah dan berulang. 

Watak Umi tu pun macam merepek juga kadang sebab cara dia buat keputusan sama macam Hayyat. Ajak Heliza tidur rumah padahal dah tahu Aira tak berkenan dengan orang tu. Dia pun boleh nampak Heliza tu tak semenggah tapi tetap juga buat baik. Merepek juga bila dia suka marah anak dia pegang sana sini padahal sebelum dia tegur tu diorang dah lebih dari pegang pun. 

Sinematografi yang berlatarkan alam semulajadi di kawasan luar bandar antara tarikan drama Sekali Lagi Cinta Kembali. Cantik sangat rumah keluarga Hayyat dekat atas bukit tu. Masa shooting mesti sejuk je dekat situ. Rumah keluarga Aira pun kaya dengan senibina orang Melayu. Lagu tema sesuai lah dengan perjalanan kisah cinta Hayyat dengan Aira tapi tak menambahkan impak sangat. Mungkin bukan taste I. 

Kalau ikutkan drama Sekali Lagi Cinta Kembali ni tak ada pun vibe drama Korea sangat cuma ada reference dari beberapa drakor famous. Masih lagi sendu sebabak meleweh pusing sana sini. Watak Heliza sakit kanser pun macam tak meyakinkan langsung dia tunggu masa je nak mati. Hati hitam serupa dah taknak masuk syurga. Masa Aira minta ruang dari Hayyat pun tulis nota guna kertas kajang padahal whatsapp ada. 

Selain Zafran, suka juga tengok Nina KSC dengan lidah pelat dia menjerit ‘Mummy!’ sebab comel. Watak dia ada character development menarik tapi sayanglah tak dapat tengok lebih banyak watak Sha yang berdikari lepas sedar hidup dia bukan berpaksikan Hayyat. I tak berkenan langsung Sha kahwin dengan watak si polan tapi tu lah dah penulis nak macam tu, kita layan je lah. 

I rasa A.Aida Productions kena tekankan mesej sosial ataupun letak banyak sikit edutainment scenes tak pun buat watak membina sikit sebab drama dia ramai yang tengok. Anyway I bersyukur team production tak proceed dengan pelakon utama asal. Orang kata ada hikmah atas semua yang terjadi cuma cara tu tak syok la. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5 , 4. Storyline +0.5 , 5. Casting +0.7 , 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4 , 10. Personal Thought +0.4  =  5.6/10

Drama Review | The Midnight Club (2022)

Sunday 16 October 2022


Director :  Mike Flanagan, Leah Fong
Writer : Christopher Pike
Cast : Iman Benson, Adia, Igby Rigney, Ruth Codd, Aya Furukawa, Annarah Shephard, William Chris Sumpter, Sauriyan Sapkota, Heather Langenkamp, Zach Gilford, Matt Biedel, Samantha Sloyan
Production Companies: Intrepid Pictures
Distributor : Netflix Streaming Services
Genre : Horror / Mystery / Thriller
Running Episodes : 10 episodes ( 49-58 minutes per episode)
Release Date :  7 October 2022
Trailer :


Netflix hidangkan naskhah baru dengan genre seram bersempena Halloween, The Midnight Club yang diadaptasi dari novel dengan tajuk sama karya nukilan Christopher Pike. Berlatarkan tahun 1994, Ilonka (Iman Benson) disahkan menghidap kanser tiroid dan mempunyai beberapa bulan saja lagi untuk hidup. 

Bila Ilonka buat carian di Internet, dia terjumpa tentang Julia Jaynes yang berjaya sembuh sepenuhnya setelah menghilangkan diri selama seminggu di hospis (pusat jagaan) Brightcliffe Home. Tak ada siapa tahu ke mana Julia pergi namun yang pastinya dia muncul selepas seminggu dan kanser dia sembuh. 


Ilonka yakin dia akan dapat peluang yang sama jika dia tahu ke mana Julia pergi dan rahsia yang disimpan di pusat jagaan tersebut. Di sana dia berjumpa dengan Kevin (Igby Rigney) yang kacak tapi menghidap leukemia. Rakan sebilik, Anya (Ruth Codd), seorang yang kasar dan baran. Sandra (Annarah Cymone) pula seorang yang optimis dan berpegang teguh dengan ajaran Kristian. Spencer (Chris Sumpter) pula dibuang keluarga setelah menghidap penyakit AIDS. Sementara Natsuki (Aya Furukawa) mempunyai kemurungan teruk dan Amesh (Sauriyan Sapkota) mempunyai kanser tahap kronik. 


Mereka berlapan akan berjumpa pada jam 12 tengah malam untuk sesi ‘membikin’ hantu atau erti kata lain, bercerita tentang kisah seram. Tak kisah lah kisah benar atau rekaan sendiri yang pastinya setiap ahli mempunyai giliran untuk bercerita. 

