Movie Review : Love Aaj Kal

Tuesday 28 April 2020


Director : Imtiaz Ali
Writer : Imtiaz Ali
Cast : Saif Ali Khan, Deepika Padukone, Rishi Kapoor, Shweta Gulati, Florence Brudenell-Bruce, Vir Das, Neetu Kapoor
Production Company : Illuminati Films
Distributor : Eros International
Genre : Romance / Drama
Running Time : 130 minutes
Release Date : 31 July 2009
Trailer :


Dari perkenalan biasa antara Jai (Saif Ali Khan) dan Meera (Deepika Padukone) kemudian bertukar ke percintaan bila masing-masing ada personality yang sama. Both have weaknesses tapi masing-masing boleh compromise dan hidup bahagia macam couple lain. 


Sayangnya masing-masing ada kerjaya, Jai dengan impian dia untuk bekerja di Golden Gate dan Meera dengan inpian dia untuk buat kerja-kerja restoration bangunan bersejarah di India. Meera dan Jai ambil keputusan untuk berpisah dengan cara baik dan buat party for their new life. 


That’s when Jai meet Veer Singh (Rishi Kapoor) yang bercinta dengan cara lama bila kena fight untuk dapatkan cinta Harleen Kaur (Shweta Gulati) pada tahun 60-an. Jai awalnya rasa mengarut tapi lama kelamaan dia pula nak tahu apa jadi dengan kisah cinta Veer dan Harleen. 


Sedikit sebanyak bantu hubungan cinta dia dan Meera walaupun dia kena hakikat yang Meera dah berkahwin dengan Vikram (Rahul Khanna) dan dia pun dah ada Jo (Florence Brudenell-Bruce) sebagai pengganti. That’s why tajuk dia Love Aaj (sekarang) Kal (semalam/lalu) sebab director guna template dua kisah cinta pada masa yang berbeza. 


Kisah percintaan Jai dengan Meera agak relatable dengan percintaan generasi masa tu sebab both lagi sayangkan career sebab tu impian masing-masing. Pemikiran yang duit dan impian boleh bagi kebahagiaan dalam hidup sedangkan hidup akan sunyi tanpa cinta. Masuk second half, director tunjuk macam mana kosong hidup Jai dengan Meera walaupun masing-masing digambarkan sebagai bahagia dengan haluan baru. 


Saif did great as Jai bila dia anxious like typical boyfriend masa dia nak bagitahu yang dia kena stay di London. Bila dia happy dia dapat kerja di Golden Gate then bila dia rasa lemas dalam dunia yang dia nak. But for his role as Veer Singh, nothing much dia boleh buat sebagai lelaki Punjab yang jatuh cinta dan sanggup travel jauh semata untuk tengok Harleen. But that’s okay though sebab kisah percintaan Veer-Harleen pun cuma curi-curi tengok tanpa menyembang antara satu sama lain. 


Most fav scene bila Harleen rindu dengan Veer, dia akan minum black coffee di beranda rumah dia walaupun pahit tapi dia belajar untuk compromise supaya hilang rindu pada Veer. Watak Meera pun deliver love message yang strong bila dia bagitahu yang dia nak Jai balik pada dia bukan sebab dia nak Jai balik tapi bila Jai sedar yang dia nak Meera dalam hidup dia. I think both scenes are precious.


Tak tahu kenapa Imtiaz Ali pilih Deepika instead of Kareena untuk watak Meera sedangkan Kareena-Saif real life couple and deliver Geet dalam Jab We Met dengan cemerlang sampai tersenarai dalam watak ikonik Bollywood. Deepika tak mampu nak deliver watak Meera selain jadi cantik dengan senyum dan flaunt dimples dia. Mujur ada Saif dalam kebanyakan scene. 


Visual quite okay but music score not bad lah dengan lagu Twist dan Yeh Dooriyaan. Yang lain quite average tapi lirik kena dengan jalan cerita so it does impact kepada penceritaan baik Jai-Meera ataupun Veer-Harleen.


Bukan senang untuk director nak bermain dengan plot masa bila penceritaan masa sekarang dan bercampur aduk dengan flashbacks tapi movie Love Aaj Kal nampak unik dan cantik dengan teknik ni. Pace dia agak slow tapi tak mencacatkan penceritaan sebab ada unsur komedi dan moment to be appreciated. Art takes time, same goes with love. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.9, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 7.7/10

1 comment

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.