Book Review : Kelabu

By farhanna jafri - 05:16

KELABU

Penulis : Nadia Khan
Penerbit : Buku FIXI
Helaian : 456 mukasurat/ 60 bab
Genre : Cinta/Agama/Gender
Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama – Disember 2011
                        Cetakan Kelimabelas – Mac 2015
Harga : RM 24.90

SINOPSIS


REVIEW :

Lepas Gantung 1 & 2, Cerpen sekarang novel Kelabu pula sebab Dyra recommend baca novel ni since I fell in love with Kak Neddo's writing and why not walaupun tebal ya ampun. Lama juga nak habiskan novel ni bukan disebabkan ketebalan tapi disebabkan plot twist di pertengahan cerita. 

Bila baca novel minda kita akan membayangkan situasi jadi bila kena bayangkan situasi yang kita tak suka, maka pembacaan pun terganggu juga lah. It's not a bad plot twist actually cuma I yang tak mampu nak accept sebagai manusia. Mungkin ramai yang tahu since novel ni dah lama tapi buat yang belum tahu, just make it as a secret lah kan.

As always penulisan Kak Neddo memang sempoi dan penuh dengan idea kreatif cumanya ada some part yang draggy macam kata hati Amir yang menebak sesuatu perkara but turns out comes to reality padahal benda tu perkara biasa dalam hidup perempuan since perempuan ni kan jenis overthinking. Dalam sehari mampu fikir 1000 perkara so bila ada satu dalam 1000 tu menjadi nyata dia mula la fikir tu naluri wanita. 

Watak dalam novel ni pun tak ramai sangat so boleh keep track walaupun tebal since amir ni manusia yang tak berapa disukai ramai disebabkan personaliti dan juga pekerjaan sampingannya sebagai 'boyfriend kontrak'. Emotion yang penulis letakkan dalam penceritaan pun sampai so bila baca tu rasa geram, marah, happy dalam setiap babak kehidupan Amir. 

Walaupun Amir ialah subjek utama tapi dalam novel ni penulis tak beratkan dari pandangan Amir je, dia cuba untuk jadi as neutral as possible. Dalam setiap yang terjadi mesti ada sebab dan hikmahnya. Cuma watak Jun je masih dibiarkan kenapa dan mengapa Jun begitu. So boleh la conclude watak yang muncul di pintu pada hujung cerita ialah Shah, kawan baik Amir yang sentiasa berdoa dan setia bersama Amir dalam susah atau senang. 

I malas nak fikir Amran, si doktor psikologi sebab dia tak lah berapa penting sangat dalam hidup Amir. Bak kata Amir, kalau penting dah lama dah Amran boleh menapak dalam rumah dia. Anyway, I have fun reading this walaupun terkial nak habiskan. I love the climax and the ending. Thanks Kak Neddo :)

  • Share:

You Might Also Like

11 comments

  1. Dah lama sgt beli novel ni...tapi belum baca...huhuhu...

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak baca novel.
    Baru-baru ni ada dapat buku dari K.PI itupun baru baca dua tiga halaman hahaha...

    ReplyDelete
  3. Teringin nak baca buku fixi. Boleh try lah lepas ni sebab nampak menarik cerita dia.

    ReplyDelete
  4. Rasanya saya sangat ketinggalan dan tak kenal novelis era kini. Mujur farhana rajin review. Dapat juga info.

    ReplyDelete
  5. salam..jemput join contest di blog saya, nak jadi sponsor pun boleh =)

    http://at-tarmizi.blogspot.com/2018/09/contest-isi-kotak-dialog-asif.html

    ReplyDelete
  6. novel Kelabu ni antara novel fixi terawal yang saya baca. besttt. plot twist serius twist hahaha

    ReplyDelete
  7. ada baca review dan spoiler juga pasal novel ni so macam erkkkkk..ok tak nak baca..hihi

    ReplyDelete
  8. dah dua tahun, still tak habis baca. guess the writing style is just not really my cup of tea. the plot is nice tho.

    ReplyDelete
  9. novel peberet ni..! best jalan cerita. bkn jenis cerita cintan cintun sangat. hehe

    ReplyDelete
  10. Yup dah baca.. and yup.. buku ini best..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)