Ilonka tersangatlah sibuk orangnya, selain ikut serta dengan semua aktiviti di pusat jagaan tersebut, dia juga akan keluar mencari bahan alam semulajadi yang ada di sekitar Brightcliffe Home. Di hutan tu juga dia berjumpa dengan Shasta (Samantha Sloyan) yang selalu bercerita tentang banyak hal. Dari Shasta juga dia tahu tentang rahsia gelap Brightcliffe Home. 


Tertarik dengan trailer The Midnight Club sebab nampak macam best bila dia sebut ‘we make ghost’ rupanya sembang pasal cerita hantu. Tapi okay lah sebab selain dari kisah hantu, dekat pusat jagaan tu pun memang ada hantu. Basement ada bilik mayat dan kebanyakan pesakit yang pergi ke Brightcliffe Home akan meninggal juga jadi faham sendiri lah kenapa ada hantu. 

Walaupun naskhah seram tapi pengarah simpan rahsia Julia Jaynes sampai ke hujung drama sebab tu boleh marathon terus satu hari sebab nak tahu kenapa Julia boleh sembuh sekelip mata. Apa dia buat dalam masa seminggu tu dan siapa yang bagitahu dia rahsia tu. Nak tahu juga kenapa ada hantu yang kacau Ilonka dan Kevin di hospis tu. Mesti ada sesuatu sebab hantu yang sama, mimpi yang sama dengan simbol yang sama. I happy jugak drama ni tak letak langsung pasal spirit board cuma tu lah hantu omputeh tak lah seram mana pun. Sound effect je over setiap kali hantu muncul. 


Episod-episod awal The Midnight Club ni syok lah nak layan tapi bila dah masuk tengah tu dah mula draggy dan cliché sebab penulis mula buat love angle antara Ilonka dengan Kevin. Okay lah love angle tu tapi kalau pelakon tak ada chemistry, tak syok lah nak layan kan? Lagipun tak meyakinkan langsung untuk adore kisah cinta diorang dengan masa yang singkat sangat tu. By the way, kesian Katherine (Emilia Baranac) kena marah sebab buat yang terbaik untuk Kevin? 


Kalau ikutkan macam merepek lah Ilonka nak berpegang dengan kisah Julia tu untuk sembuh sedangkan cuma dia seorang saja yang sembuh. High chance untuk salah diagnosis tu tinggi tapi Ilonka tak ambil kemungkinan tu pun padahal Dr. Stanton (Heather Langenkamp) dah tegaskan banyak kali. Kalau ada let’s say 10 orang yang sembuh mungkin I pun tertarik nak tahu jugak. Mungkin Ilonka kena belajar dengan Izzue Islam ataupun Shah Rukh Khan untuk keluarkan ayat dramatik tentang satu peratus kemungkinan yang boleh tangkis 99 peratus fakta. Overall it’s a nice watch. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.4 = 7/10

Drama Review | Big Mouth (2022)

Wednesday 21 September 2022


Director : Oh Chung-hwan, Bae Hyun-jin
Writer : Kim Ha-ram
Cast : Lee Jong-suk, Im Yoon-ah, Kim Joo-hun
Production Companies : AStory, Studio Dragon, A-Man Project
Distributors : MBC, Disney+
Genre : Crime / Drama
Episodes : 16 episodes ( 60 minutes per episode)
Release Date : 29 July 2022 – 17 September 2022
Trailer : 


Drama Big Mouth bertemakan korupsi yang berlaku di daerah Gucheon yang diketuai oleh Chairman Kang Sung-geun (Jeon Kuk-hwan). Setelah mengalami kegawatan ekonomi yang teruk, Chairman Kang bina semula kawasan tersebut dan mewujudkan beberapa sektor perindustrian untuk jana ekonomi tempatan. Namun di sebalik jasa yang besar, rahsia hitam dia dibongkarkan oleh Dr. Seo Jae-yong (Park Hoon).

Belum sempat rahsia tu tersebar, doktor tersebut mati dibunuh oleh Dr. Han, Prosecutor Jung Chae-Bong dan Lee Du-Geun. Mereka bertiga adalah ahli NR Forum dan mempunyai pengaruh yang kuat. Mayor Choi Doha (Kim Joo-hun) upah peguam Park Chang-ho (Lee Jeong-suk) untuk ambil kes mereka bertiga dengan syarat dia tak boleh pertikai apa pun keputusan dan hanya menurut perintah Mayor Choi Doha sahaja. 

Tanpa dia sedar, keputusan dia mengakibatkan hal buruk berlaku bila Park Chang-ho mengalami kemalangan dan didakwa sebagai Big Mouse berdasarkan bukti yang dijumpai oleh pihak polis. Gong Jihoon (Yang Kyung-won) minta supaya Park Changho dijaga dengan baik di dalam penjara kerana hanya Big Mouse yang tahu 100 billion won milik dia dan ahli NR Forum yang lain. 

