Showing posts with label Malay. Show all posts
Showing posts with label Malay. Show all posts

Lirik Lagu ALYPH - SWIPE (ft. Dato Seri Vida)

Wednesday 2 November 2022

Famous sangat lagu ni dekat TikTok, boleh kata scroll sikit keluar, refresh je keluar. Dekat Instagram Reel pun guna lagu Swipe juga. Bila tengok IGstory kawan baru tahu lagu Swipe ni hasil ciptaan Alyph ataupun Alif SLEEQ. 


Lepas sekian lama bergiat aktif dalam industri seni dengan bikin lagu untuk artis lain dengan signature magic potion, kali ni Alif datang dengan nama baru ALYPH dan release single sendiri dalam genre hip-hop. Bahagian chorus lagu SWIPE berulang-ulang sampai melekat dalam kepala antara daya penarik buah tangan Alyph.

Untuk lagu SWIPE yang menceritakan tentang minat pada individu tanpa pedulikan fikiran orang lain, Alyph menampilkan Dato' Seri Vida untuk lengkapkan lagu penuh yang asalnya hanya berdurasi selama 2 minit. Musik video rasmi SWIPE menggunakan set yang berkonsepkan minimalis dan gerak tari yang ringkas. 


LIRIK LAGU SWIPE
Penyanyi : Alyph
Komposer: Magic Potions
Lirik : Magic Potions
Studio: Def Jam Singapore and Def Jam Malaysia

[CHORUS]
Aku ada type
Kalau aku like, aku like
Kalau tak
Aku swipe
Swipe
Aku ada type
Tak kisah, hype ke tak hype
Kalau aku like, aku like
Kalau tak
Aku swipe
Swipe

Tak nak jaga hati
Lebih baik aku jujur
Dah banyak situasi yang ku mengalami
Biar takde yang ku kesali
Dulu diorang beritahu kena buat macam ni
Kalau tak, confirm takle pergi
Bila aku tak dengar
Mereka kata ego tinggi
Tak pandai bawak diri
Korang boleh pergi m-

[CHORUS]
Baby, aku ada type
Kalau aku like, aku like
Kalau tak
Aku swipe
Swipe
Aku ada type
Tak kisah, hype ke tak hype
Kalau aku like, aku like
Kalau tak
Aku swipe
Swipe

'Ngada-ngada
Bagi secubit nak segenggam'
Diam
Skarang aku nak segalanya
Amacam?
Cabaran
Buat kebaikan masa depan, kau kena letak jawatan
Amacam?
Aku nak susah kan hidup kau? Tak
Kau da terbiasa orang dengar cakap
Kau da leka, itu sebab kau stuck
Bagi otak, aku lap, aku wipe
Bagi lega, lega
Lega lega lega lega lega
Kau dibebas dera
Kau dapat nikmati warna Senja (Ooouuu)
Itu aku Like
Pada hujung hari
Aku susun sepuluh jari
Moga yang tak bersetuju akan buka hati
Psyche!
Korang boleh m-

[CHORUS]
Aku ada type
Kalau aku like, aku like
Kalau tak
Aku swipe
Swipe
Aku ada type
Tak kisah, hype ke tak hype
Kalau aku like, aku like
Kalau tak
Aku swipe
Swipe

Movie Review | Bunga Dan Kayu (2022)

Monday 24 October 2022


Pengarah : Waan Hafiz
Penulis Skrip : Fairul Nizam & Modee
Pelakon : MK K-Clique, Azira Shafinaz, Zalif Sidek, Yazmin Aziz, Elly Arifin, Kazar, Azad Jasmin  
Syarikat Produksi : Infinitus Gold Sdn. Bhd
Pengedar : Astro First  
Genre : Romantik / Komedi 
Durasi Tayangan : 100 minit
Tarikh Tayangan : 3 Mei 2022
Trailer :


Bunga (Azira Shafinaz) sentiasa menyimpan cita-cita untuk menjadi pelakon, mengikut jejak langkah ibunya tapi Pak Hameed (Kazar) menjadi batu penghalang pada impiannya. Bila Noah (MK K-Clique) seorang selebriti terkenal tanah air pergi bercuti di The Chateau Berjaya Hill Resort tempat Bunga bekerja, bagaikan pucuk dicita ulam mendatang ibaratnya kerana dia ditawarkan berlakon sebagai Tengku Sofia Bintu Tengku Ahmad Ritaudin. 

