Relay Rosak

Friday 6 October 2017

Dua hari lepas murung sekejap bila tengok kereta ada problem. Bila dah matikan enjin kipas dia still lagi berpusing. Nasib ada kawan office ada kawan mekanik so boleh lah tahu apa problem dia. Katanya ada dua sebab sama ada air kurang ataupun relay rosak.

Bila check air memang ada la sebab I always check. Taknak jadi macam dulu kereta mati sebab air habis terus. Huhu

So it means relay lah problem. Since pagi lagi bengkel pun tak buka lagi. Park dulu dekat office and cabut suis relay dalam fuse box sementara tunggu lunch hour. Takut nanti habis pulak bateri kereta. Lagi garu kepala.

Fuse box

Suis relay dalam fuse box the one I cabut before pergi bengkel

Sebelum pergi ke bengkel tu google la kejap apa benda relay ni sebab selalu nampak dekat socmed, bebudak post relay tu relationship huhu. First time tau dengar ada relay dalam kereta. Kabo ke pakwe pun dia blur jugak. I guess kereta sistem baru je yang ada problem ni. Ataupun kereta auto, sorry I'm not so sure since he use the old Saga and mine Saga FLX.

Based on what I know from that forum, kalau kipas still jalan sebab
1. Temperature too high
2. Kurang air
3. Radiator
4. Relay

And thank god I ada problem relay je sebab relay murah je nak tukar. But I think mine bapak segala relay sebab it cost me RM30. Yang dalam forum tu semua kena RM18 je paling mahal. Relay diorang dalam fuse box but mine under the fuse box.

So if you guys ada problem macamni better bawak pergi ke bengkel je terus but make sure tahu dulu punca kalau tak confirm kena kencing. Sebab I pun kena macamtu jugak nasib I refused to let them taking further inspection. Kalau diorang kata wiring problem tu dah merapu tau and it will cost you guys more than RM500 tau.


Bengkel yang I pergi tu pun dia tak tahu jugak apa problem so dia ingat radiator bocor padahal I dah bagitahu relay problem. Biasalah kalau perempuan yang kabo orang pandang sebelah mata je huhu. Lepas dah tukar relay tu kereta dah okay dah. Nothing to worry about tapi nanti lepas 3 tahun dia akan jadi balik lah. Nasib murah tapi kopak jugak lah wei. Tanya abang tu kenapa boleh rosak, dia cakap memang dah jangka hayat dia cenggitu. Fuhhhh lega bukan salah sendiri haha kalau tak kena bebel nanti. Taknakkkkk.

Kursus ISO 9001 : 2015

Monday 2 October 2017

6 & 7 September haritu nama tersenarai untuk kursus audit sebab muka ni yang uruskan bahagian filing untuk internal & external audit nanti so kena lah kutip ilmu dekat sini. 


Yang bestnya dekat kursus ni sebab buat dekat hotel. So boleh makan banyak gila. Yang tak bestnya kena bergerak jauh dari rumah. Sejam jugak lah nak sampai dari Subang ke Klang. Keluar pukul 7 pun stuck dalam jam lepastu mereput. 

First day kursus boleh pulak tertinggal spec so bersilau berabun lah kita dalam kelas tu. Agak sakit kepala, tidur kejap pastu bangun balik. Nasib lah ada handout so tak lah tertinggal input banyak sangat. 


Yang bagi talk ni Ketua Jabatan Audit so banyak lah rahsia dapat korek masa dia bagi talk. Sebagai manusia baru nak menapak dalam bidang construction, memang banyak blur lah dalam kelas tu. Tak tahu sangat pasal bahagian construction ni. But all is well. Boleh je catch up sampai penceramah tu tahu nama Iolls. Dah lah duduk sebelah CEO kena lah menyerlah hewhewhew

   

Bab makan, need I elaborate more on this? Makan tengahari sampai penuh pinggan. Crystal Crown Hotel ni tukang masak dia memang best sebab masak semua sedap. Nak pulak ikan sweet sour fuhhhh. Tapi tak makan ayam sebab dah berazam dengan diri sendiri pergi hotel makan seafood je. Kekeke

Cuma jangan ambil kuih. Hambar. Sup pun hambar. 