Sementara ramai yang percaya Park Chang-ho adalah Big Mouse, isterinya Ko Mi-ho (Im Yoona) percaya siapa sebenarnya suami yang sudah hidup bersama sejak 16 tahun lalu. Selagi dia ada, Mi-ho akan pastikan Chang-ho selamat dari dibunuh oleh NR Forum mahupun Big Mouse. 

Awalnya macam tak berminat nak tengok sebab both leading pair tak digemari tapi sebab jalan cerita dan genre dia menarik, layan je lah satu episod. Kalau tak best, kita pangkah je la kan? Dari satu episod membawa ke 16 episod, just like that. Terpikat dengan chemistry Yoona dan Jeong-suk sebab dua-dua nampak comel je berlakon sebagai pasangan suami isteri.

Dari episod pertama lagi dah nampak betapa kuatnya Mi-ho jadi tulang belakang Park Chang-ho sejak zaman belajar lagi. Sikit pun dia tak pernah ragu-ragu dengan keputusan suami dia. Menangis bila tengok Mi-ho kesian dengan nasib suami dia. Tak sangka betul boleh menangis gara-gara lakonan Yoona.

Penceritaan pada episod awal fokus pada mencari siapa Big Mouse yang sebenar supaya Park Chang-ho boleh bebas dari tuduhan dan hidup dia kembali jadi normal. Banyak watak yang disyaki sebagai Big Mouse dan tak banyak klu yang penulis atau pengarah dedahkan sampai Big Mouse sendiri willing untuk dedahkan identiti sebenar. 

Dalam masa yang sama berdebar juga tengok Mi-ho mencari kertas kajian Dr. Seo Jae-yong dan juga misteri yang berlaku di Hospital Gucheon. Bukan kebetulan lah kalau diuruskan oleh isteri Mayor Choi Doha, Hyun Joo-Hee (Ok Ja-Yeon) dan setiap kali Mi-ho jumpa klu, dia akan datang menghalang. Tambah pula Joo-hee adalah cucu kesayangan Chairman Kang. Mesti ada rahsia yang dia tahu dan takut terbongkar. 

Masuk pertengahan dah mula penat dengan permainan Big Mouse sebab ada banyak persoalan yang belum terjawab. Kenapa dia nak kacau Park Chang-ho sebab motif dia tak jelas. Kenapa dia pun kejar benda yang sama dengan Mayor Choi Doha dan bukannya duit bernilai 100 billion tu. Ada apa dalam makmal rahsia di Hospital Gucheon pun tak diberitahu padahal nampak ketua jururawat bagi ubat rahsia kepada banduan. 

Makin ke hujung makin banyak persoalan yang belum terjawab walaupun pengarah dah dedahkan siapa Big Mouse dan pertalian dia dengan research paper Dr. Seo Jae-yong. Lepastu tak faham organisasi besar macam Big Mouse tu ditubuhkan untuk apa, perjuangan diorang apa dan kenapa semua taat setia dengan ketua. Sekurangnya ahli NR Forum dah nampak lah ditubuhkan untuk kekalkan kuasa dan harta di Gucheon.

Bertambah sakit hati bila penulis sengaja matikan watak untuk elemen drama. Menyampah betul dengan formula drama atau movie Korea macam ni sebab benda tu tak perlu pun. Jenis tak relaks betul sampai nak buang semua watak yang kuat. Semua watak perempuan pulak tu padahal dekat awal dah mantap perkembangan karakter masing-masing.

Masa tengok episod akhir tu tak lah rasa nak marah sangat sebab memikirkan kemungkinan ada musim kedua tapi bila baca respon dari pengarah katanya diorang nak fokus cerita yang ada skrip lagi bagus rasa macam nak marah tapi kena sabar. Nasib baik lah team production release banyak gambar HD Jeong-suk dengan Yoona dalam drama Big Mouth sebab itu je cara untuk redakan kemarahan penonton. Yihhh!

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.2 = 6.3/10

Drama Review | Fabulous Lives of Bollywood Wives Season 2 (2022)

Sunday 18 September 2022


Director : Karan Johar
Cast :  Neelam Kothari, Maheep Kapoor, Bhavna Pandey, Seema Khan, Gauri Khan, Sanjay Kapoor, Chunky Pandey, Samir Soni, Bobby Deol, Shanaya Kapoor, Arjun Kapoor, Ranveer Singh, Farah Khan
Genre : Reality Show / Comedy
Running Episodes : 8 episodes
Release Date : 03 September 2022
Production Company : Dharma Productions
Distributor : Netflix 
Trailer :


Musim kedua Fabulous Lives of Bollywood Wives Season 2 bermula dengan Maheep, Neelam, Bhavna dan Seema atas yacht throwing shade sebab tak dapat undangan majlis kahwin Katrina Kaif dan Vicky Kaushal. Sebagai peminat Kattu since 2012, let me clarify this thing, Kat sepatutnya buat majlis untuk rakan artis dan selebriti tapi sebab ada varian covid yang baru, VicKat putuskan untuk buat majlis kecil khas untuk keluarga dan kawan rapat. I know KJo was being bitter on this because he's throwing shade on this series and Koffee With Karan Season 7 as well. 

