Movie Review : Venom

By farhanna jafri - 09:59

Related image

Director : Ruben Fleischer
Writer : Jeff Pinkner
Scott Rosenberg
Cast : Tom Hardy, Riz Ahmed, Michelle Williams
Production Company : Columbia Pictures, Marvel Entertainment, Tencent Pictures, Arad Productions, Matt Tolmach Productions, Pascal Pictures
Distributor : Sony Pictures Releasing
Genre : Sci-fi/Action/Comedy
Running Time : 112 minutes
Release Date : 4 October 2018
Trailer :



Finally movie Venom keluar dekat cinema lepas entah berapa bulan dok menunggu tarikh tayangan rasmi. Walaupun hujan lebat semalam but hey ho we managed to watch one of Marvel creation! Kalau tak familiar dengan Venom, dalam franchise Spiderman Tobey Maguire ada wujud Venom ni – movie ketiga dari franchise Spiderman.

Venom atau lebih dikenali dengan simbiot ialah sejenis makhluk asing yang dibawa dari angkasa lepas oleh Drake untuk tujuan mengubati pesakit kanser dengan cara simbiot meresap masuk ke dalam badan manusia atau dilabel sebagai perumah. Cubaan demi cubaan gagal sebab simbiot akan makan organ dalaman perumah.


Dr.Skirth pada awalnya menyokong idea Drake mula rasa cuak sebab Drake menganiaya gelandangan yang terdesak untuk duit walhal masing-masing jadi bahan eksperimen untuk simbiot belajar adapt dalam perumah. Disebabkan makin bertambah bilangan mayat dekat makmal dia, Dr. Skirt cuba contact Eddie Brooke, wartawan terkenal dengan siri expose kejahatan dunia dan hilang kerja disebabkan berani cari pasal dengan Drake.

Dr. Skirth berpakat dengan Eddie dan bawa dia masuk ke lab Life Foundation tapi simbiot dekat makmal tu masuk ke dalam badan Eddie. Lucky for him, simbiot Venom serasi dengan badan dia walaupun agak susah untuk adapt. Since then, bermula siri memburu oleh Drake sebab dia dah nampak kemampuan sebenar simbiot-perumah bila bergabung.


For me, I’m quite disappointed sebab Venom yang I kenal ialah makhluk jahat tapi so I’m expecting an anti-hero movie macam movie Suicide Squad but that didn’t happen bila story berubah kepada Venom berubah jadi baik and yes ruining my expectation. So we have another heroic franchise. Yeay?

Tapi tak lah kecewa sangat sebab karakter Venom lebih kurang Deadpool je, slick and witty. Banyak juga adegan kelakar dalam movie Venom especially scene Eddie panjat menara syarikat boss lama dia untuk serahkan bukti Drake dan Life Foundation dengan scene bila Eddie cuba nak faham Venom.


Dalam movie Venom ni memang tak ada langsung mention tentang Spiderman walaupun Marvel fans kenal Venom dari movie Spidey. Perjalanan cerita memang sepenuhnya mengisahkan tentang simbiot especially Venom and apparently dalam movie Venom, simbiot yang dibawa ke muka bumi ada 3 – Riot, Venom and Carnage. Spoiler alert, Venom is nothing to compared with Riot and Carnage and I honestly can’t wait for Carnage to showing off his villainess to the world.

Since I bukan pembaca tegar komik Marvel so kronologi Venom dengan Spidey ni tak boleh bayang lagi dekat mana. Tak pasti kalau franchise ni sepenuhnya akan cerita tentang Venom dan musuh dia ataupun akan berjumpa juga dengan Spidey nanti ikut cerita asal.  Cerita asal, simbiot Venom berjumpa dengan Eddie Brock yang benci dengan Peter Parker sebab dah musnahkan karier dia tapi dalam movie Venom, karier Eddie musnah disebabkan Drake so I bet this is a standalone movie nak pula Venom under distribution Sony Pictures bukan Disney. Persamaan Venom dalam Spiderman dengan Venom ni ialah kelemahan dan kekuatan simbiot.


Oh yeah, lepas movie Crazy Rich Asian tayang keindahan Malaysia, movie Venom pun join jugak bila simbiot ni jatuh dekat Sibu, Sarawak! Kamek sayang kitak uolls! Cuma agak pening bila simbiot Riot yang masuk badan pegawai tu berjalan dari Sibu sampai ke China? Lepastu patah balik ke airport Kuching agaknya sebab ada signage ‘TANDAS’ untuk naik flight pergi ke US nak jumpa Drake.

Movie Venom ni tak lah best sangat sebab lawak dia ada yang hambar dan first half agak dull ditambah pula dengan action stunt yang biasa. Sepatutnya movie ni panjang lagi tapi disebabkan 40 minit dipotong oleh censor board so cerita dia tak digarap dengan baik especially scene Venom/Eddie try halang niat jahat Riot/Drake. Even Tom Hardy kecewa fav scene dia kena potong. Kalau Tom kecewa, apatah lagi kita yang tengok ni kan?


Tapi movie ni tetap cool nak layan nak pulak lakonan Tom Hardy yang bertukar watak dalam satu masa and same goes to Riz Ahmed as Drake but not Annie. Sakit hati gila dengan dia bila dia tinggalkan Eddie walaupun Eddie di pihak yang betul. Tsskkk bitch.

p/s : Venom ada 2 credit scenes so jangan balik awal. Thanks me later. Kbai

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.4 = 6.7/10

  • Share:

You Might Also Like

10 comments

  1. yeay dah tengok. at first memang ingat venom tu jahat. ohh jadi baik sebab eddie baik mmungkin..akan ada venom2 of course :)

    ReplyDelete
  2. Adik adik kak ana sibuk nk tgk venom ni juga. Kak ana tak berapa minat tp kalau tertgk layan je.

    ReplyDelete
  3. alaaaa byknya kena potong. if so tunggu kuar kat iTunes la. adoiii

    Live life to the Fullest!

    ReplyDelete
  4. Blm ada chance tgk, watchlist movie

    ReplyDelete
  5. Menariknya bila tau ade scene buat kat Malaysia. Bangga jap. Hihi

    ReplyDelete
  6. Ala.. tak ada peluan dah nak gi wayang.. Suka gak Venom nie..

    ReplyDelete
  7. Husband ajak g midnight semalam tengok venom tapi tak jadi, hahaha. Aduhh kita tak minat betull la cite superhero gini.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)