Company Trip to Bukit Merah

By farhanna jafri - 03:05


Jumaat sampai Ahad lepas ada satu company trip di Bukit Merah, Perak tapi disebabkan tarikh yang sama ada acara SUKMA, so kebanyakan homestay dan resort di Bukit Merah dah penuh. Terpaksa kami cari homestay di area Kamunting tapi tak jauh pun dengan Bukit Merah, dalam setengah jam perjalanan je.

Image result for sukma perak

Trip ni asalnya lagi ramai yang nak join tapi boss tak dapat join sebab masalah kesihatan, 2 orang lagi tersadai dekat office sebab ada urusan lain. Dari 5 buah kereta dikurangkan jadi 4 tapi yang berkonvoi sekali ada 3 je sebab satu kereta lagi gerak malam.

Mencabar jugak perjalanan ke Perak, bukan sebab sesak ataupun cuaca tapi kereta buat perangai berbunyi sampai terpaksa berhenti di tepi jalan. Rupanya belt dah rosak. Dah hantar service pun mechanic tak perasan belt ni. Sementara nak jumpa workshop, terpaksa gerak slow sikit sampai ke Kamunting dan guna angin luar je. Angin luar pun angin luar lah asalkan selamat sampai ke Perak. 


Jam 1 finally sampai ke Kamunting, minta direction dari owner homestay untuk ambil kunci. Dah dapat kunci, dah dapat bilik, terus keluar cari makanan dan barang untuk majlis hari jadi anak sofficemate dan BBQ. Lucky for us homestay ni dekat Pekan Kamunting so teramat lah senang nak beli barang keperluan. 

Disebabkan dah nak menjengah ke jam 3, tak banyak pun kedai nasi berlauk yang buka. Kebanyakannya dah start prepare untuk menu ala carte tapi perut dah malas nak tunggu sudahnya kitorang tapau dekat mamak. Tapi tunggu anne tu tapau makanan sama macam kak jah masak nasi goreng kampung. Menangis. 

Sementara menunggu acara malam, semua berkumpul dalam rumah untuk prepare bahan memasak dan BBQ. Sambil memasak sambil membawang, sambil menghias sambil merancang aktiviti esok di Bukit Merah tapi yang tu kita sembang dalam next entry lah! Ciao

  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. da dekat daaa dengan rumah akak.. uhuhuh =D

    ReplyDelete
  2. Mujur tak ada apa-apa jadi ye. Tapi beranginlah kereta kena angjn luar.. :)

    ReplyDelete
  3. pentingnya menyemak kondisi kereta. hehehe. nasib tak ada apa - apa yang diluar jangkaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah semak sebenarnya tapi mekanik tak buat kerja kan, macam tu lah

      Delete

Terima kasih sudi komen :)