Pak Hameed tunaikan saja permintaan Bunga asalkan hanya shooting di sekitar Bukit Tingga dan promote produk jualan Cosway kepunyaannya. Encik Badri (Azad Jasmin) pula tak kisah asalkan Noah sentiasa promote hotelnya sebagai salah satu tarikan di Bukit Tinggi. Pretty (Yazmin Aziz) dan manager Noah, Farhan (Zalif Sidek) sambil membantu ‘filem’ tersebut berjalan sambil buat filem cinta mereka sendiri. 


Noah sengaja memilih Bunga sebagai kekasihnya untuk buat Zara Iman (Elly Arifin) cemburu dan balik kepadanya. Namun perubahan Bunga sebagai Tengku Sofia menambat hati dan mula jatuh cinta. Zara yang sakit hati Noah boleh move on dan rating popularitinya mula merudum pergi ke hotel tersebut untuk mengintip kekasih baru Noah. 

Penceritaan naskhah romantik komedi arahan Waan Hafiz bersifat straightforward dan ringkas dengan menggunakan latar tempat yang cantik di The Chateau Berjaya Hill Resort. Boleh nampak lah tujuan filem ni wujud pun untuk promote tempat tersebut. Tak ada salahnya pun sebab filem atau drama pendek Korea pun banyak menggunakan template seperti ini. Menarik kalau ada banyak lagi babak romantik antara Noah dan Bunga di resort tersebut. 


Sentuh bab lakonan pula, dari tajuk filem pun team production dah bagitahu yang MK seorang yang kayu jadi kita tak letak expectation tinggi. Tak lah teruk sangat pun MK berlakon sebab ada masa dia deliver watak Noah dengan baik sampai terperangkap dalam momen cinta Noah dengan Bunga. Ada beberapa babak kalau MK tone down sikit tona suara dan guna imej cool mungkin lebih sesuai. Walaupun dialek Sabah MK pekat lagi tapi vokal dia jelas bila bercakap which is one thing yang I suka bila dengar rap dan lakonan dalam cerita ni. 


Chemistry MK dengan Azira pun menarik sampai tersenyum tengok babak diorang bersweet depan kamera. Comel masa Noah terkedu bila Bunga wink dan hantar mini love. Soundtrack Dengarlah Rinduku nyanyian Farhan pun sesuai dengan suasana romantik dalam naskhah ni. 

Tapi geram bila tengok cara Farhan record video Noah dengan Tengku Sofia sebab shaky satu hal, kualiti pun tak cantik mana. Dia boleh relaks je kot masa shoot babak diorang berdua. Kalau I jadi followers Noah pun rasa geram sebab terpusing sana sini, shoot tak cantik padahal pelakon terkenal kot. Sama juga dengan level CGI setiap kali ada babak melibatkan kereta bergerak. Tak pasti kenapa pengarah nak proceed juga sedangkan visual jelas betul rekaannya. 


Zalif ada masanya over, sama juga dengan MUA yang datang untuk ubah penampilan Bunga sebagai Tengku Sofia. Kalau buang watak tu dan lebihkan screentime pada Yazmin lebih baik. Watak Zara Imaan tu tak pasti lah rosak disebabkan lakonan yang lemah ataupun penulis tak berjaya bagi puncline menarik dan kembangkan dengan baik sebagai antagonis kuat. 

Bakat Pak Azad tak digunakan sepenuhnya dalam naskhah Bunga Dan Kayu sedangkan dia deliver punchline menarik dari awal cerita sehingga ke hujung. Mungkin 100 minit agak singkat atau mungkin ada beberapa babak yang boleh diolah untuk jadi lebih menarik atau kelakar. Apa pun percubaan Infinitus Gold paparkan imej MK sebagai hero Romeo kira menjadi. 

