Movie Review : KGF : Chapter 1

Sunday 10 February 2019


Director : Prashanth Neel
Writer : Prashanth Neel, Chandramouli M.,Vinay Shivangi

Cast : Yash, Ramachandra Raju, Anant Nag, Vasishta N. Simha, Archana Jois, Dinesh Mangaluru, B. S. Avinash, Malavika Avinash

Production Company : Hombale Films
Distributor : KRG Studios (Kannada)

Excel Entertainment & AA Films (Hindi)
Vishal Film Factory (Tamil)
Vaaraahi Chalana Chitram (Telugu)
Global United Media (Malayalam)
Genre : Action/Drama
Running Time : 155 minutes
Release Date : 20 December 2018 (United States & Canada)

21 December 2018 (India)
Trailer :


Movie yang ditayangkan pada tarikh yang sama dengan movie Zero, berbekalkan budget Rs20crore, movie KGF di bawah arahan Prashanth Neel berjaya mengutip sebanyak Rs250crore dan tenggelamkan populariti SRK & Zero. KGF merupakan kejayaan besar untuk tahun 2018 bagi industri filem Kannada. A monster hit!

Berlatarbelakangkan tahun 1700 di mana perebutan kuasa di antara don-don terbesar di India, muncul Rocky/ Raja Krishnappa Bairya (Yash) yang nak kuasai dunia. Untuk kuasai dunia dia kena pastikan semua orang tahu nama dia. Datang dari kampung kecil Karnataka, ibu Rocky, Shanthamma (Archana Jois) meninggal awal disebabkan penyakit kronik dan terlampau miskin untuk berubat di hospital. Nak mati pun tak ada duit. Disebabkan kemiskinan diorang berdua, Shanthamma nak dia hidup berharta supaya tak mati dalam keadaan menyedihkan.


Lepas kematian Shanthamma, Rocky pergi ke Bombay disebabkan perjumpaan dia dengan homeless yang nasihat dia dalam kehidupan, duit boleh dicari tapi kuasa untuk buat orang tunduk tu memang susah nak dapat. Di Karnataka dia takkan dapat kuasa tu so dia kena pergi ke Bombay sebab dekat sana lubuk segala don. Tak mungkin dia akan jadi polis sebab don lagi berkuasa dari polis. Disebabkan Rocky berani pukul polis, Rocky diambil bekerja oleh Shetty (Dinesh Mangaluru) yang mempunyai dagangan emas dari Afrika masuk ke India. Rocky yang jaga semua kotak emas yang keluar masuk di pelabuhan.

Makin lama kedudukan Shetty makin tergugat disebabkan nama Rocky makin dikenali dan tak ada group lain yang berani atau berjaya kalahkan Rocky. Belum sempat Shetty-Rocky bergaduh, boss Shetty, Andrew (B. S. Avinash) datang untuk jemput Rocky ke Bangalore untuk bunuh Garuda, anak kepada pemilik emas terbesar di India, Suryavardhan. Emas milik Suryavardhan datang dari lombong KGF yang menempatkan 20,000 orang buruh paksa. Untuk bunuh Garuda, Rocky kena masuk ke KGF dan belajar selok-belok istana Suryavardhan. Sesiapa yang masuk ke KGF belum pernah dapat keluar lagi disebabkan kekejaman pengawal-pengawal KGF dan juga keluarga Suryavardhan dan Garuda. 


Kisah KGF (Kolar Gold Fields) dan Rocky ni diceritakan oleh journalist Anand Ingalagi (Anant Nag) dalam sebuah buku bertajuk El-Dorado tapi semua cetakan dibakar oleh Kerajaan. Rupanya ada satu salinan berjaya disimpan oleh sebuah syarikat televisyen, 24 News. Dan disebabkan buku tu, diorang buat satu sesi interview dengan Anand sebab nak tahu siapa Rocky ni. Kenapa Kerajaan beria ban dan halang cetakan buku El Dorado ni. Kerajaan sampai labelkan Rocky sebagai penjenayah paling berbahaya di India. 

