Movie Review : The First Purge

Saturday 6 October 2018

Image result for the first purge poster

Director : Gerard McMurray
Writer :  James DeMonaco
Cast : Y'lan Noel, Lex Scott Davis, Joivan Wade, Steve Harris
Production Company : Perfect World Pictures, Platinum Dunes, Blumhouse Productions, Man in a Tree Productions
Distributor : Universal Pictures
Genre : Horror
Running Time : 97 minutes
Release Date : July 4, 2018
Trailer :


Franchise The Purge is one of my fav franchise tapi makin lama dia makin hilang momentum baik dari segi jalan cerita mahupun stunts. Movie keempat dari franchise ni cuba untuk menceritakan sejarah macam mana tercetusnya The Purge yang pertama di Amerika.

So it started from an experiment, of course lah semua benda nak buat dalam skala besar mesti ada eksperimen kan nak tengok jauh mana sesuatu idea tu boleh pergi tambah pulak bila ada intervention dari kerajaan. Sama macam Thanos, kerajaan pun dah stress fikir macam mana nak kawal ekonomi dan sistem dunia ni bila terjadinya overpopulation dan sumber makanan makin berkurangan.

Image result for the first purge

Pulau Staten dipilih sebagai tempat ujikaji The Purge sebab population yang miskin dan agak jauh dari bandar besar. Ramai yang join eksperimen ni sebab nak duit je. Siapa tak happy dapat USD 5000 untuk survive atau membunuh sepanjang 12 jam The Purge diadakan. Watak utama Ny (Lex Scott Davis) dengan adik dia, Isaah (Joivan Wade) ada percanggahan pendirian. Ny nak eksperimen tu dihentikan sebab manipulasi orang miskin dekat situ tapi Isaah pulak join eksperimen sebab dah penat hidup miskin tambah pulak dia berdendam dengan Skeletor. 

Dalam masa yang sama, Dimitri (Y'lan Noel) tokan dadah dekat pulau tu cuba untuk jaga business dia daripada hancur akibat The Purge. Dia nak anak buah dia jaga store dan buat kerja macam biasa tapi ada pulak yang nak caras dia malam The Purge tu supaya boleh jadi king.

Image result for the first purge

Eksperimen The Purge pada awalnya tak menjadi seperti yang diharapkan pun sebab orang miskin mana sibuk nak bunuh orang bagai, diorang busy kerja dan kaya dengan kasih sayang tapi NFFA hantar geng bekas tentera untuk buat kacau dan bunuh semua orang miskin di pulau tu. Bila eksperimen ni berjaya, diorang boleh buat The Purge tiap tahun dan kurangkan jumlah kemiskinan dalam negara.

For me part eksperimen tu dah cantik dah sebab boleh nampak membunuh tu bukan nature manusia walaupun dah dapat peluang besar. Tapi bila masuk part NFFA bergaduh dengan Dr. Updale (Marisa Tomei) mula rasa bosan sebab speech tu dah dengar dalam The Purge 2. Dimitri pulak tiba-tiba jadi hero pulau lepas anak buah dia ramai kena bunuh. Seriouslah manusia biasa boleh lawan ramai askar semata nak selamatkan awek tskkk.

Image result for the first purge

Its better kalau diorang chill je observe macam mana human nature berubah pola dalam eksperimen ni tanpa kacau tangan dari government. Boleh je kalau buat 2 atau 3 eksperimen campur dengan teori psikologi yang mind-blown and entertaining.

Sekarang ni dah ada The Purge series tapi tak rasa berminat pula nak tengok sebab franchise The Purge ni pun makin lama makin hambar so what’s the need of series kan? Since kita dah tahu objektif The Purge, perubahan pola perangai manusia so nak tahu jugak sejauh mana keberkesanan The Purge di Amerika.

Image result for the first purge

Diorang tak bincang kesan kepada ekonomi sangat pun tambah pula masa The Purge ni banyak kerosakan berlaku tapi tak pernah dibincangkan langsung ke di White House? Kos nak uruskan mayat tu semua dalam masa yang singkat sebab wabak boleh merebak kalau lambat urus. Memang ada mention tourist makin ramai untuk join The Purge tapi berapa percentage yang naik sebab The Purge 2 pun masih lagi dengan masalah kemiskinan? Tambah pula bila NFFA kena keluarkan entah berapa billion untuk eksperimen dekat pulau tu since seorang boleh dapat 5k? Curious to know the stats but I don’t think it will happen anytime soon.

Tapi seriouslah malam The Purge ni wujud sebab manusia nak membunuh? Mungkin kerajaan dan doktor tak tahu kewujudan yoga, zen dan redho untuk kawal kemarahan. And its free! Kalau yang jenis baran tu, takde makna dia nak tunggu sampai setahun. Time tu jugak dia lepas. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 5.8/10

5 comments

  1. Hahaha.. akhirnya.. Selalunya filem atau drama omputih nie mesti akan huru hara bila buat sambungan.. ataupun bersiri.. Selalu sangat akan merepek meraban.. Tapi akak tak tengok filem nie.. Baca review Farhanna je..

    ReplyDelete
  2. Memang folo cerita ni dr 1st tp Purge kali ni macam kurang sikit. Disamping banyak juga perkataan yang kalau di Malaysia confirm mute.

    ReplyDelete
  3. My fav purge yang purge 2 and 3 je, yang lain mcm meraban sikit. yg first lagi la bosan.

    ReplyDelete
  4. Tgk setengah jalan je, blm sempat abis dah lompat ke movie lain

    ReplyDelete
  5. Kita mmg tak minat cerita the purge. Penah tgk yg pertama ke kedua, tapi tak habis sebab tak sanggup tengok bunuh2. Hati sis tak kuat. Hehehe :)

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.