Udang Kepala Besar

By farhanna jafri - 06:04

Bila datang mood nak memasak, memang rajin sangat nak pula kalau tengah craving teruk sangat. Kali ni disebabkan craving nak makan sambal petai udang, gigih sungguh beli semua bahan supaya tercapai hajat. 

Cerita dia suruh adik belikan udang tapi udang ni pelik sikit sebab kepala dia je besar. Yang syahdunya dia bukan udang harimau pun, bila makan kepala ada isi. Yang ni kepala memang keras, siap ada benjolan lagi so better buang je. 


Lepas dah asingkan badan dengan kepala.....


Tak banyak pun boleh dapat bila dah asingkan. Timbangan berat dekat kepala je padahal badan kecik je. Habis terbakar duit macam tu je. Lepas ni kalau nak beli udang memang kena belek supaya tak terkena macam ni lagi dah. 

Dah Google udang ni jenis apa tapi tak jumpa lagi setakat ni. Mungkin jenis yang merugikan.


But anyway, craving tetap craving. Masak tetap masak walaupun sakit hati. Dah settle siang udang, kikis sikit kulit petai lepastu potong then rendam dalam air garam supaya hilang kelat dengan pahit dia.


Dah blend cili, dah tumis sambal masukkan petai dengan udang then tadaaaaa!



Happy tummy! Udang tu rasa sedap je cuma saiz dia lah tak puas hati bila makan but still happy lepas makan sambal petai udang ni. Yang penting craving hilang and piggan licin!

  • Share:

You Might Also Like

14 comments

  1. Ehhh kelakarnya udang ni hahaha. Udang jenis merugikan ya! Hihi. Sedapnya sambal petai udang!

    ReplyDelete
  2. sedapnya! lamanya tak makan sambal petai

    ReplyDelete
  3. Kegemaran ni...fuh..terus terbayang kalaulah ada nasi lemak...lagiiiii...nikmat.

    ReplyDelete
  4. Udang sakit tu 😂 aritu kawan dtg sabah, mmg asyik mkn udang

    ReplyDelete
  5. Adoi.. Kalau craving memang kena buat.. Kalau tak teringat-ingat je.. kikiki..

    ReplyDelete
  6. Menggoda betul 2 bahan utama tu....huhu

    ReplyDelete
  7. kikiki. memang keciwa bila dah kopek kulit kepala pesuma. tp sambal hudang petai tu memang menyelerakan

    ReplyDelete
  8. hi.. content blog menarik.. lets blogwalking and click iklan.. done follow u.. follow me back.. http://acuyuhan.blogspot.com/ thanks

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. fuh,sambal petai,nasi panas..pergh..

    ReplyDelete
  11. Walaupun x puas hati, jadi gak sepiring sambal petai udang .. Haha..klu menu ni, boleh bertmbh nasi.

    ReplyDelete
  12. Saya pun kadang2 tak suka juga kalau dapat udang kepala besar. Rasa rugi juga bila timbang kepala je yg berat.

    ReplyDelete
  13. Aduh lapar tgk, dh imijin rasa yg sgt sedap, faberet nii

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)