Movie Review : Pihu

Friday 18 January 2019



Director : Vinod Kapri
Writer : Vinod Kapri
Cast : Myra Vishwakarma, Prerna Sharma
Production Company : RSVP Movies, Roy Kapur Films
Distributor : Kirshnam Media, Bhagirathi Films
Genre : Thriller/Drama
Running Time : 90 minutes
Release Date :  16 November 2018
Trailer :


Lepas tengok trailer movie Pihu ni rasa tak sabar nak tengok the whole movie sebab jalan cerita yang menarik, loosely based on a true story & dah menang Grand Prize Best International Film dan People’s Choice Best Film di 14th Trans-Saharan International Film Festival. Dah nama pun pilihan ramai mesti lah best kan?


Perjalanan movie ni ke film festival pun tak habis lagi tau sebab movie ni akan ditayangkan di Vancouver, Palmsprings, Iran, Morocco dan Jerman. Sekarang ni pun Pihu team tengah discuss dengan pihak Guiness World Book of Record untuk tersenarai dalam rekod pelakon termuda.

Earlier I said loosely based on a true story, pengarah Vinod Kapri terbaca satu berita dalam newspaper pasal budak berumur 3-4 tahun terperangkap dalam rumah apartmen selama 2-3 hari bila mak dia meninggal dalam rumah.


Sama juga dengan movie Pihu ni sendiri, bila Puja bunuh diri disebabkan stress dengan perkahwinan bersama Gaurav. Tengok dari keadaan mayat Puja, badan dia memang penuh dengan lebam dan luka. So domestic abuse is involved sampai dia ambil keputusan untuk bunuh diri lepas dia tinggalkan nota di cermin meja solek.


Disebabkan malam sebelum kejadian tu ada birthday celebration Pihu, so rumah tu agak berselerak dengan belon, minuman keras dan props. Lagi bahaya bila Gaurav rushing ke airport sampai lupa nak tutup iron. Banyak kali jugak dia call Puja tapi Pihu yang jawab call so anak dia tak faham pun apa dia cakap. Pihu cuma bagitahu mama dia tidur je sampai lah handphone Puja habis bateri.

Dalam trailer boleh tengok Pihu masuk dalam peti ais, panaskan roti sampai hangit, buka api dapur gas, kaca bersepah dekat lantai, iron berasap teruk dan paling ngeri sekali dia panjat penghadang dekat balkoni rumah. To be honest scene tu paling takut sekali nak tengok. Tak senang duduk bila Pihu main panjat dekat situ. Restless habis!


Disebabkan nak nampak real, Myra yang berlakon sebagai Pihu ni memang dibiarkan je dalam rumah tu dengan 3 kamera diletakkan di lokasi yang berbeza so most likely apa yang penonton nampak, itu la yang terjadi selama 2 hari diorang shoot movie ni. Even jalan cerita pun diubah mengikut karakter sebenar Myra sebab dia baru 2 tahun so most likely memang dia takkan ikut pun arahan director.


Kalau tahun lepas layan movie Trapped bila watak utama terperangkap dalam rumah tanpa ada survival kit tapi berbeza situasi dengan Pihu penuh dengan kelengkapan tapi tak mampu nak selamatkan diri because she barely knew anything.

Nak buka pintu rumah pun dia tak sampai even nak charge phone pun tak pandai. Yang dia tahu cuma nangis kejutkan mama dia. Bila tengok tu jadi mental breakdown jugak sebab you have to put yourself at the age of 2. You basically tak tahu pun apa benda yang bahaya untuk yourself.


Geram jugak tengok movie ni sebab kebiasaan jiran rumah di bandar ni memang tak ambik port sangat tapi tak faham mana hilang watak jiran yang menyembang dengan Pihu, watak jiran lelaki yang marah sebab air mengalir keluar dari rumah Gaurav.

Dekat second half kebanyakan watak ni hilang tapi bila keadaan rumah makin teruk baru ada yang datang itupun memekak je dekat luar. Agak tak logik lah sedangkan dari siang watak-watak ni wujud dan perasan something fishy is happening inside that house.


But anyway despite the flaw dalam jalan cerita movie ni, rasa suspense dengan curious nak tahu apa jadi tu memang tak hilang dari awal sampai habis sebab jalan cerita dia unpredictable. Even dalam trailer tu tunjuk macam dah banyak tapi ada lagi benda-benda yang Pihu buat bila dia berseorangan dalam rumah tu. Lepas tengok movie ni memang bagi kesedaran betapa pentingnya rumah yang child-friendly dan early awareness also exposure for emergency cases kepada kanak-kanak. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8.4/10

13 comments

  1. ada sorang kawan akak memang minat citer hindi / tamil. adela ritu dia sembang bagitau pasal citer ni.. so agak familiar dengan title dia jee jalan citer semua xtau.. hihi..

