Showing posts with label drama Korea. Show all posts
Showing posts with label drama Korea. Show all posts

Drama Review | Big Mouth (2022)

Wednesday 21 September 2022


Director : Oh Chung-hwan, Bae Hyun-jin
Writer : Kim Ha-ram
Cast : Lee Jong-suk, Im Yoon-ah, Kim Joo-hun
Production Companies : AStory, Studio Dragon, A-Man Project
Distributors : MBC, Disney+
Genre : Crime / Drama
Episodes : 16 episodes ( 60 minutes per episode)
Release Date : 29 July 2022 – 17 September 2022
Trailer : 


Drama Big Mouth bertemakan korupsi yang berlaku di daerah Gucheon yang diketuai oleh Chairman Kang Sung-geun (Jeon Kuk-hwan). Setelah mengalami kegawatan ekonomi yang teruk, Chairman Kang bina semula kawasan tersebut dan mewujudkan beberapa sektor perindustrian untuk jana ekonomi tempatan. Namun di sebalik jasa yang besar, rahsia hitam dia dibongkarkan oleh Dr. Seo Jae-yong (Park Hoon).

Belum sempat rahsia tu tersebar, doktor tersebut mati dibunuh oleh Dr. Han, Prosecutor Jung Chae-Bong dan Lee Du-Geun. Mereka bertiga adalah ahli NR Forum dan mempunyai pengaruh yang kuat. Mayor Choi Doha (Kim Joo-hun) upah peguam Park Chang-ho (Lee Jeong-suk) untuk ambil kes mereka bertiga dengan syarat dia tak boleh pertikai apa pun keputusan dan hanya menurut perintah Mayor Choi Doha sahaja. 

Tanpa dia sedar, keputusan dia mengakibatkan hal buruk berlaku bila Park Chang-ho mengalami kemalangan dan didakwa sebagai Big Mouse berdasarkan bukti yang dijumpai oleh pihak polis. Gong Jihoon (Yang Kyung-won) minta supaya Park Changho dijaga dengan baik di dalam penjara kerana hanya Big Mouse yang tahu 100 billion won milik dia dan ahli NR Forum yang lain. 

Sementara ramai yang percaya Park Chang-ho adalah Big Mouse, isterinya Ko Mi-ho (Im Yoona) percaya siapa sebenarnya suami yang sudah hidup bersama sejak 16 tahun lalu. Selagi dia ada, Mi-ho akan pastikan Chang-ho selamat dari dibunuh oleh NR Forum mahupun Big Mouse. 

Awalnya macam tak berminat nak tengok sebab both leading pair tak digemari tapi sebab jalan cerita dan genre dia menarik, layan je lah satu episod. Kalau tak best, kita pangkah je la kan? Dari satu episod membawa ke 16 episod, just like that. Terpikat dengan chemistry Yoona dan Jeong-suk sebab dua-dua nampak comel je berlakon sebagai pasangan suami isteri.

Dari episod pertama lagi dah nampak betapa kuatnya Mi-ho jadi tulang belakang Park Chang-ho sejak zaman belajar lagi. Sikit pun dia tak pernah ragu-ragu dengan keputusan suami dia. Menangis bila tengok Mi-ho kesian dengan nasib suami dia. Tak sangka betul boleh menangis gara-gara lakonan Yoona.

Penceritaan pada episod awal fokus pada mencari siapa Big Mouse yang sebenar supaya Park Chang-ho boleh bebas dari tuduhan dan hidup dia kembali jadi normal. Banyak watak yang disyaki sebagai Big Mouse dan tak banyak klu yang penulis atau pengarah dedahkan sampai Big Mouse sendiri willing untuk dedahkan identiti sebenar. 

Dalam masa yang sama berdebar juga tengok Mi-ho mencari kertas kajian Dr. Seo Jae-yong dan juga misteri yang berlaku di Hospital Gucheon. Bukan kebetulan lah kalau diuruskan oleh isteri Mayor Choi Doha, Hyun Joo-Hee (Ok Ja-Yeon) dan setiap kali Mi-ho jumpa klu, dia akan datang menghalang. Tambah pula Joo-hee adalah cucu kesayangan Chairman Kang. Mesti ada rahsia yang dia tahu dan takut terbongkar. 

Masuk pertengahan dah mula penat dengan permainan Big Mouse sebab ada banyak persoalan yang belum terjawab. Kenapa dia nak kacau Park Chang-ho sebab motif dia tak jelas. Kenapa dia pun kejar benda yang sama dengan Mayor Choi Doha dan bukannya duit bernilai 100 billion tu. Ada apa dalam makmal rahsia di Hospital Gucheon pun tak diberitahu padahal nampak ketua jururawat bagi ubat rahsia kepada banduan. 

Makin ke hujung makin banyak persoalan yang belum terjawab walaupun pengarah dah dedahkan siapa Big Mouse dan pertalian dia dengan research paper Dr. Seo Jae-yong. Lepastu tak faham organisasi besar macam Big Mouse tu ditubuhkan untuk apa, perjuangan diorang apa dan kenapa semua taat setia dengan ketua. Sekurangnya ahli NR Forum dah nampak lah ditubuhkan untuk kekalkan kuasa dan harta di Gucheon.

Bertambah sakit hati bila penulis sengaja matikan watak untuk elemen drama. Menyampah betul dengan formula drama atau movie Korea macam ni sebab benda tu tak perlu pun. Jenis tak relaks betul sampai nak buang semua watak yang kuat. Semua watak perempuan pulak tu padahal dekat awal dah mantap perkembangan karakter masing-masing.

Masa tengok episod akhir tu tak lah rasa nak marah sangat sebab memikirkan kemungkinan ada musim kedua tapi bila baca respon dari pengarah katanya diorang nak fokus cerita yang ada skrip lagi bagus rasa macam nak marah tapi kena sabar. Nasib baik lah team production release banyak gambar HD Jeong-suk dengan Yoona dalam drama Big Mouth sebab itu je cara untuk redakan kemarahan penonton. Yihhh!