Kalau dalam musim pertama boleh nampak Seema dengan Sohail dah tak okay disebabkan kes curang dan musim kedua ni mereka secara rasminya bercerai. Happy tengok Seema dah mula move on dan fokus dengan koleksi terbaru, Waysted. Masa dia heart to heart dengan Nirvaan tu comel sebab anak sulung dia matang dan boleh diharap. 


Sebelum ni tak nampak sangat macam mana relationship Malaika Arora Khan dengan Seema walaupun diorang adalah biras dalam keluarga Salman Khan tapi dalam musim kedua boleh nampak diorang chill hang out sama-sama sebab Arhaan Khan dengan Nirvaan Khan rapat dan akan belajar di universiti yang sama. Cara Seema dengan Malaika lebih kurang sama bila besarkan anak sebab nampak Arhaan dengan Nirvaan chill lepak dengan mak walaupun berbeza karakter. 

Dalam musim pertama Karan Johar tunjuk macam mana karakter setiap watak utama, Bhavna dengan Neelam lebih sopan dan tenang, Maheep dengan Seema pula jenis kepoh. Dalam musim kedua diorang reveal yang sebenarnya Neelam berkawan baik dengan Seema tapi lepas kahwin, Neelam buang Seema dan rapat dengan Bhavna. 


Tengok rant dekat Twitter ramai yang tak suka dengan Maheep sebab mulut kasar tapi I suka perangai dia yang jujur dan straightforward. Bhavna dengan Neelam memang elok lah berkawan rapat sebab masing-masing jenis toxic positive. Bila ada masalah jenis simpan, ignore lepastu biar orang lain yang selesaikan. Boleh faham lah kenapa Maheep menyampah setiap kali Bhavna cakap sitting on fence sebab macam tak ada pendirian. Lagi menyerlah perangai hipokrit Bhavna bila Maheep kata dia ada seafood allergy tapi bila Maheep suruh buat test rupanya tak ada pun. It's not a big deal pun tapi mungkin Maheep menyampah bila hidang makanan kata ada allergy pastu kena gagau cari makanan lain untuk Bhavna. Kelakar jugak lah sebab Bhavna dengan Maheep tak ngam tapi anak diorang Shanaya dengan Ananya best friend dari kecil. 


Musim kedua ni ada beberapa part yang buat I tersentuh dan hampir menangis sebab Seema. Mungkin sebab dia bercerai tapi yang pastinya part dia menangis masa confront Neelam sebab kena dump tu arggghhh relatable sangat. I mean siapa je tak terasa kalau kawan baik terus menyepi lepas kahwin. Merepek jugak lah Neelam kata dia utamakan keluarga sedangkan Seema pun ada keluarga. Kalau Maheep boleh reach Seema, kenapa Neelam tak boleh? 8 tahun Neelam berkahwin dengan Samir tapi tak pernah pun dia kenalkan dengan Seema. Boleh relate dengan diri sendiri sebab ada je kawan baik yang kahwin lepastu terus diam. I mean, you can just contact me sembang pasal your family or whatsoever bukannya cut off terus. Tak semua kawan lah tapi ada. Kita doakan yang terbaik je lah, orang dah buang takkan kita nak terhegeh ye dak? 


Sama macam musim lepas, Karan Johar masukkan The Glamorous Gauri Khan dalam series Fabulous Lives of Bollywood Wives ni. I menyampah bila Gauri datang sebab dia agak membosankan. Dalam musim ni dia promote koleksi perabot dan karya seni dia yang terbaru. Gauri ajak Maheep, Bhavna, Seema dengan Neelam untuk jadi model. Karan tambah lagi seorang housewife dalam musim ni iaitu Shweta Bachchan Nanda, anak sulung Amitabh Bachchan dan Jaya Bachchan. Sama lah macam Gauri, bosan. Dalam musim ni boleh nampak ye Gauri toksik macam suami dia jugak. No wonder lah dia boleh rapat dengan Karan Johar. Certified BFF. 

Dari awal musim lagi Karan Johar dah bagi hint Ranveer Singh akan buat penampilan khas sebab kesemua Bollywood Wives suka dengan Ranveer. Kalau Neelam kata series ni tak scripted, I believe part Ranveer Singh ni idea KJo untuk promote Ranveer. Selekeh betul masa Ranveer tunduk sebab ibu jari dia cramp tu. Muka Seema pun macam terpaksa je melayan kerenah Ranveer. 


But thanks to KJo for bringing Bobby Deol in this season. Handsome terukkkk! Kalau jumpa Bobby Deol depan mata mungkin perangai akan jadi macam Neelam, tengok tak berkelip lepastu Bobby buat lawak hambar pun I gelak beria. 

