Showing posts with label #Challenge. Show all posts
Showing posts with label #Challenge. Show all posts

First time Jalan-Jalan Di MyTown Shopping Centre

Monday 16 May 2022


Lepas habis cupsleeve event #BerayaWithYoshi di Nu Sentral, Sya dengan Tira ajak pergi ke MyTown Shopping Centre dekat Cheras. Memandangkan tak pernah lagi pergi ke mall ni kitorang angguk je lah dan biarkan diorang guide. Selama ni tak pernah tahu langsung tentang kewujudan MyTown sebab tak pernah pergi Cheras. 

Pergi lah tapi bukan dekat area sini. Pergi pun semata lintas Cheras lepastu masuk ke Hulu Langat. Bila Tira bagitahu boleh naik MRT Muzium Negara lepastu turun dekat stesen Cochrane macam oooohhhh je. Kalau ikutkan boleh pergi ke MyTown dari rumah lah tanpa perlu tukar platform pun. Memang lepas ni jalan-jalan dekat sini sebab dah bosan dengan OU. 


Dari MRT Cochrane tu berjalan je masuk ke MyTown so tak perlu risau panas atau hujan kecuali ada zombie datang serang. Agak jauh jugak lah kalau berjalan so advisable untuk pakai sneakers atau selipar. Kalau heels confirm murung melainkan ruang bawah ni adalah fashion runway rekaan. Shoot video TikTok dekat bawah ni pun syok jugak. 

Ruang paling bawah adalah ruang makanan. Macam-macam jenis bau makanan ada dekat LG sampai tak boleh buat keputusan nak makan mana. Cantik jugak lah susunan setiap restoran kecuali Family Mart yang sentiasa tak cukup staff. Masa naik eskalator terdengar bunyi kompang dekat ruang tengah. Rupanya ada geng kompang mengalukan kedatangan pelanggan yang beraya dekat mall. Which is us hshshs


MyTown Shopping Centre ni memang besar sbab keluasan dia seluas 20 padang bola. Satu hari berjalan mana cukup nak usha semua kedai dan tempat menarik. Yang I sempat tengok pun ada panggung wayang GSC dan seharusnya lah penuh dengan manusia dekat dalam tu layan Dr. Stranger dengan KKN Desa Penari. Tealive pun taknak kalah sampai ada dua outlet dekat LG satu booth, dekat Tingkat 3 ada lagi satu. Dua-dua penuh dengan orang sebab dekat MyTown ni ramai budak OOD dan keluarga. 


Tingkat 3 banyak attractions macam Parentland untuk hantar anak-anak main playground dekat situ. Untuk remaja dan dewasa boleh main dekat tempat ala Skytrex. Macam tertarik jugak dengan yang ni sebab 2 jam RM48 je. Dah lama tak buat outdoor activities macam ni tapi kira outdoor ke sebab dia indoor tapi ada sukan separa lasak. Ada Escape Room jugak dekat Tingkat 2 tapi adik I refuse untuk pergi sebab dia kata takut stuck lama tak boleh nak keluar sebab dia jarang makan kismis minda pfftttt


Food court dekat Tingkat 3 ni pun penuh dengan orang so tengok dari jauh je lah kemeriahan dia. Tak tahu pun makanan apa ada jual dekat situ. Nampak tak maknanya apa? Yes, maknanya kena pergi lagi untuk explore. 

Semalam nak masuk kedai deko rumah lepas pergi Book Xcess tapi itu lah, masuk Book Xcess pun dah makan masa satu jam setengah dan tak habis explore lagi, memang tak sempat lah nak jengah kedai lain. Panda Eyes dekat sebelah tu pun tak sempat nak pergi. 


Dekat Tingkat 3 ni ada pusat kiropraktik tapi bila tanya pasal rawatan dia, kot celah mana pun kena pergi refer hospital dulu walaupun dah ada simptom sakit yang ketara. Macam sakit belakang, sakit bahu ataupun sakit sendi. 

IKEA yang bersambung dengan MyTown Shopping Centre ni adalah IKEA yang terbesar di Malaysia buat masa ni. Memandangkan masa dah suntuk, maka terpaksa lah pandang sipi je IKEA tu. Next time lah pergi sana sebab ada barang yang dicari tapi bukan sekarang. Syok jugak ek pergi MyTown kalau ada perayaan besar datang sebab Padini, Brands Outlet dengan Uniqlo dia besar. Asyukkkk nak shopping ni!

Sebelum balik nak pergi ke Madam Croffle sebab viral dekat TikTok tapi line dia memang zahabedah panjang. Memang tak lah nak beratur dekat situ. Again, next timeeeeee!  

Blogger Challenge : 5 Things I Hope To Have In Future.

Saturday 17 August 2019

Soalan ni sebenarnya soalan paling senang sangat nak jawab. 

