Movie Review : On Your Wedding Day

By farhanna jafri - 07:57

Image result for on your wedding day

Director : Lee Seok-Geun
Writer : Lee Seok-Geun
Cast : Park Bo-young, Kim Young-kwang
Production Company : Filmmaker R & K
Distributor : Megabox Plus M
Genre : Romantic/Comedy
Running Time : 141 minutes
Release Date : 22nd August, 2018
Trailer :


Kecoh dekat Twitter movie OYWD ni sedih sangat sampai lelaki pun menangis tengok movie ni. Disebabkan ramai sangat yang recommend untuk layan movie ni saja curi masa tengok apa yang syahdu sangat.

Mengisahkan Hwang Woo-yeon (Kim Young-kwang) jatuh cinta pandang pertama dengan si cantik Hwan Seung-hee (Park Bo-young), pelajar baru di sekolah dia. Dalam ramai lelaki yang minat dengan Seung-hee, Woo-yeon yang berjaya berkawan tapi friendship diorang tak lama pun bila Seung-hee terpaksa berpindah ke sekolah lain gara-gara ayah dia yang pemabuk datang serang.


Woo-yeon bukan pelajar pandai yang ada masa depan pun so lepas habis sekolah je dia dah fikir nak kerja di restoran biasa je tapi lepas nampak gambar Seung-hee dalam brochure kolej di Seoul, dia berazam untuk masuk ke kolej yang sama. Gigih dia berusaha untuk lulus ujian kemasukan universiti dengan jayanya.

Atas usaha gigih dia tu, dia berjaya masuk ke kolej yang sama tapi sayangnya Seung-hee dah ada boyfriend. Satu hal pulak dia nak kena impressed Seung-hee supaya nampak jauh lebih bagus. Mampu atau tak Woo-yeon tawan hati Seung-hee tu kena tengok sendiri.


Chemistry Kim dengan Park nampak cantik onscreen untuk jayakan watak hero dan heroin baik sebagai kawan mahupun pasangan kekasih. Ni bukan spoiler tau sebab masa Woo-yeon dengan Seung-hee berkawan, diorang bagitau satu sekolah diorang tengah dating supaya Seung-hee tak dikacau oleh geng budak nakal.

Jalan cerita movie ni pun ringan dan sweet, sesuai dengan genre rom-com yang dibawa tapi emotion tu tak deep macam movie You Are the Apple of My Eye, movie Taiwan tahun 2011 sebab jalan cerita dua movie ni lebih kurang je. So kalau you guys pernah tengok movie Taiwan ni, mesti you guys boleh tahu ending movie OYWD ni jugak. Personally I prefer YATAOME lah sebab ending dia memorable habis. Nampak betapa dalamnya cinta dia dengan perempuan tu even comedy scenes pun kelakar habis.

Related image

Visual movie ni memang cantik tambah shooting location cantik kemain nak pula scene masa diorang berdua curi masuk di bangunan lama tengok sunset. Siapa je tak jatuh cinta sembang hati dan perasaan kalau lepak dekat situ kan. Tapi bab soundtrack song dia tak ada pun lagu yang sweet ataupun syahdu yang get along so well in certain scenes.

Sama macam movie YATAOME, mesej yang sama jugak diketengahkan dalam OYWD ni bilamana belajar menerima kenyataan kehidupan dan hadirnya seseorang tu dalam kehidupan kita akan mengubah sama ada menjadi lebih baik ataupun buruk. Cinta boleh ubah seseorang tu kepada personality atau karakter yang tak dijangka. Macam penangan cinta Seung-hee mampu ubah Woo-yeon jadi manusia yang berguna kepada masyarakat walaupun ada certain times Seung-hee buat Woo-yeon menyesal kenal dengan dia.


Since ramai yang dah recommend and movie ni pun ada tercalon dalam beberapa award events, so you guys should try find some time untuk layan movie ni. Tak kisah lah yang single ataupun dah ada partner, this movie still great to watch.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.6/10

  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. Macam best je review sebab dah lama betul tak tengok movie Korea ni..boleh riki2 la pasni

    ReplyDelete
  2. Macam best je review movie ni, nak tengok jugak lh...🤩🤩🤩 fana nak tengok online kat mana ye yg ada subtitle dia sekali...
    Tima kasih

    ReplyDelete
  3. Hujung2 bulan nanti baru nak tengok. sedikit busy bulan ni

    ReplyDelete
  4. Review menarik.. Nanti try cari sebab movie kan.. Tak adalah lama sangat nak hadap..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)