Movie Review : Searching

Tuesday 20 November 2018

Image result for searching 2018

Director : Aneesh Chaganty
Writer : Aneesh Chaganty, Sev Ohanian
Cast : John Cho, Debra Messing
Production Company : Bazelevs Company, Screen Gems, Stage 6 Films
Distributor : Sony Pictures Releasing
Genre : Thriller/Mystery/Drama
Running Time : 102 minutes
Release Date : January 21, 2018 (Sundance), August 24, 2018 (United States)

Trailer : 


Movie Searching mengisahkan tentang pencarian si ayah bila anak perempuan kesayangan hilang tanpa jejak. Uniknya movie ni bila penceritaan cuma menggunakan gadget yang digunapakai oleh si ayah sahaja. Sama konsep macam movie Unfriended bila penonton cuma boleh tengok dari webcam pengguna FB je.

David Kim (John Cho) mula perasan kehilangan Magot (Michelle La) bila sampah yang dia suruh buang semalam tak dibuang. Last contact dengan Margot jam 9 malam sebelum dia tidur. Masa dia tidur, dia ada dapat 3 missed calls dari Magot tapi disebabkan dia tidur mati memang dia tak sedar langsung emergency calls tu.

Image result for searching 2018

Lepas 24 jam dan hilang klu untuk cari anak dia, David buat police report kemudian kes dia diketuai oleh Detektif hebat di kawasan tu, Detective Rosemary Vick (Debra Messing). Dari Det Rosemary, CCTV rakam kereta Magot menuju ke tasik Barbosa kemudian hilang di kawasan sekitar so detektif tu assume Magot lari dari rumah sebab dia bawa cash yang agak banyak. Cash tu hasil duit belanja untuk kelas piano tapi Magot stop pergi sana sebab dia teringatkan arwah mak dia, Pamela Nam Kim (Sara Sohn) yang mati sebab kanser.

Tapi David tak puas hati sebab dia tahu Magot macam mana, tak mungkin Magot nak lari sedangkan life Magot okay je selama ni. Tapi bila dia korek semua social media Magot, dia dapat tahu life anak dia sebaliknya. Magot tak ada kawan langsung, Magot suka bersendirian, Magot suka upload video dan beberapa lagi lah rahsia yang dia jumpa. Seriously a parent’s nightmare!

Image result for searching 2018

Lucky for David sebab dia memang pandai bab IT dan gadget so dia boleh godek sana sini cari maklumat. Kalau parents yang biasa tanpa kepakaran macam ni memang mati kutu bila anak hilang. Masa tengok movie ni amazed dengan skill David satu hal, amazed dengan cara dia organize life dia pun satu hal jugak. Memang makhluk Asia yang sangat berdisiplin dan teratur hidupnya.

Movie Searching ni tergolong dalam movie terbaik 2018 sebab keunikan jalan penceritaannya tapi it’s a turn off kalau tak suka slow pace mystery movie. Emotion pun tak dipaparkan sangat dalam movie ni, kalau intense scene pun you guys tengok dari jauh je either dari lensa dron, video recorder ataupun smartphone.

Image result for searching 2018

But seriously recommended to watch this movie sebab jalan cerita yang unik even plot twist dia pun bagus. Lakonan David Kim pun tercalon dalam beberapa Film Festival tahun ni. Even movie ni sendiri menang Alfred Sloan Prize di Sundance Film Festival.

1. Team Production +1, 2. Visual +0.9, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.4/10

10 comments

  1. Aien baru ingat nak tengok semalam. Okay boleh tengok ni. ^^ Nice review.

    ReplyDelete
  2. Menarik review Farhanna tapi tak berapa suka movie style nie.. huhu..

    ReplyDelete
  3. BROKER TERPERCAYA
    TRADING ONLINE INDONESIA
    PILIHAN TRADER #1
    - Tanpa Komisi dan Bebas Biaya Admin.
    - Sistem Edukasi Professional
    - Trading di peralatan apa pun
    - Ada banyak alat analisis
    - Sistem penarikan yang mudah dan dipercaya
    - Transaksi Deposit dan Withdrawal TERCEPAT
    Yukk!!! Segera bergabung di Hashtag Option trading lebih mudah dan rasakan pengalaman trading yang light.
    Nikmati payout hingga 80% dan Bonus Depo pertama 10%** T&C Applied dengan minimal depo 50.000,- bebas biaya admin
    Proses deposit via transfer bank lokal yang cepat dan withdrawal dengan metode yang sama
    Anda juga dapat bonus Referral 1% dari profit investasi tanpa turnover......

    Kunjungi website kami di www.hashtagoption.com Rasakan pengalaman trading yang luar biasa!!!

    ReplyDelete
  4. Wah suka cerita camni. In the to watch list dah 😊

    ReplyDelete
  5. Wah, kena tengok juga ni sebab pernah baca dah pasal filem ni

    ReplyDelete
  6. menarik part bapa dia cari anak guna gadget tu. kalau macam shu buta IT ni, mengharapkan polis dan viral. Allah, minx dijauhkan. nice review hana :D

    ReplyDelete
  7. suami saya dah tengok... best katanya...

    ReplyDelete
  8. Suka cerita ni mmg Ada kelainan

    ReplyDelete
  9. Review awak snagat menari buat diriku tertarik untuk tengok movie ini :D

    Fatina Mudz

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.