Anyway, I berjaya habiskan kursus dua hari ni dengan ilmu bersepah & I've got thisssssss :D

Movie Review : 47 Meters Down

Friday 29 September 2017

Tahun lepas ada movie The Shallows pasal medical student terperangkap dengan ikan jerung di laut masa tengah surfing so tahun ni ada 47 Meters Down pun kisah yang sama terperangkap dengan ikan jerung di dasar lautan sedalam 47 meter.


Image result for 47 metres down review

Director : Johannes Roberts
Cast : Claire Holt, Mandy Moore, Matthew Modine
Rating : 3/10
Trailer : 


The idea of this movie is great. What would you do if you're sorrounded by shark with no oxygen tanks and no one to help you. So I decided to watch this movie ye lah sebab ada big question on your head about the ending. The curiosity is really damn high. Tapi tu lah, kadang tu kita nak pelangi tapi kita dapat petir. 

Sembang pasal movie shark, the exaggeration is there kan? Sama lah macam dalam movie ni cumanya movie ni dia extra sikit bila dia exaggerate sampai nampak bodoh. Why? Okay, forst of all kau nak pergi tengok ikan jerung yang besaq gedabak and dari kecik lagi kau memang dah tahu yang jerung ni makan orang even tengok signboard kawasan laut tu ada jerung pun kau dah decide untuk patah balik kan? But not with these beauties heroines sisters ni gigih sangat nak tengok jerung dalam sangkar yang berkarat, say whatttt?

Image result for 47 metres down review

Kau tengok sangkar berkarat tu dengan jerung gedabak pun kau dah boleh fikir sekali dia libas je sangkar tu dah berkecai. 

Second, bila sembang pasal underwater, kita akan sembang tekanan. Bila ada tekanan hearing system kita akan terkesan tapi dalam movie ni dia punya hearing system memang tip top walaupun dah terluka sebab dah pergi ke bawah sampai 47 metre. Again, where's the logic? Ye lah memang lah ni movie tapi letak lah logic sikit. Dah lah dari awal movie sampai habis tak nampak pun communication device diorang tapi elok je sembang tau.

Image result for 47 metres down review

Third, I'm not a diver tapi tu lah kalau kau guna oxygen tank dengan kadar yang sangat terhad lepastu boleh pulak duduk dekat bawah tu lama kemain. Beria suruh control diri jangan panik sebab nanti oxygen habis tapi memasing menjerit menggelupur bersepah buih keluar but everything is under control. Oxygen tank boleh tahan lama kemain. 

Fourth, apa benda wei kapten kapal suruh dua beradik ni tunggu je dalam sangkar sampai bantuan sampai? Gila ke apa? Memang lah selamat dari jerung tapi oxygen bergerak kot. Bantuan dah lah lambat gila nak sampai! 

Lastly, apa benda lah orang yang hantar bantuan tu turun ke dasar laut yang penuh dengan jerung without extra preparation. Memang kena makan je lah cerita dia dengan ikan jerung. Apa benda lah movie ni. 

Image result for 47 metres down review

Dalam movie ni nak puji the sharks je sebab pandai buat saspen. Menjerit sebab terkejut jerung datang entah dari mana. Yang lain tu entahlah rasa menyampah je tunggu ending. 

1. Team Production 0.5, 2. Visual 0, 3. Audio 0, 4. Storyline 0, 5. Casting 1, 6. Genre 0.5, 7. Themes 0.5, 8. Editing 0, 9. Social Message 0, 10. Personal Thought 0

Bahaya Daging & Telur Penyu

What a gloomy day, haihhhh.  Baca news pagi tadi tentang penemuan tulang penyu di Pulau Bum Bum, Semporna, Sabah. It's sad to see human treating nature like this. 


