Drama Review : Cross

Saturday 21 April 2018


Director : Shin Yong-hwi
Cast : Go Kyung-pyo, Cho Jae-hyun, Jeon So-min, Kim Ji-han, Yang Jin-sung, Jang Gwang, Kim Jong-goo, Heo Sung-tae, Yoo Seung-mok
Genre :  Medical Thriller
Running Episodes : 16 episodes
Release Date : 29 January 2018
Trailer :


Cross mengisahkan tentang Dr. Kang In-gyu (Go Kyung-pyo), doktor bedah yang memohon untuk bekerja di Penjara Shingwang. Permohonan bekerja di penjara menaikkan tanda tanya kepada Dr Baek Ji-nam di situ kerana kehebatan Dr. Kang sepatutnya menempatkan dia di hospital besar dan ternama tapi disebabkan Dr. Kang dapat selamatkan banduan semasa interview, dia dapat lah bekerja di situ.


Tapi keraguan Dr Baek tak berhenti di situ je so dia gali lebih dalam lagi kenapa & akhirnya jumpa jawapan nak pula bila Dr Kang sendiri mengaku yang dia datang untuk balas dendam kepada Kim Hyung-beom (Heo Sung-tae) yang telah membunuh ayahnya 15 tahun lepas dalam kes pemindahan organ secara haram. Walaupun ditegah oleh ayah angkatnya, Chief Centre Dr. Go (Cho Jae-hyun) tapi Dr. Kang tetap dengan dendam dia untuk membunuh sendiri Kim Hyung-beom.


Suku awal drama ni agak bosan sebab strategi Dr Kang untuk bunuh Kim Hyung-beom pun melalui ubat dan effect tu pun effect biasa. Lagi menarik drama di Hospital Sunrim yang penuh dengan pesakit yang memerlukan organ baru untuk teruskan hidup.

Lepas dah kantoi niat Dr Kang untuk balas dendam, baru plot nampak cantik sikit and curious sangat nak tahu apa strategi Dr Kang dengan Kim Hyung-beom ni sebab walaupun Kim Hyung-beom meringkuk dalam penjara, bisnes organ trafficking still berjalan macam biasa under penyeliaan anak suruhan dia yang setia. Ditambah pula dengan demand dari VIP untuk pastikan bisnes dia sentiasa top in market.


What I hate in this drama is authorities looks weak just to highlight the abilities and heroic character of Dr. Kang. Memang dari awal ada beberapa kali je lah boleh nampak campur tangan pihak polis itupun bila Dr. Kang call and perlukan diorang. Lepas Kim Hyung-beom ni lari dari penjara, tak gigih sangat pun polis cari dia. Baik polis mahupun warden penjara padahal warden tu dah nak cecah tempoh bersara dah tu.

Semuanya hasil usaha Dr. Kang. Kind of mehhh jugak la sebab watak Kim Hyung-beom dalam cerita ni penjenayah yang pernah gemparkan negara suatu ketika dahulu dan dia masih lagi aktif so bila polis buat relaks ni rasa macam pelik jugak lah.


Tapi yang bestnya drama ni dia bagi pendedahan tentang organ transplant, dari start isi borang menjadi penderma organ sampai lah ke bilik bedah. Bila tengok scene bilik bedah rasa happy & lega bila darah mengalir di organ baru and penerima organ baru boleh teruskan hidup. Terus rasa nak pergi sign borang jadi penderma sebab dekat Malaysia ni statistik penderma organ cuma 0.6% dari sejuta penduduk je berbanding pesakit yang memerlukan organ.


Kalau ramai yang menjadi penderma organ mungkin lagi banyak nyawa yang boleh diselamatkan nak pulak penderma hati sebab bahagian hati cuma ambil separuh je dari badan and the rest akan tumbuh balik kepada bentuk normal lepas setahun. Perks watching this drama hewhew.

Dua episode hujung drama ni memang teruk sangat menangis sebab watak dekat Hospital Sunrim tu most likely related dengan Dr. Kang dan ayah angkat dia. Tapi dalam drama ni banyak flashback so boleh cepat je habis sebab flash back dia repetitious. Drama ni pun slow pace jugak so I used 1.7 for video speed.


