Drama Review : Your Honor/Dear Judge

Friday 2 November 2018

Image result for your honor

Director : Boo Sung-cheol
Writer : Cheon Sung-il
Cast : 



Genre : Legal Drama
Running Episodes : 32 episodes
Release Date : 25th July  -  20th September, 2018
Production Company : The Story Works, iHQ
Distributor : SBS (Seoul Broadcasting System)
Trailer : 


Rating agak tinggi untuk drama ni sampai curious sangat dengan jalan cerita drama ni walaupun bertemakan legal. Lagi. 

Han Kang-ho dan Han Soo-ho kembar dua beradik tapi berbeza karakter, yang sorang pendiam dan cemerlang dalam pelajaran sampai jadi hakim bahagian jenayah. Meanwhile Soo-ho dari zaman sekolah lagi malas nak belajar dan masuk penjara juvana. Dah banyak kali tertangkap sampai warden penjara pun dah kenal muka dia. Setiap kali masuk, setiap kali tu jugak lah mak dia tunggu dia keluar dari penjara dengan bekal makanan. 

Han Soo-Ho menyampah dengan mak dia sebab tak register nama dia dalam sijil family, lagi menyampah dengan Kang-Ho bila abang dia bagitahu semua kenalan yang dia satu-satunya anak tunggal dalam family. Han Soo-Ho bawa diri tapi terlibat dengan jalan salah. Cemerlang dalam pelajaran dan jadi hakim tak semestinya Han Kang-ho ada di jalan yang betul jugak sebab terlibat dengan kes rasuah dan menipu masa jadi saksi kes rogol semata nak selamatkan kroni sendiri. 

Image result for your honor

Bila Kang-ho hilang sebab diculik, secara tak sengaja Soo-ho terpaksa gantikan tempat Kang-ho di mahkamah. Haruslah awkward dan blur sebab tak tahu sistem perundangan macam mana. Boleh kata kosong. Nasib dia baik bila pelajar intern, So-Eun tolong dia siapkan report yang menggunung atas meja. 

Setiap kali perbicaraan dia guna report So-Eun tu je tapi ramai yang tak puas hati sebab judgement dia lebih kepada emosi wanita berbeza dengan dulu. Agak pelik jugak lah bila tak ada pun yang perasan kenapa karakter hakim diorang berubah. Mak diorang je lah yang tahu cerita sebenar tapi disebabkan you guys akan suka dengan karakter Soo-ho ni mesti tak ramai yang akan anggap benda ni isu besar pun. 

Image result for your honor

Drama ni ketengahkan betapa hancurnya institusi perundangan bukan setakat di kalangan lawyer je tapi di tahap penentu nasib defendan di kandang bicara. Lagi satu hal, duit tepi hakim lagi masyuk dari duit haram samseng. Imej maintain cantik je di mata awam padahal lagi jijik perangai sanggup leburkan kejujuran semata untuk hidup senang. Yang bestnya bila dia buat keputusan apa pun, dia akan tetap dapat duit. Tinggal nak pilih je amaun mana yang dia nak. 

Sama juga dengan mesej sexual harassment yang berlaku di tempat kerja, seiring tularnya #MeToo movement di serata dunia sekarang ni. Lee Yo-young berjaya menggalas watak trainee yang naif tapi tegas dengan pendirian dia untuk melawan senior walaupun bahayakan masa depan dia sendiri. Karakter So-Eun antara tunjang utama dalam drama Your Honor bila kisah hidup dia pun antara kisah pahit juga untuk ditelan. 

Image result for your honor dear judge

Emosi jugak tengok drama Your Honor sebab keadaan keluarga kecil diorang yang porak-peranda. Memasing pun tahu cara Asian parents ni besarkan anak macam mana so agak terasa jugak bila tengok scene mak diorang besarkan diorang. Menangis tengok scene Soo-Ho dapat tahu nama dia kena buang dari sijil or mana-mana scene bila dia menangis confirm nak menangis sekali sebab life dia agak tough dalam drama ni. 

Walaupun jalan cerita movie ni agak menarik untuk dilayan tapi team production drama ni macam rushing je nak habiskan sebab banyak persoalan yang belum terjawab. Apa jadi dengan kes defendan bunuh mak dia? Apa jadi dengan kes rogol kakak So-Eun? Apa jadi dengan Lee Ho-Sung and the gang? 