Sweet masa tengok vow renewal Bhavna dengan Chunky Panday lepas 20 tahun berkahwin masih lagi romantik. Walaupun Seema menyampah dengan idea tu tapi dia yang terpaling lebar senyum bila tengok Bhavna dengan Chunky lafaz janji. Tak boleh blah betul panggil Farah Khan datang sebagai officiator padahal sebelum kahwin dengan Bhavna, Chunky Panday bercinta dengan Farah. 


Yang tak sukanya ialah wedding dress Bhavna dari Manish Malhotra. Macam Manish kutip stok dari koleksi dia tak laku dijual lepastu bagi Bhavna pakai. Tak percaya langsung lehenga tu dari Manish, boleh pulak Bhavna approve semata nak promote punya pasal. Baik dia pakai lehenga Sabyasachi ataupun Anamika Khanna. Dalam musim ni I terpukau tengok wardrobe Seema sebab cantik sangat. Outfit dia masa malam bbq tu A++! Collection Waysted tu pun menarik walaupun agak horror tapi kalau dia jual dengan harga mampu milik mesti ramai yang beli. 

Hopefully Karan Johar akan proceed musim ketiga tahun depan dengan cameo dari pelakon dan selebriti Bollywood lain. Nak tengok jugak impak series ni kepada semua isteri Bollywood ni sebab mereka berempat dah mula dapat photoshoot, ads deal dan juga business deal. Tak sabar nak tengok Youtube channel Maheep Kapoor nanti. 

1. Team Production +0.9, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +1 = 9.4/10

Drama Review | Military Prosecutor Doberman (2022)

Tuesday 6 September 2022


Director : Jin Chang-gyu
Writer : Yoon Hyun-mo
Cast : Ahn Bo-hyun, Jo Bo-ah, Oh Yeon-su, Kim Young-min, Kim Woo-seok, Kang Mal-geum, Yu Tae-woong, Kang Young-seok, Nam Kyung-eup, Park Jin-woo, Ko Gun-Han, Kim Han-na, Jo Hye-won
Production Companies: Studio Dragon, Logos Film
Distributor : tvN, Netflix
Genre : Crime / Legal
Running Episodes :16 episodes (40 minutes per episode)
Release Date : 28 February 2022 – 26 April 2022  
Trailer :


Selama ni tak pernah pula tahu tentang pendakwaraya askar sebab ingatkan askar akan dibicarakan di mahkamah awam rupanya ada mahkamah khas untuk tentera. Tak pasti bidang kuasa martial court di Malaysia, mungkin kes khas yang melibatkan anggota. Disebabkan latar profesion yang diketengahkan dalam Military Prosecutor Doberman dari Studio Dragon ni, buat I tertarik untuk layan drama tayangan terbaru di Netflix ni. 

Do Bae-man (Ahn Bo-hyun) kehilangan kedua orang tuanya dalam nahas kemalangan dan mengalami PTSD sehingga dia cari jalan untuk tidak terlibat dalam latihan ketenteraan. Malangnya tahap akademi dia menghalang Bae-man untuk jadi peguam di firma biasa maka Yong Moon-goo (Kim Young-min) tawarkan dia sesuatu yang dia tak boleh tolak. 


Do Bae-man perlu masuk dalam kem askar sebagai pendakwaraya tentera selama 5 tahun untuk kacau perbicaraan di dalam. Habuan yang dia dapat juga tinggi, lebih dari cukup untuk lunaskan hutang dia. Tamak atau kemahiran hidup yang tinggi, Do Bae-man bercita-cita untuk jadi orang kanan pengarah IM Defense, No Tae-nam (Kim Woo-seok). Kuasa, wang dan populariti jadi misi hidup Do Bae-man. 

Beberapa hari sebelum dia tamat bertugas, pegawai Cha Woo-in (Jo Bo-ah) masuk daftarkan diri dan dedahkan No Hwa-young (Oh Yeon-su) adalah pembunuh kedua orang tua Do Bae-man. Dari situ bermula perjalanan mereka berdua untuk menuntut bela kerana ayah pegawai Cha juga dibunuh dengan kejam oleh tangan yang sama. 


Penceritaan Military Prosecutor Doberman bergerak laju dengan kes jenayah seperti korupsi, buli pembunuhan dan juga gangguan seksual yang berlaku dalam kem tentera. Plot utamanya terarah pada korupsi lah bila watak Komander No Hwa-young guna pangkat untuk dapat apa yang dia nak. Walaupun banyak watak sampingan dan subplot yang ditambah tapi masing-masing punya ruang untuk dipaparkan dengan baik lantas menjadikan penceritaan drama ni menarik. 

