Movie Review : Rise : Ini Kalilah

By farhanna jafri - 03:50

Image result for rise ini kalilah

Pengarah : Saw Teong Hin, Nik Amir Mustapha, MS Prem Nath
Pelakon : Remy Ishak, Mira Filzah, Sangeeta Krishnasamy, Jack Tan, Shashi Tharan, Jenn Chia
Genre : Politik/Drama
Durasi Tayangan : 100 minit
Tarikh Tayangan : 13 September 2018
Syarikat Produksi : WebTV Asia
Trailer :



Movie politik bersejarah yang berkisarkan tentang PRU14 ditayangkan pada bulan September yang lepas dengan barisan pelakon yang bagus. Tapi sambutan tak sama macam yang dijangka sebab kutipan cuma 50 ribu lebih je sedangkan bajet mencecah 2 juta ringgit. Rating untuk movie ni pun agak teruk.  The trailer great enough but not for the whole movie.

Koperal Azman  (Remy Ishak) seorang polis yang sentiasa mengalami masalah kewangan ditambah pula dengan masalah kesihatan mak dia di kampung mendorong dia untuk mengambil rasuah. Watak Fiza (Mira Filzah) pula dalam dilema untuk balik ke Malaysia ataupun tak since dia dah dapat kerja di negara tapi desakan housemate dia Sasha (Sweet Qismina) dan beberapa lagi kenalan lain yang perlukan bantuan Fiza untuk hantar balik undi mereka ke Malaysia disebabkan kelewatan JPR menghantar borang undi pos.


Watak Leong agak kabur dalam movie ni bila dia digambarkan sebagai manusia yang hilang jiwanya bila berjauhan dengan keluarga dan merantau ke negara lain untuk mencari rezeki. Watak Leong berkait dengan watak Shanti, cikgu sekolah yang menjadi sukarelawan PACA tapi selalu bertengkar dengan ayah dia disebabkan perbezaan politik.

Watak Selva pula seorang bakal ayah yang bekerja sebagai ejen pekerja warga asing tapi terpaksa buat kerja kotor semasa PRU disebabkan ugutan dari VIP parti lama. Aktiviti kotor dia dihidu oleh wartawan June (Jenn Chia) dan Marcus (Mark O'Dea) walaupun diorang berdua ni wartawan hiburan?

Terlampau banyak kisah dalam satu movie tapi tak semua berjaya tinggalkan impak sedikit ataupun banyak lepas menonton movie ‘bersejarah’ ni. Sayang seribu kali sayang bila drama kekecohan sebenar pada PRU14 tak didokumentasikan dengan baik dalam movie RIK karya 3 pengarah. Mungkin disebabkan tempoh masa yang agak singkat, cuma 3 bulan sahaja sebelum ditayangkan di pawagam.

Semua watak akan berjumpa di pusat mengundi Ayer Hitam pada jam lebih 4.58 petang. Scene ni walaupun pengarah cuba untuk nampak dramatik dan saspen, tapi gagal secara total. Fizah yang beria lari ke pintu hadapan sedangkan pintu belakang terbuka luas walhal dia dah kesuntukan masa mengakibatkan dia gagal hantar borang undi pengundi luar negara yang lain disebabkan Koperal Azman dah tutup pagar. 


Selva yang hantar kotak undi palsu pun tak diambil sebarang tindakan pun oleh dua orang polis di pusat mengundi tu sedangkan boleh dikenakan tindakan. Jangankan Selva, VIP yang mengugut dia pun terlepas sekali. Movie ni cuma ketengahkan kerjasama dari setiap rakyat Malaysia yang berbilang bangsa je bukan kuasa undang-undang. 

Ada jugak scene yang menyakitkan hati macam scene FBlive Sasha katanya respon gempak padahal syok sendiri. Ingatkan pengarah nak letak video ucapan yang menyentak hati Fizah supaya timbul rasa nak membantu. Masa Fizah nak volunteer hantar kertas undi ke Ayer Hitam tu pun facepalm bila dia semangat nak bantu tapi dia tak ada kereta. I was like huh? Nasib ada aunty tiba-tiba muncul untuk tolong drive ke sana.


Kalau beberapa bulan sebelum PRU14 dah kecoh dengan tarikh mengundi pada hari bekerja tapi dalam movie ni kekecohan tu tak digambarkan sangat. Sama juga dengan kekecohan di pusat-pusat mengundi sampaikan rakyat Malaysia terpaksa berjaga sehingga 5 pagi menunggu PM dan Kerajaan Baru. Dokumentasi hari bersejarah tapi hambar, sedangkan hari tu antara hari yang bermakna buat pengundi muda terutamanya yang bersatu dalam pelbagai cara untuk tumbangkan kerajaan lama.

Scene yang best pun masa Tun M berucap buat kali terakhir sebagai ketua pembangkang dan credit scene bila pengarah letak koleksi gambar dari himpunan Bersih yang diadakan sebelum PRU14.


Walaupun jalan cerita berterabur dan movie ni agak slow pace tapi penggunaan kamera agak bagus tambah pula certain scene ada syot yang cantik. But that’s not enough to be a great and memorable movie just like PRU14. Harap lepas ni ada director lain yang cuba garap dengan lebih baik peristiwa bersejarah ni.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought 0 = 4.8/10

  • Share:

You Might Also Like

7 comments

  1. Tak tengok pun. Sebab baru seminggu tayang, dah bersepah bad review. Sayang, la filem sejarah buat ala kadar je.

    ReplyDelete
  2. ala, sayangnya..peristiwa bersejarah masa PRU14, tak diolah dengan best dalam filem...sejarah tu..boleh tunjuk pada generasi akan dtg macamana semua rakyat malaysia bersatu menumbangkan kerajaan lama demi utk.masa depan negara...

    ReplyDelete
  3. Nak tengok, tapi disebabkan ramai kata tak best, tak ada hati nak tengok. tunggu la rasa politik tu sampai. haha

    ReplyDelete
  4. Ala zumal tak tahu pun kewujudan filem ni

    ReplyDelete
  5. Tak perasan ada movie ni hahaha... kesiankan

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)