Merdeka Haul!

By farhanna jafri - 08:09

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-61 semua! 

Niat asal Hari Merdeka ni nak enjoy tengok sambutan perarakan tapi tahun ni ubah lokasi dari Dataran Merdeka ke Putrajaya so terpaksa lah cancel dengan berat hati sebab dah semangat dah nak pergi. Sudahnya masuk office siapkan kerja. Ni baru je balik ni guys. Gigih tak kaut triple pay? ;)

Tapi tak gigih sangat lah sebab temankan officemate beli barang dekat Tesco untuk project homestay boss. Sementara tunggu dia settle shopping, haruslah kita shopping jugak tapi tak banyak pun sebab gaji tak masuk lagi so beli yang perlu je.


Ni hasil jejak dua drugstore, Caring & Watson. 

Dekat Caring Pharmacy cari ubat untuk buang angin dalam badan so dapat la kaut Naturalle Garlic tablet tu. Ngam pulak datang masa tengah ada sale, 2 box ada 480 tablet baru RM36 lepas 10% discount. 

Lepastu cari ubat cacing sebab dah berzaman tak makan. Sejak bersepah post cacing membiak dalam perut ni, risau jugak kan. Satu Noxworm tu RM7 je. Staff tu kata makan macam coklat je sebelum tidur. Entah ye, entah tidak cenggitu rasa dia. 


Masuk Watson pulak grab losyen Citra sebab kulit dah gelap dah sekarang. Dulu masa sekolah even aktif sukan pun tak teruk terbakarnya sebab guna Citra Bengkoang ni. For me, so far tak ada lagi losyen yang best macam Citra sebab lembut meresap ke kulit, wangi pulak tu. 

Dah alang-alang Watson ada rak 'Buy 1 Free 1', ambil dua scrub badan Watson. Before this guna Lavender dengan Strawberry memang best. So this time around nak try yang lain pulak. Not sure function berbeza ataupun tak sebab sama je untuk exfoliate dry skin. 

Pergi Watson tak sah kalau tak singgah rak In2it ataupun Silkygirl. Memang selalu sangat nama diseru. Makin kuat seruan hari ni sebab ada lipstick baru 'OMG Its Matte'. Kebetulan yang tersurat sangat bila lipstick yang selalu guna tu dah nak habis. Memang tangan laju je lah calit dekat tangan pilih warna yang mana best. Primrose my love, my choice.

Tapi sedih jugak lah harini sebab tak ada offer untuk facial mask sebab mask dah habis. Harap nanti hujung tahun ada offer 1 facial masak singgit je. Nak penuhkan stok storage. Anyway, that's all for today. The end of August month and HELLO SEPTEMBER!!!

  • Share:

You Might Also Like

10 comments

  1. Wahh sama macam kita. Kalau pergi watsons or guardian mmg rak in2it and silky girl kita singgah. Hehehe

    ReplyDelete
  2. uuuish diknon.. merdeka pun ada haul eh ? hehehe menarik !! tapi elok borong haaa rini da mula SST ngeh2 elok borong awal2..

    ReplyDelete
  3. wahhh. watson berhantu tauu. tak boleh masuk slalu. hehe

    ReplyDelete
  4. Wahh sama lah kita, kalau pergi shopping confirm akan masuk drugstores.. paling berhantu watsons lah..hehe

    ReplyDelete
  5. Watson tu mmg kak pip try la tak nak masuk, once masuk, banyak brg nak diborong ... kalau boleh semua la nak borong , hiks! dasar wanita kan, hehe.

    ReplyDelete
  6. seronoknyaaa bila shopping ni, lagi-lagi untuk keperluan diri! rasa puas gitu

    ReplyDelete
  7. Rasanya nak kena beli juga ubat cacing tu. Nak merdekakan depa dari perut...

    ReplyDelete
  8. Ubat cacing tu okay tak? Rasa apa?

    ReplyDelete
  9. ejulz takut makan ubat cacing kecik2 dulu. hehe

    ReplyDelete
  10. Lotion citra tu legend tu.. lama tak pakai.. akak pakai zaman sekolah gak.. memang best lotion dia..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)