Movie Review : Hantu Kak Limah

By farhanna jafri - 08:17

Related image

Pengarah : Mamat Khalid
Penulis Skrip :
Pelakon : Delimawati, Awie, Rab Khalid, Sharwani NS, TJ Isa,  Man Kadir, Zami Ismail, Ropie Cecupak,  Azwan Annuar, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Sabri Yunus
Genre : Komedi/Seram
Durasi Tayangan : 96 minit
Tarikh Tayangan : 9 Ogos 2018
Syarikat Produksi : Astro Shaw , Infinitus Productions
Trailer :


Hantu Kak Limah merupakan movie ketiga dari franchise movie Kak Limah di bawah arahan Mamat Khalid. Masih lagi mengekalkan Delimawati dan Awie sebagai pelakon utama dan beberapa watak sampingan yang lain. Cuma movie kali ni ramai juga yang buat kemunculan khas antaranya Erra Fazira, Dato’ Seri Vida, Mus May, Jue Aziz dan lain-lain. Sejak ditayangkan, movie Hantu Kak Limah berjaya mengutip RM1.8 juta pada hari pertama tayangan.

Mengisahkan Kak Limah (Delimawati) yang berkahwin dengan kawan baik Husin (Awie), si pucuk muda bernama Khuda (TJ Isa). Walaupun menimbulkan keraguan kepada Yeh Sekupang (Rab Khalid) kerana seingatnya Khuda pernah bernikah tapi dia tak ambil pusing asalkan Kak Limah dan Khuda bahagia. Husin dan Wani pula rajin menyinggah ke rumah Khuda pekena bubur keladi masakan Kak Limah.


2 minggu selepas berkahwin dengan Khuda, mayat Kak Limah dijumpai di kebunnya. Yeh antara yang terawal dapat berita kematian Kak Limah sementara Khuda, Husin dan Wani menjerat binatang buruan di hutan. Sejak kematian ngeri Kak Limah, banyak episod gangguan Hantu Kak Limah yang dialami oleh orang kampung sehingga Musalman (Pekin Ibrahim) kecewa dengan Husin and the gang sebarkan cerita sana sini since diorang yang paling kerap kena kacau.

Disebabkan takut dengan gangguan Hantu Kak Limah, mereka menapak ke rumah Solihin (Zul Ariffin), seorang guru silat dan juga pakar perubatan tradisional di Kg. Pisang tapi tetap gagal bila Hantu Kak Limah menyerang. Nak pula bila Solihin di Ong-Bak kan oleh Kak Limah. Jatuh air muka pahlawan Gunung Semanggol sebagai guru silat handal.

Image result for hantu kak limah

Dalam masa yang sama, Husin sama macam movie sebelum ni terjatuh cinta dengan makhluk lain, kali ni dengan Puteri Bunian Kg Pisang, si cantik Eton (Uqasha Senrose). Gagal dengan strategi Solihin, Husin cuba mendapatkan bantuan dari ayah Eton (Mus May) kerana Hantu Kak Limah ada rahsia silam dengan Ketua Bunian ni.

Sama macam movie-movie dalam francais Kak Limah sebelum ni, dari awal movie sampai habis movie memang sakit perut gelak tengok gelagat penduduk Kg. Pisang terutamanya Husin and the geng. Tapi kali ni lawak tu bukan terletak pada watak Husin tapi pada watak Nayan (Ropie Cecupak) yang berkerja sebagai pembantu klinik kesihatan. Scene paling kelakar bila dia redho hantu Kak Limah usha atas bawah dekat klinik tu since malam tersebut dia ditugaskan menjaga mayat Kak Limah seorang diri sementara menunggu Yeh Sekupang cari ahli keluarga Kak Limah. 

Image result for hantu kak limah

Watak Rab Khalid juga menonjol dalam movie HKL sebagai Menteri Informasi Kg Pisang dan kisah masalah kelamin yang dihadapinya. Masa dalam trailer memang tak yakin langsung zul Ariffin mampu bawa watak kelakar sebab comfort zone dia movie genre aksi dan romantic. Tak sangka karakter yang serius berubah kepada kelakar. Watak Solihin antara punca juga kenapa boleh pecah perut layan movie HKL ni. Nak pula scene menari lagu retro dengan scene ‘Buka Pagar!’