Sumber gambar : NST

Dari hasil siasatan pihak Jabatan Hidupan Liar, penyu ni dimakan oleh penduduk di kawasan yang berdekatan terutamanya kaum Bajau ataupun masyarakat Pala'u & tulang penyu yang ada ni semua dihanyutkan oleh ombak laut. Kalau diikutkan kefahaman masyarakat ni, makan daging penyu & telur penyu dapat tambah tenaga dalaman dan merawat pelbagai penyakit  tapi hasil kajian dari Universiti Papua bagitau benda sebaliknya. 

Sebenarnya bukan di Malaysia je yang ada masalah pengambilan daging penyu untuk merawat penyakit tapi di Indonesia pun sama. Di China, masyarakat sana minum darah penyu untuk merawat sakit asma. Pinggang dan hati dibuat sup. Minyak penyu untuk merawat sakit kulit. Di Amerika Latin daging penyu dihidang untuk majlis keramaian seperti majlis kahwin ataupun sambutan Hari Krismas. Apart from these countries, Vietnam, Madagascar, Filipina, Mesir, Papua New Guinea & banyak lagi. 


Sumber gambar : NST


Daging penyu ada merkuri, besi, mangan, logam, arsenik, merkuri, kadmium, arsen, timah, seng, mangaan, besi dan tembaga. Tak cukup dengan ni, disebabkan laut dah tercemar dengan pelbagai jenis sisa buangan, penyu pun makan benda yang tercemar yang penuh dengan bakteria & parasit yang boleh menjejaskan kesihatan manusia. 

Antara bakteria yang ada dalam badan penyu, 

  • Salmonella Bacteria - Bakteria ni boleh sebabkan muntah, sakit kepala, kejang & cirit-birit. Tahun 1999, sebanyak 40 kes dilaporkan di Australia lepas makan daging penyu. Sama juga di India. 
  • Mycobacteria - Menyebabkan Tuberculosis ataupun dikenali sebagai TB
  • Chlamydiaceae - Boleh menyebabkan STD
  • Leptospires - Penyakit kencing tikus menyebabkan sakit buah pinggang, menigitis, kerosakan hati, kesukaran bernafas ataupun kematian
  • Spirorchid trematodes - cacing parasit di laut. 
  • Dichlorodiphenyltrichloroethane (DDT) - menyebabkan kanser, organ dalaman rosak & kemandulan. 

Kalau dulu mungkin boleh kita percaya makan daging ataupun telur penyu boleh bawa manfaat tapi sekarang ibarat makan racun sebab penyu ni ibarat empangan bakteria bergerak. Ramai yang kata sedap but I don't know jauh mana pergi sedap dia tu sebab tak pernah makan tapi nak dibandingkan sedap yang sementara dengan sakit yang berpanjangan, tskkkkk. 

Lagipun sekarang ni dah tiba masa untuk kita selamatkan penyu sebab penyu dah masuk dalam kategori haiwan terancam dan bakal pupus. Save Turtles, Save Life. :)

Image result for turtles

Movie Review : Badrinath Ki Dulhania

Tuesday 26 September 2017


Director : Shashank Kaitan
Writer : Shashank Khaitan
Cast : Alia Bhatt, Varun Dhawan, Sahil Vaid, Aparshakti, Shweta Basu, Gauhar Khan
Genre : Romantic / Comedy
Production Company :  Dharma Productions
Distributor : Fox Star Studios
Duration :139 minutes
Release Date : 10 March 2017
Trailer :


I have no high expectation at all for this movie during the announcement was made because the first installment, Humpty Sharma Ki Dulhania is such a cliche rom-com movie. So I expected the same with BKD but its nottttttttt!


