Movie Review : The Disaster Artist

Monday 5 March 2018

Image result for the disaster artist review

Director : James Franco
Cast : James Franco, Dave Franco, Seth Rogen, Alison Brie, Ari Graynor, Josh Hutcherson, Jacki Weaver, Zac Efron, June Diane Raphael, Megan Mullally, Jason Mantzoukas, Andrew Santino, Nathan Fielder, Sharon Stone, Melanie Griffith, Hannibal Buress 
Genre :  Biography/Comedy/Drama
Running Time : 103 minutes
Trailer : 


Selalunya movie yang terbaik akan dapat accolades ataupun biography tapi kali ni movie The Disaster Artist mengisahkan tentang perjalanan pembikinan movie yang paling teruk pernah dibikin di Hollywood, The Room yang ditayangkan pada tahun 2003. Movie The Room ni dikarang oleh Tommy Wiseau dan diarah sendiri oleh Tommy dengan bantuan rakan karibnya, Greg The Baby Face. Selain daripada perjalanan pembikinan movie The Room, TDA mengisahkan tentang persahabatan di antara Tommy dan Greg.

Persembahan Tommy dalam kelas lakonan leave impression for Greg so Greg minta Tommy ajar macam mana nak hilangkan ketakutan bila berlakon depan orang. Since then, diorang jadi best friend kemudian pergi ke L.A untuk jadi pelakon. Walaupun Greg dapat kontrak di bawah talent agency tapi dia langsung tak dapat offer untuk berlakon dalam mana-mana movie ataupun drama. Sama juga macam Tommy yang selalu gagal dalam ujibakat disebabkan dialek dan personality dia.

Disebabkan kegagalan diorang, Tommy berhajat untuk mencipta movie dia sendiri. Lepas berkurung di dalam rumah untuk sesi mengerah idea dan mencari konsep untuk movie dia, finally he come up with a title ‘The Room’. Tommy berlakon sebagai watak utama dan Greg hero kedua.

Image result for the disaster artist review

Semua dana ditanggung oleh Tommy sendiri and for that movie alone, Tommy spent 6 million dollars. At first ramai juga crew yang ragu-ragu dengan Tommy sebab dia entah datang dari mana, entah apa susur-galur dia sampai boleh ada duit banyak macam tu. Tapi bila diorang cek sendiri dengan bank, duit memang betul ada, baru la diorang confident nak buat kerja dengan Tommy tapi nak hidup dengan Tommy ni satu ketabahan juga bila dia selalu lupa dialog dia sampai kena ulang berpuluh kali, datang lambat ke set, buat perangai sebab ramai yang tak suka dia. But that’s what make it fun to watch and my fav scene of course retake scene of Tommy with his line,

"I did not hit her.
It's not true,
It's bullshit.
I did not hit her.
I did nawwwwttttt!
Oh, hi Mark."
Image result for the disaster artist review

Movie TDA ni diarahkan dan dilakonkan sendiri oleh James Franco sama macam watak utama movie dia, Tommy Wiseau. Due to his great performance as Tommy, dia dapat banyak anugerah untuk kategori Best Actor. And I can say watak Tommy ni kemungkinan besar jadi watak ikonik James sepanjang karier dia and although movie TDA ni movie pertama arahan James, but it looks like a work from experienced one. 

You guys will have fun time watching this movie. No worries on sex scene or f language. Not in here except in one scene tapi tak teruk mana pun. And please tunggu sampai habis credit scene sebab you guys akan jumpa the real Tommy Wiseau berlakon sebagai Henry dan bersembang dengan reel Tommy. They both are look-alike. Even cara bercakap pun sama. What a stellar performance James!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1 , 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Tertinggal Barang Di Giant

Saturday 3 March 2018

Khamis lepas gaji dengan jayanya dah masuk dalam akaun. Maka, rutin pertama bila gaji dah masuk haruslah pergi shopping barang dapur dan beli segala yang dah dirancang mengikut bajet yang ada lepas dah tolak dengan utilities. 

Tapi tak pergi jauh mana pun, shopping dekat Star Avenue je sebab sini senang nak cari parking. Free pulak tu. Lagipun tujuan utama nak pergi Mr. DIY lepastu beli barang basah sikit dekat Giant. Tapi sebelum menapak ke Giant, singgah dulu ke Aeon Wellness sebab nak beli serum acne scar Garden of Eden, Rosa T. Ni gara-gara terjebak dengan review dekat Twitter lah ni. 