1. Duit Berkepuk

Yang ni kalau tak ada, baik lupakan je lah impian yang lain sebab tunggak dan tunjang utama haruslah ada duit. Yang berpaksikan duit tak boleh beli kebahagiaan tu elok ubah la balik sebab makanan yang sedap memang datang hasil dari duit yang banyak. 

2. Mini Garden

Sekarang pun dah ada tapi tak puas hati lagi dengan susun atur semua pokok. Dah plan dah nak deko macam mana tapi itulah, duit tak ada lagi. Dah habis settle masalah lain, boleh la slow slow labur duit untuk hias mini garden. Cadang nak tanam pokok bunga dengan snake plant. Senang sikit nak jaga. 

3. Gambar dengan Akim 

One of my fav singer haruslah Akim, sejak dari zaman AF lagi siap pertikai kenapa Akim tak dapat no. 1 tapi husnuzon je masa tu yang juara AF semua suey. Tak pergi jauh mana pun nak compare dengan peserta lain. Masa tu memang doa Akim pergi jauh and yes, dia memang dah berdiri gah dengan nama Hang Nadim, The Majistret dan Rhyme & Rhythm. Sayangnya gambar dengan Akim je tak dapat lagi walaupun jadi fans dia dah berdekad lamanya. 

4. Keratan Akhbar/Majalah untuk Movie Review

Kalau dapat yang ni memang frame dekat dinding tak pun buat satu album khas siap ada description untuk koleksi kebanggan di masa hadapan. 

5. Kerusi Urut 

Bila dah menginjak usia ni memang lemau benar badan lepas balik dari kerja. Nak cari tukang urut memang susah area sini. Itupun belum tentu book dah boleh terus dapat merasa service dia sebab ramai customer bersusun. Kalau ada kerusi urut ni senang, sambil layan movie sambil kena urut. Tak payah berebut dengan orang lain. 

Ni semua belum tentu dapat, ada yang mungkin tak akan dapat tapi harapan untuk dapat lah yang menghidupkan semangat di hati haa gittew. Entri ni menandakan tamatnya Blogger Challenge edisi blogger RRAI. Thanks for creating this challenge tau! 

Blogger Challenge : Blogging Is Fun!

Thursday 15 August 2019

Do I love my job? 

YES!!!

I taknak sembang pasal full time job sebab baru je sebulan masuk kerja so I tak dapat banyak experience lagi so kita sembang about my part time job. 

1. Menulis Sebagai Terapi

Bila I stress dengan life, selain daripada menangis atau tengok movie, cara nak tenangkan diri dengan menulis dekat blog. Dapat update satu entri pun jadi lah. Kalau job full time tak mampu nak bagi masa untuk part time job means kena OT sampai blog terabai, tu mungkin akan effect meter kebahagiaan. Thank God kerja yang sekarang ni Isnin sampai Jumaat je so dapat la update entri time weekend. 

2. Networking 

Bila jadi blogger yang buat paid job memang akan jumpa la klien dekat luar. Tak semestinya job yang dapat tu dibayar dengan duit, ada yang dapat barang, gift, voucher ataupun free service dari business tu. Dekat situ kita boleh bina networking yang luas. Lagi ramai, lagi cantik lah networking kita nak pulak kalau dapat kenal public figure. 

3. Jadi Rujukan 

Zaman suka up entri personal dulu memang banyak entri meroyan je. Memang best dapat meroyan tapi tak datangkan faedah. Bila up entri yang ada info walaupun sikit, rasa best bila orang lain buat rujukan. Even entertainment pun, dapat jugak fakta yang membantu orang lain sikit sebanyak *ayat sedapkan hati hshshs*

How bout you guys?

Blogger Challenge : 3 Things That Crossed My Mind A Lot

Tuesday 13 August 2019

Soalan ni agak mudah sebab kepala ni sentiasa fikir pasal makanan haha

Okay so here the list

1. The Road Not Taken



Dalam sehari mesti fikir pasal ni sebab kita tak tahu apa jadi kalau pilih jalan yang lain. Apa jadi kalau I ambil aliran Akaun instead of Lukisan Kejuruteraan? Apa jadi kalau I kerja dalam industri perbankan guna kelayakan Diploma instead of sambung Degree? Apa jadi kalau I pilih untuk pergi bila dia suruh buat pilihan instead of stay tapi kena buang akhirnya?

2. Makanan



Like I said earlier, kepala sentiasa fikir pasal makanan. No. 1 dah nampak macam serious kan, masuk no 2 ni yang idak idak je difikirnya. Tapi kalau tak makan something yang buat kita bahagia, apa ertinya kehidupan haaa gittew

3. Bollywood




Gila Hindustan tapi jarang terfikir pasal Hindustan tu kelakar lah. Setiap hari ada je update pasal Btown untuk ambik port. Be it movies, off-screen drama, fashion, fan war or anything.

