Midnight Snack - Laura Medina Cafe

By farhanna jafri - 09:32

Dah lama nak pergi Laura Medina Cafe ni tapi selalu tak jadi sebab malas nak ke area Subang Bestari ni tambah pulak kalau petang sebab sesak dengan budak balik sekolah. Dia punya jam boleh mengundang marah padahal tak jauh mana pun jaraknya.

Tapi sekarang ni dah ada delivery service untuk yang craving cuma tak bestnya delivery dia start pukul 11.30 malam khas untuk craving sebelum tidur. Yang pesen kalau tak makan confirm tak boleh tidur.



Saja haritu nak try sebab kena simptom nak makan jugak kalau tak, tak boleh tidur. Kalau tidur pun mesti mimpi makanan punya. Belek pakej yang ada, kitorang pilih ayam Korea sebab nampak sedap dalam gambar.


Pakej yang lain pun nampak sedap jugak actually tapi dah tengah craving ayam kita pilih ayam lah kan? Nah korang belek lah mana tahu ada yang berkenan. 




Tak lah tunggu lama sangat pun untuk dia sampai sebab siapa je nak mentekedaghah malam buta kan melainkan manusia yang tulis dalam azam tahunan untuk kurus tapi tengah malam gigih order midnight snack lepastu esok pagi menyesal bila naik penimbang. 


Saiz ayam dia not bad lah, mengah jugak nak habiskan 2 orang semua ayam dalam tu. Midnight snack sepatutnya tak lah banyak sangat kan nak melantak? Boleh je nak simpan tapi tak sedap lah kalau reheat balik. Baik makan panas-panas. 

Bila rasa ayam dia macam ayam sambal je, celah mana entah ayam Korea. Sedap lagi masak sendiri kot macam dalam entri ni. Quite disappointed lah tapi tak tahu lah kalau ayam Korea ni laku keras sebab lain tekak lain citarasa dia kan? As for me, memang tak lah nak order lagi menu ni. Kbai.

  • Share:

You Might Also Like

7 comments

  1. aduhhh ada lah service tgh malam mcmni mmg makin bertambah berat badan hihihi
    macam-macam menu pulak ada.. mmg terliur

    ReplyDelete
  2. Pergh!! Servis yang tak membantu mereka mereka yang nak kurus.. hahaha.. bahaya owh servis nie.. tak cravings pun boleh jadi cravings..

    ReplyDelete
  3. aduhai...bahaya ni utk hidup ku ni..baru nak diet slow²..tgh servis ni..mula gatal tangan nant..hehehe

    ReplyDelete
  4. hui..tgh2 mlm pun makanan sdap..hihi

    ReplyDelete
  5. jemput singgah :) https://messarah.blogspot.com/2018/11/life-update-mese-occupato-busy-month.html

    ReplyDelete
  6. Rasa teringin nak makan ayam tu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)