Movie Review : Dhadak

By farhanna jafri - 19:56

Related image

Director : Shashank Khaitan
Writer : Shashank Khaitan
Cast : Ishaan Khatter, Janhvi Kapoor, Ashutosh Rana
Production Company : Zee Studios, Dharma Productions
Distributor : Zee Studios
Genre : Drama/Romance
Running Time : 138 minutes
Release Date : 20 July 2018
Trailer :



Dah lama tunggu movie debut anak SriDevi, Jhanvi Kapoor dengan adik Shahid Kapoor, Ishaan Khatter ni sebab Karan Johar dah hype diorang dua sebelum finalise leading actor lagi. Selalunya debut movie memang akan dapat genre romantic drama ataupun rom-com je sebab yang tu paling senang nak dilakonkan. Dhadak adaptasi dari movie Marathi, Sairat yang mendapat kutipan 1 billion.

Dhadak mengisahkan tentang kisah percintaan "Madhu" Bhagla (Ishaan Khatter) dan Parthavi Singh (Janhavi Kapoor) di Udaipur, India. Tapi percintaan diorang berdua terhalang disebabkan kasta berbeza. Madhu cuma anak owner restoran biasa di Udaipur, Parthavi pulak anak keturunan diraja dan ahli politik, Mr. Ratan Singh (Ashutosh Rana).

Related image

Walaupun Madhu dah bersumpah dengan ayah dia takkan jatuh cinta dengan Parthavi tapi Parthavi sengaja ugut Madhu tak boleh ikut dia pergi mana-mana lagi. End up, diorang kantoi dengan Mr. Ratan sudahnya Madhu dengan kawan-kawan dia kena belasah dalam penjara. Restoran ayah dia pulak kena raid dan disaman sampai bankrap.

Madhu dengan Parthavi berjaya larikan diri sampai ke Kolkata dengan bantuan pakcik Madhu di Nagpur. Di Kolkata, life Madhu dengan Parthavi agak susah sebab sebelum ni parents diorang yang sediakan semua benda tapi di Kolkata diorang kena cari duit sendiri untuk survive. Untuk Madhu cari duit tu tak susah pun sebab dia pun bekerja sambil belajar masa dekat Udaipur.

Image result for dhadak

Agak susah bagi Parthavi nak adapt dengan kehidupan macam tu, sebelum ni tinggal dekat mahligai, semua benda yang dia nak dia cuma mintak je. Dia tak suka something, dia mengadu je dengan ayah dia. Dekat Kolkata, dia tak suka something dia tetap kena hadap. Dia pun bukannya faham sangat bahasa Bengali.

Ingatkan dia nak give up dan lari balik ke Udaipur tinggalkan Madhu rupanya dia stay. Dia pun sama macam Madhu, usaha sampai kehidupan diorang berubah sedikit demi sedikit. Dalam masa yang sama, Parthavi selalu contact dengan mak dia sebab rindu. Madhu dah memang lupa terus dengan family sebab ayah dia dah buang dia sejak bankrap.

Image result for dhadak

Jalan cerita movie ni biasa je, for me cerita cinta berbeza kasta sampai larikan diri dari keluarga ni dah banyak difilemkan di Bollywood cuma perjalanan kisah cinta tu yang berbeza. Ada yang bad ending, ada yang happy sampai ke tua. Dhadak dalam kategori yang mana, tu kena tengok sendiri lah.
Lakonan debut Ishaan dengan Jhanvi biasa je, tak banyak pun diorang berdua tonjolkan dalam movie Dhadak ni even emotion pun tak ditonjolkan sangat. Cuma bila tengok lakonan Ishaan teringat lakonan Shahid since both of them belajar dekat sekolah lakonan yang sama. Mesti la dapat tunjuk ajar dari cikgu yang sama kan?

Jhanvi pulak, belum mampu capai tahap mendiang ibu dia lagi. Dia ada bakat tu tapi dia tak keluarkan habis lagi. Better dia improve sebelum Sara debut, kalau tak penat dia nak kejar job walaupun lepas ni dia dah ada TAKHT. Actress pun makin ramai, I’m not sure if she can survive since muka dia pun perlukan maintenance yang agak besar perbelanjaannya. But one thing for sure, Jhanvi menari cantik especially scene dekat kelas tarian tu.


Movie production Dharma memang tak perlu risau pasal visual sebab memang cantik, boleh tengok kesenian bangunan bersejarah di Udaipur. Soundtrack album dia yang buat ramai tertarik especially lagu tema Dhadak. Shreya Goshyal kot yang nyanyi.



Should I recommend you guys for this movie? Yes! Walaupun movie ni average je tapi jalan cerita dia berbeza. It still haunting me till this day kot. Movie ni boleh pergi jauh kalau Jhanvi & Ishaan play their character perfectly but still boleh chill nak layan. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 8.6/10

  • Share:

You Might Also Like

6 comments

  1. Tengok kat drama ni hihihi. . Nampak macam menarik gak cerita ni

    ReplyDelete
  2. teringin nak layan cerita hindustan tapi takmasuk lagi dengan jiwa huhu

    ReplyDelete
  3. patutlah hensem, adik shahid kapoor rupanya..hehe

    ReplyDelete
  4. Antara perkara yang ditunggu-tunggu dalam filem bollywood adalah sinematography dan cinematography tarian. Cantik, tersusun, dan kemas.

    ReplyDelete
  5. percintaan, lari, semua tu konsep jer kan.
    yg penting, jalan cerita.
    sama? tapi takkan serupa la...
    nice. boleh cari movie ni.

    ReplyDelete
  6. Macam menarik.. nak try tengok scene menari tu dekat youtube dulu..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)