You guys pulak fikir apa? Jom share dekat komen :)

Blogger Challenge : Are you a sensitive person?

Sunday 11 August 2019

Sebelum jawab soalan ni, jom tengok dulu karakter orang yang sensitif.


Definisi Sensitif

Seseorang yang bertindakbalas dengan fizikal, emosi dan mental terhadap ransangan di skala tinggi samaada ransangan dari luar seperti tindakan manusia lain atau persekitaran dia mahupun dari dalam seperti fikiran dan perasaan. 

Ramai yang salah anggap manusia sensitif ni seorang yang lembik tapi golongan yang hanya wujud 15%-20% dalam populasi ni yang kebanyakannya lahir sebagai ketua disebabkan ciri-ciri yang ada dalam diri dia. 

Bak kata pepatah Latin : 

'It is absurd that a man should rule others, who cannot rule himself.'

Antara ciri-ciri individu bersifat sensitif : 

1. Seeker

Manusia yang bersifat sensitif lebih cenderung untuk mencari jawapan kepada setiap persoalan dan situasi yang wujud dalam persekitaran atau apa saja yang berlaku dalam dunia. Banyak masa dihabiskan untuk explore dan mencari solusi. 

Kalau masa kecil dunia dia penuh dengan imaginary friends, bila dah besar pun dalaman dia masih meriah dengan dunia khayalan untuk bantu dia memahami perkara. 

2. Overstimulation 

Bila manusia sensitif ni menghabiskan masa dengan mencari dan berfikir untuk selesaikan masalah, mental dan fizikal lebih senang untuk penat berbanding manusia lain. Sangat mudah untuk stress dan burnout. Kalau ada anak yang jenis sensitif ni memang sangat dia buat perangai sebab penat. 

3. Empati

Manusia sensitif ada kelebihan untuk rasa kesedihan dan kesusahan orang lain disebabkan mirror neurons dia aktif. Bukan setakat dapat rasa bahkan boleh absorb sekali. Kadang dia marah atau emosi bukan sebab kesakitan yang dia rasa pun tapi orang lain. Tengok movie pun boleh buat dia sedih atau senang gembira. 

4. Cerewet

Disebabkan dia senang untuk bertindakbalas setiap ransangan, dia akan cenderung untuk menjadi cerewet. Bukan sebab sengaja tau tapi bila makanan yang dia makan terlebih masin atau manis akan bagi side effect seperti loya atau sakit kepala sampai terganggu untuk buat aktiviti lain. Pakaian pun akan diteliti supaya boleh berasa selesa sepanjang hari. 

5. Pencemaran

Bila senang sangat bertindakbalas dengan ransangan, sebarang perubahan dalam aktiviti harian memang sangat menyusahkan. Individu sensitif ambil masa untuk adapt dengan persekitaran baru dan juga manusia baru. 

6. Perongoih

Ni dialek orang Kedah kalau jenis senang sangat nak marah. Jenis kepala angin. Ada yang tak kena sikit rasa nak marah. Lagi rasa nak marah bila lapar sebab perubahan kadar gula dalam darah menyebabkan bada rasa lesu untuk otak dan badan bekerja. 

7. Berjiwa seni

Kebiasannya individu ni akan cenderung ke arah seni dan artistik, senang ekspresikan kehidupan dalam bentuk visual atau musik. Kalau orang lain bosan tengok lukisan, individu ni boleh habiskan masa hayati keindahan lukisan dan mungkin menjiwai lukisan tersebut. Sama seperti musik, boleh jadi ada sesetengah lagu rasa connected dengan apa yang disampaikan dalam bait lirik lagu tersebut. 

8. Inrovert atau Extrovert? 

Individu sensitif boleh jadi introvert disebabkan ciri-ciri di atas yang perlukan dia luangkan masa untuk diri dia sendiri dan elakkan diri dari sebarang gangguan dan pencemaran tapi kajian dapati 30% golongan ni seorang yang extrovert. 

9. Low Pain Tolerance

Agak mudah dijangka bila deria ransangan agak tinggi berbanding yang lain. Disebabkan hal ni, mereka cenderung untuk elakkan diri dari sebarang bahaya dan jaga kesihatan sebaiknya. 

10. Mudah Terkejut

Prank bukan sesuatu yang digemari oleh golongan ni. Boleh jadi ada yang moody dan putus kawan kalau diajak bergurau cara ni. 

Ikutkan semua ciri-ciri di atas, memang kena sangat dengan diri sendiri. Actually banyak lagi ciri-ciri orang yang sensitif ni tapi bagi 10 ciri-ciri yang basic je sebab orang yang sensitif ni mudah sangat disalahertikan sebagai manusia lemah dan gagalis dalam kehidupan. 

