Resipi Telur Kukus

Wednesday 23 May 2018


Dah bosan dah asyik makan telur dadar, omelet dengan telur mata so hari ni nak try resipi baru jumpa which is telur kukus. Tak pernah lagi rasa sebelum ni tapi bahan dan cara penyediaan pun tak susah mana. Ambil masa selama 20 minit tapi dalam masa yang sama boleh masak menu lain sebab tak payah nak kacau ke apa. Biar je dekat dalam periuk kukus tu.


Bahan-bahan

- Telur 5 biji
- Susu segar 2 cawan
- Sosej 3 batang dipotong dadu
- Bawang merah 1 biji dihiris nipis
- Cili padi ikut suka dipotong kecil
- Daun sup
- Bahan perasa : Gula, Garam, Lada sulah, Paprika, Serbuk Lada Hitam

Cara penyediaan

1) Masukkan semua bahan ke dalam bekas loyang. Gaulkan sehingga sebati dan buka api tinggi. Tunggu sehingga masak.

2) Bila telur dah mengeras, tutup api dan hidang. Senang je kan? Ni resipi kalau malas nak masak bila balik kerja kena hadap traffic jam setengah jam walaupun jarak rumah tak sampai 5 minit pun uolls.


Telur kukus ni cantik kalau tebal sikit tapi yang ni sebab bekas loyang besar so saiz dia agak nipis. But that’s okay lah yang penting sedap.

Selamat mencuba!

Movie Review : Suatukala

Tuesday 22 May 2018

Image result for suatukala

Pengarah : Edison Cheam (Malin Kundang), Shamyl Othman (Merah Putih), Nik Amir Mustapha (Badang) 
Pelakon : Kamal Adli, Dynas Mokhtar, Amir Raja Lawak, Sharifah Shahirah, Liza Othman, Rykal Iskandar, Wafiy Ilhan, Sweet Qismina, Syumaila, Harith Haziq, Qistina Raisah, Arel Azimi dan Firdaus Ghufran.       
Producer : Astro
Genre : Komedi/Keluarga
Durasi Tayangan : minit
Tarikh Tayangan: 90 minit/30 minit setiap cerita pendek
Trailer :


Suatukala mengisahkan tentang negara fiksyen Inderaloka di Tanah Melayu pada zaman Kesultanan Melayu. Di negara Inderaloka terdapat dua kaum, satu kaum Indera yang mempunyai kebolehan magis sakti dan pandai merawat manakal kaum Loka pula manusia biasa yang dikurniakan kebijaksanaan. Tapi disebabkan perangai buruk kaum Loka menyebabkan Indera dipulaukan, dipukul, dibunuh dan lari keluar dan tinggal di dalam hutan.

Satu hari Raja menitahkan untuk semua pengawal diraja menangkap saki-baki kaum Indera yang ada di negara tersebut masuk ke dalam istana maka ramai lah rakyat Loka yang mencari peluang untuk mengkhabarkan pada pengawal Istana untuk mendapat ganjaran menangkap kaum Indera.


Dalam movie Suatukala ni terdapat 3 cerita dari pelbagai daerah, cerita Malin Kundang (Wafiy Johan) di daerah Seloka, Merah & Puteh di daerah Bungah dan Badang di daerah Lau Nakoda. Setiap cerita merupakan perjalanan Pendek (Kamal Adli) dan Panjang (Amir Rajalawak mencari rakyat Indera.

Cerita paling best, cerita Merah Puteh sebab cerita tak jauh lari dengan mitos asal tapi yang ni versi bahagia, tak ada penderaan kepada Merah (Sweet Qismina) ataupun Puteh (Syumaila). Dalam cerita ni Merah mempunyai kuasa sakti sebab berketurunan Indera. Bila Merah menyanyi semua bunga ros Mak Kuntum (Sharifah Shahirah) berkembang mekar, bila Merah bersedih semua bunga  layu kemudian mati. Lagu yang Merah nyanyi tu lagu Hindustan movie Kaho Naa Pyar Hai kalu tak silap lah tapi bukan title track.


