Movie Review : Crossroads – One Two Jaga

By farhanna jafri - 07:52


Pengarah : Namron
Penulis Skrip : Ayam Fared, Pitt Hanif, Namron, Amri Rohayat, Muhammad Syafiq
Pelakon : Zahiril Adzim, Rosdeen Suboh, Amerul Affendi, Azman Hassan, Ario Bayu, Asmara Abigail, Izuan Fitri, Vanida Imran, Timothy Castillo, Iedil Putra, Namron, Sabri Yunus, Zaidi Omar, Bront Palarae
Genre : Drama/Jenayah
Durasi Tayangan : 125 minit
Tarikh Tayangan : 20 April 2018 (Antarabangsa)
6 September 2018 (Malaysia)
Syarikat Produksi : Jazzy Pictures, KL POST Sdn Bhd, Pixel Play
Trailer :



Curiosity kills a cat and that’s what happened to me bila termakan emotional blackmail dari team production One Two Jaga. My expectations ruined after watching this movie for an hour and 25 minutes. Berbekalkan review rata-ratanya positif dan promosi dari Bront Palarae so I went to watched it and this is my review.

Movie yang terpilih ke Far East Film Festival ni merupakan movie tempatan yang pertama mengangkat tentang rasuah dimana melibatkan warga asing yang datang berkerja secara haram di Malaysia. Fun fact negara kita mempunyai 2 juta pekerja asing berdaftar manakala 6.7 juta tidak berdaftar berdasarkan statistik negara. Dan ikut statistik dunia, Singapura mewakili negara Asia dalam carta di kedudukan yang ke-9 dengan 5.7 juta and why is this statistic so important? Because the content itself is fresh for the world to watch it.

Related image
Movie OTJ mempunyai 3 cerita yang berkait dalam rantaian rasuah yang dipaparkan, kisah Hassan (Rosdeen Suboh) polis yang suka pau pekerja asing yang tak berdaftar sebagai sumber rezeki kepada keluarganya, kisah Sugiman dan adiknya yang datang ke Malaysia mencari rezeki tapi dianiaya majikan mereka, Pak Sarip (Azman Hassan) juga anaknya, Adi (Amerul Affendi) dan kisah Rico (Timothy Castillo) & Marzuki (Iedil Putra), yang terjerat selepas disyaki mencuri duit boss mereka (Namron). Hussein (Zahiril Adzim) pula sebagai watak utama yang menemui rantaian ni dalam tempoh rondaannya bersama Hassan, senior dia dalam Unit Pencegahan Jenayah.

Like I said earlier, the content is fresh for the world to watch tapi gaya penceritaan yang slow-paced agak mengganggu bila director highlight ekspresi Zahiril Adzim yang agak expressionless untuk beberapa minit dalam beberapa scenes daripada mengambil shot yang lebih penting ataupun gunakan masa yang ada untuk kembangkan watak dalam rantaian rasuah tersebut. Sudahnya di hujung cerita plot twist tak dapat digarap dengan baik bila director tercirit nak lambakkan semua sebelum masa habis.

Image result for one two jaga

Umum tahu slow-paced movie untuk penceritaan yang minimal dan bukannya 3 kisah besar dalam satu masa yang mana melibatkan masalah besar negara – pemberi rasuah, penerima rasuah dan manusia yang melindungi kedua jenayah ni. This is when my expectations ruined bilamana rasuah yang digambarkan hanya pada peringkat permukaan lautan penceritaan sahaja. It didn’t leave much impact as I walked out from the hall because the reality itself even crucial than that. Jadi kepada yang kata movie ni habis real, I can say nope it is not. Mungkin kerana kekangan dari beberapa pihak sebab movie OTJ ni dua kali tapis baru lepas untuk ditayang kepada umum.

And maybe I am being rude for this tapi ada sebab kenapa wayang wujud, untuk meraikan keunikan dan kecantikan visual. Bila pelakon yang ada tak menepati piawaian standard, mungkin director boleh kurangkan close-up shot sampai boleh nampak semua flaw yang ada. I didn’t pay ticket to watch misai Hassan atau karang gigi Pak Sarip. It’s quite pathetic bila guna close up shots tapi penggunaan warna darah pun gagal terutama scene Marzuki dibelasah.


Walaupun dibarisi oleh pelakon handal dalam industri perfileman negara kita, tak semua lakonan nampak cantik kecuali pada beberapa watak antaranya bakat cilik Izuan Fitri dan juga dua pelakon dari negara seberang yang berjaya menggambarkan keperitan tersiksa hidup ditindas di negara asing. The momentum of the movie is flat and emotionless so it’s really a great torture watching OTJ. Happy bila wujud fighting scene bilamana watak-watak utama finally ada expression tapi director pilih untuk guna close-up shots so I don’t even know what is the point of watching that scene?

