Drama Review : The Last Empress

Sunday 24 February 2019


Director : Joo Dong-min
Writer : Kim Soon-ok
Cast :  Jang Na-ra, Choi Jin-hyuk, Shin Sung-rok, Lee Elijah, Shin Eun-kyung, Oh Seung-yoon, Yoon So-yi, Oh Ah-rin, Park Won-sook, Shin Go-eun  
Genre : Mystery/Thriller/Action/Romance/Comedy
Running Episodes : 52 episodes
Release Date : November 21, 2018 – February 21, 2019
Production Company : SM Life Design Group
 Distributor : SBS

Drama tertinggi rating pada tahun 2018, The Last Empress dipanjangkan lagi episod dari 48 episod kepada 52 episod disebabkan jalan cerita yang sentiasa berubah dan susah dijangka.

Nasib Oh Sunny (Jang Nara) seorang pelakon teater hambar berubah disebabkan insiden letupan di Istana, dia dapat berjumpa dengan crush dari zaman sekolah menengah, Putera Raja Lee Hyuk (Shin Sung-rok). Lee Hyuk pula gunakan Oh Sunny sebagai alibi pembunuhan di kampung Min Yu-ra (Lee Elijah) bila Hyuk tak sengaja langgar mak Na Wang-shik (Choi Jin-hyuk) lepas kena hentak dengan batu.



Bila Wang-shik dapat tahu mak dia mati kena bunuh, dia cuba nak balas dendam tapi kena tembak dekat kepala oleh bodyguards Lee Hyuk. Kelakarnya dia boleh hidup lagi walaupun ada peluru terbenam dekat otak. Tak cukup dengan tu, dia boleh transform pula jadi manusia gagah dan handsome dengan bantuan Byun Baek-ho (Kim Myung-soo), ayah kepada Empress Seo-hyun(Shin Go-eun) yang mati dibunuh Lee Hyuk disebabkan cemburu. Transformation Wang-shik jauh beza sangat tapi nasib baik lah drama fiksyen so layan je lah apa yang dia merapu tu.


Bila dah transform, Wang-shik masuk ujian kelayakan untuk jadi pengawal Istana and of course lah dia dapat tapi dia ubah identity kepada Choi Wu-bin. Dia cuba cari Min Yu-ra sebab tu awek dia yang kerja dalam Istana sebagai PA Lee Hyuk dan dalam masa yang sama ada affair dengan Lee Hyuk sampai Grand Empress Kang (Shin Eun-kyung) mengamuk bila Lee Hyuk dah tak dengar kata. Sayangnya Wang-shik dapat tahu yang Yu-ra pun bersubahat dengan Lee Hyuk dan sembunyikan mayat mak dia.



Sudahnya Wang-shik plan untuk rapat dengan Lee Hyuk sampai ke tahap percaya sepenuhnya supaya senang dia attack secara dekat dan seksa hidup Lee Hyuk. Tapi bukan Wang-shik sorang je yang ada nawaitu nak balas dendam, rupanya masing-masing ada agenda masing-masing dekat dalam Istana tu sampai keadaan jadi tak terkawal. 

Seo Kang-hee (Yoon So-yi), kawan baik Empress Seo-hyun pulak pernah tidur dengan Lee Hyuk sampai mengandungkan Ari (Oh Ah-rin) tapi dia tak rasa bersalah pun sebab dia nak Ari jadi Empress dekat Istana tu. Dia menyamar sebagai nanny dan monitor semua pergerakan Ari tapi plan dia hampir gagal bila Sunny cuba selamatkan Ari dari jadi macam Lee Hyuk dan Grand Empress Kang.

Image result for the last empress

Setiap episod ada saja plot twist dia, pulak tu banyak tekaan meleset bila dah yakin director nak shift ke arah ini ataupun itu. Dan setiap minggu akan wujud karakter baru sampai dah tak ingat dah siapa watak yang diorang sebut tu. Kalau nak tengok better marathon so tak lah lupa semua watak.

Disebabkan movie ni fiksyen, so jalan cerita banyak je yang merapu tapi boleh layan lah sebab survival strategy masing-masing tu yang best nak layan. Ada je akal memasing. Tapi yang tak bestnya bila hujung drama director compress semua sampai jadi rushing. It would be nice kalau director wujudkan season 2 dan setiap karakter utama dapat ending yang lagi baik terutamanya Woo Bin.


Plot masa drama ni bukan zaman lama tapi zaman sekarang walaupun hakikatnya monarki dah lama dihapuskan di Korea lepas berperang dengan Jepun tahun 1910. Kisah pengakhiran zaman monarki di Korea ada dalam movie The Last Princess bila puteri terpaksa berkahwin dengan orang Jepun untuk selamatkan keturunan dia dari mati dibunuh tapi jadi gila sebab rindukan Korea dan tak mampu nak adapt dengan suasana dan budaya Jepun.


Walaupun Jang Nara heroin drama ni tapi lakonan dia tenggelam dengan lakonan karakter lain macam  Shin Sung-rok sebagai Lee Hyuk, Elijah Lee sebagai Min Yu-ra dan Shin Eun-kyung sebagai Empress Dowager Kang. Apparently Sung-rok memang ada ramai fans walaupun selalu berlakon watak jahat dan fans dia antara punca rating drama ni naik. He nailed The Emperor perfectly as multi-complex personality. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.6 = 8.5 /10

5 comments

  1. Tak habis lagi tengok drama ni, layan sampai ep 33 -34 pastu stop sekejap tengok drama lain hehe nanti nak kena sambung balik, walaupun dah tahu endingnya camne huhuhu

    ReplyDelete
  2. nak tgk citer ni tapi bila tengok episod yang lebih 20, terus turn off nak tgk.

    ReplyDelete
  3. watak utama perempuan tu macam fimiliar

    ReplyDelete
  4. Shin Sung-ro memang ohsem.. Tapi tak tengok drama nie secara penuh.. Cuma tengok klip-klip dia dekat Youtube.. Panjang sangat.. Tak berapa best nak layan.. hehehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.