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.2 = 6.3/10

Drama Review | Military Prosecutor Doberman (2022)

Tuesday 6 September 2022


Director : Jin Chang-gyu
Writer : Yoon Hyun-mo
Cast : Ahn Bo-hyun, Jo Bo-ah, Oh Yeon-su, Kim Young-min, Kim Woo-seok, Kang Mal-geum, Yu Tae-woong, Kang Young-seok, Nam Kyung-eup, Park Jin-woo, Ko Gun-Han, Kim Han-na, Jo Hye-won
Production Companies: Studio Dragon, Logos Film
Distributor : tvN, Netflix
Genre : Crime / Legal
Running Episodes :16 episodes (40 minutes per episode)
Release Date : 28 February 2022 – 26 April 2022  
Trailer :


Selama ni tak pernah pula tahu tentang pendakwaraya askar sebab ingatkan askar akan dibicarakan di mahkamah awam rupanya ada mahkamah khas untuk tentera. Tak pasti bidang kuasa martial court di Malaysia, mungkin kes khas yang melibatkan anggota. Disebabkan latar profesion yang diketengahkan dalam Military Prosecutor Doberman dari Studio Dragon ni, buat I tertarik untuk layan drama tayangan terbaru di Netflix ni. 

Do Bae-man (Ahn Bo-hyun) kehilangan kedua orang tuanya dalam nahas kemalangan dan mengalami PTSD sehingga dia cari jalan untuk tidak terlibat dalam latihan ketenteraan. Malangnya tahap akademi dia menghalang Bae-man untuk jadi peguam di firma biasa maka Yong Moon-goo (Kim Young-min) tawarkan dia sesuatu yang dia tak boleh tolak. 


Do Bae-man perlu masuk dalam kem askar sebagai pendakwaraya tentera selama 5 tahun untuk kacau perbicaraan di dalam. Habuan yang dia dapat juga tinggi, lebih dari cukup untuk lunaskan hutang dia. Tamak atau kemahiran hidup yang tinggi, Do Bae-man bercita-cita untuk jadi orang kanan pengarah IM Defense, No Tae-nam (Kim Woo-seok). Kuasa, wang dan populariti jadi misi hidup Do Bae-man. 

Beberapa hari sebelum dia tamat bertugas, pegawai Cha Woo-in (Jo Bo-ah) masuk daftarkan diri dan dedahkan No Hwa-young (Oh Yeon-su) adalah pembunuh kedua orang tua Do Bae-man. Dari situ bermula perjalanan mereka berdua untuk menuntut bela kerana ayah pegawai Cha juga dibunuh dengan kejam oleh tangan yang sama. 


Penceritaan Military Prosecutor Doberman bergerak laju dengan kes jenayah seperti korupsi, buli pembunuhan dan juga gangguan seksual yang berlaku dalam kem tentera. Plot utamanya terarah pada korupsi lah bila watak Komander No Hwa-young guna pangkat untuk dapat apa yang dia nak. Walaupun banyak watak sampingan dan subplot yang ditambah tapi masing-masing punya ruang untuk dipaparkan dengan baik lantas menjadikan penceritaan drama ni menarik. 

Namun watak heroin sepatutnya diberikan kepada pelakon lain bila kebanyakan masanya Jo Bo-ah nampak kaku dan tiada chemistry langsung dengan Ahn Bo-hyun. Dinamik terjejas disebabkan heroin yang tak ada screen presence dan susah untuk deliver babak beremosi sedangkan watak Cha Woo-in merupakan peguam yang sensitif manakala Do Bae-man lebih menggunakan akal licik. Tak suka langsung bila pengarah letak babak percintaan antara pelakon utama, meleret dan hambar. Memang kena bercinta ke? Skip!


Lebih baik penulis bagi screentime yang banyak dekat Bolt sebab impak dia lebih kuat. Nak pula bila Do Bae-man digelar Doberman, baka anjing yang sama dengan Bolt. Garang tapi manja, licik tapi setia. Dalam poster team production letak muka Bolt tapi penulis tak guna Bolt sepenuhnya. It’s a missed opportunity lah sebab ada beberapa babak yang menarik kalau Do Bae-man bawa Bolt sekali beraksi. Ada jugak dialog Do Bae-man bagitahu Tae-nam yang Bolt sesuai dengan aktiviti ketenteraan tapi pengarah tak bagi peluang pun dekat Bolt. 


Panjang kan I membebel pasal Bolt? Sebab suka tengok Bolt dengan No Tae-nam, comel betul bila Bolt rindu dengan tuan dia. Dalam drama ni watak Tae-nam yang diolah dengan cemerlang, dari menyampah sebab kelakuan dia tapi berubah bila tahu kenapa dia jadi macam tu. Menangis bila Tae-nam trauma dan terpaksa berpisah dengan Bolt. 

Pelik juga lah dengan drama ni sebab Do Bae-man tak dikenakan hukuman langsung sedangkan Cha Woo-in dan Kang Ha-joon (Kang Young-seok) terima hukuman untuk perbuatan mereka? Ending pun tergesa dihabiskan sebab dok tunggu rahsia apa yang Komander No Hwa-young dok canang pada Woo-in rupanya tak ada apa yang mengejutkan pun. Build up suspense for nothing. 


Dekat episod-episod hujung ada banyak unnecessary fillers, baik pengarah letak flashback macam mana No Hwa Young tu naik jadi Komander walaupun jari dia hilang dan terima layanan buruk sebab perempuan. Kalau nak letak fillers jugak, baik letak scene Do Bae-man training supaya kekal fit sebagai askar. Perfect betul Ahn Bo-young lakonkan watak Do Bae-man, tinggi, dada bidang, muka kacak, otak bijak. Nikmat yang tak terdustakan.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.3/10

Drama Review | Alchemy of Souls : Part I (2022)

Wednesday 31 August 2022


Director : Park Joon-hwa 
Writer : Hong Jung-eun, Hong Mi-ran
Cast : Lee Jae-wook, Jung So-min, Hwang Min-hyun, Joo Sang-wok, Oh Na-ra, Yoo Jun-sang, Yoo In-soo, Lee Ha-yool, Jo Jae-yoon, Arin, Shin Seung-ho, Im Chul-soo, Park So-jin
Production Company : Studio Dragon, High quality
Distributor : tvN, Netflix
Genre : Period Drama / Action / Romance 
Running Episodes : 20 episodes (60-80 minutes per episode)
Release Date : 18 June 2022 - 28 August 2022
Trailer :


Berlatarkan kawasan bernama Daeho, Alchemy of Souls memaparkan kisah 4 orang pemuda yang mempunyai kuasa untuk melindungi rakyat Daeho. Rakyat menggambarkan perwatakan masing-masing seperti 4 musim – Jin Cho-yeon (Arin) dari keturunan Jinyowon mewakili musim bunga, Park Dang-gu (Yoo In-soo) dari keturunan Songrim mempunyai tenaga kuat seperti musim panas, kebijaksanaan dan kemuliaan Seo Yul (Hwang Min-hyun) dari keturunan Seo seperti matahari terbenam di musim luruh manakala Jang Uk waris keturunan Jang yang menawan seperti salji di musim sejuk. 