Persoalan yang sama datang dari Deepa Hedge (Malavika Avinash),ketua editor yang interview Anand, adakah Rocky seorang hero ataupun watak jahat dalam cerita ni? Persoalan tu belum dapat terjawab lagi sebab baru Chapter 1, kena tunggu Chapter 2 untuk jawab soalan tu. Dan macam mana cara Rocky nak tawan KGF bila ada 4 lagi pewaris Suryavardhan yang dah lama simpan impian yang sama dengan Rocky.


Jalan cerita movie ni agak berat sikit sebab terlampau banyak watak dan politik dalaman so masa tengok ni memang kena fokus habis tambah pula bila director suka letak flashback scene so you tend to get confuse which is which. Boleh jadi masa Chapter 2 keluar nanti kena repeat balik movie ni untuk fahamkan dari awal. 

I personally tak suka scene Rocky jumpa dengan Reena (Srinidhi Shetty), bila Rocky act all macho depan dia lepastu jadi mat jiwang like it doesn't suit him at all. In fact watak Reena agak lemah dalam movie KGF, her presence is forgettable tak macam watak Shanthamma. Sayang lah bila watak heroin tenggelam dengan watak supporting roles je, pulak tu jadi penyebab momentum movie jatuh.


Walaupun action stunt agak annoying sebab tumbuk sikit dah boleh pergi jauh tapi nampak cantik je dalam movie ni sebab director tak lah overdo macam movie genre masala since main focus dia nak Rocky nampak badass larger than life hero. But the most favorite scene masa cubaan Rocky nak bunuh Garuda dekat Pejabat Kementerian. Kreatif gila satu team dismantle pistol supaya berjaya lepas kawalan ketat dekat bangunan tu. Another scene masa Rocky cuba bunuh Garuda dekat KGF. It just wow. 

Soundtrack KGF not bad lah cuma ada satu lagu masa dekat pub tu baik buang je sebab tak best. Baik dia letak lagu Gali Gali. Punyalah lama tunggu lagu tu keluar sebab dalam lagu Gali Gali ada part Yash menari which is kinda cute walaupun Mouni Roy gagal jadi item girl yang seductive untuk match dengan suara sexy Nehi Kakkar. Lagu Gali Gali ni remake dari lagu famous Gali Gali Mein Firta Hai dari movie Tridev lakonan Jackie Shroff tahun 1989. 


To be honest, ni pertama kali tengok movie Kannada dan lakonan Yash but damn he is terrific as Rocky! Sama macam mana tertarik dengan Prabha dalam Bahubali, macam tu lah tertarik dengan Yash dalam KGF. Boleh kata kejayaan KGF ni disebabkan Yash sebab dari awal sampai habis memang dia berjaya buat audience stay untuk tengok dia. Even scene Reena terselamat disebabkan Rocky. Lakonan Anmol Vijay sebagai Rocky masa muda pun cantik. The rage, the ambitious and lovely son well portrayed by him on screen. 


Even scene ni pun nampak cantik and powerful dalam movie KGF. Thanks to KGF team sebab tak letak any scene yang libatkan VFX because we all know how bad India with VFX lewlz. 


Prashanth Neel dah bagitahu team KGF lagi suka Chapter 2 berbanding Chapter 1 maka kena ambik port lah dengan shooting schedule KGF Chapter 2. Tak sabar!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.8 = 8.2/10

5 comments

  1. ughh lama dah comment kat blog hana. ada jenguk, baca2 takda idea nak comment apa :)
    cam best je cerita ni. emmm dalam list nak tengok [tapi tengok nya tah bila]

    ReplyDelete
  2. those yang minat boleh tengok. nampak style cerita tu best..
    tapi akak xleh citer2 cemni hehe..

    ReplyDelete
  3. Nampak berat filem ini.. Maybe takkan tengoklah.. Tapi lagu tu akak layan.. best dengar..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.