Bubble Restaurant, Bukit Merah Laketown

By farhanna jafri - 03:23

Since bertapa lama jugak dekat dalam Bukit Merah Laketown tu dari pagi sampai ke petang, tengahari tu kitorang decide nak makan dekat Bubble Restaurant yang serve fast food sebab dah lapar sangat so nak cepat makan je lagipun dah penat berjalan dari Kampung Air ke Waterpark. Dah tak daya nak tengok tempat lain sebab jalan depan sikit ada Lelac Cafe. Agak menyesal jugak tak masuk sini sebab dia ada buffet lagi cepat hahaha


Deco restaurant ni agak klasik dan unik. Vibes dia macam diner tahun 50-an, simple dan bersih. Restaurant ni ada dua bahagian, sebelah kiri dan kanan so ada penghadang di bahagian tengah. Tak tahu kenapa tak buat macam biasa je. Mungkin cuba untuk jadi unik dan kreatif. 





Menu dekat sini semua yang jenis cepat disediakan tapi lama jugak lah tunggu untuk chicken chop. Not sure lupa nak buat ataupun memang nak goreng yang lama. Disebabkan lapar ambil yang senang je nak makan macam nasi ayam crispy, burger set combo dengan nasi goreng. Drinks dia mostly dari label F&N so ada Sarsi and I totally love it!

Price range dia nak kata mahal tu tak jugak sebab standard tempat perlancongan so harga naik sikit compared to outside. Tapi nak compare harga dengan makanan memang tak berbaloi lah sebab tak lah sedap mana pun. Cuma mampu hilangkan rasa lapar lah dan bukan makan dengan kebahagiaan. 

Quite a bad experience jugak lah dekat sini sebab walaupun diorang claim diorang fast food restaurant, they;re quite slow lepastu kena ambil sendiri makanan yang dah siap dekat kaunter. 


Burger dia paling sedih sekali rasanya. Rasa pun biasa je. Makan pun tak kenyang hahaha menyesal!


Nasi ayam crispy dia okay lah, nasib ayam dia betul crispy kalau tak makan dengan tangisan je lah. Nasi dia memang agak kuat rasa bunga cengkih tu. Antara faktor buat potong selera sebab nasi ayam kena bau ayam lah kenapa bau bunga cengkih pulak. 


Lepasni kalau datang Bukit Merah Laketown, either I pergi makan dekat Le Lac Cafe ataupun bawa makanan sendiri je. Lagi jimat ye dak?

Haihhhhh 

  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. Tak pernah sampai lagi kat bukit merah huhuh

    ReplyDelete
  2. Adoi.. sedih betul.. bab bab makan nie kalau tak berbaloi memang ralat sangat.. sekali je.. pastu conform tak gi dah..

    ReplyDelete
  3. Tempat tumpuan pelancong mmg makanan dia agak mahal. Kalau kene dengan harga tak pe jugak, tapi kalau tak sedap memang mmg terkilan sangat.

    ReplyDelete
  4. paling recent pergi Bukit Merah was last year tido dekat Kampung Air. masuk mandi2 sekejap then kluar makan kat luar. biasa tu harga gitu.. pejam mate jela =P

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)