Ada juga beberapa scene di mana camera shot seems shaky mungkin nak bagi feel pada penceritaan salah satunya untuk tunjuk betapa bergegasnya Hassan untuk pau peniaga kecil seperti Sabri Yunus but it doesn’t work for me. It pissed me off instead. Sama juga bila terlampau censored dialogue sampai bingit telinga. Dah tahu kena censored, kenapa tak ubah dialogue supaya lebih sesuai?

Image result for one two jaga

Apa maksud Hassan bila dia kata 'Kadang-kadang kita kena buat satu perkara yang kita tak suka' bila mana family dia tak tersepit dalam apa-apa keadaan yang mendorong dia untuk menjadi tukang pau tegar. Mungkin scene ni yang mencetuskan kemarahan PDRM bila digambarkan sebagai institusi yang tamak dengan kemewahan sehingga menyalahgunakan kuasa.

'Saya minta abang jangan kacau kerja saya dan cara saya' tapi Hussein tak gigih pun nak keluar dari kemelut tu, tak segigih dia lepaskan tembakan pada Adi bila Adi menghina dia sebagai polis yang menjalankan tugas walhal training di maktab lebih teruk dimaki. Lagi pelik bila Hussein tak membidas pun kata-kata Hassan bila dia malas nak cantas sebab esok datang lagi yang baru. Pendirian Hussein sendiri lemah untuk memikul mesej 'berat' movie ni.

Apa maksud Adi bila dia menjerit dia tahu undang-undang sedangkan dia menegakkan benang yang basah bila mempertahankan pekerja asing yang datang tanpa permit sedangkan Pak Sarip tahu baran Adi boleh rosakkan bisnes dia. Dia tak rasa nak ajar Adi supaya jadi bijak sikit untuk cover kegiatan busuk diorang ke? Bukan murah duit untuk bayar James (Chew Kin Wah) dan pembantunya untuk tutup busuk bangkai gajah.

Image result for one two jaga

Walaupun isu yang diketengahkan tu bagus dan agak berani tapi kekurangan-kekurangan yang ada membuatkan movie ni gagal sebagai medium penceritaan yang penuh pengajaran apatah lagi sebagai medium yang menghiburkan. Anyway, congrats for the team for their achievement.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.3, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought 0 = 5.1/10

  • Share:

You Might Also Like

14 comments

  1. mesej movie ni macam menarik juga ni :)

    ReplyDelete
  2. Tak rasa nak gi tgk movie ni lagi hee. Tapi pelakon mcm zahiril memang pelakon berbakat. eh jap. bukan ada buku ke guna cover poster ni huhu

    Ika datang singgah sini https://ikashoid.blogspot.com/2018/09/book-review-nota.html

    ReplyDelete
  3. Zahiril Adzim ni mmg salah seorang pelakon yg berbakat, dia seorang pelakon yang menjiwai apa sahaja watak yg di beri kan...

    ReplyDelete
  4. waiting for this gara-gara kecoh di twitter.

    ReplyDelete
  5. kalau dh ada zahiril ni msti best ni..

    ReplyDelete
  6. rasanya mereka berhati-hati, belum tengok lagi movie ini cuma bila melibatkan badan kerajaan khususnya polis maka rasanya ada perkara yang perlu dijaga...takut akan memberi maksud dan tanggapan yang salah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendirian watak utama sendiri sudah memberi tanggapan yang salah

      Delete
  7. Hahaha akhirnya berjaya namron promo kan movie ni after ckp sgup buat filem panas 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha akhirnya saya menjerat diri saya sendiri kak. Nasib dapat balik duit tiket.

      Delete
  8. tak pasti adakah kita menonton filem yang sama....?
    sebab saya suka semua close-shot dalam filem ni dan tak ada satu pun yang expressionless bagi saya terutama watak Hussien.

    tapi saya akui tak ada point yang besar dalam filem ni sebab isu 'makan tepi' ni dah lama kita tahu.. tak mengejutkan pun.. dan ya, rasuah yang ditunjuk dalam filem ni cuma yang ringan2 dan atas permukaan sahaja. Satu; sebab filem ni dah ditapis kaw-kaw. Dua, kalau tak sebab yang ringan2 dan tepi2 ni tak ada la yang dalam2 dan berat2 rasuah dalam negara ni. Kan..?

    Bagi saya filem ni style dan mantap dalam penceritaan bersahaja. Mungkin betul apa yang penggiat filem katakan, filem ni hebat bagi yang mahu melihat ia hebat. begitu juga sebaliknya. Banyak yang boleh ditambah baik, tapi untuk Bront Palare dan Namron sendiri saya rasa cukup memuaskan.

    Apapun, nice review.. :)

    ...

    ReplyDelete
  9. wah setuju dengan review awak. filem melayu ni content memang bagus tapi dari segi editing, shot angle dan part close-up kadang agak menganggu, for me lah.

    ReplyDelete
  10. filem yang agak kontroversi skrg.. kejap kata x ada sambutan, kejap kata x ada promosi, kejap kata masuk pencalonan anugerah.. hahahaha

    ReplyDelete
  11. Filem ini tak mampu mena4ik saya untuk melihatnya.. dan review Farhanna buat lagi tak teringin nak tengok..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)