Keturunan diraja mengharamkan penggunaan sihir atau ilmu hitam dan Alchemy of Souls yang paling berbahaya selepas menimbulkan pembunuhan besar-besaran di Daeho 200 tahun lepas. Sesiapa yang mempunyai Soul Ejector boleh bertukar nyawa dengan orang yang dikehendaki. Ramai yang berebut kuasa Alchemy of Souls sebab perlukan fizikal badan yang muda, bertenaga dan sihat. Namun sihir ini berbahaya bila badan yang bertukar memerlukan tenaga yang banyak sampai bertindak untuk membunuh orang kebanyakan dengan ‘makan’ nyawa mereka. 


Naksu (Ko Yoon-jung) adalah pembunuh upahan yang mempunyai kuasa hebat namun setelah cedera teruk akibat diserang oleh Songrim, dia bertukar nyawa dengan Mu-deok (Jung So-min), si buta yang dijual ke pusat hiburan. Di sana dia berjumpa dengan Jang Uk dan dibeli dengan harga tinggi untuk dijadikan hamba. 

Jang Uk tahu siapa Mu-deok sebenarnya dan perlukan bantuan untuk buka pintu tenaga yang dikunci oleh ayahnya, Jang Gang (Joo Sang-wok) sebelum menghilangkan diri. Kelahiran Jang Uk adalah salah satu rahsia hitam di Daeho kerana ayah dia yang sebenar adalah raja dan Jang Uk lahir dengan kuasa Bintang Diraja. Hanya Park Jin (Yu Jun-sang) dan Jin Mu (Jo Jae-yun) yang tahu perkara ini. Sementara Park Jin melindungi Jang Uk, Jin Mu pula menggunakan pelbagai cara untuk kuasai Alchemy of Souls dan menggunakan sesiapa saja untuk capai impian dia untuk kekal berkuasa di Daeho. 


Penceritaan Alchemy of Souls hasil karya Hong sisters yang terkenal dengan drama Goblin (2012) Master’s Sun, Hotel De Luna (2020) bersifat straight-forward dan mudah difahami walaupun bersifat fantasi dan fiksyen. Namun terdapat beberapa kekeliruan dari awal hingga ke hujung di mana Jang Uk merupakan anak raja sedangkan hanya nyawa yang bertukar bukannya jasad. 

Sama juga dengan nyawa ayah Naksu yang bertukar. Kalau yang jadi gila sebelum dibunuh oleh 4 pendekar ialah nyawa yang ditukar jadi di mana nyawa ayah Naksu? Paling mengelirukan bila nyawa Naksu dan Mu-deok boleh hidup bersama dalam satu jasad. Kalau Master Lee (Im Chul-soo) kata badan yang mengawal nyawa di dalam jadi kenapa Naksu tak dapat tepis sihir Jin Mu dan jadi gila? Watak Jin Ho-gyeong (Park Eun-hye) pun boleh tahan jugak bermasalah bila dia kata dia kenal anak dia sebab naluri ibu kuat tapi dah berapa kali anak dia datang rumah pun dia tak perasan. Berdiri depan mata pun dia tak kenal jugak. Tsskkk


Idea yang bertemakan ilmu magik yang diamalkan di Daeho ni menarik dengan sinematografi memukau dipaparkan dari awal sehingga habis cerita walaupun ada masanya VFX yang digunakan kurang meyakinkan. Kelompongan cerita dan beberapa persoalan juga mungkin akan diceritakan dalam Alchemy of Souls Part 2 : Light and Shadow yang akan diterbitkan Disember 2022 nanti. 

Walaupun genre drama terbitan Studio Dragon dan High Quality lebih kepada aksi dan drama tapi cerita tak lah terlampau berat sebab penulis masukkan banyak juga elemen komedi. 20 episod mungkin kelihatan banyak dari drama yang lain dengan durasi yang panjang setiap episod tapi wajar lah sebab watak pun banyak dalam drama ni. Cukup ruang untuk setiap watak berkembang dalam waktu yang diberikan. 


Lakonan untuk setiap watak pun tepat bila menyerlah dengan watak dan perwatakan masing-masing. Kemahiran berpedang dengan teknik berlawan pun nampak kemas dan cantik. Happy betul bila watak Putera Raja Go Won (Shin Seung-ho) muncul sebab dia suka guna kening dan riak muka. Kelakar setiap kali dia terpedaya dengan helah Mu-deok especially scene katak emas dengan arak kayu manis. Tak pasti apa yang penulis nak buat dengan watak putera raja dalam Part 2 tapi kalau dia berubah jadi jahat memang penulis sengaja cari pasal lepas kes Jang Gang yang muncul secara sia-sia dan kes Mu-deok yang terjun ke tasik. 

Tertawan dengan watak Seo Yul sebab sejenis yang tenang dan lembut antara semua ahli sihir di Daeho, kesian pula tu cinta tak berbalas. Tak berbalas satu hal, kena berkorban untuk kawan baik sendiri satu hal lagi. Jangan penulis buat dia bercinta dengan So-i dekat part 2 sudah lah, confirm mengamuk semua orang. Mungkin ramai yang terkena second-lead syndrome tapi I tetap suka dengan hero Alchemy of Souls especially bila Lee Jae-wook sebut Mu-deok-ah! Boleh kata enjoy tengok drama ni sebab Jae-wook dengan putera raja. 


Tak sabar nak tengok Part 2 sebab nak tahu mana nyawa Shaman Choi pergi lepas keluar dari badan Permaisuri. Teaser dekat hujung episod 20 pun timbulkan banyak pertanyaan selain curious untuk tahu apa lagi barang terlarang yang tersimpan dalam bilik rahsia milik Jinyowon. December come fast! 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.4/10

Drama Review | Our Blues (2022)

Tuesday 9 August 2022

Director : Kim Kyu-tae
Writer : Noh Hee-kyung
Cast : Lee Byung-hun, Shin Min-a, Cha Seung-won, Lee Jung-eun, Uhm Jung-hwa, Han Ji-min, Kim Woo-bin
Production Company : GTist
Distributors : tvN, Netflix
Genre : Drama
Episodes : 20 episodes (60 minutes per episode)
Release Date : 09 April 2022 – 12 June 2022
Trailer : 


Berlatarkan suasana masyarakat di Kepulauan Jeju, Korea Selatan, drama Our Blues mengangkat kisah beberapa keluarga yang mempunyai masalah kehidupan peribadi di sebalik sifat kekitaan yang kukuh. 