Tak tahu nak recommend ataupun tak sebab banyak cacat cela dari segi penceritaan tapi entah lah lain orang lain citarasa dan tahap chill dia so suka hati you guys lah nak buat pilihan. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 7.5/10

Book Review : Interbiu



Penulis : Syahmi Hafizuddin
Penerbit : Buku Fixi
Helaian : 214 mukasurat/ 26 bab
Genre : Seram
Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama – Julai 2016
Cetakan Kedua – Januari 2017
Harga : RM 9.90
Sinopsis :


Review :
It took months to finish reading this book. Rasanya nak masuk 3 bulan jugak stuck dekat buku ni. Bila baca buku yang tak best, habis rosak mood nak membaca tapi nak skip baca pun tak boleh sebab dah baca so nak tahu sampai habis apa jalan cerita dia tapi rasanya sia-sia.

Interbiu ni mengisahkan tentang catatan abam dalam mengumpulkan cerita-cerita seram tapi yang syahdunya cerita-cerita yang ada dalam novel ni cuma tahap seram celah gigi je. Even abam tekankan jangan baca bila berseorangan, I did read this book when I’m alone sampai tertidur nyenyak.

Terlampau draggy sampai hilang mood nak baca especially kisah sampingan macam cerita si Din ponteng sekolah, cerita abam temankan kawan pergi jumpa lecturer dan banyak lagi lah. For me its not that important to know sebab momentum cerita sangat flat. Even ada unsur humor tapi semuanya hambar.

Penggunaan ‘abam’ pun menambahkan lagi rasa menyampah bila baca buku Interbiu ni. Untuk satu frasa yang pendek mungkin sesuai tapi keseluruhan cerita gunakan abam it is soooooo weird! Mungkin ada yang suka but not me.

Tapi sesuai lah dengan blurb yang dia letak dekat belakang tu, tak ada plot twist bla bla bla so tak boleh nak pertikaikan sangat. Kita redho je.

Actually ada juga kisah mistik yang best diselitkan dalam buku ni antaranya kisah Imam kampung bela dua ekor Pontianak dengan kisah hantu monyet berjubah yang selalu ganggu family di rumah. Even dah pindah pun siap datang ziarah tepi tingkap lagi. Fuhhh tak ke terkejut tengok ada monyet pakai jubah tegur kita. Kalau nak baca 2 kisah ni boleh godek-godek dekat E-book okay.

1. Author +0.4, 2. Accuracy +1, 3. Writing Style +0.4, 4.Plot +0.4, 5. Character +0.6, 6. Genre+0.1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.2 = 5.2/10

Blog Performance Oktober 2018

Thursday 1 November 2018

Fuhhh Tragedi Oktober dah berakhir, serious bulan Oktober ni memang negative vibe sangat dengan hectic schedule, bad experience dekat socmed and some other stuff happened. Macam tahun sebelumnya, berjaya jugak hadap walaupun menyampah.

Performance blog pun haruslah sama terjebak dalam kategori Tragedi Oktober jugak. 

1. PV

Ingat tak bulan lepas I kata bulan 10 akan lapang sikit sebab ada assistant baru dekat office dalam entri ni? Sangkaan meleset sangat bila manusia tu tak munculkan diri pun lepas berjaya interview. Hujung bulan baru dapat yang baru tapi masa banyak habis ajar staff baru how to do this and that. Balik rumah terus terbongkang sebab penat. 
Target nak cecah 300k haruslah tak berjaya nak capai but still I nak letak target baru untuk bulan November which is 350k. Lantak lah macam tak mampu nak cecah, I think I can kot. Dapat sipi pun jadi lah. 

2) Bilangan Entri


Paling teruk untuk tahun ni. Nampak tak betapa tragedinya bulan Oktober ni sampai mood kelaut yang paling dalam? Weeewwww

3) Post


Walaupun bilangan entri sikit je bulan ni tapi ada jugak lah entri bulan ni membantu naikkan traffic macam MR : Venom, entri Cameron Highland dengan entri-entri Bollywood. Not bad lah untuk manusia yang kehilangan mood untuk blogging kan? 


Bulan lepas 5k paling tinggi tapi bulan ni 9k dahhhhh, sikit je lagi nak cecah 10k. Yang bestnya Drama Review dah cecah 5k wowww tak expect langsung boleh cecah sejauh ni. Yeayyy me! 

4) Keywords


Dah nama pun entri dia paling tinggi, so haruslah keywords penuh dengan dia je. Pernah jugak nampak ada yang masih cari pasal Kisah Lagenda Padmavati walaupun dah nak cecah setahun dah entri tu. Yeayyy!

