Movie Review | Andhadhun (2018)

Tuesday 25 December 2018

Related image
Director : Sriram Raghavan
Writer : Sriram Raghavan, Arijit Biswas, Pooja Ladha Surti, Yogesh Chandekar, Hemanth Rao
Cast : Tabu, Ayushmann Khurrana, Radhika Apte
Production Company : Viacom 18 Motion Pictures, Matchbox Pictures
Distributor : Viacom 18 Motion Pictures, Panorama Studios, Paramount Pictures, Zee Studios, Eros International
Genre : Black comedy/ Crime/ Thriller
Running Time : 138 minutes
Release Date : 5th October 2018
Trailer :


Lepas movie Shubh Mangal Shavdhan, Aayushman berlakon dalam Andhadhun yang mengisahkan tentang si buta jadi saksi kepada pembunuhan selebriti terkenal. Macam mana si buta boleh jadi saksi? Simple je jawapannya, sebab dia tak buta pun. Akash (Ayushmann Khurrana) berlakon jadi buta sebab sewa rumah kebajikan jauh lebih murah untuk hidup di bandar.

Tapi sebab utama dia berlakon jadi buta sebab dia nak bereksperimen dengan seni. Bila dia berlakon jadi buta, telinga dia akan fokus dengan nada piano yang dia main. Yes of course Akash sangat berbakat sebagai pemain piano tapi dia nak create masterpiece. Dari awal movie sampai habis you guys akan tengok betapa hebatnya Akash sebagai pianist.

Image result for andhadhun

Rutin biasa Akash setiap pagi akan keluar kerja lepastu sarapan dan ajar piano tapi satu hari dia kena langgar dengan Sofie (Radhika Apte). Disebabkan pertemuan tu Akash diambil bekerja sebagai pianist di restoran ayah Sofie. Langkah kanan untuk Akash bila selebriti Pramod Sinha (Anil Dhawan) suka dengan talent dia dan book Akash untuk main piano masa anniversary di rumah dia.

Bila Akash sampai ke rumah Pramod, isteri dia, Simi (Tabu) cuba halang Akash dari masuk tapi disebabkan jiran dia dah intai, dia biar je Akash masuk sebab dia percaya Akash buta dan takkan nampak mayat Pramod terbaring di lantai mati dibunuh oleh kekasih gelap Simi.


Cuak jugak Akash bila nampak mayat Pramod dengan kesan tembak di kepala tapi dia kena tenang main piano sampai Simi suruh dia keluar dari rumah. Akash tekad nak buat laporan polis walaupun nampak mengarut sebab dia buta tapi plan dia hancur bila kekasih gelap Simi rupanya pegawai polis. Satu hal Akash nak kena cover dia buta dan tarik balik laporan polis.

Masa majlis pengebumian Pramod, Simi upah Akash untuk datang mainkan lagu kegemaran Pramod sampai habis majlis. Menyampah dengan ucapan Simi kepada Pramod, jiran dia bagitahu polis dekat situ yang Simi sebenarnya bunuh Pramod sebab dia nampak ada lelaki lain datang sebelum Akash. Dia boleh bantu polis untuk pengecaman muka.


Esoknya bila Akash datang lagi sekali ke apartmen Pramod untuk ajar Dhani, anak tunggal Pramod, Akash nampak Simi tolak jiran dia dari tingkat atas. Makin bertambah cuak Akash dengan Simi. Nak tutup mulut untuk satu kes bunuh pun dia dah tak mampu inikan pula dua kes. Simi syak Akash tak buta so dia pergi ke rumah Akash untuk butakan Akash dan misi dia berjaya. Apa jadi lepas tu kena la tengok sendiri sebab ni semua dalam first half je.

Kalau first half dah bermacam kejadian, imagine second half macam mana! Plot Andhadhun ni memang unpredictable and even you guys dah sampai ending pun akan tertanya-tanya apa dan kenapa atau mungkin lagi banyak soalan yang akan keluar hanya disebabkan tin.

Image result for andhadhun

Lakonan semua cast memang terbaik lah baik dari leading cast mahupun supporting dan disebabkan watak Akash ni Ayushman dah boleh dilabelkan sebagai pelakon yang versatile di Bollywood. 2 tahun berturut movie dia hit di Box Office and I really hope he can win Best Actor for this year or Critics Award for his performance.

Movie Andhadhun cuma ambil masa selama 44 hari je untuk siap sebab location dia tak banyak pun. Dalam rumah Akash, restoran Sofie, rumah Simi, klinik lama dan beberapa tempat lain. Selain dari jalan cerita, you guys kena perhati jugak dialog yang boleh bagi hint untuk persoalan besar dalam movie ni. Banyak juga teori yang muncul untuk explain jalan cerita Andhadhun ni tapi ikut lah kreativiti masing-masing sebab jawapan ada dalam movie tu cuma kena pandai cari. Kenapa director buat ending tergantung macam tu? Bak kata Sofie : 

Some things are better unfinished

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

10 comments

  1. Menarik !! Camni kena tengok ni

    ReplyDelete
  2. menarik review hana. nak tengok ni

    ReplyDelete
  3. Thank you for review kak FJ!! ^^

    ReplyDelete
  4. Adoi.. adoi.. Review nie buat rasa nak gi cari filem nie sekarang.. sangat menarik..

    ReplyDelete
  5. Nampak menarik.. hehe.. lama xtgk cerita tamil

    ReplyDelete
  6. Baca sinopsis di sini pun dah cukup berdebar-debar rasa.
    Bila baca teringin nak tengok cerita ni bila berpeluang.

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.