Time Well Spent At Eco Ardence Setia Alam

By farhanna jafri - 06:30



Semalam ternampak Eco tersenarai dalam tempat wajib pergi di Selangor and yes, it is! Eco Ardence terletak di Setia Alam dan mempunyai keluasan sebesar 27 ekar yang dibuka pada 21 April 2018. Dekat sini tak payah risau dengan tempat parker sebab memang luas even kitorang pergi masa weekend nak pula masa tu ada Festival Kuih Bulan tapi still dapat tempat. Free!









Di Eco Ardence ni ada padang bola sepak, kedai makan bersepah, pasaraya, farmasi, gym, surau, tandas, dobi dan paling penting haruslah spot bergambar yang cantik! Tak payah berebut pun sebab banyak sangat sampai penat nak bergambar. Mostly kedai di sini guna kontena yang dihias cantik dengan lukisan graffiti ataupun deco hipster. 







Tarikan utama haruslah tasik yang cantik dan air pancut di bahagian tengah tasik. Kalau bersantai di jambatan ni bila ada angina memang terkena tempias lah cerita dia. Dekat tasik ni ada itik comel dan jinak but please jangan bagi makan roti dekat diorang sebab roti merbahaya sebenarnya. Nak bagi makan, bagi jagung atau salad okay?

Forgot to mention dekat sini ada kemudahan berbasikal tapi rate dia agak mahal so kalau tak mampu bakar kalori dan nikmati angin di Eco Ardence ni dengan berjalan kaki je. For parents yang bawa anak-anak boleh keep them entertain dengan playground dekat sini cuma tempat dia agak kecil dan terhad lah.




Masa pergi Eco Ardence ni memang banyak aktiviti disediakan untuk pengunjung. Nak join sekali tapi sesak dengan budak-budak so kasi chance dekat parents lah walaupun teringin wei nak buat tanglung. Rasanya belah malam diorang lepaskan tanglung tu ke atas.




Disebabkan konsep Eco ni mesra alam, so you guys akan jumpa banyak tanaman yang ditanam sendiri. One of them is pudina, lepak dekat sini memang wangi sangat bau pudina. Ada lagi tanaman lain dan glasshouse untuk simpan tanaman hidroponik diorang.


Like I said earlier banyak sangat tempat untuk bergambar, sepetang pun tak puas berjalan. Gallery pun boleh cecah beratus gambar.






Sebelum balik singgah sekejap dekat booth daging bakar sebab daging yang dia guna ialah daging yang diimport dari Australia. Makan panas-panas memang boleh licin dekat situ sebab daging dia juicy and fresh!




Kuih bulan pun boleh ambil free je dekat booth ni tapi cepat sangat habis sebab sedap. Kuih bulan dia lembut je dan tak manis sangat. Just nice dekat tekak. Dah habis makan dekat situ pergi menempel dekat yogurt Ilao Ilao pulak.



Siapa yang belum pernah datang sini memang patut try sebab tempat riadah yang cantik dan bersih. Memang patutlah dia masuk dalam senarai wajib pergi bila di Selangor because it is soooo worth it. Banyak lagi tempat untuk bergambar tapi penuh dengan orang even tingkat atas I bet mesti lagi cantik view or masa sunset. For sure nak datang sini lagi nanti. 

  • Share:

You Might Also Like

13 comments

  1. wah..cantik..mmg byk port menarik untuk bergambar kalau ke sini...

    ReplyDelete
  2. Okay, nice place kalo shooting kawen ni~ haha

    ReplyDelete
  3. Nice place, someday nak pergi

    ReplyDelete
  4. Best nya. Hopefully one dapatlah kita pergi

    ReplyDelete
  5. Wow cantiknya, rasa macam nak pindah pi duk sana ja...

    ReplyDelete
  6. Last picture spotted!! haha >_<

    ReplyDelete
  7. cantiklah view dia. syok bergambar ni :)

    ReplyDelete
  8. jogging tepi tasik ni mesti syiok!

    ReplyDelete
  9. Rasanya setiap negeri patut wujud tempat riadah yg mesra alam begini.

    ReplyDelete
  10. Ada hajat nak datang sini tapi tak sampai2 lagi huhuhu. Nanti kena pergi jugak ni. Cantik2! Kalau nama 'Eco' tu memang cantik2 tempatnya.

    ReplyDelete
  11. Dah pernah sampai dua kali dulu, first time sampai dgn colleague excited sebab ramai giler lepak kat padang tu..bawak husband second time tu, dia kata penat nak jalan..hurm

    ReplyDelete
  12. adoi.. menarik betul.. Cantik, banyak aktiviti boleh buat..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)