Movie Review : Karwaan

Wednesday 6 February 2019

Image result for karwaan

Director : Akarsh Khurana
Writer : Hussain Dalal 
Cast : Dulquer Salmaan, Irrfan Khan, Mithila Palkar, Kriti Kharbanda, Amala Akkineni 
Production Company : RSVP Movies, Ishka Films
Distributor : RSVP Movies
Genre : Comedy/Drama
Running Time : 74 minutes
Release Date :  3 August 2018
Trailer :



Bertemakan roadtrip, Karwaan mengisahkan tentang Avinash (Dulquer Salman) yang mengajak Shaukat (Irrfan Khan) untuk bantu dia ambil mayat ayahnya disebabkan tertukar dengan mayat nenek Tanya (Mithila Palkar) di Kochi. 

Avinash tak rapat sangat dengan ayah dia disebabkan ayah dia paksa dia bekerja dan fokus dalam bidang IT sedangkan dia minat fotografi. Perjalanan dari Bangalore ke Kochi ambil masa berbelas jam untuk sampai tapi disebabkan hormat orang tua, dia gigihkan juga untuk pergi ke Kochi untuk sempurnakan upacara terakhir untuk ayah dia. 


Walaupun Avinash agak rapat dengan Shaukat tapi perwatakan diorang agak berbeza. Avinash pendiam tapi Shaukat dari celik mata sampai pejam mata nak menyembang je kerja dia. Dalam perjalanan tu Avinash decide untuk pick-up Tanya di kolej disebabkan permintaan mak Tanya. Tanya ni agak rebel orangnya tambah dengan lifestyle dia yang agak wild memang buat Avinash dengan Shaukat sakit hati. 

Bila menyembang dengan Tanya, baru Avinash faham kenapa ayah dia suka membebel dengan keputusan dia ambil. Macam mana dia stress dengan Tanya, macam tu jugak lah ayah dia stress dengan dia dulu. Slowly dari rasa benci dan menyampah dengan ayah dia, perasaan tu bertukar jadi sayang dan bersyukur. 


Movie Karwaan merupakan movie debut kepada Dulquer Salman tapi ni bukan kali pertama DQ berlakon sebab dia pelakon famous di Malayalam so watak Avinash ni perkara mudah je untuk dia. Chemistry Avinash-Shaukat-Tanya nampak cantik onscreen although first time bekerja sekali dalam satu movie. First time nampak Mithila dalam role yang lebih panjang screentime, movie sebelum ni dalam Katti Batti watak dia terselindung dengan watak Kangana. Tapi tak banyak beza pun watak dalam KB dengan Karwaan sebab personaliti yang lebih kurang sama. Brat and rebellious young girl.

Jalan cerita movie Karwaan ni agak slow pastu banyak sembang pasal life masing-masing tapi director selitkan juga scene komedi disebabkan watak Shaukat yang fun and witty. Tapi biasalah kalau movie bertemakan road trip ni memang sembang pasal life je lah. Walaupun jalan cerita dia tipikal dan predictable, tapi warm feeling dari awal movie sampai habis tu memang terasa. 


One thing for sure, scenery dan view dalam movie road trip memang perfect lah sebab tonjolkan kecantikan tempat-tempat yang disinggah dalam movie. Dalam Karwaan, you guys akan nampak kecantikan India Selatan macam Ooty dan Kochi. Tapi sayang movie Karwaan tak dikuatkan dengan musik latar yang best ataupun sesuai dengan kecantikan visual movie ni. So its quite mehhh for me. 

Suka tengok scene Avinash cuba faham perangai Tanya sebab boleh relate with my life bila cuba nak faham generasi muda and the realization feelings bila kita sedar dan faham yang kita dulu pernah buat perangai macam tu jugak. Another beautiful scene bila Avinash buka surat terakhir ayah dia. Walaupun cliche & kita boleh agak apa yang Avinash akan buat tapi scene tu tak pernah gagal nak buat kita emosi. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.1/10

1 comment

  1. Wah.. filem roadtrip.. macam menarik.. Tambah bila predictable tapi tetap berjaya memikat penonton..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.