Walaupun drama Our Blues bersifat straightforward tapi kesemua watak mempunyai giliran untuk kisah mereka dipaparkan. Kisah pertama bermula dengan kehidupan Jeong Eun-hee (Lee Jung-eun) yang membujang hingga tua untuk menjaga keluarga. Bila crush zaman sekolah balik ke Jeju, Eun-hee tak lepaskan peluang untuk pergi bercuti bersama walaupun Bang Ho-sik (Choi Young-joon) dah larang supaya jangan terpedaya dengan helah Han-soo (Cha Seung-Won) untuk pinjam duit. 


Watak Lee Young-ok (Han Ji-min) yang baru saja datang ke Jeju dan bekerja sebagai haenyeo (penyelam wanita di Jeju yang mengutip abalone, tiram ataupun rumpai laut untuk dijual ke pasar) juga diceritakan sebab kisah dia berkait dengan Kapten Park Jeong-joon (Kim Woo-bin). 

Dari awal episod dah nampak watak Lee Dong-seok (Lee Byung-hun) pendam rasa dengan mak dia tapi pengarah simpan cerita dia dekat hujung sekali. Haruslah menangis teruk bila tengok kisah diorang berdua sebab berkisarkan hubungan mak dan anak. Selalunya mak je pendam rasa tapi kali ni penulis paparkan anak pula pendam rasa. 


Episod Eun-gi (Ki So-yu) kena hantar ke Jeju untuk dijaga oleh nenek dia pun sedih jugak sebab dia terpaksa adapt dengan lifestyle nenek di kampung. Dekat rumah sendiri kena tatang dengan ayah dan mak, bila duduk dengan nenek pula semua benda kena buat sendiri. Nak berdukung jangan harap lah. Tambah pula orang kampung dok mengata mak dia tinggalkan sebab nak kahwin dengan suami baru. 

Tahu pasal drama ni sebab trending dekat Twitter bila Kim Woo-bin buat comeback lepas ambil keputusan untuk berehat disebabkan kanser. Lepastu berlakon satu drama pula dengan tunang dia, Shin Min-a. Bertambah excited nak tengok bila drama Our Blues dikembangkan oleh Studio Dragon. Entah dah berapa kali I mentioned I suka drama terbitan Studio Dragon jadi Our Blues ni memang wajib tengok juga lah. 


Disebabkan Our Blues ni bergenre drama dan kupas tentang realiti kehidupan jadi ambil masa juga lah nak habiskan. Episod pun lebih panjang dari kebiasaan dengan 20 episod dan berdurasi selama satu jam setiap episod. Stress balik kerja lepastu layan drama ni memang rasa nak mengeluh berat. 

Drama Our Blues arahan Kim Kyu-tae bukan setakat paparkan kisah kehidupan beberapa keluarga malah bagi pengajaran yang kuat juga macam persahabatan Mi-ran (Uhm Jung-hwa) dengan Eun-hee. Walaupun ada kisah yang dah selalu diceritakan tapi olahan dan kekuatan lakonan jadikan penceritaan dalam drama ni berbeza dan menyentuh perasaan.


Sinematografi Our Blues cemerlang dalam adunan yang menenangkan jiwa dengan keindahan laut dalam dan juga beberapa kawasan Jeju. Pengarah banyak gunakan kawasan berdekatan dengan laut yang sebati dengan kehidupan penduduk di sana. Dekat episod 20 ada kawasan Gunung Halla yang bersalji. Memang patut lah Jeju jadi tumpuan utama pelancong, banyak tempat yang cantik. 



Ada 10 soundtrack untuk drama Our Blues tapi lagu With You – Jimin BTS feat Ha Sung-woon paling menyentuh hati. Mungkin sebab lirik dia banyak penggunaan Bahasa Inggeris jadi senang nak faham dan muncul dekat kisah cinta Dong-seok dengan Min Seon-ah (Shin Min-a). Boleh kata drama Our Blues adalah reunion kepada Lee Byung-hun dengan Shin Min-a lepas A Bittersweet Life (2005). 

Drama dari Studio Dragon ni mempunyai kekuatan serba-serbi tapi kalau bukan penggemar naskhah drama yang berat tentang kehidupan mungkin susah nak terima dengan pace penceritaan yang perlahan. 

1. Team Production +, 2. Visual +, 3. Audio +, 4. Storyline +, 5. Casting +, 6. Genre +, 7. Themes +, 8. Editing +, 9. Social Message +, 10. Personal Thought += /10

Drama Review | Imitation (2022)

Tuesday 19 July 2022


Director : Han Hyun-hee
Writer :  Choi Sun-young, Kim Min-jung
Cast : Jung Ji-so, Lee Jun-young, Jeong Yun-ho, Park Ji-yeon 
Production Company : Hidden Sequence
Distributor :  KBS, Netflix
Genre :  Romantic / Drama
Running Episodes :  12 episodes (60 minutes per episode)
Release Date :  7 May 2021 – 23 July 2021
Trailer :



Tahun lepas memang banyak video TikTok diambil dari drama ni tapi baru sekarang dapat tengok. Reason utama tengok pun sebab ternampak ada Jun U-KISS dalam trailer. Rupanya dia watak utama. Tak tahu pula dia aktif berlakon lepas U-KISS dah menyepi. Nampak San dengan Jongho ATEEZ juga dalam trailer terus tekan button play dekat Netflix hshshs

Drama yang diadaptasikan dari webtoon Imitation hasil karya Park Kyung-ran berlatarkan kehidupan trainee dan idol group di Korea Selatan. Dalam drama sebanyak 12 episod ni boleh nampak lah macam mana azam belia di Korea Selatan yang bercita-cita untuk jadi penyanyi. Kenapa ramai yang berebut untuk debut dalam idol group syarikat besar boleh jamin masa depan yang cerah dan kenapa terseksa debut dalam syarikat kecil seperti watak Lee Ma-ha (Jung Ji-so). 


Sudah lah ditolak pergi ke syarikat kecil, baru saja nak debut dapat pula berita bekas ahli bunuh diri. Terpaksa lah dibubarkan kerana tiada syarikat yang mahu terlibat dengan skandal tersebut. Tak putus asa, Ma-ha berlakon sebagai ekstra dalam drama ataupun ambil gig kecil dengan impersonate penyanyi terkenal, La Ri-ma (Park Ji-yeon). 

