11.11 Festival Membeli Belah - JUALAN SEHARI TERBESAR kini bermula!

By farhanna jafri - 03:35


Blogger Contest Lazada datang lagi bersempena dengan Lazada 11.11 Shopping Festival pada 11 November 2018 nanti! Excited sangat sebab dah gaji. Ka-ching ka-ching ka-ching!

Apakah 3 produk (atau lebih) yang anda rancang untuk membeli sempena Lazada 11.11 Shopping Festival? Kongsikan Bersama kami!


Produk yang dirancang untuk dibeli memang ada banyak sebab festival shopping mesti ada banyak sales sana sini kan tapi 3 produk yang terutama buat masa sekarang ni ialah :


1) Air Purifier


Hajat asal nak air purifier je tapi terjumpa pula produk bagus fungsi 3 dalam 1 dengan rating tinggi. Bukan takat boleh bersihkan udara dalam rumah tapi siap boleh tangkap nyamuk lagi. Sekarang ni dah nak masuk musim hujan so memang banyak lah nyamuk yang membiak silap-silap ada aedes berkeliaran. Bila ada MMX ni membantu sangat kehidupan selesa di dalam rumah. Hati tenang gittew uolls!

2) Vacuum


Rumah anak dara kalau tak penuh dengan helaian rambut memang tak sah lah sebab sehari entah berapa puluh helai yang gugur nak pula kalau tengah stress dengan kerja. Sapu dengan penyapu biasa memang mengundang maraknya api dalam hati so I really need this! Ada free shipping pulak tu, memang patut ambil lah produk ni!

3) Air Fryer


Sekarang ni sana sini sembang pasal kelebihan memasak guna air fryer. Tengah sale ni memang harga tengah jatuh mendadak sebab potongan harga 50% ke atas. Yang dalam gambar tu pun dari harga RM750 jatuh sampai RM259.99 je. Memang rugi kalau tak grab kan? Dah la design cantik, rating tinggi ditambah pula dengan cop SIRIM, memang yakin sangat nak guna!

Settle 3 barang yang diidamkan untuk 11.11 Sale ni, you guys pulak macam mana? Dah tengok dah 3 barang yang diidamkan tu? Bukan selalu nak dapat peluang hebat di Lazada ni tau. Ikutkan hati banyak lagi barang yang nak beli tapi koyak pulak poket seluar ni nanti. Blogger yang belum join tu boleh klik dekat banner di atas dan kepada yang nak membeli bergegas lah ke laman web Lazada sebab sale ni hanya akan diadakan pada 11 November 2018 ni je tau. Siapa lambat memang melepas!

  • Share:

You Might Also Like

6 comments

  1. woww xleh tengok sale ni..! hihi.. asyik bocor je poket.. btw, sy pernah beli air fryer russell taylor tu kat shopee.. lagi murahh, rm189.90 xsilap cmpur postage ke sarawak 2ratus lebih. still lg murah dr lazada ni.. hihi. just sharing.. =)

    ReplyDelete
  2. wahhhhh,, semua barang kelengkapan untuk rumah kan.. menarik2.. good luck untuk awak tau.. anyway.. jom singgah entry ekin juga :D

    https://asyiqinroslee.blogspot.com/2018/11/1111-festival-membeli-belah-jualan.html

    ReplyDelete
  3. Air purifiyer dengan air fryer tu nampak berbaloi untuk dibeli..

    ReplyDelete
  4. Haha. Rambang mata sungguh. Dalam cart tu tak tau la dah berapa banyak item kita save.

    ReplyDelete
  5. Banyak juga produk best kat lazada ni yer

    ReplyDelete
  6. Memang rambang mata la tengok sale ni. ^_^ all the best ya~

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)