1. Team Production +0.7 , 2. Visual +0.8 , 3. Audio +1 , 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.5 , 6. Genre +0.5 , 7. Themes +1 , 8. Editing +0.5 , 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4  =  6.7/10

Movie Review | Talbis Iblis (2022)

Monday 17 October 2022


Pengarah : Kabir Bhatia 
Penulis Skrip : Ajami Hashim, Ashraf Modee Zain
Pelakon : Azira Shafinaz, Nasha Aziz, Zul Ariffin, Amir Nafis, Jay Iswazir, Danielle Sya, Izzy Reef, Zaftfarrel Mikhael, Sherie Merlis, Putri Jannah
Syarikat Produksi : Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures, A Next Star Productions, MM2 Entertainment, Chain FX
Pengedar : Astro Shaw
Genre : Seram
Durasi Tayangan : 98 minit
Tarikh Tayangan : 29 April 2022 (Far East Film Festival  Ke-24 di Udine, Itali), 20 Oktober 2022 (Malaysia)
Trailer :


Naskhah seram arahan Kabir Bhatia yang ditayangkan secara perdana di Far East Film Festival Ke-24 di Udine, Itali, Bucheon International Fantastic Film Festival 2022 ke-26 dan Neuchâtel International Fantastic Film Festival 2022 ke-21 mengambil masa selama 3 tahun untuk berjumpa penonton pada 20 Oktober 2022 nanti. 

“Talbis Iblis” (Tipu Daya Iblis) menceritakan tentang Hajar (Azira Shafinaz), yang melarikan diri dari ke Bukit Abu Merah bersama suaminya, Arshad (Amir Nafis) untuk melahirkan anak luar nikah bagi mengelakkan orang ramai mengetahui dia hamil. Hajar adalah anak kepada doktor psikologi terkenal di ibu kota namun hubungan mereka berdua dingin sejak kematian adiknya, Hazim (Zaftfarrel Mikhael).

 
Dah banyak cara Hajar buat untuk ‘buang’ bayi tersebut tapi masih juga melekat namun dalam keadaan yang cacat. Melalui ejen Zaini (Jay Iswazir), mereka berjumpa dengan Mak Ju (Nasha Aziz), seorang bidan yang pakar dalam memberikan penjagaan terbaik dan sulit sebelum dan selepas kehamilan. Urusan harian Mak Ju juga dibantu oleh Nasir (Zul Ariffin) yang lebih banyak diam dan memerhati. 

Mak Ju memberikan penjagaan, pertimbangan, kasih sayang ibu kepada Hajar, dan yang paling penting, pemahaman yang tidak pernah dialami daripada ibunya. Tetapi Hajar tidak sedar bahawa Mak Ju sedang mencari wadah jiwa yang sempurna untuk arwah anaknya, dan anak Hajar yang dalam kandungan boleh membantu menghidupkan kembali arwah anaknya.


Penceritaan Talbis Iblis mempunyai tiga latar masa yang menceritakan tentang kisah Junaidah (Danielle Sya) dan Nasir (Izzy Reef) ketika muda, Hajar (Putri Jannah) dan Hazim ketika tragedi dan juga waktu sekarang. Dari awal sehingga ke hujung cerita Kabir Bhatia cuba rungkai sedikit demi sedikit tentang identiti dan rahsia setiap watak. 

Kekuatan Talbis Iblis terletak pada sinematografi memukau hasil karya Nurhanisham Muhammad yang menjadikan Pulau Carey terlihat indah. Tak banyak jump scare dalam filem seram ni tapi suasana rumah tersebut cukup untuk buatkan bulu roma berdiri tegak. Shot cantik setiap kali Mak Ju sediakan minuman beri dan limau nipis untuk Hajar. Kita pun jadi teringin sekali nak minum setiap kali tengok.


Watak Mak Ju pun menarik perhatian setiap kali dia berlembut dan beri perhatian lebih pada Hajar. Bukan sebab dia nak dengan anak tu semata tapi sebab sejarah hidup Hajar lebih kurang sama dengan dia. Bezanya Mak Ju ada Nasir yang setia teman dari zaman muda dulu sementara Hajar selalu dihamun oleh Arsyad. Macam mana Mak Ju menyampah tengok Arsyad, sama lah juga perasaan bila nampak Arsyad buat perangai. 

