Beans & Beans - Citta Mall

Sunday 10 March 2019

Cerita ni dah lama tapi tak basi lagi so kita tempek sini sebab nak review pasal Beans & Beans jugak. alkisahnya bila cuti nak release stress kena makan something good and sweet so pilih Beans & Beans sebab ternampak bingsu.


Harga semangkuk bingsu dekat Beans & Beans ni memang menangis jugak kalau hujung bulan sebab semangkuk RM19 tapi kalau nak makan sekali sekala tak ada masalah kot. Semangkuk ni elok share dua orang sebab ais cepat cair memang tak mampu nak habiskan semangkuk ni melainkan kau ada saka yang suka makan aiskrim.


Toast dia pun berbelas tapi kalau nak jimat, ambil la set combo drink and toast. Boleh pilih hot drinks ataupun bingsu. 


Tapi tak berapa maunya tekak dengan toast sebab selection dia tak banyak so ambil chicken pie sebab nampak sedap. Lepastu pilih chocolate bingsu je sebab bingsu buah tak ada. Yang lain pulak macam tak best dengan tekak. 

Lepas order terus bayar nanti dia bagi alam button so bila makanan dah siap device tu akan vibrate bergoncang meja. So you have to pick up your order at the counter. Sementara tunggu tu selfie lah dulu sebab lighting cantik, decoration kedai pun cantik. 


Anddddd order dah siapppppp


Bingsu dia memang penuh semangkuk dengan bahan lain tapi mangkuk dia quite tricky sebab tirus ke bawah. So visual ni tak seindah yang disangka okay. Bingsu ni rasa macam aiskrim coklat biasa je, nothing much really.


Tapi chickn pie dia sedap, bila makan melting dalam mulut. Nak pulak makan panas-panas memang nyummm sangat rasa ayam dengan mushroom soup. Makan dengan salad and chips, memang puas hati. If only this pie is bigger mesti lagi bahagia jadinya.


Lepasni tak sure nak singgah sini lagi or tak sebab service dia tak la best mana even staff pun tak ramah. Agak lama jugak nak tunggu order siap sampai boleh selfie beratus gambar lol nasib deco cantik. Nak try Mykori sebab banyak choice katanya, bingsu pun ada topping buah-buahan. Till then, happy bingsu!

Movie Review : Jalebi


Director : Pushpdeep Bhardwaj
Writer : Kausar Munir, Pushpdeep Bhardwaj
Cast : Rhea Chakraborty, Varun Mitra, Digangana Suryavanshi
Production Company : Vishesh Films
Distributor : Viacom18 Motion Pictures
Genre : Romantic / Drama
Running Time : 112 minutes
Release Date : 12 October 2018
Trailer :


Tertarik dengan music soundtrack & recommendation dari kawan, try layan movie Jalebi sebab trailer nampak menarik. Movie arahan Pushdeep menceritakan tentang kisah cinta Aisha (Rhea Chakraborty) seorang penulis freelance yang datang ke Delhi untuk cari ilham. Disebabkan kawan dia ajak utuk join sesi tour, Aisha mula suka dengan Dev (Varun Mitra) local tour guide.

Dari situ Aisha mula mengorat Dev sampai both of them decide untuk kahwin tapi mampu ke Aisha gadis bandar yang kaya nak adapt dengan suasana luar bandar dan hidup sederhana dengan Dev? Banyak benda yang Aisha kena berkompromi untuk cinta dia kepada Dev.


Tambah pula terikat dengan keluarga Dev nak pula bila mak Dev tak suka bila Aisha pakai kurang sopan ataupun merokok dalam rumah. Dev pulak tersepit antara mak ataupun Aisha. Tak lama lepastu Aisha mengandung tapi dia nak gugurkan sebab dia tak ready untuk jaga baby dalam usia muda. Dia baru umur 21, impian dia nak jadi penulis dengan company besar pun tak tercapai lagi tapi Dev yakinkan dia yang both of them boleh jadi parents terbaik untuk Disha –gabungan nama Dev dan Aisha.


Since then both of them happy tapi sayangnya Aisha gugur disebabkan accident, mak Dev pulak salahkan Aisha tak reti jaga anak sampai dicanangnya dekat semua. Aisha makin stress then decide untuk bercerai. Dev terpaksa biarkan Aisha pergi sebab dia pun dah penat dan stress terpaksa pilih Aisha ataupun mak dia. 


7 tahun kemudian, Aisha pergi Delhi untuk wedding kawan dia tapi terpaksa duduk satu gerabak dengan isteri Dev dan anak dia, Disha. Macam manan kejam Dev tak pujuk Aisha balik, macam tu lah kejam bini dia, nak main uji Aisha padahal Aisha dah cukup kuat halang diri sendiri dari bunuh diri sebab depression tak mampu nak move on dengan cinta dia untuk Dev. Tak mampu nak faham kenapa Dev fikir Aisha tu bunga walhal Aisha tu manusia. 


