Roti Canai Terbang, Subang Bestari

Tuesday 23 October 2018

Mesti ramai yang tahu pasal tempat makan Roti Canai Terbang ni kan sebab kes video viral roti canai terbang hinggap atas kepala makcik ni :


Sejak kes landing atas kepala customer ni, area depan tu dah kosong dah. Selalunya penuh dengan orang yang nak record video roti canai terbang je lah. 

Tapi sebenarnya roti canai yang customer makan tu bukan yang dok terbang sana sini pun. Yang terbang tu dia buat asing khas untuk show je. Yang korang makan prepare cara biasa je so tak ada isu melekat bakteria udara sana sini ataupun habuk sawang bagai. 

Roti Canai Terbang ni buka setiap hari dari 5 petang sampai jam 2 pagi tak silap tapi depends jugak dengan stok makanan. Kalau habis awal, tutup awal lah. Kalau roti canai memang cepat sikit habisnya. Dalam pukul 9 pun dah boleh kecewa.


Sebelum wujud dekat Bandar Pinggiran Subang, diorang bertapak dekat Persiaran Apollo tapi dekat situ buka tepi jalan je dan tempat duduk tersangatlah terhad. Bila dah dapat buka kedai sendiri ni memang meriah sangat tapi kalau peak hour memang terpaksa tunggu sekejap sementara ada kosong. 

Antara menu dekat sini roti canai, laksa, bihun sup, nasi ayam, nasi goreng, cucur udang, char kuey tiaw, nasi lemak dan lain-lain.





Most recommend kalau datang sini order teh tarik ais sebab dari dulu sampai ke sekarang sedap sangat. Dekat Subang Bestari ni so far, teh ais RCT paling kaw tapi ada certain waktu dia syahdu jugak. 

Second fav, char kuey tiaw ataupun kuey tiaw goreng sebab sedap. Makan pulak dengan telur mata memang berselera betul makan. Maggi goreng pun best nak layan. 







Dari awal dia bukak pun memang suka makan dekat sini sebab sedap dan murah tapi sekarang yang sedap ni dah tukar jadi hambar. Roti canai dulu rangup je sekarang memang menangis makan sebab isi dia tebal. Bihun sup pun dah kosong, dulu meriah lah jugak bahan dekat dalam tu.


Cucur udang antara menu yang paling sedih. Dulu terasa lah jugak udangnya, cucur pun besar gebu je tapi sekarang taugeh dengan kucai je banyak, saiz dia pun dah kecut.

Syahdu labur duit dekat sini tapi dekat area sini tak meriah sangat dengan kedai makan yang banyak pilihan macam RCT ni. Sayanglah dulu sini port fav tapi sekarang balik rumah masak sendiri je.

1 comment

  1. Ingatkan yang terbang terbang tu dia bagi dekat pelanggan.. Rupanya untuk show je ye..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.