Screenplay HKL antara salah satu sebab penarik movie ni bila colour grading dan visual yang menghidupkan suasana kampung sama seperti movie sebelumnya. Ditambah dengan ketiga-tiga movie poster HKL juga mengikut theme yang sama. Tak kurang juga dengan sound effect yang old school dan OST menarik. Thumbs up for the creativity and effort from this team! Cuma tak pasti plot masa sebenarnya pada tahun berapa sebab dalam movie ala 90-an tapi bila bekas Ketua Kampung (Sabri Yunus) buka cerita tahun 1986 dah dikatanya cerita lama?

Image result for hantu kak limah

I truly enjoy lagu Hati Ku Luka Lagi - Black Dog Bone yang Solihin, Husin, Khuda, Yeh dan Wani nyanyi masa dekat rumah Solihin sebab tak menganggu momentum komedi movie tu pun walaupun pertama kali dengar and out of nowhere masuk dalam cerita. Ditambah pula Zul Ariffin yang sado boleh lembut menari. Since tak ada lagu ni dipromosikan macam lagu Srikandi Cintaku oleh pihak Astro, I guess lagu tu disimpan sebagai hadiah untuk penonton.

Dalam berbakul pujian ada juga terselit beberapa flaw untuk movie HKL antaranya kemunculan watak Sabri Yunus yang tak menghasilkan impak kuat macam watak Pok Ya Chong Codei. Boleh kata watak dia agak tenggelam ditambah dengan dialog yang biasa. Kalau perasan rumah Kak Limah dan Khuda di tepi sungai, so jalan cerita most likely dicedok dari movie Pee Mak so there's no originality in that scene ditambah pula boleh agak dah apa yang akan berlaku. Tapi still lawak so no worries. Another thing is when there are vulgarity and body shaming in several scenes. Jenaka tipikal masyarakat Melayu. 

Image result for hantu kak limah

Tak rugi habiskan RM10 untuk layan movie HKL sebab dari awal sampai habis movie gelak saja kerjanya walaupun ada juga beberapa scene tak berapa nak sampai punchline dan agak draggy tapi plot twist memang tak dijangka sebab tak ada hint pun yang Mamat Khalid tunjukkan dari awal movie. Hujung movie ada tribute untuk Rab Khalid yang baru sahaja meninggal, takziah untuk keluarga arwah dan juga beberapa pelakon francais Kak Limah yang lain and may their rest in peace :')

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought 0.6 = 8.1/10

  • Share:

You Might Also Like

15 comments

  1. mamat khalid memang kelakar kan Farhana, suami kak ana nak sangat tonton filem ni :)

    ReplyDelete
  2. Waahhh!!! ni rasa nak tonton ni. walaupun pelakon asal yang dikekalkan tak ramai tapi baca review ni buatkan rasa nak terus beli tiket.

    ReplyDelete
  3. dah tengok juga semlm, mmg best..suka scene diorg lari..lawak..

    ReplyDelete
  4. Tula, kalau ramai orang bagi review yang best. Boleh Tarot pergi tengok

    ReplyDelete
  5. Kak Sue tengok sana sini orang share best movie nie.. nak kena tengok juga nanti..

    ReplyDelete
  6. Akan tgk lps batuk sembuh, kang tbatuk2 ktawa naya je 😁

    ReplyDelete
  7. Baca review ni, tambah lagi rasa nk menonton filem ni. Hehe..

    ReplyDelete
  8. Baru cadang nak gi tengok.. Memang filem yang dinanti nantikan..

    ReplyDelete
  9. filem mamat khalid memang best, lawak memang padu.

    ReplyDelete
  10. First day ditayangkan Bonde dah pergi... pecah panggung tu dengan gelak tawa penonton... memang sesuailah sapa2 yg stress tu nak ubat pi tonton filem HKL

    ReplyDelete
  11. x sabar nak tengok cite ni. hehe

    ReplyDelete
  12. baru p tgok sbtu lepas...mmg thibur la juga buat mereka yg #mudahterhibur mcm yaya ni..haha

    ReplyDelete
  13. Saya dah tonton pada Ahad 12 Ogos 2018 ... Nak tonton lagi lepas gaji nanti . Part paling best waktu miming lagu Black Dog Bone - Hatiku Luka Lagi , Zul Arifin nampak kelakar juga miming lagu tu . Sedih bila dapat tahu Yeh Sekupang dah tiada lagi . Harap ada lagi hasil cerita seperti ini di masa akan datang .

    ReplyDelete
  14. Nanti nak tengok HKL ni, malam Jumaat gini rasanya ok juga. Kikiki

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)