Dalam drama ni tak ada scene bercinta pun, kalau ada pun cuma beberapa saat takat have crush macam tu je. Life doctor kan mana sempat nak fikir pasal diri sendiri sangat pun. Patient dekat Emergency Room pun tak pernahnya surut. Watak dalam drama ni semuanya berkait so tak pening sangat nak fikir dia ni siapa sebab most likely watak-watak ni akan disebut dari awal sampai habis.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 7.9/10

Movie Review : Rampage

 Related image
Director : Brad Peyton
Cast : Dwayne Johnson, Naomie Harris, Malin Akerman, Jeffrey Dean Morgan
Genre : Fiction/Action
Running Time : 1 hour 47 minutes
Release Date : 13 April 2018
Trailer :


Movie pembukaan The Rock untuk tahun 2018, Rampage yang diadaptasikan dari arcade game, Rampage but unlike Jumanji, Rampage agak hambar dan try hard untuk jadi kelakar but failed miserably. 

Rampage mengisahkan tentang Davis Okoye (Dwayne Johnson) seorang bekas tentera khas US yang bekerja sebagai primatologist di San Diego kerana dia sayangkan haiwan. Shit happened bila serum yang merupakan bahan ujikaji syarikat Energyne terhempas jatuh dari angkasa lepas sebab makmal angkasa diorang, Athena-1 meletup dan terdedah kepada 3 ekor haiwan sama macam dalam arcade game – Gorilla (San Diego), Serigala ( Wyoming Selatan) & Buaya (Taman Negara Everlades).

Image result for rampage review

Serum kimia ni merupakan DNA campuran kepada haiwan untuk jadi lebih pantas, cerdik, agresif, besar and most importantly boleh sembuh sendiri bila terluka.Remember this point if you want to watch this movie. Why? Because dekat ending nanti you guys will question this at large scale. Villain dalam movie ni ialah Syarikat Energyne yang diusahakan oleh dua beradik, Claire & Brett yang mengaut keuntungan dari bahan ujikaji yang dibuat di makmal syarikat mereka. Tak pasti sangat macam mana diorang nak kaut keuntungan dari 3 haiwan ni sebab at the end diorang larikan diri macam tu je dan mati.

Gorilla yang terdedah dengan serum kimia tu gorilla yang dibesarkan sendiri oleh Davis lepas diselamatkan oleh pemburu haram & Davis namakan dia dan ajar dia bahasa isyarat supaya diorang berdua mudah berkomunikasi. Lepas terdedah dengan bahan kimia tu George membesar dan menjadi agresif kemudian ditahan oleh ejen khas US. Misi selamatkan negara & George terletak di bahu Davis, bekas saintis Energyne – Dr. Kate Caldwell (Naomie Harris) dan Ejen Russell (Malin Akerman).

Image result for rampage review

As much the story goes, its bland and absurd walaupun visual cantik especially bila 3 haiwan gergasi ni keluar onscreen. Tapi setakat visual je cantik cukup ke untuk terhibur untuk 103 minit bila tiada kerjasama antara authorities sedangkan masing-masing dalam satu misi menyelamatkan negara? Sudahnya Davis yang lawan 3 haiwan gergasi tu sorang-sorang. Semua lah dia tapau sorang. 
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought 0 = 6.4/10

A Song To Match My Mood

Thursday 19 April 2018

Nak update semalam tapi gigih sangat layan drama Korea sampai lupa terus. So for Day 6 challenge is a song to match my mood. Whenever rasa melankolik & want to forget things, lagu ni paling best nak dengar


Jangan sembunyi
Ku mohon padamu jangan sembunyi
Sembunyi dari apa yang terjadi
Tak seharusnya hatimu kau kunci

Bertanya, cobalah bertanya pada semua
Di sini ku coba untuk bertahan
Ungkapkan semua yang ku rasakan

Kau acuhkan aku, kau diamkan aku
Kau tinggalkan aku

Lumpuhkanlah ingatanku, hapuskan tentang dia
Ku ingin ku lupakannya

Jangan sembunyi
Ku mohon padamu jangan sembunyi
Sembunyi dari apa yang terjadi
Tak seharusnya hatimu kau kunci

Lumpuhkanlah ingatanku, hapuskan tentang dia
Hapuskan memoriku tentang dia
Hilangkanlah ingatanku jika itu tentang dia
Ku ingin ku lupakannya

Lumpuhkanlah ingatanku, hapuskan tentang dia
Hapuskan memoriku tentang dia
Hilangkanlah ingatanku jika itu tentang dia
Ku ingin ku lupakannya

Lumpuhkanlah ingatanku, hapuskan tentang dia
Ku ingin ku lupakannya

Kau acuhkan aku, kau diamkan aku
Kau tinggalkan aku

Wordless Wednesday : End Of Contract

Wednesday 18 April 2018