Bila pengurus lari tinggalkan Ma-ha di set penggambaran di kawasan terpencil, Ryoc (Lee Jun-young) tawarkan untuk hantar dia balik dengan selamat. Rasa bersalah juga sebab dia cederakan Ma-ha tanpa sengaja di set. Tapi polisi syarikat NOG Entertainment halang untuk dia berbuat demikian sebab khuatir reputasi sebagai idol terjejas. Tambahan pula Ryoc adalah ahli kumpulan SHAX yang popular dan mempunyai ramai peminat juga sasaengs (peminat fanatik). 


Ryoc tak kisah pun dengan peminat sebab dia dah lemas hidup dihurung peminat sampai privasi diganggu tapi dia tak boleh pentingkan diri bila 4 orang ahli kumpulan lain akan terjejas sama. Dalam diam sebenarnya Ryoc dah lama jatuh hati dengan Ma-ha sejak dia belum jadi trainee lagi tapi macam mana dia nak bagitahu perasaan dia kepada Ma-ha? Kalau peminat dia serang Ma-ha? 

Penceritaan Imitation ni lebih terarah pada kisah cinta Ryoc dengan Ma-ha tapia da sub-plot lain yang dimasukkan untuk menambahkan elemen drama. Tak tahu kenapa penulis lebih berminat untuk guna genre drama walhal dia boleh adun dalam templat komedi yang lebih menarik macam drama Sh**ting Star (2022)


Kalau kisah cinta Ryoc dengan Ma-ha yang jadi sub-plot macam boleh terima lah jugak sebab kisah cinta diorang tak menarik sangat pun sebab chemistry tak kuat satu hal, merepek pun satu hal juga. Peminat Ryoc serang Ma-ha bila penulis nak wujudkan konflik je, bila nak bina suasana romantik hilang dah kerisauan yang wujud di awal cerita tu. 

I lagi suka tengok kisah cinta Ri-a (Minseo) dengan Yi-hyun SHAX (Hwiyoung) sebab comel. Sama lah dengan Yujin (Yunho) dan Hyun-ji (Lim Na-young) tapi both couples tak dapat screentime yang banyak pun sebab nak bagi laluan dekat lead pairing. 


Selain konflik peminat yang melampau batas ni, penulis masukkan juga macam mana syarikat besar macam NOG Entertainment mengambil kesempatan ke atas idol group yang tandatangan kontrak dengan mereka. Bagaimana syarikat penerbitan ataupun produser makan rasuah dengan agensi besar untuk aniaya idol group kecil macam Tea Party. 

Tapi konflik tu masuk tanpa penyelesaian lah sebab wujudnya konflik tersebut untuk menambahkan rencah. Sebab tu I prefer drama Imitation ni dibikin dalam genre romcom so we can just brush it off. For me dating ban is nothing serious pun kalau nak dibandingkan dengan agensi yang memperalatkan idol dengan kontrak yang tak munasabah. Tengok jadual idol group pun dah padat, mana nak ada masa untuk bercinta pun. JYP sampai suruh idol dia keluar rasa bercinta tu macam mana untuk jadikan lagu ciptaan diorang lebih deep dan ada jiwa. Gituhhhh!


I terbaca komen dia sedih idol group SHAX tu tak peduli dengan fans pun tapi drama ni bukan berpijak di dunia nyata sangat pun. Ramai je idol dekat luar sana yang appreciate fans diorang. Well at least I know my bias loves his fans hshs

Rating untuk drama Imitation agak rendah walaupun barisan pelakon terdiri dari idol group G.O.D, U-KISS, T-ARA, ATEEZ dan SF9. Mungkin sebab watak utama tak pandai berlakon padahal jalan cerita not bad lah. Disebabkan drama ni jadi suka pulak dengan Jongho ATEEZ sebab dia pandai berlakon dan kelakar. Sebelum ni dah tertarik dengan dia masa layan Kingdom : Legendary of War (2021) sebab suara dia sedap dan boleh tarik tinggi. Now I can add another reason lah hehe


Sinematografi, wardrobe dan props yang digunakan membantu penceritaan drama Imitation untuk dipaparkan dengan lebih cantik dan menarik. Di bahagian credits dalam Episod 12 boleh nampak macam mana production crew spend time untuk create beberapa stage yang digunakan dalam drama terbitan Hidden Sequence. Ada juga beberapa babak yang tunjuk cara beberapa pihak yang terlibat bekerja dalam industri hiburan. Music album quite average sebab ada lagu yang tak best sangat tapi I suka sangat lagu Constellation dengan gubahan lagu IU - My Old Story oleh Ryoc dan La Ri-ma. 


Imitation ni ada potensi untuk jadi drama yang menarik dan medium untuk naikkan nama beberapa idol tapi sayang lah ada kelemahan dalam beberapa aspek. But fret not, drama ni nice je nak layan untuk tontonan santai. 

Drama Review | Sh**ting Stars (2022)

Saturday 9 July 2022


Director : Lee Soo-Hyun
Writer : Choi Young-Woo
Cast : Lee Sung-kyung, Kim Young-dae, Yoon Jong-hoon, Kim Yoon-hye, Lee Jung-shin, Park So-jin (Girl’s Day)
Production Company :  Mays Entertainment
Distributor : tvN, iQIYI
Genre : Romantic / Comedy
Running Episodes : 16 episodes (60 minutes per episode)
Release Date : 22 April 2022 – 11 June 2022
Trailer :


Berlatarkan dunia industri hiburan di Korea Selatan, Oh Han-Byeol (Lee Sung-Kyung) merupakan ketua Public Relation (PR) di syarikat agensi Starforce Entertainment. Agensi tersebut mempunyai pelakon lelaki terkenal Gong Tae-Sung (Kim Young-Dae) dan digelar sebagai National’s Boyfriend. 

Selepas setahun buat kerja amal di Afrika Selatan, Han-Byeol makin gelisah dengan kepulangan Tae-sung sebab dia punca pelakon tersebut dihantar ke sana. Tae-sung dah ugut untuk seksa hidup dia bila dia pulang ke Korea nanti. 

Depan media memang pelakon tersebut punya persona lelaki sopan dan Budiman tapi karakter sebenar dia hanya pekerja di Starforce Entertainment saja yang tahu. Sehari tak kacau Han-Byeol tak sah. Ada saja idea dia untuk kenakan Han-Byeol. 