Kadang tu cuba untuk elakkan diri involved sangat dengan kehidupan orang lain, social media contohnya sebab boleh jadi stress. Kalau page macam KRT, IIUM Confession tu memang antara yang patut dielakkan sebab boleh tak tidur sebab banyak berfikir punya pasal. 

Kalau nak pergi vacation memang stress selagi semua benda tak selesai dan betul2 confirm tak ada masalah akan jadi bila dekat sana nanti. Kalau nak pergi mana-mana kena make sure ada novel atau stok lagu yang cukup supaya boleh distract diri dari stress atau masuk zon melankolik. 

You guys ada ciri-ciri macam ni tak? Kalau ada, kita boleh geng!

Blogger Challenge - Share: A difficult time in my life.

Saturday 10 August 2019

Honestly difficult time in life memang banyak but I'll share the most recent happened in my life bila kena buang kerja dari company property auctioneers. 

The reason I kena buang bukan sebab masalah kerja tapi masalah attitude. Malas actually nak up status meroyan dekat FB tapi kalau itu je jadi medium untuk ex boss sentap, kita bagi je lah. 

I start join bulan 8 tahun 2018 and enough to say probation period memang azab jugak lah sebab kena belajar dengan someone yang tak pandai buat kerja. Apa yang dia ajar tu pun ada yang salah tapi I improve my work and did my best. 

Masa probation period tu pun dah terkena dah dengan yang ajar tu sebab dia lepas tangan terus. My department siapkan dokumen lelong property untuk mahkamah dan pejabat tanah. Nak kejar dateline satu hal, nak jaga banyak company satu hal. Nampak je satu company tapi sub-company sampai 14 buah. Dalam masa sebulan I mampu jaga sorang. 

Dari first time masuk pun my ex boss dah tak suka sebab taknak buat adhoc task yang dia bagi. I boleh buat kalau benda tu relevan dek akal. Plus I don't have time. Jangan sembang berapa lama I kena tazkirah dekat dalam bilik dia sebab taknak OT. 

Bagi dia orang bujang kena OT sampai 12 malam sebab tak ada tanggungan, tak ada komitmen. I said bullshit. Walaupun tak ada komitmen keluarga tapi I ada personal life jugak. Sekali dua OT boleh la, tapi kalau tiap hari memang masak lah. Mana work-life balance? 

But the task keeps piling up sampai tiap minggu selang dua hari I akan OT sampai 12 malam. Sakit kepala, sakit pinggang, senggugut, demam, sakit gigi pun datang jugak kerja sebab department tu I sorang jaga. Paling teruk kena demam and period tak teratur sebab stress sangat. Doc advised untuk rehat tapi apa makna rehat bila mesej kerja bertalu masuk. 

Remember I said earlier yang ada staff ajar masa probation period tu? Dia tak boleh diharap langsung. Dia pun bujang tapi tak ada pulak kena suruh stay OT. Sebab apa? Sebab staff kesayangan. 

Tak cukup dengan beban kerja, masalah personal pun my ex boss bawak mulut bukan setakat dalam office je tapi sampai jiran dia datang office semata nak tengok I in person. 

Dia pernah pesan kalau tak suka dia jangan ajak orang lain. I tak ada masa la nak ajak orang, I kalau tak suka orang tu, tak pernah nak hasut supaya orang lain tak suka. I diam je unless ada yang datang in person mengadu hal yang sama. 

Sepanjang kerja dekat sana macam pelik jugak kenapa susah sangat nak build up teamwork sebab zaman study okay je tak susah pun bila buat program walaupun masing-masing ada geng masing-masing rupanya bila dah keluar baru tahu ada yang hasut dan buat cerita sampai every staff susah nak build trust. Yang buat macamni haruslah staff yang tak pandai buat kerja. 

Decision untuk buang I dari office tu bukan from my ex boss alone, dari staff-staff kesayangan dia sebenarnya yang yakinkan dia yang I buat kerja teruk walhal muka-muka tu semua muka yang I ajar buat kerja. Even sampai sekarang pun muka-muka tu tak pandai buat kerja tapi bab mengampu memang terbaik. 

Kalau dulu dia bangga dapat buang, sekarang cerita tu dah bertukar kepada I buang diri I sendiri. Truth is, I hantar notis sebulan tapi bila HR dapat notice tu masa tengahari, dia masuk bincang dengan team dia dan terminate I petangnya. I bet termination letter dia buang & simpan my resignation notice since termination letter dia tak bagi copy langsung lepas I sign. 

3 bulan jobless, bergantung duit saving, ehsan family & moral support dari Twitter, I survived and diterima masuk di company sekarang. As for now, environment agak bagus compared to the old one. Ada je ex staff dekat situ yang ajak buat report tapi I malas sebab my ex boss orang berduit. Nak fight makan masa dan duit. Unfortunately I don't have both.