Dah usha dekat Guardian dengan Watson takde, nasib baik dekat Aeon Wellness ada tapi satu je tinggal. Guess my luck lah kot dapat beli yang last one. Ambik sikit face mask sebab ada promo dengan compact powder. Dah settle terus letak dekat kaunter barang Giant. At first nak letak dalam kereta terus takut nanti terlupa ambik tapi yakin pulak takkan terlupa tapi terlupa jugak. Haihhhh

Malam sebelum tidur masa nak pakai serum tu baru teringat tertinggal dekat kaunter. Menjerit nokkss dengan kegagalan diri sendiri. Esoknya lepas kerja terus menapak ke Giant nak collect tapi yang jadi masalahnya resit dalam paper bag Aeon tu. Nombor rak Giant pun tercicir masa beli barang. Yang ada cuma bukti dalam phone, sms dari bank untuk transaction via paywave. 

Sepanjang perjalanan berdoa boleh dapat balik barang tu sebab membazir lah kalau burn plus takut ada yang panjang tangan pulak kan. Kalau dah sampai tahap tu redho je lah bukan rezeki. 

Dah sampai dekat kaunter bagitahu ada tertinggal barang semalam terus dia suruh isi borang claim barang. Dah siap isi, tunggu staff dia bawa dari office. Lega sangat bila nampak semua barang ada dalam paperbag tu. 


Tapi bila balik rumah ternampak ada satu barang extra. Entah siapa punya. Nak kata free gift, barang ni khas untuk orang asma je. Dah satu hal kena pergi sana balik hantar barang ni. 


Tapi takpe lah, yang penting semua barang dapat balik. Lepasni memang kena makan kismis minda banyak sikit sebab asyik terlupa je. T.T

Movie Review : The Swindlers (2017)


Director : Jang Chang-won
Cast : Hyun Bin, Yoo Ji-Tae, Bae Seong-woo, Park Sung-Woong, Nana, Ahn Se-ha, Choi Duck-moon, Sung-tae Heo
Genre : Crime/Drama
Running time : 117 minutes.
Trailer :


The Swindlers mengisahkan tentang seorang peguam, Park Hee-su (Yoo Ji-Tae) yang mempunyai sekumpulan penipu dalam misi mereka menangkap scammer terhebat dalam sejarah Korea, Joo-chil Jang (Sung-tae Heo) kerana skim Ponzi. Movie ni start dengan kekecohan bilamana duit yang dilaburkan hangus ditipu oleh Jang lalu melarikan diri ke Thailand dengan bantuan Night Fog, ayah kepada Hwang Ji-sung (Hyun Bin). Bantuan berubah kepada musibah bila Jang membunuh Night Fog dan make it looks like a suicide. Tak lama selepas tu, Jang dikatakan telah mati sebab sakit jantung tapi Hwang tahu tu cuma helah Jang di mata dunia.

Disebabkan dendam, Hwang menjejaki Jang di Thailand dan tertangkap lalu dilepaskan. Upon released, Hwang mencari team Park untuk bantu dia sama-sama menangkap Jang since misi diorang pun sama. Hwang mengetuai kumpulan tersebut dan merancang bagaimana untuk dapatkan perhatian Jang walaupun dibantah keras oleh Go Seok-dong (Bae Seong-woo) yang pernah dipenjarakan angkara Hwang. Tapi Park yakin dengan Hwang untuk kendalikan misi ni. Usaha berhasil dan mengikut rancangan diorang bila Jang menghantar pembantunya, Kwak Seung-gun (Park Sung-woong) ke Korea. Untuk mengetahui location Jang, Choon-ja ditugaskan untuk menggoda Kwak sementara Lee Kang-suk (Choi Duck-moon) letak kamera di bilik hotel Kwak. 


Semua yang jadi memang seperti yang diorang plan sampai second half bila Hwang kantoi berada di Korea dan mencari senarai rasuah yang terlibat dengan Jang satu masa dulu sehingga menyebabkan dia terlepas dari Korea. Dari situ Park mula ragu-ragu dengan Hwang dan menyelidik siapa sebenarnya Hwang. 