Jalan cerita Jalebi memang best tapi lakonan Rhea bila masuk intense scenes jadi penghalang untuk movie ni pergi lagi jauh. Tapi menangis jugak lah kalau siapa yang merasa stress hidup dengan keluarga mertua lepastu suami pesen tak mampu nak pilih isteri ataupun mak. Cinta je cukup bila kita berdua tapi bila masuk orang lain dia mula nak lompong sana sini.

Music soundtrack movie Jalebi memang best especially lagu Pal nyanyian Arijit Singh dengan lagu Tumse nyanyian Jubin Nautyal.


Cinematoghraphy movie ni cantik sebab shooting dekat Delhi nak pula Dev tourist guide dekat situ so banyak la bangunan dan tempat cantik dekat Delhi yang jadi latar untuk movie ni. Ada jugak some scenes dekat Switzerland bila Aisha dengan Dev honeymoon and dekat Kashmir.




1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.5, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 6.8/10

Happy International Women's Day - Women's March 2019

Saturday 9 March 2019

Penuh dekat timeline status pasal Women's Day yang sepatutnya jatuh 6 Mac tapi anjak kepada 8 Mac sebab perempuan lambat bersiap but we are not gonna talk about that because that is so lame for 2019. Bersepah je jumpa lelaki yang lambat bersiap sebab setting rambut lewlz. 

Image result for women day

Anyway, tanggal 9 Mac 2019, perhimpunan aman diadakan di KL dan juga di KK, Sabah sebab nak melantangkan suara menentang kezaliman dan penindasan terhadap wanita dan kanak-kanak. For sure I tak dapat nak join sebab bekerja so I just scroll my timeline untuk tahu updates dari perhimpunan ni. Ramai juga aktivis dan NGO yang join which is great to watch. 

Antara tuntutan-tuntutan keadilan yang diketengahkan di perhimpunan ni adalah :



Was it succeed? Was it failed?

Who knows the outcome of it tapi memang happy tengok perarakan ni dengan colourful placard to fight the injustice in our system and law. Bukan setakat perempuan je yang datang, ada juga lelaki yang join tapi jadi isu bila ramai individu LGBTQ yang turun so the news headline turns out ugly. 

Again, I don't wanna talk about LGBTQ community because it is not wrong to fight for a great cause. Bukan salah diorang atau penganjur kalau yang menentang tu datang dari komuniti yang tak diterima masyarakat sedangkan tuntutan dan objektif perhimpunan tu jauh lagi besar dari ego manusia dangkal. 

So here are some of the pictures from the Women's March 2019. Credit to the owner of the tweets & pics :)























BONUS : 


Its great to watch lots of powerful quotes flying in the air with loud voices speak and fight for women's right. Lately memang banyak penindasan yang berlaku walaupun kita ada banyak agensi yang hulurkan bantuan. Banyak kes name and shame but it is not enough bila pelaku semakin meliar. 

Mungkin perhimpunan ni mustahil untuk ubah masyarakat yang dah terbiasa dengan beberapa perkara dan budaya tapi tak mustahil sesuatu yang kecil boleh jadi perubahan besar, kan? Happy International Women's Day for women out there. 

Movie Review : Billionaire Boys Club

Image result for billionaire boys club movie poster

Director : James Cox
Writer : Kausar Munir, Pushpdeep Bhardwaj
Cast : Ansel Elgort, Taron Egerton, Kevin Spacey, Emma Roberts, Jeremy Irvine, Thomas Cocquerel, Rosanna Arquette, Cary Elwes, Judd Nelson
Production Company : Armory Films
Distributor : Vertical Entertainment
Genre : Biographical Crime Drama 
Running Time : 108 minutes
Release Date : 17 July 2018
Trailer :


Susah nak tolak kalau movie Ansel Elgort ni since The Fault In Our Stars lagi except movie horror. Memang tak lah nak layan. So Billionaire Boys Club ni diadaptasikan dari kes jenayah sebenar di California tahun 1980-an dulu. Bermula dengan skim Ponzi lepastu kes pembunuhan. 

Image result for billionaire boys club movie

Joe Hunt (Taron Egerton) antara top student di kolej bekerja sebagai salesman di California then terjumpa kawan sekolej dia, Dean Hunty (Taron Egerton) lepastu diorang sembang nak setup business sama-sama sebab Dean nampak potential Joe lock customer. Dari situ diorang berjumpa dengan Ron Levin (Kevin Spacey) untuk ponzi scheme. Ron antara investor dan conman terkenal so its quite impressive meeting for Joe and Dean. 