Disebabkan tema movie Suatukala ni pada zaman Ketuanan Melayu so kostum diorang pun ikut pakaian zaman dulu kala. Tapi pakaian ibu Malin, Kesuma (Dynas Mokhtar) ada la bertukar dua tiga helai padahal kemain lipat baju berbeza sebakul. Bukan ibu Malin je, Malin dengan geng Segitiga pun sama. Tapi tak suka bila ada diselitkan teknologi dalam cerita Badang macam smartphone cuma ditutup dengan kain je. Kalau digambarkan suasana sebenar masyarakat zaman dahulu mungkin lagi menarik. Sama jugak dengan Malin Kundang ada fidget spinner.

Ada scene yang kelakar tapi ada yang meleret macam geng Segitiga dan scene Pendek dan Panjang bergaduh angkat Malin Kundang. Bab visual memang cantik cuma CGI tu ada nampak kekurangan sikit especially part Malin terkena sumpahan, Merah bercakap dengan Kaloi Indera dan scene bunga ros berkembang. Not sure masa Kaloi dimasak jedi menu makan tengahari tu sebenarnya ikan kaloi ataupun ikan siakap tapi nampak macam ikan siakap.


Cerita tentang Badang paling bosan sampai tertidur dibuatnya sebab lari dari tema satu hal, cerita dia hambar satu hal, lari dari mitos satu hal lagi. Tapi berjaya jugak la habiskan cuma ending tergantung lah. Sampai ke sudah tak tahu apa niat raja tangkap rakyat Indera, mungkin nanti ada sambungan kot movie Suatukala ni. Well I hope please do sebab tak tahu apa jadi dengan Malin Kundang bila diorang tinggal dia dalam hutan & tak tahu dari mana Badang dapat kuasa. 
1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 7.4/10

Movie Review : Hanja - New Trial

Monday 21 May 2018


Director : Kim Tae-yoon
Cast : Jung Woo, Kang Ha-neul, Kim Hae-sook, Lee Dong-hwi, Lee Geung-young, Han Jae-young, Kim So-jin , Min Jin-woong , Lee Jung-eun, Kim Young-jae
Producer : Idioplan
Genre : Drama/Crime/Law
Running Time : 119 minutes
Release Date : 15 February 2017
Trailer :


Movie New Trial diadaptasikan dari kes sebenar pembunuhan pada tahun 2000 di mana mahkamah menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara kepada seorang remaja lelaki atas kes pembunuhan di Iksan. Hukuman diringankan kepada 10 tahun penjara bila dia mengaku dan meminta maaf kepada detektif dan hakim kerana membunuh pemandu teksi tersebut.

Related image

Lee Joon-young (Jung Woo) seorang peguam yang hilang pekerjaan dan keluarga kerana kegagalan dia dalam beberapa kes dan tak seperti peguam lain, dia sorang peguam yang money-driven dan tak peduli langsung tentang klien dia berada di pihak benar ataupun salah asalkan dia mendapat bayaran yang tinggi.

Selepas hilang kerja, dia meminta bantuan rakan baiknya, Mo Chang-hwan (Lee Dong-hwi). Nasib dia agak baik bila dia diterima masuk ke syarikat Themis walaupun dia secara lantangnya menyatakan prinsip mata duitan. Kerana kesungguhan dia untuk bekerja, peguam Goo Pil-ho (Lee Geung-young) memberikan tugas mencari satu kes secara percuma.

Image result for new trial korea

Di situ dia berjumpa dengan ibu kepada Jo Hyun-woo (Kang Ha-neul), Soon-im (Kim Hae-sook) yang buta tapi tak pernah putus asa mencari keadilan untuk anaknya walaupun setelah keluar dari penjara Hyun-woo terpaksa membayar kembali 40,000 won sebagai pampasan kepada keluarga mangsa.

Untuk mengelakkan membayar 40,000 won, Joon-young meminta perbicaraan kes pembunuhan dibuka kembali sebelum tarikh perbicaraan pembayaran semula 40,000 won. Kalau terbukti kes pembunuhan tersebut dilakukan oleh orang lain dan Hyun woo tidak bersalah, bayaran pampasan akan terbatal dan nama Hyun woo akan dibersihkan. Tapi mampu atau tidak Joon-young membuka kembali kes Hyun-woo bila dia terpaksa berdepan dengan system kehakiman dan pihak berkuasa yang terlibat dalam kes tersebut. Taruhan yang agak besar kepada Joon-young dan juga kepada syarikat guaman dia, Themis.


