Khasiat Buah Bidara

Tuesday, 7 April 2020

Sebelum ni tak pernah makan pun buah bidara tapi lepas pergi dekat pasar malam lepastu seller tu suruh try rasa. Dalam kepala masa tu ingatkan buah bidara ni tawar atau kelat macam tu sebab selalu nampak ubat atau jus kesihatan guna pati buah bidara. 

Bila rasa wow sedap sebab dia crunchy pastu manis just nice je. Terus beli setengah kilo. Tak boleh beli banyak sebab buah dekat pasar malam bukannya tahan lama sangat. Lagipun kitorang berdua je nak makan dekat rumah. 


Masa on call dengan mak haritu, dia bagitahu dia tanam pokok buah bidara dekat belakang rumah. Haruslah happy sebab nanti boleh makan buah dia. Tapi tak pasti berapa lama pokok dia ambil masa untuk berbuah. 


Asal-Usul Buah Bidara

Buah bidara adalah buah tropika dan subtropika yang boleh didapati di banyak negara di benua Asia hingga ke Kepulauan Pasifik seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Myammar, Nepal, Sri Lanka, Australia, Afghanistan, Bhutan, Vietnam, Afrika, India dan China.

Buah bidara ada banyak nama ikut region masing-masing antaranya ialah jujube, Indian jujube, Chinese date, masau, red date, suan zao ren, ziziphi spinosae, sour date, black jujube, Regi pandu dan Indian plum.

Khasiat Buah Bidara

1. Tinggi nutrisi berkhasiat

Dalam buah bidara ada tenaga, protein, karbohidrat, serat, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, kalium dan vitamin c. Makan banyak pun no problem sebab rendah kalori. 

2. Membantu mengatasi masalah Insomnia

Buah bidara dah lama digunakan dalam perubatan Cina untuk merawat masalah sukar tidur atau insomnia. Buah dan biji bidara mengandungi sebatian flavonoid- saponin dan polisakarida. Saponin didapati boleh bertindak sebagai penggalak untuk tidur dengan meningkatkan masa tidur. Kualiti sedatifnya membantu mendorong tidur dengan memberikan kesan yang menenangkan kepada keseluruhan sistem saraf manusia.

3. Kaya antioksidan

Kaya dengan beberapa sebatian antioksidan seperti flavonoid, polisakarida dan asid triterpenik. Buah bidara juga turut mengandungi vitamin C yang juga merupakan salah satu antioksidan. Kerosakan akibat radikal bebas ini menjadi penyumbang kepada pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung, dan juga kanser.

4. Melegakan kebimbangan melampau atau anxiety

Kajian di China menunjukkan sup dari buah bidara masam berkesan untuk digunakan sebagai ubat untuk gangguan kebimbangan atau kerisauan (anxiety) sama seperti ubat Doxepin. Buah bidara telah terbukti mempunyai kesan yang menenangkan terhadap otak dan sistem saraf.

5. Meningkatkan fungsi otak

Dalam perubatan moden, buah ini bermanfaat kepada otak dengan kesan perlindungan dan mengelakkan kematian sel otak. Penyakit Parkinson dan Alzheimer adalah penyakit yang berkaitan kerosakan otak yang disebabkan oleh tekanan pengoksidaan (antara faktor penyebab).

6. Mengawal tekanan darah

Buah bidara juga kaya dengan kandungan kalium (potassium) dan rendah garam (sodium). Selain membolehkan badan berfungsi dengan baik, kalium juga dapat merendahkan tekanan darah tinggi dengan mengurangkan kesan negatif garam (sodium).

Kalium juga berfungsi mengendurkan dinding pembuluh darah, merendahkan tekanan darah dan melindungi daripada kekejangan otot.

7. Mencegah sembelit

Serat sangat bermanfaat untuk sistem penghadaman kita. Serat membantu melembut dan membesarkan najis. Kandungan saponin dan triterpenoid dalam buah ini juga turut memainkan peranan dengan meningkatkan penyerapan nutrien dan mengalakkan pergerakan makanan yang sihat melalui usus.

Banyak kan khasiat walhal buah dia kecil je. Selain buah bidara, daun, akar dan bunga pun ada banyak khasiat dan diguna dalam perubatan juga. Tak semua tempat ada jual buah bidara ni so agak susah nak cari. Kalau jumpa memang wajib beli sebab bagus untuk badan. 

5 comments

  1. Banyak rupanya khasiat buah bidara ni.

    ReplyDelete
  2. Ada tanam tapi cabang yang keluarkan buah mati.. Huhuhu.. Tinggal cabang yang daun dia guna untuk perubatan je.. Musim PKP ini makin subur dia tumbuh.. Daun-daun menghijau..
    Buah bidara nie memang sedap.. Kalau musim dia, memang puas makan..

    ReplyDelete
  3. Banyaknya khasiat buah bidara... susah juga nak dapat buah ni...

    ReplyDelete

  4. agen365 agen jud! online terpecaya dan teraman di indonesia :)
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  5. dulu kecik2 tahu daun pokok bidara orang guna mandi jenazah tapi sekarang baru tahu banyak khasiat buah dia.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.