Sebenarnya Tae-Sung dah lama simpan perasaan dengan gadis tersebut tapi tak berani untuk luahkan. Bila peguam Do Soo-Hyeok (Lee Jung-shin) yang confess dahulu, mula lah Tae-Sung gelabah tak senang duduk serupa ayam berak kapur. 

Jalan cerita drama Shooting Stars ni ringan dan santai, sesuai lah dengan genre yang dibawa. Kebanyakan isu atau konflik yang timbul dalam drama arahan Lee Soo-Hyun tak lah dipaparkan dalam screentime yang lama. Isu dia tonjolkan tu besar tapi sekejap saja boleh settle sebab nak utamakan kisah cinta pasangan utama dan watak-watak sampingan yang lain. 


Even kisah cinta yang wujud pun macam senang je nak bina ataupun buang macam kisah cinta Yuna (Lee Si-Woo) dengan Jae-Hyun (Shin Hyun-Seung). Kalau cinta tak kesampaian dengan watak ni, penulis akan cari jalan untuk watak tersebut bercinta dengan watak lain. Pendek kata, semua bahagia dengan kisah cinta masing-masing. 

Walaupun drama Shooting Stars terbitan Mays Entertainment ni romantic comedy tapi boleh Nampak lah kehidupan para pelakon tak lah indah mana pun. Privacy dah hilang sampai kena berkurung je dalam rumah. Jadual padat dengan shooting, fanmeeting event dan photoshoot ataupun interview. Sama juga dengan PR team atau manager yang bekerja dengan mereka. Banyak perkara kena teliti supaya pelakon di bawah agensi tersebut terjaga. 


Kebanyakan konflik yang didedahkan dalam drama ni sama situasinya dengan dunia sebenar macam kes anti-fan club Tae-Sung dikendalikan oleh pelajar sekolah. Bukan sebab Tae-Sung buat masalah dengan dia pun tapi sebab dia tak suka je. Kes IU dulu pun kebanyakan yang jadi haters pun sebab budak sekolah menyampah tengok dia. Tak suka tengok tak payah lah tengok. Sama lah dengan fans idol group yang rata-ratanya dari budak sekolah. Banyak masa lapang tak nak belajar atau buat perkara berfaedah tapi jadi haters. 

Bukan Starforce Entertainment je ada masalah atau konflik malah wartawan pun stress sebab boss asyik bising kena dapatkan berita eksklusif. Menyampah bila dapat boss perangai macam tu sampai langar etika bekerja. Bila dapat surat tuntutan saman, senang je tuding jari dekat pekerja. Tapi disebabkan drama ni genre comedy jadi kebanyakannya diolah dalam templat kelakar. Berdekah bila tengok scene manager Dae-soo (Kim Dae-Gon) kena bersabar bila jaga Yuna yang kekwat. 


Bab visual haruslah terbaik sebab genre romcom, banyak scene menarik berlatarkan Kawasan yang cantik. Walaupun kebanyakan scene berlatarkan pejabat Starforce Entertainment tapi ruang kawasan pejabat tu pun kreatif dan cantik. Syok betul tengok pantry diorang besar dan lengkap dengan segala peralatan. 

Frust tengok drama ni sebab dok tunggu sampai hujung cerita brand latte apa yang Tae-sung dok minum dekat rumah peguam Do Soo-Hyeok sampai bertambah dua cawan. Kalau drama lain dah masuk product placement dah tapi drama ni tak banyak pun. 


Selain chemistry Lee Sung-kyung dengan Kim Young-dae sebagai pasangan utama dalam Shooting Stars, suka jugak tengok chemistry Lee Jung-shin dengan So-jin. Rasa macam nak jadi blogger yang bagus supaya nampak hebat di mata peguam yang hot macam Soo-hyeok hshshs

p/s : Tae-Sung geng Hyunsuk Treasure jugak rupanya sebab dia follow fashion code Treasure Map Season 2 Episod 32 haha

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.5/10

Drama Review | Through the Darkness (2022)

Saturday 2 July 2022


Director : Park Bo-ram
Writer : Seol Yi-na
Cast :  Kim Nam-gil, Jin Seon-kyu, Kim So-jin
Production Company : Studio S
Distributor : SBS
Genre : Crime / Drama
Running Episodes :  episodes
Release Date : 14 January 2022 – 12 March 2022
Trailer : 


Diadaptasikan dari novel Those Who Read Hearts Of Evil karya nukilan Kwon Il-yong dan Go Na-moo yang diterbitkan pada tahun 2018, Through The Darkness mengangkat kisah criminal profiler pertama di Korea Selatan. 

Song Ha-Young (Kim Nam-Gil) mengalami trauma sejak kecil akibat terjatuh dalam tasik dan terjumpa mayat di dalamnya. Trauma tersebut memberi kesan terhadap cara kerjanya sebagai pegawai polis detektif bila dia sentiasa berjumpa dengan keluarga mangsa dan mengambil berat tentang perasaan mereka. 


‘You know what habits are, right? Old habits die hard. And you end up doing these habits before you realize it. No matter how meticulously you plan something, your habits come out like second nature.’ - Yang Yong-Chul (Ko Gu-han)

Cara dia tak digemari dengan pegawai atasan kerana dianggap melambatkan dan mengganggu untuk tutup kes dengan cepat. Tapi sifat dia yang unik dan cekap tu menarik perhatian ketua forensik Gook Young-soo lantas mereka berdua bekerja di jabatan baru – Criminal Behavior Analysis. Jung Woo-joo (Ryeoun) diambil bekerja sebagai penganalisa data untuk membantu mereka di pejabat. 


Menariknya drama Through The Darkness yang diangkat dari kisah benar ni bukan saja menceritakan tentang jenayah yang berlaku malah menceritakan perjalanan jabatan Criminal Behavior Analysis dari jabatan yang dipandang rendah sehingga lah mempunyai kepentingan tersendiri. Kerjasama antara watak-watak utama dan sampingan memainkan peranan juga. 

Boleh nampak bukan mudah nak berdepan dengan penjenayah tambah pula kalau jenis psiko sebab tak ada hati perut belas ihsan langsung. Masa kerat mayat tu tak rasa apa dah. Kalau mental tak kuat boleh hanyut macam Song Ha-Young bila dia tak dengar nasihat ketua untuk tak campur adukkan hal kerja dengan hal peribadi. Maknanya hal kerja jangan bawa balik sambung dekat rumah. Kalau terlampau fokus sangat, mental akan jadi penat sampai hilang kawalan. 


