Kea Farm Cameron Highland

By farhanna jafri - 10:56

Pretty sure siapa yang menapak ke Cameron Highland akan masukkan Kea Farm dalam list diorang sebab dekat sini ialah pasar tani terbesar di Cameron. Memang tersangatlah sesak sampai polis kena control keadaan untuk tak sesak teruk.


Dekat Kea Farm ni agak murah harga tapi hati-hati lah jangan berterabur iman kena bodek dengan peniaga. Boleh rabak tau poket korang nak pulak jenis yang tak tau nak beli apa tapi balik penuh satu kereta. 

Benda biasa lah korang akan jumpa dekat Cameron, pelbagai jenis sayur fresh dijual. 




Memborong jugak lah cendawan tiram dekat sini sebab gemuk dan murah. Kalau turun bawah memang tak cukup zat je cendawan memasing. Asparagus pun kitorang beli jugak sebab 1 ikat RM5 je tapi syahdu jugak bila masak sebab dia pahit. Mungkin asparagus tergolong dalam makanan makan dekat atas je. 




Dekat Cameron ni memang banyak yang jual ubi keledek mentah dengan yang dah rebus tapi yang paling best nak makan bebola ubi keledek ni. Makan panas-panas memang sedap tapi dah sejuk boleh tercabut gigi. 


Lagi satu makanan yang agak banyak dijual dekat Cameron ialah brokoli goreng, rasa dia macam brokoli celup tepung je lah. For vegetarian laku keras lah kot, for meat eaters rasa biasa je. Kimcam goreng is a no no noooooo!


Perut dah rabak dekat Cameron ni sebab asyik melantak aiskrim je. So mampu tengok je, bak kata pepatah, makan dengan mata. 


Remember I said earlier poket akan rabak dekat sini? Ni haaa puncanya, habis RM50 sebab beli bunga yang katanya tahan sampai 2 tahun. Cantik macam ni siapa je tak bergetar iman bila tengok!












Dekat tepi jalan, banyak jual poncho, sweater, selipar bebulus, bantal strawberry, chocolate, dried fruits dengan teh pelbagai rasa. Kitorang boleh pulak lupa beli selipar bebulus dia sebab dah excited sangat dapat borong bunga. Selipar dia banyak yang comel sebab tu gedik sangat nak beli. 




Madu pun bersepah dekat Cameron siap ada honey stick, senang je nak consume kalau dalam stick ni tapi bukan peminat madu so pandang sebelah mata je lah. Lagipun stok dekat rumah pun ada lagi.


Sebelum balik tu sempat jugak lah grab jagung satu plastik dengan satu paket ginseng. Ragu-ragu jugak nak makan ginseng actually tapi makcik tu kata makan dengan nasi buat ulam. Ha'ah rasa dia okay je tak pahit pun, boleh telan buat kekacang masa layan movie pun okay jugak. 

Jagung dia tu agak murung, dah rebus dengan gula, rebus dengan garam pun tetap tawar. Menyesal tak beli dengan akak jagung manis viral tu. Entah apa nasib entah kebanyakan yang dibeli agak menyendukan jiwa.



Oh ya, kan kitorang beli bunga 2 tahun tu, bila balik rumah lepas 2 hari dah berkulat dah. Maka berhuhuhuhu lah mengenangkan duit yang melayang. Syahdu!

  • Share:

You Might Also Like

15 comments

  1. Tengok gambar banyak2 macamni rasa macam dah ada kat kea farm juga😍emang kalau sampai situ nak Cari sayur yang susah jumpa kat tmp Kita..asparagus best tp cameron punya gemuk2 sangat,alahai sayangnya knp rose abih patah tengkuk tu😅

    ReplyDelete
  2. suka ke sini sebab semua benda fresh! udara pun freshh gilaa..

    ReplyDelete
  3. baru je p kea farm jumaat lepas. nak p ipoh tapi menyinggah dulu ke cameron.. hehe. sayur kat sana mmg segar2 belaka.. gerammmmm jee tengok

    ReplyDelete
  4. Akak tengah planning nak pegi lagi sebab geram dengan kesegaran sayur kat sana, hihihi.. aritue disebabkan family akak nak balik cepat so tak sempat nak round satu pasar tue, ummie akak siap cakap lagi, macam pasar biasa jea.. tapi sempat jugaklah dia beli buah strawberi kat situ, dia beli 3 kotak, bila smp rumah di Tranu, dia kata menyesal pulak beli 3 kotak jea.. hahahaha..

    ReplyDelete
  5. Pg kea farm mmg akan habisla duit klu x bersiap sedia heheheh...
    Bunga tahan 2 tahun tu, bunga yg dia dh awet je tu dik... bunga rose hidup tu mmg xtahan lama... klu keringkan mungkin tahanla lama
    Murahnya asparagus tu... tp nape pahit lak yek... selalu msk rasa manis2 skit....

    Tp geram akk tgk semua hasil tangkapan tuh

    ReplyDelete
  6. keledek manis tu mmg fav kalau pergi CH ni..siap borong lagi..hehehe

    ReplyDelete
  7. Kalau pergi Cameroon mmg cikla x beli bunga dia. Sbb kt atas segar bugar. Bwk turun, on the nk balik dh layu haha. Kejutan suhu barangkali bunga tu hihi

    ReplyDelete
  8. wahh geramnya akak tengok asparagus murah sangat..pergi dulu x nampak pulak.. pokok bunga 2 tahun tu kat atas tak berkulat la sebab sejuk ..turun bawah terus berkulat hii

    ReplyDelete
  9. Adehhh...Teringin nk pergi sini lagi...huhu

    ReplyDelete
  10. Any recommendation tak untuk bilik? Bilik yang ada hill view or ladang teh punya view?

    ReplyDelete
  11. rindunya nak lepak CAM..rs mcm bertahun tak pergi padahal awal tahun hr tu dah pergi 2 kali kot hihihi.. tapi CAM mmg best sgt.. cuma sekarang klau nakpergi kena pergi weekday untuk elak jam

    ReplyDelete
  12. Kalau dah jalan kat pasar tu memang melayang layanglah duit.. tambah bunga tu.. hahaha.. pernah kena gak, pastu insaf..

    ReplyDelete
  13. lama xnaik cameron, sedap ubi manis diorg tu.

    ReplyDelete
  14. Zumal dah banyak tahun tak ke CH

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)