Wan Ikan Bakar, Taiping

By farhanna jafri - 08:58



This is an appreciation post sebab Wan Ikan Bakar Taiping feed my tummy for 2 days in a row without fail! 

Balik kampung selalu je lalu kedai ni tapi tak pernah singgah sebab ingatkan tak sedap hahaha padahal makanan dia terbaik! Dia bukan sebab sedap gila tapi sebab dia banyak pilihan makanan, tempat bersih, murah pulak tu. Murah dalam kamus kehidupan warga kota. 


Lepas dah penat balik beriadah dekat Bukit Merah Laketown singgah ke Wan Ikan Bakar disebabkan rating di Google yang agak tinggi. Restoran ni tak terhad kepada ikan bakar je tapi makanan berlauk dari hujung meja ke hujung meja, ada satay, pau, buah-buahan dan makanan ala carte. I'm not sure makanan untuk breakfast tapi makanan masa lunch sangat meriah!




Dekat sini ada banyak sangat udang celup tepung goreng tak pasti ada kolam udang ataupun lubuk udang dekat area sini yang pastinya dalam satu bekas tu memang banyak udang dia. Berbaloi beli. 


Menu masa dinner pun lebih kurang dengan tengahari cuma tak sebanyak dan semeriah masa tengahari lah. Mungkin baki dari tengahari membawa ke petang tapi lauk dia tak sejuk pun sebab akan sentiasa dipanaskan guna api kecil. 




Tak try makanan ala carte so tak pasti sedap ke tak tapi kalau makanan berlauk diorang masak pun sedap apatah lagi yang goreng. Paling best melantak dekat sini siput sedut masak lemak sebab dekat Subang kan mahal bila ambil semangkuk. Dekat sini ambil dua tiga mangkuk pun boleh relaks hulur duit. 

Kalau menu tu habis tak payah risau sebab dia akan sentiasa topup so your fav dish takkan habis walaupun ramai orang. Tapi kalau mood dia tak cantik and dia malas nak masak, padan muka lah siapa suruh lambat datang. Ikan bakar pun sentiasa ada cumanya dia bakar in large quantity, bila customer nak makan dia akan panaskan. 

Hah dekat restoran ni kalau setakat nak minum air basic macam teh, kopi, nescafe, sirap tu semua dia dah sediakan siap-siap dah untuk korang. Tinggal nak ambil dan isi sendiri sukatan ais batu ikut tekak masing-masing. Dah lah murah, air dia pun pekat. Bahagia kot minum teh ais dia dekat sini sebab pekat. Nescafe pun umppphh!


Dah puas makan, kitorang tapau satay sebab happy harga murah dan saiz besar. Kalau dekat Subang menangis lah makan satay dah lah nipis, banyak lemak pulak tu. Dekat sini bahagia beli dan makan sampai sengkak. Puas hati dan kenyang. Kuah kacang pun sedap, jam 1 pagi membawang sambil makan satay.


Lagi satu makanan korang wajib makan ialah pau dia. Dah la lembut, even dah sejuk pun masih lagi sedap. Dia tak jadi keras macam pau lain bila sejuk. Makan panas-panas ataupun bila dah sejuk tetap sedap. 


Restoran ni sentiasa penuh dengan orang so boleh kata agak panas sikit lah dan bising so if you don't like the vibe, this is not for you tapi kalau sanggup tahan, this is nothing. Not sure about their staff service sebab mostly layan diri since nak handle dalam kuantiti yang banyak dan huge crowd agak susah. Pandai-pandai lah survive. But for me, tak ada masalah langsung, happy sangat dapat makan dekat sini sepanjang dekat Taiping. Parking space agak luas, dekat dengan surau yang ada tandas. 

Nanti balik Batu Kurau nak singgah sini for sure! Seriously recommended for you guys. 

  • Share:

You Might Also Like

11 comments

  1. Lama tak makan ikan bakar dkt luar...

    ReplyDelete
  2. Ikan bakar, lebih sedap kalau pencicah dia pun sedap.

    ReplyDelete
  3. Sedap kalau air asam dengan kicap kene dengan ikan.. nyum2..

    ReplyDelete
  4. ikan bakar yg penting sos cicahnya tu... klu sos tak sedap kureng skit...
    akak selalu suka ikan bakar yg simple je rempahnya jnji cicah nya sdp

    ReplyDelete
  5. aik awak duduk taiping ke?.kedai ni mmg famous.selalu lalu, macam ada kenduri kedai dia tu, hihi. ramai orang.

    ReplyDelete
  6. macam-macam ade kat kedai ni, bukan ikan bakar je. tengah lapar bila nampak gambar ni

    ReplyDelete
  7. akak penah makan sini skali tapi makan ayam bakar bukan ikan dia. paling suka section air tu sebab comel jeee tersusun gitu..

    ReplyDelete
  8. nampak meriah betul tempat dia..

    ReplyDelete
  9. wow! banyak betul menu kat sini. no wonder ramai yang suka makan kat sini.

    ReplyDelete
  10. Boleh buh dalam list untuk singgah.. suka pilihan lauk banyak macam nie.. puas hati makan..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)