Namun watak heroin sepatutnya diberikan kepada pelakon lain bila kebanyakan masanya Jo Bo-ah nampak kaku dan tiada chemistry langsung dengan Ahn Bo-hyun. Dinamik terjejas disebabkan heroin yang tak ada screen presence dan susah untuk deliver babak beremosi sedangkan watak Cha Woo-in merupakan peguam yang sensitif manakala Do Bae-man lebih menggunakan akal licik. Tak suka langsung bila pengarah letak babak percintaan antara pelakon utama, meleret dan hambar. Memang kena bercinta ke? Skip!


Lebih baik penulis bagi screentime yang banyak dekat Bolt sebab impak dia lebih kuat. Nak pula bila Do Bae-man digelar Doberman, baka anjing yang sama dengan Bolt. Garang tapi manja, licik tapi setia. Dalam poster team production letak muka Bolt tapi penulis tak guna Bolt sepenuhnya. It’s a missed opportunity lah sebab ada beberapa babak yang menarik kalau Do Bae-man bawa Bolt sekali beraksi. Ada jugak dialog Do Bae-man bagitahu Tae-nam yang Bolt sesuai dengan aktiviti ketenteraan tapi pengarah tak bagi peluang pun dekat Bolt. 


Panjang kan I membebel pasal Bolt? Sebab suka tengok Bolt dengan No Tae-nam, comel betul bila Bolt rindu dengan tuan dia. Dalam drama ni watak Tae-nam yang diolah dengan cemerlang, dari menyampah sebab kelakuan dia tapi berubah bila tahu kenapa dia jadi macam tu. Menangis bila Tae-nam trauma dan terpaksa berpisah dengan Bolt. 

Pelik juga lah dengan drama ni sebab Do Bae-man tak dikenakan hukuman langsung sedangkan Cha Woo-in dan Kang Ha-joon (Kang Young-seok) terima hukuman untuk perbuatan mereka? Ending pun tergesa dihabiskan sebab dok tunggu rahsia apa yang Komander No Hwa-young dok canang pada Woo-in rupanya tak ada apa yang mengejutkan pun. Build up suspense for nothing. 


Dekat episod-episod hujung ada banyak unnecessary fillers, baik pengarah letak flashback macam mana No Hwa Young tu naik jadi Komander walaupun jari dia hilang dan terima layanan buruk sebab perempuan. Kalau nak letak fillers jugak, baik letak scene Do Bae-man training supaya kekal fit sebagai askar. Perfect betul Ahn Bo-young lakonkan watak Do Bae-man, tinggi, dada bidang, muka kacak, otak bijak. Nikmat yang tak terdustakan.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.3/10

Drama Review | Delhi Crime Season 2 (2022)


Director : Richie Mehta, Tanuj Chopra
Writer : Richie Mehta
Cast : Shefali Shah, Rasika Dugal, Adil Hussain, Rajesh Tailang, Tillotama Shome, Gopal Datt, Denzil Smith, Avijit Dutt, Yashaswini Dayama
Production Companies: Golden Karavan, Ivanhoe Productions, FilmKaravan, Poor Man's Productions
Distributor : Netflix
Genre : Crime / Drama
Running Episodes : 5 episodes (40 minutes per episode)
Release Date : 26 August 2022 
Trailer :


Lepas kejayaan Delhi Crime (2019) dengan membawa pulang anugerah Best Drama Series di International Emmy Awards 2020, Richie Mehta kembali dengan musim kedua yang berkisar tentang jenayah Chaddi Baniyan Gang. 

Deputy Commissioner of Police (DCP) Vartika Chaturvedi agak ragu-ragu dengan pembunuhan dua pasangan warga emas di kawasan elit Delhi kerana geng ni popular pada zaman 90-an. Tak mungkin geng ni muncul kembali tapi Bhupendra (Rajesh Tailang) keluarkan kemungkinan generasi baru atau copy cat sebab modus operandi mereka sama. 


Serang warga emas yang kaya, bunuh dengan kejam dan curi barang kemas kepunyaan mangsa. Badan mereka disapu minyak supaya tak ada sesiapa yang berjaya tangkap geng tersebut. Cara pakaian mereka juga sama, menggunakan singlet dan boxer dengan bahagian muka dan kepala ditutup dengan kain pelikat. 

Sebelum ni tak pernah dengar lagi pasal geng Chaddi Baniyan di Delhi sebab tak pernah diceritakan dalam mana-mana movie atau drama. Kalau ada dalam akhbar mungkin I terlepas pandang. Geng ni memang kejam sebab serang warga emas yang tak mampu nak lawan tenaga, dibunuh pula dengan kejam. Kalau dalam Delhi Crime semua watak kata geng ni terhenti di zaman 90-an tapi realitinya masih ada lagi sampai sekarang. Rasanya ni social awareness dari team Delhi Crime untuk bagitahu penduduk India supaya berhati-hati. 