Salute dekat penulis sebab bawa masuk mesej ni dan tunjuk macam mana penjenayah cuba main dengan mental Song Ha-young bila mereka berdua tak ada beza pun. Sebenarnya ada beza sebab tu jiwa dia melawan walaupun mental dah hanyut sebab dia bukan orang jahat. 

Entahlah ada yang faham ke tak apa yang cuba I sampaikan ni. Dia macam kalau you sejenis yang hidup ada sistem tersendiri tapi kena buat sesuatu yang impromptu, main langar je sana sini for sure otak jadi kusut dan serabut. Haa macam tu lah. Dari beberapa episod drama ni I faham apa pentingnya hidup berprinsip sebab pegangan kita tu yang akan pandu hidup terutamanya bila kita tersasar. 


Memandangkan drama ni bergerak dari tahun hujung 90-an hingga tahun 2005, banyak juga props yang digunakan selari dengan peredaran masa. Bila nampak perubahan tum akin terasa lah feel bila menonton. Walaupun letak sekejap tapi tetap meninggalkan impak yang berpanjangan dan tambah momentum dalam penceritaan. 

Rasa nak berterima kasih dengan team Through The Darkness sebab hasilkan naskhah dengan details yang tepat baik dari segi penceritaan, visual, audio dan perasaan sampaikan mesej tu dihantar dengan jelas. Masa tengok drama Chimera (2021) dulu memang marah sangat sebab profiler dikarang dengan lemah sangat walhal profesion ni banyak membantu dari segi ilmu psikologi dan analisa data. 


Isn’t it amazing to know that psycho killers will arise in every 10 years? Berpunca dari kegawatan ekonomi yang mengakibatkan tekanan pada individu dan mewujudkan ketua keluarga yang suka mendera. Dari trauma didera tu wujudlah kes jenayah. Dalam drama Delhi Crime (2019) pun ada bagitau fakta yang sama juga. Rantaian tu dipaparkan dengan cantik dalam drama terbitan Studio S tanpa wujudkan ruang untuk kita pertikaikan langsung. 

‘In the US, heinous criminals who only seek to murder began to surface during their biggest economic change. There’s a report on the correlation. That’s why we must be prepared. Anyhow, Daesung Serial Murder Case was way too shocking for me, so I studied it extensively. After I saw the cases from overseas, I saw that they’re like smart criminals. Their brains are wired only to murder. That’s why their modus operandi and patterns evolve over time.’ - Gook Young-soo


Kalau nak tengok macam mana criminal profiler bekerja dan apa fungsi mereka dalam dunia detektif, you guys wajib layan drama ni. Sebelum tengok drama Through the Darkness ni I dah jumpa watak sebenar bila team The Sixth Sense jemput dia sebagai tetamu jemputan dekat rancangan tu. Watak dia memang sama sangat macam dalam drama ni so mungkin tu salah satu sebab I rasa syok nak layan. 

By the way, dekat Malaysia tak ada criminal profiler tapi kita ada criminal psychologist. Sejauh mana pihak polis detektif bergantung dengan ilmu mereka I sendiri tak pasti. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Drama Review | Forecasting Love and Weather (2022)

Saturday 21 May 2022


Director : Cha Young-hoon
Writer : Seon Yeong
Cast : Park Min-young, Song Kang, Yoon Park, Yura, Kwon Hae-Hyo, Lee Sung-Wook, Moon Tae-Yoo, Yoon Sa-Bong, Chae Seo-Eun, Kim Jong-Tae, Lee Tae-Gum
Production Company : NPIO Entertainment, JTBC Studios
Distributor : JTBC, Netflix
Genre : Romantic / Drama
Running Episodes : 16 episodes (70 minutes per episode)
Release Date : 12 February 2022 – 3 April 2022
Trailer :

 

Drama yang berlatarkan kehidupan pekerja di Korea Meteorological Administration menyingkap kisah percintaan antara Director Jin Ha-kyung (Park Min-young) dan Forecaster Lee Si-woo (Song Kang). Perjalanan cinta mereka berdua agak berliku gara-gara mempunyai banyak perbezaan dari segi usia, latar belakang keluarga dan juga pendirian masing-masing. 

Sementara Ha-kyung bersedia untuk berkahwin, Si-woo pula enggan bebankan pasangan dia dengan masalah keluarga dan menolak mentah-mentah idea perkahwinan. Dalam masa yang sama, bekas kekasih Ha-kyung, Han Ki-joon (Yoon Park) yang bekerja di pejabat KMA juga berkahwin dengan bekas kekasih Si-woo, Wartawan Chae (Yura). Kesemua watak utama insecure dengan relationship masing-masing bila terlalu cepat jalinkan hubungan. 


Faktor utama layan drama Forecasting Love and Weather arahan Cha Young-hoon sebab Song Kang tapi invested pula bila tengok episod pertama sebab kagum dengan cara kerja semua pegawai di jabatan meteorologi. Banyak benda yang perlu diambil kira untuk keluarkan sesuatu ramalan. Walaupun tak ada ramalan yang tepat kerana cuaca adalah sesuatu yang sukar dijangka namun ramalan tersebut haruslah membantu pihak lain dalam mengurangkan risiko kecederaan atau kemusnahan. Dekat Episod 1 pun dah boleh tengok ramalan Ha-kyung mengakibatkan kerosakan harta benda bila hujan batu muncul. 

Penulis Seon Yeong juga kreatif bila dia bentuk plot percintaan dan situasi kehidupan dengan terminologi dan pengetahuan am tentang cuaca. Ditambah juga dengan info asas tentang jabatan kaji cuaca dan tentang cuaca itu sendiri. Perbezaan antara cuaca dan iklim, alatan yang digunakan untuk menganalisis data, proses hebahan kepada pihak media dan jabatan-jabatan penting dan banyak lagi. Setiap episod mesti ada benda yang boleh kita belajar sekali selain dari belajar tentang relationship. 


Pengarah pun bijak ikat penonton sampai ke penghujung cerita bila teknik penceritaan terikat dengan tema setiap episod macam Episod 4 : Visibility, pengarah bermain dengan teknik kamera untuk terangkan tentang ilusi optik atau kadar kebolehan untuk melihat. Dekat Episod 13 pula pengarah guna teknik peralihan latar masa untuk tonjolkan pelan strategi yang digunakan untuk kaji cuaca. Beberapa footage asli dari beberapa insiden berkaitan dengan cuaca di Korea Selatan turut digunakan untuk menambahkan impak pada jalan cerita. 