Masuk second half, banyak plot twist dalam movie ni tapi semuanya predictable. It’s an easy guess. Tak payah fikir pun dah boleh tahu dah apa dia punya twist. Tak ada yang impressive or shocking moment pun dalam movie ni. Even funny scene masa Choon-ja menggoda Kwak pun nampak hambar dan bodoh. It just pretty lame. Menggoda untuk dapatkan maklumat.

Even the dialogue pun lame. Too basic and cringe-worthy. I decided to watch from start till the end pun sebab Hyun-bin. Dia handsome teruk dalam ni nak pulak bila dia pakai suit. Fuhhhhh


Kalau nak tengok santai boleh lah layan tapi sekali tengok je lah sebab nothing remarkable pun dalam movie ni kecuali Hyun-bin. Tidur malam pun terbayang Hyun-bin. Cast semua dah bagus dah tapi pretty wasted dengan storyline yang biasa. For a 2017 movie dengan tajuk The Swindler, I’m expecting more but all I got is just an average plan with predictable plot twist. Bila predictable, dia dah tak jadi plot twist, dia dah jadi basi.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought 0 = 6.7/10

Kawasan Hutan Bukan Tong Sampah

Friday 2 March 2018


Kawasan Subang Bestari ni makin lama makin banyak perumahan yang naik walaupun yang sedia ada belum habis orang beli lagi. Kawasan yang baru dekat deretan kedai yang baru naik. Tak pasti nak buat rumah kedai ataupun apartment sebab kawasannya kecil je. But that’s not the main point here.

Sebelum kawasan ni jadi tapak pembinaan, kawasan ni sebenarnya kawasan hutan. Memang penuh dengan pokok besar. Tak ada yang bercucuk tanam pun dekat situ sebab tanah tak rata. Kalau balik kerja nampak lah staf restoran ataupun kedai runcit dekat tepi tu buang sampah dekat kawasan hutan ni. Nak kata tak ada tong sampah, ada je dekat bahagian depan tapi sebab buang dalam hutan lagi senang gamaknya.

Bukan sikit sampah yang dibuang tu, kadang satu tong besar. Bukan seorang yang membuang, boleh kata semua kedai bahagian tepi buang dekat kawasan tu. And even worst ada yang entah dari mana pun buang sampah dekat situ jugak. Bila kontraktor datang tebang semua pokok untuk start kerja binaan baru nampak  betapa kotornya kawasan tu. Penuh dengan sampah sarap yang diorang buang sebelum ni.


Its appalling to watch this kind of norm from our society. Sebelum ni pun ada juga terbaca komen-komen dekat socmed, sini rumah orang bukannya hutan nak buang sampah sesuka hati. Let me remind you one thing. Hutan adalah rumah kepada binatang dan tumbuhan. Sampah buang dalam tong sampah bukan di rumah makhluk lain. Just because they cannot simply voice their dissatisfaction, does not mean you can easily pollute and ruin their home. NEVER!

Sama juga dengan sungai, laut atau pantai. Rumah kepada binatang dan tumbuhan akuatik tapi senang sangat manusia buang sampah dekat situ. Kenapa? Kalau orang datang rumah dan buang sampah dekat rumah kita mesti sakit hati kan? Sama lah dengan makhluk lain.

Lagi sedih bila yang buang tu bukan budak kecil tapi adults. Bila yang besar buat perkara yang tak betul, yang dekat bawah pun mula ikut and the cycle continues. Bila dah jadi kebiasaan, memang sangat susah nak buang ataupun ubah. Tambah pula bila 80% yang buat angkara tapi 20% je yang nak ubah. Susah. Makan masa. Kalaupun berubah, sakit tu dah melarat dah pun. Mula lah datang bencana padahal kita boleh je control dari awal.

Benda ni paling mudah untuk semua buat tapi yang mudah tu kadang yang paling susah. I really hope we can change this habit and build up a beautiful country with less pollution thus prioritize our eco.

Director : Takashi Miike
Writer :  Muneyuki Kaneshiro
Cast : Sota Fukushi, Hirona Yamazaki, Hideaki Itō, Takayuki Yamada, Mitsuru Fukikoshi, Ryunosuke Kamiki
Genre : Survival / Fiction / Thriller / Horror
Production Company : Toho
Distributor : Toho
Running Time : 117 minutes
Release Date : 18 October 2014 (Rome Film Festival, 15 November 2014 (Japan)
Trailer :


As The Gods Will diadaptasikan dari siri manga, Kamisama no iu Toori yang mengisahkan tentang pelajar sekolah di Jepun bergelut untuk terus hidup dengan permainan-permainan antara hidup dan mati dalam masa yang ditetapkan. Bermula dengan permainan Daruma, kucing Maneki Neko, Kokeshi, Shirou Kuma dan permainan terakhir, Matryoshka. Movie ni start dengan watak Shun Takahata (Sota Fukushi) yang benci dengan kehidupannya yang membosankan. Boleh kata setiap hari dia mengeluh hidupnya bosan. End up, satu hari kepala guru kelasnya meletup semasa mengajar dan berubah menjadi Daruma. 