Jalan cerita yang menarik bila seorang peguam biasa mengalahkan sistem besar dan berkuasa dalam negara tambahan pula bila diadaptasikan dari kisah benar di Korea. Ada satu scene di mana Joon-young dari seorang mata duitan berubah kepada seorang yang menjaga klien dan nekad nak buktikan kebenaran pada negara. Walaupun scene ni agak cliché tapi gaya olahan dan lakonan Jung woo buat scene tu jadi beremosi. Lakonan Kang Ha-neul dan Kim Hae-sook, anak beranak yang berbeza bila seorang dah putus asa dengan dunia tapi ibu dia sentiasa cari peluang dan bantuan untuk keadilan anaknya. Emosi tengok dua beranak ni nak pula bila scene saksi ditangkap oleh polis secara sengaja supaya kes dibatalkan.

Visual is great, suka bila tengok view rumah Hyun woo sebab tepi laut terutama scene Hyun woo putus asa dengan perbicaraan semula kes pembunuhan dia lepas dia dah buat semua yang dia mampu untuk membantu Joon-young. Happy betul duduk rumah tepi laut, pepagi dah turun korek siput atau kepah. Makan mi segera pun berlaukkan ketam bunga. Fuhhhh asyikkk!


Movie ni memang worth to watch sebab jalan cerita yang bagus, rating dekat Viu pun tinggi 9.9/10, lakonan yang bagus dari semua pelakon either leading or supporting. Walaupun tentang peguam dan perbicaraan tapi tak banyak pun focus dengan sidang perbicaraan, banyak focus kepada kekeluargaan, persahabatan dan kekejaman yang diselewengkan oleh pihak berkuasa seperti Detektif Baek Chul-gi (Han Jae-young).

Masa layan movie ni guna khidmat sub Melayu, ada la beberapa part yang tergelak sebab dia translate ‘mak kau hijau’ and several words bahasa melayu. Dalam movie ni pun ada scene comedy so movie ni tak lah berat sangat, tak lah ringan sangat. Just nice, sesuai ditonton semua.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought =1 = 9.5/10
Untuk bulan Ramadhan ni ada slot Samarinda bertajuk Nur lakonan Shafiq Kyle, Amyra Rosli, Nurkhiriah, Jalaludin Hassan dan ramai lagi. Baru start tengok episod 1 dah mula suka dengan drama ni tapi tak sambung lagi next episodes.

Tapi yang lagi bestnya, OST drama ni pun best jugak. Lagu nyanyian Kaer dengan Amylea tajuk Tak Pernah Hilang. Lepas sekian lama menyepi, Kaer kembali dalam industri dengan single balada terbaru ni. Lagu Tak Pernah Hilang ni ada iras lagu Melly Geoslaw sikit maybe sebab Kaer belajar di Indonesia dan bergaul dengan komposer dan pemusik Indonesia. 

Harap Kaer tak hilang lagi dah lepas ni sebab lagu dan suara dia memang berhantu. Same goes to Amylea, happy dengar suara dia since she's never changed at all. Single dia paling berhantu, Ku Berserah is my fav. 

Amylea Tak Pernah Hilang feat Kaer


Lagu : Tak Pernah Hilang
Artis : Kaer ft Amylea
Komposer : Kaer Azami
Penulis Lirik : Kaer Azami
Label : Mixology Music 

Tiada siapa yang pernah tahu
Tiada siap yang pernah rasa
Biar mereka coba mau, coba ada denganku

Mestikah kau perlu menjauh
Mestikah kau perlu menghalang
Perasaan yang pernah datang
Yang tak pernah hilang

Aku yang merindumu
Selalu menantikan dirimu
Yang selalu memahami
Tiap getar hatimu

Aku yang merindumu
Selalu menantikan dirimu
Yang selalu memahami
Tiap getar hatimu

Jika aku yang engkau ingin
Kunantikan satu jawaban
Perasaan yang pernah datang
Yang tak pernah hilang

Aku yang merindumu
Selalu menantikan dirimu
Yang selalu memahami
Tiap getar hatimu

Aku yang merindumu
Selalu menantikan dirimu
Yang selalu memahami
Tiap getar hatimu

Aku yang merindumu
Selalu menantikan dirimu
Yang selalu rindu
Yang selalu menantimu

Mystery Giveaway By Flavnesz


My first impression for this blog, I just love the way she writes, her blog is organized and simple. But this is my first visit and I haven't read any of your entry so I can't pink which is my fav. Maybe I will since I already know your blog :)