Movie Review : Hope Aur Hum

Monday 11 March 2019


Director : Sudip Bandyopadhyay
Writer : Sudip Bandyopadhyay, Neha Pawar
Cast : Naseeruddin Shah, Sonali Kulkarni, Aamir Bashir, Naveen Kasturia, Kabir Sajid, Virti Vaghani, Kenil kajavadra
Production Company : Thumbnail Pictures
Distributor : PVR Pictures
Genre : Family/Drama
Running Time : 90 minutes
Release Date : 11 May 2018
Trailer :


Dah lama tak tengok movie bertemakan family yang santai dan ringan tapi bonding kekeluargaan tu kuat. Movie Hope Aur Hum ni berkisarkan 3 generasi dalam kehidupan keluarga sederhana di bandar. Nagesh Srivastava (Daadu) (Naseeruddin Shah) yang jatuh sayang dengan ‘Mr Sonecken’, mesin fotokopi antik yang dah tak berapa nak berfungsi. Second generation, anak-anak dan menantu dia and of course cucu-cucu dia yang semakin membesar.

Isunya bila ‘Mr Sonecken’ dah tak mampu nak berfungsi dengan baik disebabkan lensa rosak tapi nak dapatkan spare part bukannya mudah bila zaman sekarang dah guna mesin fotokopi buatan Jepun yang lagi mudah dan pantas. Memang lama nak tunggu ‘Mr Sonecken’ siapkan task yang customer minta. Satu salinan makan masa sampai setengah jam. Setiap hari memang makan makian je lah Daadu dengan ‘Mr Sonecken’ ni.


Tapi disebabkan sayang sangat dengan ‘Mr Sonecken’, Daadu minta tolong cucu dia email company yang hasilkan ‘Mr Sonecken’ di Jerman untuk gantikan lensa but everyone know its impossible thing to do. Mustahil lah mesin zaman 50-an wujud lagi tambah pulak untuk sesuatu yang antik.Tapi Daadu tak putus asa, dia usaha untuk tulis email dalam bahasa Jerman, mungkin diorang lebih faham bila guna bahasa sendiri?

Menantu dia, Adit (Sonali Kulkarni) setiap hari membebel nak buang ‘Mr Sonecken’ sebab anak perempuan dia perlukan bilik sendiri untuk belajar dengan tenang tanpa gangguan dari anak lelaki dia, Anu  yang aktif. Disebabkan istana lama mak dia nak dijadikan hotel, Neeraj (Aamir Bashir) bawa Anu balik ke kampung berdua disebabkan anak perempuan dia nak exam so Adit mengalah stay dekat rumah jaga anak dengan Daadu.


Masa dekat kampung Anu terjumpa budak perempuan menyorok dalam peti kayu besar sebab main game hide and seek dekat stor lama. Sebelum keluar dari stor, dia perasan kunci peti tu terjatuh tapi Anu biar je. Maybe dia nak buka lepas dia habis main kriket dengan kawan-kawan dia. Tapi tak, dia terlupa nak buka balik sampai lah dia dah halfway nak sampai ke stesen keretapi. Dia dah berlari nak balik ke istana lama tapi ayah dia sempat tangkap sebab risaukan terlepas keretapi.



Tak faham kenapa Anu tak bagitau je dia nak selamatkan budak perempuan tu instead menjerit bagitahu dia tertinggal bola kriket. Memang tak lah ayah dia nak layan. Kalau dia bagitau masa tu, boleh je ayah dia call nenek suruh buka peti dekat stor. Dah 2018 kot, nenek dia dah pandai main Whatsapp dah.

Sudahnya for the whole second half penonton diajak untuk risau bersama pasal budak perempuan tu. Jadi geram bila Anu taknak bagitahu sesiapa yang budak perempuan tu ada dalam peti. Dah jadi movie thriller pun ye sebab nak tahu budak tu selamat ataupun tak since polis datang cari budak hilang even dekat news pun keluar pasal budak hilang. Dia punya cuak sampai dia mimpi buruk lepastu demam panas. Dah serupa Amit dalam movie Kaho Naa Pyar Hai dah tapi yang tu boleh faham lah kenapa dia tak buka mulut.


Lagi dia bertambah sedih bila Daadu decide untuk buang ‘Mr Sonecken’sebab pakcik dia dah belikan mesin fotokopi dari Jepun. Business pun makin bagus sebab cutomer makin ramai sebab tak payah nak tunggu lama macam dulu dah. Kualiti pun makin bagus. Well some things are better off for good. Tapi menangis jugak lah tengok scene ‘Mr Sonecken’ kena angkut dengan collector.

Lepas dah buang ‘Mr Sonecken’, dapat pulak email dari syarikat Jerman bila dia bagitahu yang diorang ada stok lens yang Daadu nak tapi sayangnya ‘Mr Sonecken’ dah tak ada. Patah hati orang tua tu bila dia tak mampu nak buat apa dah untuk selamatkan ‘Mr Sonecken’.


Stress jugak bila layan scene Daadu dengan ‘Mr Sonecken’ ni sebab menantu dia tak cakap apa pun bila Daadu menangis tengok ‘Mr Sonecken’ kena buang. Well at least say sorry lah. It’s a basic common sense kot. Masa Daadu menangis tahu ada lens tu pun takde siapa pun yang pujuk dia or bagi advice look at the bright side. Kalau tak nak pujuk kenapa bagitau ada lens, macam scene tu nampak family ni dysfunctional and selfish.

Some scenes are great to watch but some are unbearable and lost cause. Suka tengok scene Anu dengan Naani dia dekat istana lama bila Naani tunjuk macam mana zaman dia layan music Jazz guna gramophone. I wish I had one. Bila stress je layan Jazz dari gramophone sebab orang kata kualiti piring hitam tak sama dengan mp3 player sekarang ni. Orang la kata, kita tak tahu. Yang kita tahu movie ni not bad lah nak layan dengan family.


1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.4 = 7.4/10

3 comments

  1. lama tak layan cita hindustan sbb tak de yg menariks.. leh try layan ni
    tq for sharing..

    ReplyDelete
  2. Baca review Farhanna je.. hehehe.. TQ Farhanna..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.