Caramel Pudding Marble Cake Masya!

Thursday 15 November 2018

Dah lama tak makan pudding caramel sebab susah nak jumpa satu hal, susah nak jumpa yang tak manis sangat dan tak hanyir telur pun satu hal. Last week nampak kawan post dia buat adunan kek baru. Laju je tangan kata nak padahal makan kek bukannya banyak mana pun.

Dah settle share location rumah dengan sembang harga, Ahad petang dapat jugak merasa air tangan dia. Tapi masa dapat tu tak terus makan sebab kek ni kena makan masa sejuk. Petang masuk, malam baru dapat rasa. Sanggup tunggu sebab dah craving lama sangat dah.



Nampak macam biasa je, tapi bila masuk dalam mulut fuhhhh terbaik! Kena dengan tekak sebab tak manis sangat dan tak rasa hanyir telur tu. Makan masa sejuk pulak memang merinding amat!


Marble cake dekat lapisan bawah pulak lembut, sedap dan cantik! Even makan pada hari ketiga pun still sedap lagi. Kek dia pun tak lembik terendam disebabkan pudding caramel dekat lapisan atas. Day three and still rocking. 

Since makan tak banyak sangat, bawak pergi office bagi yang lain merasa jugak and yupp diorang pun suka. Habis licin satu box ni. Berbaloi sangat beli, nanti bila craving nak order lagi sebab rumah tak lah jauh mana so dia boleh COD je. 



Satu box harga RM35 termasuk COD. Cover area Shah Alam dengan Subang tak silap. Nak order PM je dekat FB dia okay. Kalau nak beli je lah, kalau nak mintak resipi tu tak jamin la pulak boleh dapat ke idak. Ciao!

7 comments

  1. Terliuq aihh tengok pudding marble cake ni

    ReplyDelete
  2. tk pernh lg try yg mcm ni ..slalu mkn caramel puding je

    ReplyDelete
  3. wahhh. tak pernah try puding caramel macam ni. pernah try yg biasa punya jee..

    ReplyDelete
  4. hohooooiiii sedap nya, akak pun suke... sbb kek tu akan jd super2 moist sangat

    ReplyDelete
  5. Setuju part bau telur dan manis tu.. memang payah nak cari yang kena dwngan tekak.. kalau dapat jumpa yang sedap macam nie, memang boleh repeat order.. nasiblah jauh..kalau dekat, boleh gak mencuba..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.