    ReplyDelete
  2. Domestic abuse is real guys :(

    https://adindabaizuramazlan.blogspot.com/2019/01/segmen-drop-your-link.html

    ReplyDelete
  3. ada tgk trailer dia kt fb.. nampak menarik jalan cerita tp penuh saspen betul. nak tgk laa nanti..

    ReplyDelete
  4. Okay... Ala macam best. kena cari amsa bila nak tengok sebab baca review macam interesting. macam mana budak tu survive.

    ReplyDelete
  5. Tak mampu rasanya nak tengok.. Boleh mental dibuatnya.. Sebab budak umur dua tahun terperangkap dalam rumah yang sangat bahaya.. Seram.. Lagi seram dari novel seram..

    ReplyDelete
  6. Baca review ni buat hati ni berdebar-debar je...tapi budak tu comel sangat 😍😍😍

    ReplyDelete
  7. Sedihkan realiti sekarang ni , semangat kejiranan banyak tempat dah berkurang.
    Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri.

    ReplyDelete
  8. aida da tgk ni.
    ada dlm draft folder :)
    lom sempat karang ayat bebetul to publish, farhana.

    rumah yg tak selamat! hadoi lah.
    seriau aida dgn tindak-tanduk pihu all the time. Allahu Akbar.
    masalah parents dia satu hal la kan.
    please la sediakan rumah yg mesra kanak2. anything happen, tak la begitu memudaratkan or tambah kemudaratan!
    jiran. another important thing.
    tu la. nak kena jaga sillaturrahim. jiran yg paling utama sebab yg paling dekat :)

    ReplyDelete
  9. alahai sedih lah cerita ni tak sampai hati nak tgk

    ReplyDelete
  10. Wah, macam best jea movie nie, agak2 dah ada kat online ke..? anyway, TAHNIAH Farhana kerana minggu nie awak terpilih untuk direview dalam jurnal akak..

    http://www.shikinrazali.com/2019/01/sahabat-blogger-pilihan_29.html

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Wr Wb

    Adakah anda mempunyai masalah kewangan dan anda sedang mencari bantuan dengan pinjaman tulen, kami di sini untuk membantu anda dengan pinjaman untuk memudahkan perniagaan anda dan menyelesaikan semua hutang anda, kami menyediakan semua jenis pinjaman, besar atau kecil, ini adalah peluang anda untuk kebebasan kewangan. tawarkan perkara berikut.

    √ Pinjaman Perniagaan Besar

    √ Pinjaman Perniagaan Kecil

    √ Pinjaman Rumah Baru

    √ Pinjaman kereta

    √ Pinjaman Ladang Besar atau kecil

    √ Pinjaman untuk projek jangka panjang atau jangka pendek

    √ Memulakan pinjaman perniagaan

    √ Koperasi Pinjaman

    √ Pinjaman untuk Projek sedia ada

    Mengapa anda perlu memilih kami.

    + Kami memberi pinjaman pada kadar faedah yang sangat rendah

    + Tidak peduli di mana negara anda berasal, kami akan meminjamkan anda.

    + Proses kami sangat mudah dan mudah. sangat orang boleh memahaminya.

    + Kami adalah syarikat yang sangat jujur dan boleh dipercayai.

    + Kami tidak memberikan maklumat peribadi anda kepada sesiapa sahaja,

    Maklumat anda selamat dengan kami.

    Matlamat utama kami adalah untuk memberi pinjaman seberapa banyak yang anda mahu dan bersedia untuk mendapatkan pinjaman, anda perlu mengatakan kepada diri anda cukup, anda tidak boleh terus membiarkan kekurangan wang menghadkan pertumbuhan perniagaan anda. hubungi kami dengan maklumat hubungan kami di bawah dan marilah kita bersatu dengan memberikan pinjaman yang akan membantu mengembangkan perniagaan anda. Anda tidak perlu bimbang, kami sangat boleh dipercayai dan bersedia memberi pinjaman kepada anda.

    Hubungi kami dengan:
    Syarikat: Firma Pinjaman Femi Otedola
    E-mel: femiotedolaloanfirm@gmail.com
    E-mel: femiotedolaloanfirm1@outlook.com
    WA: +1 (469) 464-5833 (Chat Only)
    WA: +1 (806) 395-2203 (Chat Only)

    atau lawati Laman Web kami dan gunakan Hubungi Kami dan kami akan membalas anda.

    Laman web: https://femiotedolaloanfirm.blogspot.com

    Hubungi kami hari ini dan mari membantu mengembangkan perniagaan anda.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.