Dalam drama geng jenayah ni mencari mangsa melalui watak Karishma (Tillotama Shome) yang bekerja sebagai beautician di salon mewah. Pelanggan yang datang rata-ratanya warga emas yang kaya. Sebab tu mudah untuk geng ni target siapa mangsa mereka. Orang perempuan kalau bercerita faham sendiri lah macam mana. Sama juga in real life, ketua geng akan menyamar sebagai tukang polish kasut atau pengemis supaya dapat cari mangsa.

Berbeza dengan musim pertama, Delhi Crime terbitan hasil kerjasama Golden Karavan, Ivanhoe Productions, FilmKaravan dan Poor Man's Productions hanya mempunyai 5 episod. Lebih pendek dari sebelumnya yang mempunyai 7 episod dengan durasi sepanjang 40 minit. Dalam musim pertama mungkin sebab kisah peribadi Vartika dipaparkan bersama, berbeza dengan musim kedua bila anak perempuan tunggal dia, Chandu (Yashaswini Dayama) belajar di Toronto. Ada dramanya juga tapi pendek je. 


Elemen drama lebih terarah pada IPS Neeti Singh (Rasika Dugal) bila mak mentua dia guna kereta kerajaan untuk pergi pasar atau beli barang. Sama juga dengan perangai suami dia yang susah nak faham kerjaya sebagai polis bahagian jenayah. Malam tak balik rumah sebab kena siasat kes. Cuti pun susah nak approve sebab banyak kes besar di Delhi. 

Sama seperti musim pertama, pengarah tak fokus pada babak ngeri walaupun jenayah pembunuhan tapi masa scene Vartika cuci kasut sebab terpijak cebisan kulit mangsa tu dah boleh agak keadaan mayat macam mana. Sama juga bila Karishma bunuh orang dengan tukul sebab reaksi muka dia memang tak ada belas langsung. Sound effect pun menguatkan lagi screenplay tersebut. 


Sinematografi masih lagi menggunakan khidmat Johan Heurlin Aidt cuma kali ni macam rimas sikit tengok sebab lighting terlampau malap padahal berlatarkan kawasan elit. Kalau kawasan kelas bawahan boleh faham lah kenapa suram je tona warna tu. Kalau kawasan elit Delhi rumah penuh dengan lampu sana-sini tapi suram je. Nak tengok bukti pun susah. 

Delhi Crime musim kedua mungkin tak sekuat musim pertama namun penceritaan masih lagi terikat dengan dunia nyata. Selain jenayah, pengarah paparkan juga diskriminasi terhadap kaum minoriti, salahguna kuasa dan rasuah dalam badan beranggota. Hopefully ada musim ketiga dengan jenayah lebih menggerunkan di Delhi. Kudos to Shefali Shah and Delhi Crime team. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.5/10

Drama Review | Alchemy of Souls : Part I (2022)

Wednesday 31 August 2022


Director : Park Joon-hwa 
Writer : Hong Jung-eun, Hong Mi-ran
Cast : Lee Jae-wook, Jung So-min, Hwang Min-hyun, Joo Sang-wok, Oh Na-ra, Yoo Jun-sang, Yoo In-soo, Lee Ha-yool, Jo Jae-yoon, Arin, Shin Seung-ho, Im Chul-soo, Park So-jin
Production Company : Studio Dragon, High quality
Distributor : tvN, Netflix
Genre : Period Drama / Action / Romance 
Running Episodes : 20 episodes (60-80 minutes per episode)
Release Date : 18 June 2022 - 28 August 2022
Trailer :


Berlatarkan kawasan bernama Daeho, Alchemy of Souls memaparkan kisah 4 orang pemuda yang mempunyai kuasa untuk melindungi rakyat Daeho. Rakyat menggambarkan perwatakan masing-masing seperti 4 musim – Jin Cho-yeon (Arin) dari keturunan Jinyowon mewakili musim bunga, Park Dang-gu (Yoo In-soo) dari keturunan Songrim mempunyai tenaga kuat seperti musim panas, kebijaksanaan dan kemuliaan Seo Yul (Hwang Min-hyun) dari keturunan Seo seperti matahari terbenam di musim luruh manakala Jang Uk waris keturunan Jang yang menawan seperti salji di musim sejuk. 

Keturunan diraja mengharamkan penggunaan sihir atau ilmu hitam dan Alchemy of Souls yang paling berbahaya selepas menimbulkan pembunuhan besar-besaran di Daeho 200 tahun lepas. Sesiapa yang mempunyai Soul Ejector boleh bertukar nyawa dengan orang yang dikehendaki. Ramai yang berebut kuasa Alchemy of Souls sebab perlukan fizikal badan yang muda, bertenaga dan sihat. Namun sihir ini berbahaya bila badan yang bertukar memerlukan tenaga yang banyak sampai bertindak untuk membunuh orang kebanyakan dengan ‘makan’ nyawa mereka. 


