Product Review : Sabun Citra - Bengkoang

Wednesday 27 February 2019

Dari zaman sekolah lagi memang dah pakai produk Citra ni tapi dulu Citra keluar losyen badan je lah dan start dengan Bengkoang lepastu divariasikan dengan pilihan lain macam teh hijau, serbuk mutiara dan yang lain which I don't quite remember sebab dah selesa pakai bengkoang. 


Masa zaman sekolah memang kulit agak gelap sebab aktif dengan Pandu Puteri dan sukan. Bila ada losyen Citra ni memang tak payah risau sebab kulit boleh cerah balik. Tak payah susah-susah pakai scrub kunyit beras sebab losyen Citra ni pun memang guna ejen pemutih alami dari campuran beras, kunyit dengan susu. Lagi best sebab bau dia wangi even dah berpeluh satu hari. 

Bila dah ada sabun buku ni saja nak try sebab dah serasi dengan losyen, nak bau yang sama la bila mandi tapi sayangnya sabun buku dia bau sabun biasa je. Tak bau macam losyen dia pun. Lepas guna sabun dia pun kulit jadi agak kering. 


Lagi satu hal, sabun buku Citra ni ada particle halus macam microbead so bila gosok dekat badan memang sakit lah. Macam sabun buku jatuh dekat pasir haaa cenggitu la rasa dia. 

Kalau ikut apa yang dia tulis dekat packaging tu bila pakai sabun buku ni pastu apply losyen akan dapat kesan maksimal tapi dah sebulan pakai pun tak lah maksimal mana pun. Nasib sabun Citra ni murah je, RM2 untuk 3 buku sabun. Sekarang ni nak habiskan je lah sabun yang ada and for sure tak nak beli dah. Hampa betul bila harapan hancur ni.

4 comments

  1. pernah guna bengkoang tapi lupa brand apa..
    kak pip beli jenis lulur ...
    mmg best pakai .. habis daki2 kena sental ...
    dulu2 kan kak pip kerja site, so wajib ada lulur utk tanggalkan segala dki debu habuk di kulit .. adeh.

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak nampak brand ni. Ingat dah tak wujud dah.

    ReplyDelete
  3. Lama tak pakai losyen ini.. Dulu zaman sekolah memang rajinlah bubuh losyen nie.. Dah jadi mak-mak nie, kemalasan sungguh.. Hampa betul bila hasilnya tak seperti diharapkan ye Farhanna..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.