Siapa je tak nak hdup kaya tambah pula bila hidup di California so Joe dengan Dean mula umpan anak-anak orang kaya di kawasan tu sebab diorang ni memang jenis berparti je. Bukannya pandai sangat pun bab manage duit ni. alang duit sendiri pun tak pandai urus apatah lagi duit orang lain. Diorang join BBC ni sebab nak minta kepercayaan dari parents diorang je untuk wariskan harta dekat diorang. 

Image result for billionaire boys club movie

Awal cerita semua nampak best je tapi bila silap langkah habis semua gelabah. Yang kawan mula nak bertukar jadi lawan. Siapa nak hidup pakai baju oren habiskan sisa hidup dalam penjara. Bila dapat tahu duit diorang kena tipu dengan Ron, Joe bengang and decide nak balas dendam tapi malangnya si Joe ni bila orang lain yang buat tapi dia yang kena sebab dia yang keluarkan arahan. 

Jalan cerita movie ni agak messy sampai tak dapat nak enjoy pun, sudahnya dah nak habis movie dah. Paling kelakar bila Joe yang pandai tu boleh percaya dengan Ron sedangkan dari awal movie lagi dia dah bagi advice. Sayang lah bila jenayah famous tak mampu nak ditayangkan dengan garapan yang cantik. Walaupun movie ni tentang club tapi banyak berkisar tentang life Joe dengan Dean je. Yang lain tu macam tak function sangat. Wasted.

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 4.7/10

Movie Review : Bohemian Rhapsody

Friday 8 March 2019

Related image

Director : Bryan Singer
Writer : Kausar Munir, Pushpdeep Bhardwaj
Cast : Rami Malek, Lucy Boynton, Gwilym Lee, Ben Hardy, Joe Mazzello, Aidan Gillen, Allen Leech, Tom Hollander, Mike Myers
Production Company : 20th Century Fox, New Regency, GK Films, Queen Films
Distributor : 20th Century Fox
Genre : Biopic/Musical
Running Time : 134 minutes
Release Date : 02 November 2018
Trailer :



Ever been in a shitty day and all you need is a great movie with lots of great music? Bohemian Rhapsody nailed it! Masa Oscar haritu movie ni dah menang 5 award & congrats to Rami Malek for winning the Best Male Actor award. Bila tengok movie ni dah faham kenapa dia layak menang and no one else deserves that gold trophy this year. Period! 

Movie BR, movie biopic and also tribute kepada band famous di America tahun 80-an, Queen. 28 years of my life, I've never knew the existence of Queen. I know some of their songs but never invest much time to dig more on this band and their visions. Thanks to Bryan Singer for making this movie so great to watch for.


Movie ni walaupun tonjolkan tentang personal life Freddie tapi sebenarnya lebih kepada band Queen, macam mana terbentuk pada tahun 1970-an, meningkat naik, famous, berpecah lepastu reunite balik sampai ke Live Aid concert di Wembley Stadium tahun 1985. Be it the actual concert or the concert presented in movie, both are so magnificient! No wonder lah Rami boleh menang Oscar sebab cara dia lakonkan watak Freddie memang sama sangat! The character, the poise, every single details yang Freddie buat dekat concert tu sama dengan apa yang Rami present onscreen.



Ending scene memang seriously worth to watch! Goosebump habis bila tengok scene Eh-oh! Bayangkan billion of people dekat Wembley stadium enjoy dengan performance Queens! Macam mana audience dekat concert tu enjoy, macam tu la jugak yang tengok movie ni. Tambah bila dah tengok jalan cerita dari awal lepastu director hadiahkan the greatest moment in Queen's history. I cried throughout the concert. Its surreal!

Musical biopic movie with lots of great songs memang perlu kaya dengan lagu yang best so yupp dalam movie ni memang enjoy layan lagu-lagu famous Queen. Awal movie pun dah layan dengan lagu We Will Rock You, Somebody To Love, Keep Yourself Alive, Another One Bites The Dust, Killer Queen, Love of My Life, Bohemian Rhapsody, Radio Ga Ga, We Are The Champions dan banyak lagi lagu yang hits dan yang tak pernah release.


To be honest jalan cerita movie ni agak cliche nak pula lari jauh dari fakta perjalanan karier band Queen tapi disebabkan lagu-lagu Queen, lakonan Rami Malek sebagai Freddy Mercury, friendship antara Freddie (Rami Malek), Brian May (Gwilym Lee), Roger Taylor (Ben Hardy) dengan John Deacon (Joseph Mazzello), and some memorable dialogues, you guys manage to enjoy the movie.

I'm not sure macam mana penerimaan fans Queen for this movie but I did fall in love with the band. If only director portrayed Freddie yang unik, live his life to the fullest instead of lonely lost little boy, mungkin movie ni boleh pergi jauh dari yang sepatutnya.