CNY 2019

By farhanna jafri - 20:58


Tahun Baru Cina 2019 agak kontroversial sikit tahun ni kan sebab zodiak haiwan tahun ni ialah khinzir/babi. Tapi tak jadi isu pun benda tu sebab tak ada kaitan pun dengan kita. Yang ada kaitan bila CNY tahun ni macam biasa mesti pergi beraya di rumah Uncle & Aunty Ma dekat Sabak. 


Yang bestnya diorang ni memang akan guna katering sedap punya, paling best mesti lah kari kambing. Kalau lambat datang memang licin. Tahun ni hampir terbabas sebab kenyang breakfast so nak lajak pergi lambhat sikit dalam pukul 12. Rupanya pukul 12 dah licin daaa walaupun majlis habis jam 2. Habis je makan, dapat angpau sebab tak kahwin lagi maaaa. 

Aunty Ma ni memang rajin buat open house setiap kali CNY, memang tak pernah gagal walhal dia baru je balik dari KL malam Isnin terus prepare untuk open house. Lagi kesian bila dia dah book katering awal sudahnya cancel last minute. Rezeki dia dapat jumpa jugak katering even last minute. Jam 2 pun tak tidur lagi arrange untuk tetamu open house dia.


Dah kenyang makan, dah puas sembang, kitorang bergambar lah apa lagi. Dah balik tu memang macam ular sawa lah memasing sebab dah puas makan. You guys punya cuti CNY macam mana? Ada yang pergi holiday kettew? Anyway for my Chinese friends, Xin Nian Kuai Le! May this year bring joy and prosperous to you. Much love :)

  • Share:

You Might Also Like

5 comments

Terima kasih sudi komen :)