Saturday, 28 March 2020

Face Mask Dan Hand Sanitizer : Membazir!

Dalam keadaan panik dengan pandemik covid-19 yang melanda dunia sekarang ni, ada beberapa benda kita perlu kekal tenang. Sejak awal bulan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan lagi surgical face mask dah habis stok gara-gara ramai yang takut terjangkiti. Sampaikan ada pihak sanggup jual sekeping face mask mencecah harga puluhan ringgit. 

3 Ply Surgical Mask 제조업체 및 공급 업체 - 맞춤형 제품 도매 ...

Tahu tak kenapa mask habis stok? Sebab yang tak ada simptom pun pakai dan tak amalkan social distancing. Yang pakai mask ni pun bukannya pakai betul-betul pun. Ada yang pakai beberapa minit, bukak sangkut dekat dagu sebab nak bercakap supaya jelas didengari percakapannya walhal once dah pakai mask, tak boleh dibuka. Kalau dah buka, mask tu dah tak boleh guna dah.

Sebab tu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kerajaan bagitahu tak perlu pakai mask kalau tak ada simptom. Kesian pada yang memerlukan tak dapat guna face mask. Yang mampu memborong face mask ni dikira mewah bila ada yang pakai di dalam rumah. Ada yang bazirkan dengan buat tutorial makeup. 

Perbezaan Surgical Face Mask & Mask N95

Virus covid-19 merebak melalui droplets sebab tu kita perlukan surgical face mask dari material non-woven untuk mengelakkan droplets yang mengandungi kuman, virus dan bakteria masuk ke dalam hidung dan mulut. Untuk fabric mask DIY tak digalakkan sangat sebab fabrik meresap manakala material non-woven atau berkain kasa yang mempunyai banyak lapisan dan filter. 

Cara pakai ialah bahagian berwarna biru atau hijau di bahagian luar. 

3M 8210 N95 Respirator Mask

Mask N95 pula untuk protection dari partikel yang merebak melalui udara sebab mask N95 mempunyai fungsi menapis 95% partikel udara seperti debu, asap kimia berbahaya, asap kebakaran atau udara yang tercemar. Contoh macam kes pencemaran udara dek bahan kimia di Johor tu.

Mencapai standard piawaian dari National Institute for Occupational Safety and Health (NIOSH), mask N95 selalu digunakan untuk yang bekerja di kawasan zon merah seperti kilang kimia atau sektor pembinaan. 

Hand Sanitizer

Sama seperti face mask, hand sanitizer juga ramai yang salah anggap sebagai pelindung dan wajib ada dalam situasi sekarang walhal tidak perlu dan membazir dibeli sebab di rumah ada sabun. Ramai yang jual sampai harga melambung naik. Ada juga yang DIY dan jual tapi selamat dan berkesan ke?

Hand Sanitizer, Dettol Instant Hand Sanitizer

Sepanjang kuarantin berapa kali je kita keluar rumah untuk beli barang. Bila nak keluar sabun tangan lepastu pakai glove. Habis beli barang buang glove dalam tong sampah. Tak perlu hand sanitizer pun sebab pembasmi kuman terbaik ialah sabun sebab tu KKM tekankan supaya kerap mencuci tangan selama 20 saat.

Waktu intense macam ni memang ramai yang ambil kesempatan. Dalam kesempitan ni jangan bagi peluang untuk dianiaya. Kekal tenang dan kekal bersih. Duduk di rumah dan jangan berjogging. 

8 comments:

  1. Yang sorokkan pun jahat juga.. sengaja nak manipulasikan harga..

    ReplyDelete
  2. kaan.. i cannot brain orng yang nak borong bebanyak hand sanitizer ini waktu tempoh pkp. hehe

    ReplyDelete
  3. Tapi itulah, ada pihak berkuasa tak faham bab pakai mask ni, nak juga suruh orang ramai pakai mask dan marah yang tak pakai mask walhal tak perlu pakai pun kalau takde siptom. Macamni je .. siapa yang takde simptom, jgn pakai mask yang mcmni .. pakai mask yang leh basuh tu. Leh elak pembaziran

    ReplyDelete
  4. ARMANI POKER

    PROMO BARU DI ARMANI POKER

    BISA DEPOSIT VIA PULSA
    BANYAK BONUSNYA

    Yuk join sekarang juga , Poker online Terpercaya hanya di ARMANIPOKER , berlabel IDN POKER , di jamin 100% anti bot Player Vs Player.

    ditunggu kehadiran di ARMANIPOKER ya !
    Minimal depo 10k
    Minimal wd 50k
    Whatapps : +6287830298557
    Link Alternatif : Adujotos.site | armanipokers.i

    ReplyDelete
  5. lepas tu jual mask dengan harga mahal

    ReplyDelete
  6. Bab mask tu kalau kita tak pakai, ramai je pamdang2. Padahal kita sihat

    ReplyDelete
  7. Poker online dengan presentase menang yang besar
    ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :D
    WA : +855969190856

    ReplyDelete

  8. The post is written in very a good manner and it contains many useful information for me thnku soo mchh..

    oxygen mask

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Baca Entri Ni Jugak!