Naksu (Ko Yoon-jung) adalah pembunuh upahan yang mempunyai kuasa hebat namun setelah cedera teruk akibat diserang oleh Songrim, dia bertukar nyawa dengan Mu-deok (Jung So-min), si buta yang dijual ke pusat hiburan. Di sana dia berjumpa dengan Jang Uk dan dibeli dengan harga tinggi untuk dijadikan hamba. 

Jang Uk tahu siapa Mu-deok sebenarnya dan perlukan bantuan untuk buka pintu tenaga yang dikunci oleh ayahnya, Jang Gang (Joo Sang-wok) sebelum menghilangkan diri. Kelahiran Jang Uk adalah salah satu rahsia hitam di Daeho kerana ayah dia yang sebenar adalah raja dan Jang Uk lahir dengan kuasa Bintang Diraja. Hanya Park Jin (Yu Jun-sang) dan Jin Mu (Jo Jae-yun) yang tahu perkara ini. Sementara Park Jin melindungi Jang Uk, Jin Mu pula menggunakan pelbagai cara untuk kuasai Alchemy of Souls dan menggunakan sesiapa saja untuk capai impian dia untuk kekal berkuasa di Daeho. 


Penceritaan Alchemy of Souls hasil karya Hong sisters yang terkenal dengan drama Goblin (2012) Master’s Sun, Hotel De Luna (2020) bersifat straight-forward dan mudah difahami walaupun bersifat fantasi dan fiksyen. Namun terdapat beberapa kekeliruan dari awal hingga ke hujung di mana Jang Uk merupakan anak raja sedangkan hanya nyawa yang bertukar bukannya jasad. 

Sama juga dengan nyawa ayah Naksu yang bertukar. Kalau yang jadi gila sebelum dibunuh oleh 4 pendekar ialah nyawa yang ditukar jadi di mana nyawa ayah Naksu? Paling mengelirukan bila nyawa Naksu dan Mu-deok boleh hidup bersama dalam satu jasad. Kalau Master Lee (Im Chul-soo) kata badan yang mengawal nyawa di dalam jadi kenapa Naksu tak dapat tepis sihir Jin Mu dan jadi gila? Watak Jin Ho-gyeong (Park Eun-hye) pun boleh tahan jugak bermasalah bila dia kata dia kenal anak dia sebab naluri ibu kuat tapi dah berapa kali anak dia datang rumah pun dia tak perasan. Berdiri depan mata pun dia tak kenal jugak. Tsskkk


Idea yang bertemakan ilmu magik yang diamalkan di Daeho ni menarik dengan sinematografi memukau dipaparkan dari awal sehingga habis cerita walaupun ada masanya VFX yang digunakan kurang meyakinkan. Kelompongan cerita dan beberapa persoalan juga mungkin akan diceritakan dalam Alchemy of Souls Part 2 : Light and Shadow yang akan diterbitkan Disember 2022 nanti. 

Walaupun genre drama terbitan Studio Dragon dan High Quality lebih kepada aksi dan drama tapi cerita tak lah terlampau berat sebab penulis masukkan banyak juga elemen komedi. 20 episod mungkin kelihatan banyak dari drama yang lain dengan durasi yang panjang setiap episod tapi wajar lah sebab watak pun banyak dalam drama ni. Cukup ruang untuk setiap watak berkembang dalam waktu yang diberikan. 


Lakonan untuk setiap watak pun tepat bila menyerlah dengan watak dan perwatakan masing-masing. Kemahiran berpedang dengan teknik berlawan pun nampak kemas dan cantik. Happy betul bila watak Putera Raja Go Won (Shin Seung-ho) muncul sebab dia suka guna kening dan riak muka. Kelakar setiap kali dia terpedaya dengan helah Mu-deok especially scene katak emas dengan arak kayu manis. Tak pasti apa yang penulis nak buat dengan watak putera raja dalam Part 2 tapi kalau dia berubah jadi jahat memang penulis sengaja cari pasal lepas kes Jang Gang yang muncul secara sia-sia dan kes Mu-deok yang terjun ke tasik. 

Tertawan dengan watak Seo Yul sebab sejenis yang tenang dan lembut antara semua ahli sihir di Daeho, kesian pula tu cinta tak berbalas. Tak berbalas satu hal, kena berkorban untuk kawan baik sendiri satu hal lagi. Jangan penulis buat dia bercinta dengan So-i dekat part 2 sudah lah, confirm mengamuk semua orang. Mungkin ramai yang terkena second-lead syndrome tapi I tetap suka dengan hero Alchemy of Souls especially bila Lee Jae-wook sebut Mu-deok-ah! Boleh kata enjoy tengok drama ni sebab Jae-wook dengan putera raja. 


Tak sabar nak tengok Part 2 sebab nak tahu mana nyawa Shaman Choi pergi lepas keluar dari badan Permaisuri. Teaser dekat hujung episod 20 pun timbulkan banyak pertanyaan selain curious untuk tahu apa lagi barang terlarang yang tersimpan dalam bilik rahsia milik Jinyowon. December come fast! 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.4/10