Boleh kata semua pelakon yang diambil dalam Talbis Iblis ni deliver watak dengan baik cuma ada beberapa watak yang tak dapat screentime yang cukup untuk berkembang. Watak Junaidah dengan Nasir masa zaman muda contohnya sebab masih lagi tak tahu apa kelebihan yang Nasir dapat bila setia dengan Junaidah. Macam mana Zaini elak dari dikesan pihak polis pun jadi tanda tanya juga sedangkan Nasir dah tegur suruh kawal nafsu. Orang luar pun tahu sesiapa yang datang ke kawasan tu terutamanya di kawasan jeti akan hilang tanpa dikesan.  


Naskhah Talbis Iblis menarik sebagai naskhah seram yang menjaga kualiti dari kebanyakan aspek namun ada banyak sub-plot atau babak yang boleh dimasukkan juga dikembangkan supaya cerita lebih kukuh dan lebih mendalam emosinya. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.5 = 7/10

Movie Review | Cikgu vs Hantu (2022)

Sunday 16 October 2022

 

Pengarah :  Liyana Jasmay

Penulis Skrip : Faten Syamimie

Pelakon : Dato’ Afdlin Shauki, Khir Rahman, Che Puan Juliana Evans, Shuk Sahar, Zahiril Adzim, Syafiq Kyle, Fathil Dani, Mohd Fadhli Masoot, Muhamad Muntazar Ghani

Syarikat Produksi : Mermaid Studios Sdn Bhd

Pengedar : Astro First

Genre : Seram / Komedi  

Durasi Tayangan : 104 minit

Tarikh Tayangan : 08 September 2022

Trailer :


Cikgu VS Hantu mengisahkan tentang permusuhan di antara Cikgu Daud (Dato’ Afdlin Shauki) dan Cikgu Samad (Khir Rahman) dalam merebut tempat menjadi pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bijak Bestari. Sesiapa di antara mereka berdua yang berjaya membawa dana sebanyak RM20,000 serta-merta layak menggantikan Cikgu Ahmad sebagai pengetua. 

Sementara Cikgu Daud mencari idea untuk sewakan beberapa tempat di sekolah tersebut kepada orang awam, Cikgu Samad pula guna networking berpengaruh dia untuk buat pinjaman. Namun, persaingan tersebut telah merapatkan hubungan mereka tanpa sedar apabila muncul hantu Cikgu Syima (Che Puan Juliana Evans) dan Ismail (Shuk Sahar). 

Cikgu Syima merupakan pengetua SMK Bijak Bestari pada tahun 80-an dan dewan lama tempat dia muncul semula adalah tempat yang tinggalkan banyak kenangan untuk dia. Sedih bila dia dapat tahu SMK Bijak Bestari dah banyak berubah dan dewan lama tersebut dikunci. Ismail pula hanya seorang janitor yang sempat bekerja selama sebulan sahaja pada tahun 1998. Kematian Cikgu Syima dan Ismail di sekolah mereka meninggalkan tanda tanya siapakah dalang yang membunuh mereka. 

Jalan cerita Cikgu vs Hantu adalah naskhah seram komedi pertama arahan Liyana Jasmay dan Mermaid Studios. Sebagai naskhah seram, Cikgu vs Hantu berjaya hidangkan beberapa babak yang mendebarkan dan mengejutkan terutamanya bila Cikgu Syima sakit hati dengan Cikgu Samad dan Cikgu Daud kerana mungkir janji. Masa Syafiq Kyle diganggu pun seram juga. 

Namun untuk babak komedi ada yang menjadi, ada yang tak perlu dimasukkan terutamanya lawak double meaning dari Ismail bila dia cakap Cikgu Syima lagi cantik kalau tak pakai apa-apa. Kalau tak silap naskhah Cikgu vs Hantu adalah tontonan umum jadi tak perlu rasanya ada lawak macam tu. Kenapa ambil Shuk Sahar berlakon haruslah jadi tanda tanya utama sebab dia tak pandai berlakon dan semua lawak dia hambar. 