5) Ranking Alexa

Tak terkejut pun dua-dua ranking jatuh, memang cenggitu lah kejadiannya bila tak update kan? Dah dua bulan berturut dah ranking tak cantik, maka November ni dah boleh start naikkan balik sampai jadi hijau balik. The challenge starts now!

Midnight Snack - Laura Medina Cafe

Dah lama nak pergi Laura Medina Cafe ni tapi selalu tak jadi sebab malas nak ke area Subang Bestari ni tambah pulak kalau petang sebab sesak dengan budak balik sekolah. Dia punya jam boleh mengundang marah padahal tak jauh mana pun jaraknya.

Tapi sekarang ni dah ada delivery service untuk yang craving cuma tak bestnya delivery dia start pukul 11.30 malam khas untuk craving sebelum tidur. Yang pesen kalau tak makan confirm tak boleh tidur.



Saja haritu nak try sebab kena simptom nak makan jugak kalau tak, tak boleh tidur. Kalau tidur pun mesti mimpi makanan punya. Belek pakej yang ada, kitorang pilih ayam Korea sebab nampak sedap dalam gambar.


Pakej yang lain pun nampak sedap jugak actually tapi dah tengah craving ayam kita pilih ayam lah kan? Nah korang belek lah mana tahu ada yang berkenan. 




Tak lah tunggu lama sangat pun untuk dia sampai sebab siapa je nak mentekedaghah malam buta kan melainkan manusia yang tulis dalam azam tahunan untuk kurus tapi tengah malam gigih order midnight snack lepastu esok pagi menyesal bila naik penimbang. 


Saiz ayam dia not bad lah, mengah jugak nak habiskan 2 orang semua ayam dalam tu. Midnight snack sepatutnya tak lah banyak sangat kan nak melantak? Boleh je nak simpan tapi tak sedap lah kalau reheat balik. Baik makan panas-panas. 

Bila rasa ayam dia macam ayam sambal je, celah mana entah ayam Korea. Sedap lagi masak sendiri kot macam dalam entri ni. Quite disappointed lah tapi tak tahu lah kalau ayam Korea ni laku keras sebab lain tekak lain citarasa dia kan? As for me, memang tak lah nak order lagi menu ni. Kbai.

Lirik Lagu Satu Peluang - Andi Bernadee

Tuesday 30 October 2018

Dari minggu lepas tunggu tarikh hari ni sebab Andi Bernadee nak release MV untuk lagu Satu Peluang genre pop & reggae! Jarang nak dengar lagu Melayu dalam genre reggae so its kinda fresh and funky! You guys should try to listen Satu Peluang karya Alif ni. 

Dari hari Andi drop teaser untuk MV Satu Peluang pun dah excited nak tengok sebab cantik sangat visual & color grading dia. Dah ala-ala Kpop dah gaya dia. Siapa yang belum tengok, klik dekat bawah okay



Lagu : Satu Peluang
Artis : Andi Bernadee
Komposer : Alif (Magic Potions)
Lirik :  Alif (Magic Potions)
Producer: Alif (Magic Potions)

Verse 1
Hatiku masih berdebar tiap kali bertemu,
Aku cuba bersuara walaupun lidahku kelu,
Perasaanku padamu seluas lautan biru,
Beriku satu peluang untuk mengenalimu

Pre Chorus
Aku suka cara jalanan kamu
Aku suka hilang dalam alismu
Siapa lagi sini seperti kamu?

Tindak balas kamu sangat terkawal
Itu tanda-tanda kau jual mahal
Siapa lagi sini seperti kamu?

Chorus 2X
Dame Solo Una
Dame Solo Una
Berikan aku hanya satu peluang
Satu peluang

Hook
Oweyoweyowey, Satu
Oweyoweyowey, Peluang
Oweyoweyowey,
Oweyoweyowey, Percayalah

Verse 2
Keindahan wajahamu sama seperti hatimu
Suaramu yang lembut dan juga merdu
Bagiku, seribu tahun pun tak ku jemu
Beriku satu peluang untuk mengenalimu

Pre Chorus

Chorus 2X

Hook

Bridge

Beri aku ruang,
Beri aku satu peluang,
Beri aku ruang,
Oh sebelum engkau pulang,
Beri aku ruang,
Beri aku satu peluang,
Beri aku ruang,