Hutan Belakang Rumah Terbakar

By farhanna jafri - 07:39

Semalam lepas Maghrib adik menjerit panggil suruh datang ke beranda sebab nak tunjuk something. Cuak jugak masa tu sebab tengah tengok trailer Langsuir tiba-tiba adik menjerit. Kalau keluar langsuir betul-betul tak ke naya walaupun Hannah Delisha jadi langsuirnya. Still scary okay. 

Bila pergi ke depan rupanya hutan belakang rumah dah terbakar. Marak juga apinya sebab banyak pokok kering bila musim panas ni. Mendung pun terasa bahang, apatah lagi bila panas terik. Hujan pun jarang dah sekarang ni. 


Tak tahu lah apa punca terbakar ni sebab dengarnya dari pukul 6 petang lagi terbakar. Dalam takut tengok api besar tu, berani jugak nak ambik gambar sebab cantik. Api tu pun tak masuk ke kawasan perumahan sebab dia berhenti dekat pagar pemisah hutan. Nasib tak ada angin je semalam, worst case scenario kalau bara api tu menghala ke rumah. 



Lama juga terbakar sampai pukul 10.30 malam baru reda sikit apinya. Baru bomba masuk dalam hutan padamkan sisa api lepastu check kawasan mana yang aktif lagi. Ingatkan dah habis dekat situ je rupanya pukul 12 lebih dengar bunyi something yang agak kuat. Bila tengok dekat dapur, ada lagi api marak cuma jauh sikit dari kawasan rumah ni. Tak tahu bila berhentinya. 

Bangun pagi tadi nampak la kawasan hangus terbakar tu, rumah pun penuh dengan asap. Walaupun tak teruk mana still bagi kesan jugak. Lepas terbakar ni, terasa sangat bahangnya. Sebelum ni tidur malam pun sejuk je, siang kalau panas pun tak terasa sangat. Berbeza dengan sekarang, malam pun bahang kemain. 


Harapnya cepat la tumbuh balik pokok yang terbakar tu. Sedih jugak lah sebab masa decide nak menyewa dulu antara faktornya sebab bertentangan dengan hutan. Rasa tenang je tengok kalau tengah stress. Kalau bosan pun lepak dekat beranda ambil angin. Haihh sedih :(

  • Share:

You Might Also Like

12 comments

  1. uuish seramnya.. memang boleh terbakar tiba2 kan sebab cuaca. selalu tengok dalam news kat negara2 luar..

    ReplyDelete
  2. Kat tempat kak kalau musim kering pun mmang ada kebakaran hutan berlaku.

    ReplyDelete
  3. Agak besar juga apinya... mungkin sebab cuaca panas boleh terbakar tiba-tiba

    ReplyDelete
  4. Seram juga bila terfikir hutan tiba-tiba terbakar ni.

    ReplyDelete
  5. eh kat mana ni...kat rumah mak akak pun ada kebakaran hutan. risau pulak kita.

    ReplyDelete
  6. cuaca panas sgt sekarang ni..

    ReplyDelete
  7. sha pernah jugak alami ni, tapi sawah padi terbakar.

    ReplyDelete
  8. terbakar tiba2?
    kwsn uma yg bnyk pokok2 ni biasa kita tgok sejuk sikit mta memandang
    tp klo da bnyk kena tebang @ tbakar ke,nak tgok apa..rasa sejuk pun ilang..huuuu

    ReplyDelete
  9. Time musim panas ni, mmg senang betul api marak. Nasib baik api tu dpt dipadamkan, Alhamdulillah. Tak lama lg pokok2 baru akan tumbuh, don't worry.

    ReplyDelete
  10. Nasib baik jauh dari kawasan penempatan.
    Kalau tak, bahaya juga

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah.. Mujur api sekitar kawasan hutan sahaja..

    ReplyDelete
  12. Cuaca panas betul tu.. mujur tak terbakar habis hutan.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)