Ada plot yang menjadi persoalan juga macam Cikgu Ahmad yang beria sangat minta dua orang cikgu bertanding bawa masuk dana sedangkan dia boleh saja dengan mudah buat aktiviti atau program di sekolah. Kenapa dia perlukan RM20,000 dalam masa yang singkat pun tak diceritakan dengan jelas. Misteri pembunuhan yang disimpan sehingga ke hujung cerita pun nampak lemah. Tak faham kenapa semua watak dekat sekolah tu tak rujuk pada yang pakar saja untuk beberapa masalah. Macam nak cari tukang paip minta Ucop (Zahiril Adzim) sedangkan dia cuma pengawal keselamatan. Nak betulkan kotak elektrik pun suruh janitor padahal bukan kena labur banyak pun untuk panggil technician atau TNB. Nak bersihkan dewan tak nak panggil cleaning service tapi suruh anak murid yang bersihkan. 

Kenapa Cikgu Samad dan Cikgu Daud beria balik lambat untuk tunjuk mereka cikgu yang berdedikasi sedangkan dah jelas kelayakan untuk jadi pengetua adalah RM20,000. Tak pasti lah pakaian pengetua zaman 80-an macam mana tapi yang pastinya bukan seperti yang Cikgu Syima pakai dalam filem Cikgu vs Hantu. 

Bukan saja konflik dua watak utama nampak merepek, bahasa yang digunakan pun terlampau ikut skrip. Pelakon macam baca buku teks untuk deliver dialog dalam beberapa babak. Patutnya naskhah santai macam ni, pelakon buat relaks je lah. Pendek kata banyak lagiyang perlu diperbaiki terutamanya pada skrip yang banyak menjejaskan penceritaan. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.2 =  5.4/10

Book Review | Sedetik Lagi (2020)

Tuesday 4 October 2022


Penulis : Auni Zainal

Penerbit : IMAN Publication Sdn Bhd

Helaian : 258 mukasurat / 28 bab 1 epilog

Genre : Misteri / Fiksyen / Drama

Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama – Mac 2020

Harga : RM 28.00 (Semenanjung Malaysia), RM 30.00 (Sabah & Sarawak)

Sinopsis:

9 tahun Khalis terperangkap di masa lalu akibat diari merah itu.

Khalis ingin kembali ke masa asalnya namun dia tidak tahu bagaimana. Dia takut andai dia gunakan diari itu untuk mengubah takdir, akan ada kesan yang lebih buruk menimpa diri dan orang di sekeliling.

Apabila muncul orang-orang yang mengaku mereka juga terperangkap seperti dia, Khalis ragu-ragu. Adakah patut dia mempercayai mereka atau perlukah dia melindungi diari tersebut agar tidak disalahgunakan oleh sesiapa pun?

Bagi Khalis, dia hanya ada dua pilihan; memilih untuk terus bersembunyi atau mengambil risiko dalam meraih kebahagiaan.

Sekiranya kita diberi peluang sedetik lagi demi bersama orang yang tersayang, apakah harga yang sanggup kita bayar?

Review:

Sekuel naskhah merentas masa melalui diari merah ajaib kini dikembangkan lagi perjalanan Khalis ke masa lalu. 9 tahun dia menderita seorang kerana takut diari ni akan diambil oleh Ghazali. Dia tak tahu apa akan jadi tapi dia sentiasa dihantui oleh mimpi ngeri tersebut. Sama macam Nadiah, Khalis juga merasa sunyi dan rindu. 

Selain kisah Khalis, Ghazali dan Nadiah yang pernah diceritakan dalam Sekali Lagi (2018), ada pertambahan watak Nik - remaja sekolah yang pintar, Liana – perempuan berumur 30-an dan juga Pak Cik Leh yang kelihatan uzur dan sentiasa memanggil anaknya, Tariq. Orang tua tersebut sentiasa menceritakan tentang arwah isterinya, Yah dan ada kalanya dia beri pantun 4 kerat yang sukar difahami maknanya. 

Bukan curang kuatur tertib, 

Mana muka dibawa pulang, 

Tertampan jalan pena mencatit, 

Bertitik-tolak kisah berulang.


