Sunday, 8 July 2018

Giveaway 'Nak Hadiah, Jawab Dulu' By OmbakBergigi



"APA YANG PERLU ADA DALAM SEBUAH PERHUBUNGAN"

Hidup berpasangan ni tak mudah nak pula kalau berbeza perangai dan sifat, nak diubah kita dah terbiasa dari kecil. Tak diubah akan mengancam perhubungan baik jangka pendek mahupun akan datang. Nak dibuang perhubungan tu, sayang.

Nak bagi nasihat pasal syarat yang lain, dah ramai yang buat jadi nak bagi nasihat dan tips macam mana nak ubah perangai negatif pasangan kita tapi tak semestinya cara ni berjaya untuk setiap pasangan sebab lain orang lain jenisnya. But so far yang kitorang buat alhamdulillah berjaya. 

Jodoh/Pasangan kita cerminan diri kita bak kata Justin Timberlake dalam lagu Mirrors so nak ubah perangai pasangan kita, kita kena ubah diri kita sendiri dulu. Nampak macam tak logik tapi bila fikir balik kehidupan kita dan pasangan saling bergantungan. Bab nak berubah ke arah positif ni jangan pernah paksa tapi tak putus nasihat dan bagi kata semangat. Tak mudah nak berubah kita sendiri tahu hakikat tu. 

Selain nasihat, tunjuk ajar pun penting. Kadang tu bukan tak mahu tapi tak tahu. Tunjuk ajar pun jangan terus gedebuk tapi sikit-sikit dan berterusan. Bila menyembang tu, selitkan sikit-sikit pandangan kita terhadap sesuatu perkara yang kita nak ubah tu kira macam heart-to-heart ataupun open table secara santai. 

Apart from that, banyakkan lah berdoa supaya urusan kita dipermudahkan sebab kita manusia ada rasa putus asa tapi bila dititipkan semangat dari DIA, insya-Allah kita mampu.

Tbh, ni cara kitorang berdua kalau ada perangai masing-masing yang nak diubah and as I said earlier, jodoh kita cerminan kita so yupp these method works as long we've been together since berkawan lagi. Kitorang bukan jenis yang suka dipaksa ataupun dikerah. Lagi dipaksa lagi rasa nak rebel so approach cara ni agak berkesan lah walaupun masing-masing ego nak tunjuk hasil. Hope this entry helps you guys :)

16 comments:

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.