Dekat India sana bila kahwin, perempuan yang kena bagi wang hantaran so family yang ada anak perempuan memang stress sangat because for them anak perempuan tu liability meanwhile anak lelaki pula asset kepada diorang walaupun anak lelaki tu bodoh dalam pelajaran, tak bekerja gah sangat. And that's what happened to Badrinath Bansal (Varun Dhawan) & Vaidehi Trivedi ( Alia Bhatt)


Vaidehi taknak berkahwin lepas belajar sebab culture dekat sana lepas habis belajar je parents dah get ready duit untuk kahwinkan anak perempuan diorang melalui ajen cari jodoh. Sick with this culture, Vaidehi berazam nak jadi stewardess so she could help her parents hidup senang dengan duit gaji dia instead of suruh dia dan kakak dia, Kritika (Sukhmani Lamba) kahwin. Tapi cita-cita Vaidehi terhalang bila Badri datang jumpa family dia hantar pinangan. Parents dia memang taknak tolak pinangan Badri sebab Badri anak orang kaya dan terkenal di bandar tu. 

Related image

So Vaidehi is in torn lah nak pilih cita-cita ataupun harapan parents dia sebab dia dah pernah kecewakan ayah dia (Swanand Kirkire). Sebelum ni bekas kekasih Vaidehi tipu dan lari dengan duit simpanan ayah dia. Disebabkan kes tu, ayah Vaidehi dapat sakit jantung. Sana-sini usung gas cylinder untuk oksigen. Tapi dia taknak juga hidup dan masa depan jadi macam perempuan lain. Duduk di rumah jadi suri rumah jaga anak sepenuh masa sebab Vaidehi nak balas jasa parents dia dan ubah taraf kehidupan keluarga.

Image result for badrinath ki dulhania

So yes, movie ni memang sarat dengan social message mengenai stigma kehidupan masyarakat India yang menganggap wanita tu suatu beban dalam kehidupan. Macam mana dari kecil lagi perempuan dibezakan layanan dengan lelaki. And even sanggup gunakan kekerasan to the extent of killing since ayah Badri sakit hati bila Vaidehi lari dari majlis perkahwinan dia dengan Badri. Ayah Badri berdendam dengan keluarga Vaidehi sampai malukan depan semua orang di bandar tu. So its not easy to be a women and this movie have done justice for these social problem which amazed me the most.


Movie ni tak lah berat walaupun sarat dengan social message, it just a typical rom-com tapi dengan kualiti, you get what I mean? Entertaining, comical, romantic and dramatic. Storyline memang cliche sebab dah boleh tahu flow and ending macam mana, I can't deny that part but it is likeable and totaly lovable and of course the editing work well. Just perfect.

                                   

Kalau sembang bab Alia and Varun, rasanya diorang ni perfect jodi onscreen. Chemistry diorang tu memang ngam since dari Student Of The Year membawak ke Humpty Sharma Ki Dulhania & now, BKD. Dah la sama cantik, sama padan, sama comel. Macam tengok SRK-Kajol, macam tu la lebih kurang.


Dalam movie ni baru la tahu dekat India sana ada Seven Wonders Park di Kota, Rajashtan so tak payah pusing-pusing satu dunia nak tengok Seven Wonders, pergi dekat Kota dah boleh tengok semua dah. Visual effects dengan shot angle memang top notch sebab under Dharma production house. Bab cinematography and scenery memang tip-top lah hasil buah tangan Neha Parti Matiyani. Cantik sangat bandar Rajashtan especially dekat Kishore Sagar Lake & Singapore.

Badrinath Ki Dulhania' Movie Review: Above Average Bollywood ...

The soundtrack is totally great! Memang fall in love sangat dengan lagu Humsafar. Lirik dia Akhil karang berbunga teruk, bila keluar untuk scene romantic rasa blew away awww sangat. Lagu Aashiq Surrender Hua, Badrinath Ki Dulhania, Tamma Tamma Again dengan Roke Na Ruke Naina pun best. Senang cerita, semua lagu dia lah best. Memang great job dari team Aamal Malik. 


Yang bestnya movie ni takde bed scene macam movie new gen Dharma Production sebelum ni. Wardrobe pun semua sopan je, cantik pulak tu wardrobe collection Alia dalam movie ni. Geram je tengok. So you guys don't have to worry sebab satu family boleh tengok movie ni! I already watch this movie for 3 times already which is not normal which is great so kalau korang nak layan movie jiwang dengan lagu best & casting cun melecun, movie ni lah jawapannya. ;)

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1,  7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10