Berdampil lemah bersanggit, 

Berpisah kuat bertentang, 

Elok lemah asal dipamit, 

Dari kuat ditinggal seorang.

Dari mereka bertiga lah Khalis tahu ada harapan untuk dia pulang ke masa sebenar tapi harapan tersebut agak tipis. Diari merah tersebut tak boleh ada pemilik baru selagi belum ada yang pulang ke masa asal. Dan kalau wujud pemilik baru maka mereka semua akan ‘terbang’ bersama pemilik baru. 

Nik agak baran orangnya sebab dia masih remaja. Kata Liyana, dia paranoid dan takut dengan gelap akibat merentas masa dan ‘terbang’. Kerana pertengkaran antara Nik dengan Khalis, mereka semua terbang lagi sekali kerana pemilik baru. 

Khalis dalam Sedetik Lagi agak jauh berbeza dengan Khalis dalam Sekali Lagi sebab Khalis ni lebih pesimis orangnya. Mudah putus asa juga sebab dia tak dapat berjumpa dengan Nadiah dan ragu-ragu dengan Ghazali. Lega bila dapat tahu Ghazali yang banyak ajar Khalis supaya pandang musibah ni sebagai ujian. Mungkin ada perkara yang Tuhan nak ajar ataupun tunjuk kepada Khalis. 

“Melepaskan tidak bermaksud pasrah. Kalau tawakal itu maksudnya tidak berbuat apa-apa, maka kita telah menganggap bahawa Tuhan itu tidak adil. Sedangkan Allah Maha Berkuasa. Dia menyusun takdir mengikut usaha yang kita lakukan pada hari ini.” – Auni Zainal 

Jalan cerita Sedetik Lagi lebih misteri dan kompleks sebab tak tahu macam mana mereka semua nak pulang ke masa asal. Nak bertanyakan pada Nadiah pun, dia sudah pulang ke sana tapi kalau ikutkan ada sebenarnya penulis dah bagi hint dalam Sekali Lagi cuma I je yang tak perasan. Mungkin terfikirkan sesuatu yang lebih kompleks juga kot. Tapi kalau bukan pun, I rasa ada part yang tak jelas macam mana Khalis dan Pak Cik Leh jumpa pen tu. 

Flow cerita dalam Sedetik Lagi ni agak berat sampai kena focus betul-betul dari awal sampai habis sebab ada banyak part ‘terbang’ dan kena baca Sekali Lagi dalam masa terdekat untuk faham apa yang mereka semua maksudkan. But all in all, semua pun dapat happy ending yang mereka nak. Nasib baik lah happy ending sebab sepanjang dua jilid ni rasa murung dengan keresahan masing-masing. Kita baca memang lah rasa sekejap tapi yang mengalami tu sampai makan tahun. 

Pokoknya, mesej yang I dapat lepas baca kedua-dua buah buku, I boleh kata yang hargailah waktu sekarang dan tak perlu risaukan sangat masa depan. Jangan pula terlampau berpegang dengan masa lalu. 

. Author +1, 2. Plot +0.6, 3. Genre +0.7, 4. Social Message +1, 5. Personal Thought +1 = 4.3/5

Movie Review | Kalut Nak Kahwin (2022)

Saturday 17 September 2022


Pengarah :  Yussuf Yunus
Penulis Skrip : Aloy Paradoks
Pelakon: Amerul Affendi, Kartina Aziz, Chelsia Ng, Anas Ridzuan, Salih Yaacob, Megat Sharizal, Dee Al-Hadi, Aloy Paradoks, Fudail Dayyan
Syarikat Produksi : CineMalaya Studios
Pengedar : Astro First 
Genre : Komedi
Durasi Tayangan : 90 minit
Tarikh Tayangan : 04 Ogos 2022
Trailer :


Bermula dengan pelamin yang tak siap pada waktu yang dijanjikan, Munirah (Dee Al-Hadi) mula meradang sehingga jerawat besar timbul di muka. Tak cukup dengan stress tersebut, beberapa kawasan di Lembah Klang putus bekalan air tanpa notis kerana Sungai Langat tercemar akibat bahan toksik yang dibuang dari kilang di kawasan berdekatan. 

