Shopee | Rose Gold Document Holder

Tuesday 13 July 2021

Bila selalu sangat scroll TikTok, mula la ternampak barang ala aesthetic gituuuu. Sama la kejadian dengan document holder ni bila ternampak warna rose gold dekat dalam beberapa video sampai jadi berkenan. Mudah benar terpengaruh kan? 


Masa belek dekat Shopee agak susah sebenarnya nak cari document holder dari material besi, apatah lagi berwarna rose gold. Tapi kalau dah nak tu memang nak jugak maka berjumpa lah dengan seller ni. Memandangkan dia sorang je local seller dan ready stock jadi terpaksa lah jugak hadap kerenah dia bila lambat nak pos barang. Tak tahu kenapa dan taknak tahu kenapa asalkan barang dah selamat sampai. 


Document holder ni tak lah besar mana pun, boleh muat satu arch file saiz besar. Disebabkan saiz dia yang kecil kena la beli dua biji. Besi dia not bad lah, kuat lah jugak. Nasib baik yang dia jual ni bukan jenis kena pasang sendiri. Masa sampai tu document holder ni dia letak dalam kotak. Takut jugak ada yang kemek ke apa tapi okay je dalam kotak tu. 


Keluar dari kotak terus letak dekat atas shelf ni. Walaupun dokumen dalam document holder tu nampak macam nazak tapi dokumen tu sementara je sebelum kena buang ataupun masuk dalam fail memasing. Dekat losyen tu nak letak pasu bunga aesthetic so tunggu je lah dia sampai dalam beberapa hari nanti. Harga document holder ni around RM22 - RM25 macam tu. Kalau ada yang nak beli belek-belek lah dekat Shopee mana tahu jumpa yang murah. 

14 comments

  1. Cantiknya... akak berkenan sungguh dengan stationeries atau office supplies warna rose gold.

    ReplyDelete
  2. Kalau terjumpa barang yang cantik dan menarik macam ni, mesti rasa nak beli kan.

    ReplyDelete
  3. Warna kegemaran rasa tergoda pulak

    ReplyDelete
  4. Cantiikkk lah warna dia! Ada benda ni nampak kemas sikit fail atas meja hahaha.

    ReplyDelete
  5. menarik..guna besi teguh skit..dr jenis kotak kan..

    ReplyDelete
  6. Cantiknyaa wire basket nordic warna rose gold. Warna rose gold favourite tu.

    ReplyDelete
  7. Cantiknya.. kemas je susun fail dalam tu..

    ReplyDelete
  8. cantik.. mcm nk kena beli jgk ni

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.