Game Daruma ni bila dia pandang, orang tak boleh bergerak langsung. Kalau bergerak, kepala orang tu akan meletup dan mati. Each time Daruma toleh ke belakang you have to quickly move and press the button to end that game. Masa ni game yang paling senang je tapi disebabkan masing-masing panik dan terkejut, game tu jadi lama. 

Game kedua, yang terselamat stay dalam satu dewan, berpakaian tikus dan masukkan loceng dalam jaring di leher kucing gergasi. And yes, kucing ni makan orang. Laju pulak tu. Unlike the first game, kali ni Shun lebih tenang fikir strategi dengan bantuan crush dia, Ichika Akimoto (Hirona Yamazaki). Masa game kedua ni ada some funny moments so you guys can enjoy even if dia makan orang hihu.

Image result for as the gods will movie

Lepas dah menang, semua yang terselamat ditempatkan dalam satu kiub dan bersedia untuk game yang ketiga, Kokeshi. Game Kokeshi ni comel kot siap nyanyi lagu lagi. Enjoy dengar lagu dia sebab comel tapi diorang ni walaupun comel, bila membunuh paling kejam. Beria dia seksa orang tu but worry not because you guys won’t see any gore image in this movie. Cuma dia bagi hint je so you guys boleh imagine sendiri apa jadi. But still tskkk.


Settle dekat game ketiga, diorang berjumpa pulak dengan beruang gergasi, Shirou Kuma. Dalam game ni beruang tu akan tanya soalan tapi semua orang kena jawab dengan jujur. Kalau menipu, beruang tu akan tumbuk sampai mati kalau diorang tak jumpa siapa yang berbohong. Lastly, game Matryoshka, seorang akan terpilih jadi hantu untuk tangkap semua sebelum matahari terbenam. Dalam game ni tak ada yang mati. Siapa yang menang akan keluar dari kiub tu dan dianggap sebagai 'Anak Tuhan'. 

Masa permainan ni berjalan di sekolah, orang luar hadap letupan sana-sini. Bila muncul kiub besar tu, semua yang ada di luar dapat tengok apa yang jadi dekat dalam kiub. Ada jugak satu watak psiko dalam rumah yang tengok game tu berjalan. Tak pasti dia yang control ataupun dia cuma enjoy the show. Kewujudan dia sama pelik dengan kewujudan game tu, entah apa motif. Tiba-tiba dia keluar rumah lepastu habis dekat situ je. Mungkin dalam mangsa dijelaskan dengan lebih baik.

Related image

Movie ni tahap ngeri tu takde sangat pun, I watch this during my lunch still I can enjoy my meal so it’s okay lah. Ada part yang lawak walaupun movie ni thriller tapi nak gelak sangat pun tak berani sebab dah tahu kejap lagi mati. Tapi tengah ngeri tu pun sempat lagi si Shun ni main cinta. Dengan dua orang awek pulak tu! Kemain.

The best part in this movie is the creative visual and stunning graphic. The CGI looks great, you will enjoy their work onscreen. But I really hate it when director decided to make it slow. I use 2x video speed because I will end up sleeping instead of enjoying the whole show.  Layan movie Indonesia lagi best sebab dia zoom atas, bawa, tepi at least you have fun with it. But in ATGW you have to wait until the character decided to stop with their melancholic mood. Blerggghhh


I don’t even know apa motif ataupun mesej movie ni since ending pun tergantung. Ending scene dia open. You can be like Shun regretting what you have done and wish for or maybe you can be like Amaya when he glorify all the God’s work and just enjoy the moment. Supposedly movie ni ada sequel sebab movie ni based on manga. Siri pertama manga dan siri kedua dah pun diterbitkan tapi untuk movie, tiada statement rasmi setakat ni. I hope director buat lah sequel sebab ada some part yang belum terjawab lagi.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 8.5/10