'Haaaaa mak habaq dah. Ambik Tamrin. Tamrin tu punya la baguih, buat elok-elok. Semua puas hati. Dia nak ikut kepala dia, ketegaq!' - Mak Minah

Sudah lah pelamin tak siap, muka rabak, badan pula busuk sebab tak sempat nak mandi pagi. Serabut kepala Mak Minah (Kartina Aziz) kerana Pak Lang (Saleh Yaacob) membebel tak cukup air untuk masak. Anak sulungnya, Mustaqim (Amerul Affendi) pergi mencari air di kawasan sekitar bersama Buyut (Anas Ridzuan). 


Sementara kawan baik Munirah, Honey (Chelsia Ng) bantu solek dan siapkan pelamin seperti yang Munirah idamkan. Mak Minah minta Munirah bagitahu pengantin lelaki supaya datang lewat sikit dari rancangan asal sebab tak mahu jatuh air muka depan keluarga bakal besan. 

Tertarik dengan poster Kalut Nak Kahwin yang cantik dan tema yang berkait dengan kehidupan sebenar, not bad lah layan naskhah komedi dari Aloy Paradoks ni. Siapa yang duduk dekat Lembah Klang dah mula jadi annual event bila dapat tahu tak ada air gara-gara sungai tercemar. Kalau hari biasa boleh lah mandi macam P. Ramlee tapi kalau ada majlis kahwin, siapa tak menggelabah kan? 


Selain cerita komedi yang terjadi pada keluarga Mustaqim dan Munirah, penulis selitkan juga pengajaran tentang kehidupan bermasyarakat. Macam babak Pak Lang menyembang dengan Zaidi (Megat Sharizal) kenapa dia lebih gemar merewang dari tempah katering untuk majlis kahwin. Lagi kukuh pertalian antara jiran bila turut serta dalam aktiviti gotong-royong. Masa tu lah nak kenal semua orang dekat kawasan tu. Sayangnya ramai yang malas nak join.

Filem Kalut Nak Kahwin yang diterbitkan oleh CineMalaya Studios ni mempunyai idea yang menarik tapi ada juga lah beberapa part yang tak realistik macam Mak Minah minta Tok Kadi stay sedangkan jadual dia padat. Sebelum tu Mak Minah dah minta pengantin lelaki datang pukul 3, kenapa Mak Minah tak bagitau Tok Kadi datang balik lepas selesai akadkan untuk pengantin lepas Zohor tu? Kesian lah Tok Kadi nak stay dari pukul 12 tengahari sampai 3 petang. Itu belum sembang tetamu yang dah sampai jam 12 tengahari dan menunggu di dewan tapi Mak Minah atau Mustaqim tak peduli pun. 


Part Pak Lang memasak dekat belakang dewan tu pun pelik juga sebab dia macam masak santai untuk bagi makan jemputan 20 orang je. Ada 3 belanga besar dengan periuk besar untuk masak lauk kenduri tapi mana kawah untuk masak nasi? Pak Lang bising pasal nak basuh ayam je dari awal tapi tak sebut pun pasal masak nasi sedangkan air nak guna untuk basuh dan tanak nasi lagi banyak daripada menu lain. Pelik juga sebab tak ada sesiapa yang bancuh air?

Masa babak Munirah menjerit ada jerawat tu macam over betul sebab ada seketul je jarawat yang naik. Kenapa tak letak banyak lagi biar nampak betul stressnya? Mustaqim pun nampak santai sampai sempat jadi Romeo depan Honey. Loghat utagha yang digunakan dalam keluarga Mak Minah pula ada kalanya bertukar dengan slang KL. Mungkin pengarah guna watak orang utagha sebab perangai suka buat teruk. I orang utagha jugak naaaa, tau dah orang pandang kita lagu mana haha. 


Nasib baik lah babak antara Sulaiman dan Buyut mencari air satu Kuala Lumpur betul-betul kelakar sampai bersimpati dengan nasib mereka dua di hujung cerita. Tapi diorang pun memang jenis tak boleh diharap bak kata Pak Lang. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4  =  6/10