Kekuatan drama Forecasting Love and Weather terletak pada penceritaan yang unik dan segar bila memaparkan hero yang tak didendang. Namun chemistry Song Kang dengan Park Min-young agak lemah, ada masanya nampak canggung bila bersama dalam satu skrin. Min-young nampak susah nak emote perasaan dia walaupun dalam situasi genting. Bukan sebab watak tu tak dikembangkan dengan baik tapi botox dan fillers dia yang mengganggu. Tidur pun pakai makeup, bangun tidur pun rambut dah rebonding cantik. 


Sama juga dengan watak ayah Si-woo yang bertukar karakter di penghujung drama untuk kuatkan naratif cinta mengatasi segalanya. Mungkin team production nak play safe dengan perubahan tu tapi lebih meninggalkan impak kalau biarkan saja watak antagonis kekal sebagai antagonis sebab realitinya memang begitu. Bukan benda kecil bab abusive parents ni, tak kisahlah fizikal ataupun mental kalau sampai tinggalkan trauma mendalam pada anak-anak, elok biarkan je lah tak perlu nak romaticize ke tahap tu. 


Mungkin ada yang bosan tengok drama terbitan JTBC Studios dengan tayangan sebanyak 16 episod tapi secara peribadinya I have fun watching Song Kang. Okay joke aside, I suka sebab kagum dengan jabatan meteorologi. Mungkin Malaysia cuma ada dua musim tapi tetap mencabar bila ada jerebu, banjir dan hujan batu yang mengganggu banyak sektor. Rasa macam nak pergi field trip pulak dekat Jabatan Meteorologi sebab nak tengok cara diorang bekerja. Salute! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 9.3/10

Drama Review | Business Proposal (2022)

Friday 20 May 2022


Director : Park Seon-ho
Writer : Han Seol-hee, Hong Bo-hee
Cast : Ahn Hyo-seop, Kim Se-jeong, Kim Min-kyu, Seol In-ah, Song Won-Seok, Lee Deok-hwa, Seo Hye-Won, Choi Byung-chan, Kim Kwang-kyu, Lee Ki-young
Production Company : StudioS, Kakao Entertainment, Kross Pictures
Distributors : SBS, Netflix
Genre : Romantic / Comedy
Episodes : 12 episodes (60 minute per episode)
Release Date : 28 February 2022 – 5 April 2022
Trailer : 


Drama romantik komedi yang diadaptasikan dari webtoon berjudul The Office Blind Date karya HaeHwa mengisahkan tentang Shin Ha-ri (Kim Se-jeong) yang menyamar semasa blind date. Rancangan dia mudah, hanya untuk buat calon blind date tersebut reject Jin Young-seo (Seol In-ah) kerana kawan baiknya sejak sekolah menengah tu tak nak berkahwin dengan pilihan bapa (Lee Ki-young). 

Malangnya makin dia tunjuk perangai tak senonoh makin suka Kang Tae-moo (Ahn Hyo-seop) dengan personaliti dia. Di tempat kerja pula dia terpaksa sembunyikan diri bila Kang Tae Moo adalah presiden baru di syarikat Go Food dan sentiasa pantau jabatan Ha-ri bekerja kerana penyelidikan dan proposal yang bagus. 


Dalam masa yang sama Young-seo pula jatuh cinta dengan Cha Sung-hoon (Kim Min-kyu), setiausaha peribadi Kang Tae-Moo. Walaupun suka samaa suka tapi Young-seo geram bila Tae-Moo selalu kacau waktu peribadi sampai masa mereka Bersama agak terhad. 

Walaupun naskhah Business Proposal ni santai dan ringan tapi jalan ceritanya sarat dengan perencah yang bagus untuk sesebuah drama menjadi menarik. Banyak momen kelakar antara watak Kang Tae-moo dan Shin Ha-ri baik di pejabat ataupun masa menyamar sebagai Yung-seo. Chemistry Ahn Hyo-seop dengan Kim Se-jeong kuat tapi boleh naampak yang Se-jeong usaha lebih sikit untuk kisah cinta diorang. 


‘I have feelings for you, Ms. Shin. And I won't give up. If you reject me, I'll ask you out again and again. Until you finally like me back. Why do you keep making it so hard for me? Why do you keep being nice to me and make me think about you? You make me wonder if it really might work out, even though I know that it never could. Stop liking me. Stop trying to get close to me. What you're worried about will never happen. I promise. So stay by my side.’ – Kang Tae-moo

Pengarah masukkan juga watak ketiga, Min-woo (Song Won-Seok) untuk tambahkan range emosi Kang Tae-Moo tapi watak Min-woo terlampau lemah dengan screentime yang pendek. Awalnya nampak macam dia pun suka dengan Ha-ri tapi makin lama dia pun makin keliru dengan perasaan sendiri. Mungkin penulis taknak terperangkap dalam cerita cinta cliché tapi end product tak begitu meyakinkan.


Tak faham kenapa Kang Tae-moo dengan atuk dia, Kang Da-goo (Lee Deok-hwa) tak boleh bezakan Shin Ha-ri dengan Shin Geum-Hui walaupun bezanya cuma make-up tebal dengan rambut panjang. Kalau tak boleh beza, kenapa tak dari awal lagi Ha-ri buat relaks je dekat pejabat? Kesian atuk tu sampai jatuh terbaring nak masuk tandas punya pasal. 

Suka tengok second pairing, Young-seo dengan Cha Sung-hoon sebab chemistry diorang lebih kuat dan comel. Bukan takat kisah cinta je comel, pelakon pun comel juga. Hopefully diorang boleh jadi lead pairing dalam drama lain. 


Kalau naskhah romantik komedi haruslah sinematografi dia memukau tambah pula drama Business Proposal berlatarkan musim bunga dan musim sejuk jadi banyak lah scene berlatarkan pokok ceri dan salji. Visual effects menambahkan lagi impak pada penceritaan especially scene Young-seo jatuh cinta pandang pertama dengan Cha Sung-hoon. 

Busana yang digunakan untuk watak Ha-ri dan Yong-seo dalam Business Proposal antara tarikan sampingan selain kemewahan set dan props. Music album pun sweet terutamanya lagu Love, Maybe dari MeloMance. 


Overall I have fun watching Business Proposal! Tak pasti ada sequel ke tak gara-gara sambutan hangat lepas ditayangkan. Kalau ada bagus juga sebab boleh tengok second pairing 😊

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.2/10